Anda di halaman 1dari 1

Ikan pelaga juga dikenali sebagai ikan sekilau adalah salah satu dari ikan hiasan air tawar

yang popular di Malaysia. Ikan ini dikenali dengan nama sains, Beta splendens. Dalam Bahasa Inggeris, ikan ini disebut "siamese fighting fish". Ada banyak spesi ikan pelaga. Jenis tempatan tidak mempunyai sirip yang panjang. Jenis yang mempunyai sirip yang panjang berasal dari Sungai Mekong. Sebab itulah ikan ini dikenali sebagai Sekilau Siam atau Siamese fighting fish. Di sekitar Sungai Mekong ikan ini dikenali sebagai pla-kad atau pla-kat yang bermaksud ikan menggigit dalam Bahasa Siam. Jangan salah tanggapan bahawa nama saintifiknya berasal dari perkataan Yunani Beta. Sebenarnya Betta bukan berasal dari perkataan Yunani. Ia sebenarnya berasal dari perkataan Ikan bettah. Ikan pelaga mempunyai panjang kira-kira 6 cm. Ada juga jenis yang mencapai sehingga 8.0 cm. Akhir-akhir ini, ada juga pembiak yang berjaya menghasilkan ikan yang melebihi 8 cm. Walaupun ikan pelaga dikenali dengan warna yang pelbagai dengan sirip yang panjang, jenis asal mempunyai sirip yang pendek dengan warna yang kurang terang, iaitu kehijauan dan perang tua. Ikan pelaga dari jenis ini masih boleh ditemui dalam paya di sekitar Malaysia. Kini jenis yang lebih popular mempunyai warna yang terang dengan sirip yang panjang. Jenis yang popular ialah veiltail, delta, superdelta, dan halfmoon. Ikan pelaga adalah ahli kumpulan ikan sepat (Gourami) (keluarga Osphronemidae) dalam order Perciformes. Sebelum ini ia diklaskan bersama Anabantidae. Ada lebih dari 50 jenis betta yang lain, misalnya ikan Karim. Bagaimanapun, Betta splendens adalah jenis yang paling popular di kalangan penggemar ikan hiasan.

Pemakanan Ikan Pelaga Ikan pelaga mempunyai muncung mulut menghala ke arah atas, satu ciri ikan karnivora yang makan di permukaan air. Dalam paya, ikan pelaga memakan zooplankton, jentik-jentik, cengkerik, dan belalang. Ikan pelaga yang mempunyai makanan yang cukup mempunyai warna yang lebih terang serta pulih dengan lebih cepat jika cedera ketika berlaga. Lazimnya ikan pelaga diberi makan pelet yang mengandungi udang, isi ikan, bloodworm, dan vitamin. Ikan pelaga boleh juga diberi makan bloodworm (hidup atau telah dibekukan), udang baring , artemia atau dafnia. Untuk bekalkan serat, ada orang memberi ikan pelaga mereka memakan sayur berprotin seperti kacang soya, jagung, brokoli, atau lobak yang digilis lumat.