Anda di halaman 1dari 5

LATAR

Latar ialah latar belakang bagi sesebuah cereka.Latar juga lokasi dan masa
seseuatu kajadian itu berlaku.Dalam sesebuah karya, aksi dan watak yang
menimbulkan peristiwa itu berlaku dalam sesuatu ruang dan pada sesuatu masa
tertentu.Latar biasanya dapat membantu memperlihatkan suasana cerita.Selain itu juga
dapat memperkuatkan jalinan cerita sehingga ia boleh menimbulkan satu penceritaan
yang lebih realistik.
Menurut S.Othman Kelantan (1987:22-23), latar ialah tempat seperti desa atau
kota, kamar, rumah dan sebagainya untuk dijadikan ruang bagi watak-watak bergerak
dan berpijak.Latara juga mencakupi persekitaran, suasana, masa dan pemikiran watak
dan berfungsi untuk menjelaskan sifat realiti masyarakat.Manakala, Hashim
Awang(1984:23) memberi pengertian latar sebagai latar belakang sesebuah
cereka.Latar juga merujuk kepada waktu dan tempat berlakunya sesuatui peristiwa
yang melibatkan watak-watak.Othaman Puteh (1993:90) pula menyatakan secara
terperinci, latar merangkumi aspek-aspek seperti pelukisan geografi , pemandangan,
bangunan, segala peralatan dan ciptaan manusia sehingga perincian yang terdapat
dalam sesuatu ruang atau penginapan, kerjaya dan segala tanggungjawab watak,
waktu tercetusnya peristiwa, zaman, sejarah yang berkaitan, musim, lingkungan umur
dan agama, sosial, pendidikan, kebudayaan dan emosi setiap watak.
Latar dalam hidup amat banyak mempengaruhi gerak laku daya tindakan,
pemikiran dan hidup kita.Warna yang pelbagai rupa, bunyi dan pelbagai jenis serta
nada, penglihatan yang seribu satu macam memberi erti dan membantu hidup
kita.Begitu juga fungsi latar dalam sesebuah novel.dea,plot dan watak lebih hidup dan
berkesan kalau berada dalam situasi yang pelbagai.Jelasnya, latar merupakan satu
unsur penting dalam pembinaan sesebuah novel atau cereka.Latar mencipta suasana
sebagai tempat berpijak atau bertitik tolaknya peristiwa dan watak-wataknya.
Justeru itu, latar selalunya disesuaikan dengan watak yang memegang sesuatu
peranan.Latar dalam sebuah novel memberi sumbangan yang besar dalam
menerangkan situasi tempat peristiwa itu terjadi.Terdapat pelbagai latar yang
digunakan oleh pengarang dalam sesebuah tulisan.
Dalam novel Bulan Tak Bermadu Di Fathehpur Sikri , pengarang
memperkenalkan latar tempat yang menjadi tumpuan penceritaannya dalam
keseluruhan novel ini iaitu ndia.Antara lokasi di ndia yang menjadi lukisan latar novel
ini ialah New Delhi dan Fathehpur Sikri.
"Abang tau ini New Delhi, kata Mansor dengan tidak menoleh.
(halaman 3)
FATEHPUR SKR sudah pun boleh dapat dilihat. Kuning, kelam dan
muram sebagaimana kebanyakkan reruntuhan sejarah. Sebuah menara
meninggi seperti sebuah kotak kurus yang sudah kontot.
(halaman 70)
Cerita dalam novel ini memperlihatkan zaman ndia sedang berada dalam
keadaan darurat dan menghadapi China Komunis. Latar masa bagi novel ini ialah
Radio di hotel masih berbunyi sayup-sayup.Sesekali terdengar suara
orang menyampaikan sesuatu, barangkali iklan, dan selepas itu terdengar
suara orang menyanyi, barangkali suara Hemant Kumar atau Mohd Rafi.
