Anda di halaman 1dari 14

a)

b) c)

d)
e)

Sejarah asal usul Peranan muzik dalam masyarakat Alat-alat muzik dari segi klasifikasi Peranan ahli-ahli dalam kumpulan muzik Ciri-ciri muzik , konsep muzik dan gaya muzik

Makyong merupakan dramatari ataupun senilakon dimana ia menggabungkan unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita Persembahan ini bertujuan untuk hiburan, cara perubatan dan sembah guru. Kepada pelajarnya yang telah ingin mengajarkan tarian ini kepada orang lain dia harus melakukan 'sembah guru'. Namun kini Makyong dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan peringkat antarabangsa. ks percakapan yang formal dan bersahaja.

Mak yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan dikalangan kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi. Menurut Hikayat Patani Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu. Dari situ ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain. Lagenda biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang tetapi yang lain mempercayai ia dicipta oleh makluk digelar Semar. Para sejarahwan tidak pasti samaada Mak Yong berasal dari tradisi rakyat atau teater istana. Sungguhpun begitu ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit. Semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang biasa.

Mak Yong merupakan taridra Melayu yang unik dan halus sifatnya. Ia merupakan kombinasi dari unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi yang dipentaskan. Terdapat 12 cerita pokok Mak Yong yang utama antaranya termasuklah Dewa Muda, Raja Tangkai Hati, Raja Bijak Laksana, Gading Betimang, Raja Muda Lakleng dan Raja Besar Ho Gading. Taridra trdisional Melayu ini dipersembahkan oleh watak-watak seperti Pak Yong, Pak Yong Muda, Mak Yong, Puteri Mak Yong, Peran dan watak Dayang-Dayang. Keunikan Teater Mak Yong telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity yang merupakan pengikhtirafan tertinggi warisan dunia bagi seni budaya.

Para penari dan pelakon biasanya menghias diri sendiri. Watak utama Pak Yong mengenakan kostium khas dengan memakai mahkota kain baldu, sampin la dada, pending dan tersisip sebilah keris di pinggang. Peran, watak kelakar akan mengenakan pakaian aneka warna dan fesyen mengundang ketawa penonton. Bangsal atau panggung dibina beratap tanpa dinding agar dapat ditonton dari semua penjuru. Orkestranya disusun dengan pemain rebab di sebelah Timur berhampiran tiang seri bangsal bagi membolehkan pelakon menghadap ke arahnya sewaktu tarian pembukaan Menghadap Rebab. Pemuzik lain boleh duduk sebaris dengan perebab, mengikut kesesuaian. Peralatan orkestra yang lain termasuklah sepasang gong (tetawak), geduk, gendang, canang, kesi dan serunai. Seikat rotan bera perlu untuk seorang pelakon Pak Yong, Mak Yong, menteri atau raja tertentu. Golok-golok dibuat daripada papan dibelah dua bahagian tengah atau mata (untuk menguatkan bunyi jika memukul) sebagai kegunaan peran sepanjang penampilannya.

Persembahan dibuat secara gerak tari berkeliling. Dimulakan dengan acara Buka Panggung dikuti dengan bertabuh, Menghadap Rebab, Sedayung Pak Yong, Sedayung Mak Yong, Ziarah Bilik Pengasuh (Sedayung Panggil Awang), Berkhabar, Ello atau Wok seterusnya sebarang lagu atau tari mengikut cerita yang dipentaskan. Persembahan di tamatkan dengan Tutup Panggung. Terdapat tidak kurang daripada 50 buah lagu Mak Yong. Namun mereka yang mengetahui dan boleh menyanyikannya semakin berkurangan.

Terdapat tidak kurang daripada 30 buah cerita Mak Yong namun, hanya 12 cerita yang sering dipentaskan. Cerita berkenaan termasuklah; Dewa Muda, Bongsu Sakti, Gading Bertimang, Raja Tangkai Hati, Dewa Pecil, Raja Muda Lakleng, Raja Besar Ho Gading, Anak Raja Panah Dewa Indera Indera Dewa, Raja Muda Laksana, Bedara Muda dan Endeng Tajeli (Anak Raja Gondang, Batak Raja Gondang, Bongsu Sakti)

Cerita-cerita Mak Yong sarat dengan pengajaran atau unsur-unsur moralnya. Adab berhadapan dengan raja harus dijaga walaupun ada kalanya mereka boleh dibawa bergurau. Begitu juga bagi pihak raja, tanamkan rasa belas kasihan kepada rakyat walaupun ada kalanya mereka dungu. Kerja raja (kerajaan) hendaklah diutamakan (dijunjung) dahulu daripada urusan sendiri (dikelek) sesuai dengan etika perkhidmatan penjawat awam. Keseluruhan cerita bertemakan buat baik dibalas baik, buat jahat lambat laun mendapat bala atau musibah.

Alat-alat muzik makyong yang utama ialah rebab tiga tali, sepasang gendang dan sepasang tetawak. Rebab dimainkan oleh Tok Minduk, malah Tok minduk ini yang menentukan tinggi rendah suara Makyong. Anatara alat muzik lain ialah canang, kesi dan serunai. Muzik makyong yang paling menarik minat penonton ialah muzik rebab. ia membentuk suasana dan menggambarkan emosi serta perasaan di setiap adegan. muzik ini, mengiringi tarian dan nyanyian malah ia menandakan permulaan dan penamatan adegan-adegan keluar. I rama Makyong pula menggunakan rangka gingan tertentu iaitu gendang anak dan ibu. Ia memainkan corak tertentu bagi setiap lagu makyung dan menghasilkan empat timbre tertentu bergantung kepada teknik memukul kulitnya iaitu cak, ting, duh dan pak. Corak-corak irama atau rentak yang tertentu terdii daripada 4 atau 8 bit. ia digabungkan dalam pelbagai cara untuk menyampaikan rentak yang lengkap dalam lagu makyong. hampir semua lagu makyong mempunyai tempo yang perlahan. Melodi pula dipersembahkan oleh seorang penyanyi atau pemain alat muzik rebab. kedua-dua bahagian muzikal ini dimainkan pada waktu yang sama dan mempunyai tekstur heterofoni.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun

Dalam latihan Mak Yong tradisi, setiap pemain akan diajar keseluruhan peranan watak dalam Mak Yong, termasuk Raja, Permaisuri, bangsawan istana dan pelawak termasuk para panglima. Mereka turut diajar pelbagai kisah Mak Yong, termasuk Dewa Muda, Dewa Pecil dan Hijau-hijau Intan Permata. Selain itu, mereka akan belajar sejumlah besar lagu pengiring Mak Yong, termasuk Pak Yong Muda, Sedayung Mak Yong, Sedara Tonggek, Kisah Barat, Barat Cepat, Lagu Khabar ke Pengasuh dan Mengulit Selepas seseorang pelajar telah meNguasai kesemua aspek ini mereka akan menamatkan pengajaran dengan melalui upacara sembah guru sebagai tanda tamatnya pembelajaran Mak Yong.