Anda di halaman 1dari 1

Mengikut Atan Long (1990:68) dalam Strategi Pemerolehan Bahasa kedua, Skinner berpendapat

tingkah laku bahasa dapat dilakukan dengan penguatan. Penguatan terjadi melalui proses stimuli-
respons. Stimuli-respon yang berulang-ulang akan menjadi kebiasaan. Kebiasaan yang terbentuk
akan menjadi sesuatu yang auotomatik. Semasa mempelajari tingkah laku kanak-kanak belajar
bahasa kedua, Heidi Dulay, Marina Burt, dan Stephen Krashen mengemukakan strategi belajar
mencakupi penyederhanaan (simpliIicstion). Kaedah-kaedah untuk memudahkan pembelajaran
seperti yang dicadangkan Teknik soalan-Respons 5W1H akan dilaksanakan supaya satu pendekatan
memproses inIormasi kearah pembelajaran terbentuk pada diri pelajar.


Menurut Nik SaIiah Karim (2008:497) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat majmuk
ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-
ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehinggakan menjadikan ayat baharu, terdapat tiga jenis
utama ayat majmuk iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk
campuran.

Ayat majmuk gabungan dinyatakan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang
dijadikan satu dengan cara menggabingkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata
hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Menurut Nik SaIiah Kaim (2008:504) ayat
majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil
lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.
Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu, yang ditentukan oleh cara
pembentukan dan jenis ayat yang dipancangkan iaitu;ayat relatiI, ayat komplemen dan ayat
keterangan.

Menurut SaIiah Osman (1988), memberi makna yang majmuk ialah ayat yang tediri daripada dua
atau lebih ayat.