Dan biduanitanya barangkali Geeta Dutt danLata Mangheshkar.Suara
tidak mendayu-dayu lagu seperti dahulu.Lagu-lagu semuanya
garang.ndia sedang dalam darurat menghadapi China Komunis.Rakyat
sedang dalam kegelisahan.
(halaman 14)
Ada beberapa latar masyarakat yang cuba untuk digambarkan oleh penulis
dalam novel ini.Golongan pertama merupakan penduduk ndia yang berada di kawasan
luar Bandar. Penduduk di luar Bandar ini jarang sekali melihat orang luar kerana
pendedahan yang amat minima, tambahan pula pemikiran yang sempit membuatkan
mereka terasa malu.Sebaliknya, terdapat juga yang berasa sungguh taksub dengan
kehadiran orang luar.
Kereta melepasi beberapa deretan rumah yang terdiri daripada lumpur.
Tahi lembu kering bertempel-tempel pada dinding dan atapnya. Seorang
anak bogel melontar lumpur kering kemudian cuba bersembunyi di sebalik
pondoknya.Lidahnya dijelrkan ketika kereta sudah pun meninggalkannya
jauh.
(halaman 49)
Zawiah melepaskan pandangannya ke luar. Di kiri kanan kuning
sahaja.Bukit bukau jauh terlihat telaga yang sudah hamper kering dan dua
tiga orang wanita sedang menghempaskan kainnya. Dua orang anak yang
berbogel melonjak-lonjak kesukaan sambil melambai-lambai tangannya.
(halaman 48)
Golongan kedua ialah golongan miskin di ndia.Seperti pasangan Rehman,
banyak lagi keluarga-keluarga yang terdapat di ndia sedang bergelut dengan
kemiskinan.Merempat tanpa tempat berteduh merupakan perkara yang lazim yang
berlaku (petikan 1).Mencari sesuap nasi begitu payah sekali sehingga ada dikalangan
mereka meminta sedekah (petikan 2).Begitu juga berlaku dengan keadaan keluarga
Rehman.Dia sanggup mengambil risiko untuk melakukan terjunan dari menara bagi
mencari wang (petikan 3).Contoh petikan daripada novel Bulan Tak Bermadu di
Fathehpur Sikri:
Di bawah tiang lampu yang malap tiga orang manusia sudahpun
terbongkang tidur. Dua orang masih mempunyai baju sementara seorang
masih berbogel badannya.Mereka tidur di sebalik baying tiang lampu yang
memanjang itu. Seharusnya menikam-nikam, mengigit-gigit. Mereka
sudah terlalu jauh memasuki alam mimpinya barangkali.
(halaman 14)
Di tepi sebuah tiang, di antara beberapa buah kereta , terlihat seorang
wanita ndia dengan sari kotor bolor sedang menjunjung anaknya di
kepala. Budak itu, kira-kira 1 tahun, ketawa riang.Setiap pagi wanita itu
akan berdiri di hadapan Hotel Janpath bersama anaknya. Dia akan
menyuruh anak kecil itu menari dan berdiri tegak di atas telapak
tangannya, sambil menyanyi lagu Awara dan Shabnam.Anak itu akan
melenggang-lenggangkan tangan, kemudian menghulurkannya kepada
siapa yang berdiri di hadapan dan lalu lintas.Ketika wang dihulurkan
wanita iu akan mengesat matanya, kemudian menyanyi semula dengan
suara yang semakin rendah. (halaman 7)
"Neeta, awak jangan runsingkan soal nyawa saya.Biar abang yang
runsingkan soal nyawa tu. Terjun dari menara tu hadapan pelancong-
pelancong memang dah tugas abang. Dengan kerja itulah anag dapat
berkahwin Neeta, abang dapat ank dan sekarang dengan kerja itu jugalah
abang nak carikan duit bagi ubatnya, kata Rehman sungguh-sungguh.
(halaman 33 dan 34)