Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kesan-kesan pemanasan global. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Perubahan cuaca yang mendadak dan tidak menentu sering dikaitkan dengan kesan pemanasan global. Cuaca yang panas menyebabkan ais di kutub mencair dan menenggelamkan daratan. Suhu yang ekstrem turut mengakibatkan kawasan tertentu dilanda kemarau panjang. Kesan seterusnya ialah perubahan pada tabiat alam. Pemanasan global mengundang pelbagai jenis penyakit berbahaya. Di Afrika dilaporkan terdapat kira-kira 800 juta orang rakyatnya yang diancam penyakit kesan daripada keadaan cuaca yang tidak menentu, banjir, musim sejuk serta kebuluran. Pada tahun 2006, beberapa kawasan di Afrika Selatan yang selama ini bercuaca panas dilanda pula musim sejuk yang melampau. Rakyat di negara itu terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis penyakit. Manusia turut menanggung kerugian kesan pemanasan global. Pemanasan yang melampau mengakibatkan harga barang-barang makanan yang mebebankan pengguna. Beberapa tahun lalu negara mengalami kenaikan mendadak harga cili merah di pasaran berikutan kemusnahan tanaman tersebut sebagai akibat cuaca yang tidak menentu. Selain itu, kemusnahan hutan akibat daripada pembangunan melampau telah menyebabkan flora yang menjadi sumber penghasilan oksigen dan perangkap karbon dioksida gagal memainkan perannannya. Gas karbon dioksida yang semakin mampat di udara amat membahayakan manusia. Pelbagai jenis penyakit mudah untuk menyerang manusia disebabkan kesan pemanasan global. Malah kesan perubahan cuaca yang ekstrem mengakibatkan pertambahan penyakit yang berkaitan dengan bawaan nyamuk termasuklah malaria dan denggi. Hal yang demikian kerana kitaran hidup vector ini dipengaruhi oleh factor tersebut. Lengkapkan isi-isi penting yang berikut. 1. Pemanasan global mengakibatkan____________________________________________________. 2. Tabiat alam _____________________________________________________________________. 3. Mengundang ____________________________________________________________________. 4. Kenaikan harga barang-barang makanan ______________________________________________. 5. Flora yang menjadi _______________________________________________________________. 6. Gas karbon dioksida ______________________________________________________________. 7. Manusia akan mudah dijangkiti _____________________________________________________. 8. Berlaku pertambahan penyakit yang _________________________________________________.

Anda mungkin juga menyukai