Anda di halaman 1dari 2

So Soalan Assalamualaikum... Dato', saya inginkan penjelasan mengenai diri saya. Isnin ni merupakan nisfu sya'aban..

dan pelbagai keberkatan ada di dalamnya. Jawapan Allah S.W.T. maha pengampun. Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambanya samada kecil atau besar, selagimana hamba-nya benarbenar mahu bertaubat. Ruang untuk saudari bertaubat sangat luas, tidak terbatas di Bulan Sya'ban sahaja. Bertaubatlah dan berazam agar tidak mengulangi keterlanjuran yang lalu.

Sebagai hamba-nya saya juga pernah melakukan kesilapan namun segala dosa lalu telah saya tinggalkan setelah saya menyedari itu bukan jalan betul. Malah saya mula menjaga solat dan mengaji setiap malam. Saya tahu dosa saya besar tetapi saya telah bertaubat dan allhamdulillah saya amat tenang sekarang. Dalam saya bersemangat saya menunggu nisfu sya'aban, saya terpaku bila ada seorang teman mengirimkan emel kepada saya maksud hadis ini.. Antara kelebihan bulan Sya'aban: 1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga. 2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (S.A.W) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Soalan saya : Benarkan tiada ruang langsung untuk insan seperti saya memperolehi manfaat dari malam tersebut ataupun amalan amalan saya ditolak. Saya betulbetul bertaubat dan tidak mahu mengulanginya lagi segala ketelanjuran itu. 1. Puasa itu tidak perlu digandakan, hanya fidyahnya sahaja yang digandakan. 2. Sah puasa qada' bersama dengan puasa 6 dalam bulan Syawwal. 3. Fidyah yang perlu dibayar ialah :

Saya ingin penjelasan mengenai situasi masalah saya. Saya tidak berkesempatan menggantikan puasa pada tahun lepas (2004) sebanyak 4 hari lagi kerana masalah kesihatan sebelum Ramadhan tahun ini (

2005). Soalannya: 1. Adakah puasa 4 hari yang tertinggal itu perlu saya gandakan menjadi 8 hari utk saya qada' kemudian nanti? 2. Bolehkah saya sekalikan qada' puasa ini dengan puasa 6 di bulan Syawal nanti? 3. Berapa banyakkah fidyah yang perlu saya bayar dan bolehkah dijelaskan bagaimana nilai fidyahdikira (daripada cupak kepada nilai duit). 4. Adakah fidyah itu perlu saya lakukan/bayar setelah saya habis menggantikan puasa saya?

1 cupak (670 gram) sehari x 4 hari = 4 cupak (2K 680 gram) Nilai ringgit RM 1.17 (1 cupak) 4. Fidyah tersebut perlu terus dibayar kepada fakir miskin tanpa perlu menunggu habis puasa.

Sahibus Samahah Dato',

Pertamanya saya minta maaf kerana menulis secara email sahaja. Saya ingin pohon mendapat nasihat Dato' mengenai perkara berikut: 1. Anak saya belajar disalah sebuah universiti di London dalam bidang perubatan. Masalahnya setiap hari Jumaat beliau ada kelas pada jam 1 tgh hingga 4 ptg. Waktu solat jumaat masa ini ialah 12.50.Kalau pergi Jumaat beliau terpaksa meninggalkan kuliah dan akan menjejaskan pengajiannya.Tak pergi jumaat berdosa.

Solat Jumaat adalah wajib bagi setiap lelaki muslim. Tetapi sekiranya berlaku kemudaratan/keuzuran yang boleh menggugat nyawa, contohnya seperti di dalam penerangan doktor yang menjalankan tugas yang melibatkan nyawa orang lain (pesakit) maka di dalam keadaan ini, ia boleh ditinggalkan namun wajib bagi mereka menunaikan solat zohor. Cadangan : Didalam hal ini, disyorkan bahawa pihak tuan hendaklah berbincang dengan pihak pengurusan universiti bagi membolehkan anak tuan dapat menunaikan solat Jumaat ini kerana ia merupakan satu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan sewenang-wenangnya.

Bagaimana keadaan beliau dalam hal ini.Pohon nasihat Dato jua.Jawapan yang awal adalah dihargai.