Anda di halaman 1dari 9

Mengenali Islam

Lampiran VII

Bible Bukan Injil

Di Malaysia, agama Islam dan umat Islam dilindungi oleh kerajaan. Walaupun tindakan ini baik dari satu segi, tetapi ada kelemahannya; iaitu perlindungan ini telah menjadikan umat Melayu-Islam di Malaysia lalai dan tidak arif tentang agamanya. Segala-galanya telah dipelihara bagi pihaknya, oleh itu ia tidak perlu rasa bimbang dan memikirkan bagaimana jika ia berhadapan dengan golongan Kristian (di dalam atau di luar negara), yang sentiasa berusaha untuk menarik umat Islam kepada agamanya - bagaimanakah ia hendak berhujjah apabila Kristian mengemukakan berbagai hujjah akal yang sangat mengelirukan. Contohnya kita akan dapati ramai umat Melayu-Islam yang mudah terpengaruh dengan hujjah Islam Liberal yang berpegang kepada konsep semua agama sama.

Yahudi, Kristian dan Islam merupakan tiga agama yang berasal dari langit (atau disebut sebagai agama samawi) dan ia mempunyai asas dari Nabi Ibrahim (as). Sebab itu Islam menerima mereka sebagai Ahli Kitab. Ketiga-tiga ini sebenarnya bukanlah berasingan atau berlainan mahupun bertentangan, tetapi ia merupakan satu turutan yang bermula dengan Nabi Adam (as), juga yang merupakan manusia pertama, dan berakhir dengan Nabi Muhammad (saw). Di antara kedua-dua itu (Adam (as) dan Muhammad (saw)) terdapat ramai Nabi dan Rasul yang Allah telah utuskan kepada manusia kerana memenuhi janji Allah. “Kami berfirman:

ʻTurunlah kamu semuanya dari surga itu! kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hatiʼ. 1

Menyentuh tentang Bible, kita dapati umat Melayu-Islam sangat takut dengan kitab Bible ini. Ia seolah- olah kitab Bible ini boleh memukau dan menjadikan seseorang itu terkeluar dari Islam. Sebenarnya umat Islam tidak perlu takut bahwa Bible akan menyesatkannya, kerana tanpa Bible pun sememang ramai umat Melayu-Islam telah sesat melalui berbagai ajaran seperti Ayah Pin, Syi'ah dan lain-lain yang berkembang dengan begitu banyak di Malaysia hari ini di kalangan orang Melayu-Islam. Ini tidak termasuk berapa ramai lagi yang setiap hari berjumpa dengan bomoh untuk mendapat bantuan dan pertolongan. Semua ini tidak perlu kepada Bible untuk menyesatkannya. Umat Melayu-Islam sangat lemah agamanya terutama dari segi aqidahnya, sehingga dia perlu dilindungi dengan undang-undang dan peraturan. 2 Yang menghairankan dengan segala perlindungan itu, orang Melayu-Islam masih takut lalu menggubal peraturan-peraturan yang melarang penggunaan perkataan-perkataan seperti “Allah”, 3 “kiblat” dan melarang Bible ditulis dalam bahasa

1 Qur'an al-Baqarah 2:38.

2 Baru-baru ini akibat dari isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu. Kemudian diikuti dengan dakwaan Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST), kononnya dakwa agama Islam sedang diancam dan digugat di negara ini.

Kemudian dari itu timbul pula isu umat Islam murtad, maka terdapat desakan supaya kerajaan mengubal undang-undang supaya melindungi umat Islam dari didakwah oleh agama lain. Bilakah umat Islam akan benar-benar mengenali dan menghayati agamanya?

3 Sebenarnya golongan Kristian yang ingin menggunakan “Allah” bagi God orang Kristian adalah mubaligh-mubaligh yang pernah berkhidmat di Indonesia, di mana mereka menggunakan perkata “Allah” bagi God. Tetapi mereka yang di Barat tidak bersetuju sepertimana yang dibantah oleh Dr. R. Albert Mohler, Jr. President The Southern Baptist Theological Seminary (Amerika Syarikat), berhujjah bahwa ia sangat tidak sesuai bagi orang Kristian menyebut God dengan “Allah”. Ini berasaskan perbezaan fahaman yang sangat bertentangan berkaitan dengan nama “Allah” dengan “kepercayaan asas Kristian”. Seterusnya beliau menunjukkan bahwa al-Qur'an secara khusus menidakkan bahwa Allah mempunyai anak serta juga Islam menganggap tiga tuhan dalam satu (Trinity) sebagai syirik.

Melayu dan lain-lain.

