Anda di halaman 1dari 3

Asas akidah dalam Islam Oleh: Ustaz Muhammad Iskandar Shah Bin Ab.

Ahmid

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. dan ianya adalah agama yang mempunyai teras yang amat kental dalam keimanan dan di zahirkan dengan perbuatan. Berkata sayyid sabiq dalam kitabnya Aqaaid Islamiyyah bermaksud keimanan merupakan akidah dan pokok yang di atasnya berdiri syariat islam dan kemudian daripada pokok tersebutlah keluarnya cabang-cabangnya, perbuatan itu merupakan syariat dan cabang-cabang yang di anggap sebagai buah yang keluar dari keimanan serta akidah itu. Apa yang di perkatakan oleh sayyid sabiq adalah iman merupakan asas bagi akidah dan tunjang yang kukuh dalam mengukuhkan akidah seseorang. Akidah dan syariat tidak boleh tidak, mesti dan wajib selari antara satu sama lain.Ianya saling memerlukan dan tidak boleh terpisah antara satu sama lain. Firman Allah : Barang siapa yang mengerjakan kebaikan baik lelaki mahupun perempuan dan ianya beriman, maka pasti kami akan memberikan kehidupan yang lebih baik dan pasti kami akan member balasan dengan pahalnya menurut apa yang telah dikerjakan dengan sebaik-baiknya al-Nahl : 96 Firman Allah : Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan bernuat kebaikan bahawasanya mereka itu akan memperoleh syurga yang di bawahnya mengalir beberapa sungai al-Baqarah : 25 Dalam konteks ayat di atas, kita dapat lihat bahawa keimanan dan kelakuan atau perbuatan tidak boleh di pisahkan antara satu lain. Ini kerana kita lihat bahawa orang yang beriman akan menzahirkan keimanannya dengan berbuat amal soleh dan natijahnya adalah seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. Dengan demikian itu, kita dapat ketahui bahawa keimanan dan syariat tidak boleh bergerak bersendirian. Iman dan Akidah Takrifan Akidah Di sebut oleh Dr. Abdul Karim Zaydan di dalam kitabnya al-Mufassal, jilid 5, mukasurat ke 306, yang bermaksud Segala yang bertentangan dengan aqidah Islamiyah dari sudut usul, makna dan kewajipannya, dan diketahui bahawa seseorang menentang perkara ini dan dia meredhainya, serta diyakini di dalam hatinya, maka dengan itiqad ini dan dengan cara ini jadilah seorang Muslim itu murtad. Sumber aqidah di dalam islam adalah berasaskan kepada dua perkara iaitu alQuran dan as-Sunnah.Apabila sesuatu perkara berselisihan dengan kedua-dua sumber ini maka aqidah itu adalah tidak berasas dan dianggap batil. Kerana asas aqidah tidak boleh lari daripada al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril dan

AQIDAH

mendapat ibadah apabila membacanya. Manakala as-Sunnah pula merupakan perkataan, perbuatan, dan pengakuan Nabi terhadap sesuatu. Asas aqidah Asas aqidah seseorang muslim itu terdapat pada rukun Islam. Rukun Islam itulah yang menjadikan seseorang itu berpegang kepada aqidah Islam atau tidak. Rukun Islam : 123456Beriman kepada Allah Beriman kepada malaikat Beriman kepada kitab-kitab Beriman kepada Rasul Beriman kepada hari qiamat Beriman kepada qada dan qadar

Rukun Iman yang telah kita pelajari sejak dari kecil lagi inilah yang menjadi pegangan hidup kita dalam menjadikan asas dan panduan dalam kehidupan seharian kita agar tidak terbabas dan terpesong ke jalan yang tidak mendapat redha Ilahi. Akan tetapi adakah kita benar-benar mempraktikkanya dalam amalam kita seharian dan adakah kita mengerti apa yang di sabdakan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda ditanya oleh Malaikat Jibril mengenai Iman yang mafhumnya : Iman itu adalah kamu beriman kepada Allah, malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari akhirat dan ketentuan yang baik mahupun yang buruk.(riwayat Muslim). Beriman kepada Allah Keimanan kepada Allah S.W.T adalah perkara yang paling penting dalam menjalani kehidupan seharian kita. Ini kerana alam ini terbina atas dua perkara Pencipta Makhluk. Oleh itu, bagi sesiapa mengatakan bahawa tiadanya pencipta sekali gus dia telah menafikan keimanannya kepada Allah. Allah yang mencipta segala makhluk yang wujud di alam ini .Allah jugalah yang menentukan perjalanan setiap makhluk tersebut dengan teratur mengikut sunahNya (ketetapanNya). Sebagaimana dijelaskan dalam Surah Az Zumar, ayat 62 : Maksudnya : Allah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah yang mentadbir serta menguasai segala-galanya.

AQIDAH

Imam Abu Hanifah ketika ditanya oleh orang zindiq (orang islam yang menyeleweng) tentang bukti adanya Allah. Maka Imam Abu Hanifah berkata, Berilah masa untuk memikirkan satu berita yang sampai kepadaku. Kemudian Imam Abu hanifah berkata, Ada sebuah kapal di laut yang membawa barang dagangan, tetapi tiada jurumudi, tiada ketua dan tiada nahkoda namun dapat bergerak lancar. Lalu orang zindiq berkata, Berita itu tidak boleh diterima akal. Bahkan orang yang memberitahu tidak masuk akal. Lalu Imam Abu Hanifah menjawab, Celaka kalian. Masakan alam sedemikian indah rapinya di langit dan di bumi jika tiada penciptanya. Maka orang zindiq ini tunduk insaf dan memperbaharui agama (mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat. Imam Abu Hanifah adalah ulama yang paling pandai menggunakan Mantik untuk berhujah dengan golongan-golongan yang bermain dengan fikiran. Banyak di antara mereka yang memikirkan tentang Allah dengan menggunakan akal fikiran tetapi memisahkan al-Quran dan as-Sunnah. Semoga kita memperolehi apa yang bermanfaat dari apa yang kita fahami dan kita amalkan dalam kehidupan kita ini. Mudahan apa yang kita pelajari dapat kita jadikan panduan dalam kehidupan kita dalam memacu kehidupan seharian kita.