Mengenali Islam

Ada juga mempersoalkan kenapa mengkaji Bible? Bukankah itu bererti kita sedang mencari agama, padahal kita sudah Islam? Dalam mana-mana masyarakat majmuk, kita tidak dapat mengelakkan diri dari berinteraksi antara kaum dan juga antara agama. Kita juga berkemungkinan tidak dapat mengelakkan diri kita dari terjerumus ke dalam perbincangan antara agama. Bagaimanakah kita boleh mempertahankan agama kita jika kita tidak mengetahui agama orang yang sedang kita berhadapan. Bukankah Islam menyuruh kita berdakwah mengajak orang bukan Islam kepada Islam? Orang Melayu-Islam hari ini banyak melakukan “Islah” (memperbaiki) sesama Islam. Kebanyakan ustaz hari ini bukan berdakwah. Berdakwah bererti berhadapan dengan orang bukan Islam dan mengajak mereka kepada Islam. Bagaimana kita boleh berdakwah jika kita sendiri tidak faham agama orang yang sedang kita dakwahkan?

Adakah Rasulullah (saw) tidak tahu agama Yahudi dan Nasrani? Adakah Rasulullah (saw) tidak tahu kandungan Taurat dan Injil? Tidak! Rasulullah (saw) lebih mengetahui kandungan Taurat dan Injil lebih dari orang-orang Yahudi dan Nasrani, sebab itu Rasulullah (saw) berani mencabar dan berhadapan dengan mereka sehingga ada di antara mereka yang datang kepada Nabi (saw) meminta menghakimi mereka.

Dengan mengkaji kandungan Bible, kita dapat tahu kelemahan yang terdapat di dalamnya dan ini menjadikan kerja dakwah terhadap mereka lebih mudah. Mengkaji Bible bukan bererti mencari agama. Sangat jauh kedua-dua itu. Mengkaji Bible dan mengetahui bagaimana ia telah diselewengkan, bukankah itu akan membuktikan apa yang difirmankan oleh Allah dalam al-Qur'an adalah benar dan seterusnya akan mengukuhkan keimanan kita terhadap kebenaran al-Qur'an?

Sememangnya tidak perlu dan tidak semestinya setiap orang Islam mengkaji Bible. Memadailah dengan hanya segelintir yang melaksanakan kerja-kerja itu supaya kemudiannya ia dapat menyebarkan kepada umat Islam yang ingin mengetahuinya. Wallahu ʻalam.

Bible ‒ Kitab Suci Orang Kristian

Adakah Bible itu Injil? Inilah yang selama ini di fahami oleh orang Melayu-Islam. Sebenarnya fahaman ini salah. Bible bukan Injil. Bible ialah Bible dan Injil ialah Injil. Injil adalah Kitab yang diwahyukan Allah kepada Nabi Isa (as). Cuba lihat apa yang ada di dalam kitab Bible.

Bible mengandungi dua Kitab Besar yang dinamakan Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru. Dalam kedua-dua kitab itu terdapat berpuluh bab yang juga disebut sebagai kitab. 4 Kitab Perjanjian Lama pula mengandungi 46 Kitab sementara Kitab Perjanjian Baru mengandungi 27 Kitab, menjadikan Bible ini mengandungi 73 Kitab. Daripada 46 Kitab dalam Kitab Perjanjian Lama, terdapat 5 kitab yang pertama yang kononnya berasal dari “Taurat” yang di wahyukan kepada Nabi Musa (as); iaitu Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers, dan Deuteronomy dan sebuah Kitab bernama “Psalms” iaitu yang dikatakan Kitab Zabur yang diwahyukan kepada Nabi Daud (as). Dalam Kitab Perjanjian Baru pula terdapat 4 kitab pertama yang dikatakan daripada Injil yang diwahyukan kepada Nabi Isa (as); iaitu Matthew, Mark, Luke dan John . Jadi, apa yang dikatakan Bible itu ialah sebuah Kitab yang terdapat di dalamnya “Kitab Taurat”, “Kitab Zabur” dan “Kitab Injil”. Selain dari kitab-kitab dari Taurat, Zabur dan Injil itu terdapat berpuluh kitab lain yang tidak diketahui sumbernya. Contohnya ‒ I Semual, II Semual, I Kings, II Kings, I Chronicles, II Chronicles, Ezra, Nehemiah dan lain-lain dalam Kitab Perjanjian Lama. Dalam Kitab Perjanjian Baru pula terdapat ‒ I Corinthians, II Corinthians, Galatians, Act of the Apostles dan lain-lain.

Dengan itu, Bible bukanlah Injil yang Allah wahyukan kepada Nabi Isa (as), tetapi Bible adalah campuran wahyu Allah serta kata-kata Nabi Isa (as) dan juga kata-kata para penulis Kitab-kitab dalam Bible itu. Maka dengan itu, orang-orang Kristian sebenarnya tidak pasti mana satu kata-kata dari Allah, mana dari Nabi Isa

Orang Kristian baptise dengan “nama Bapa, Anak dan Ruhul Qudus”, Kristian tidak boleh baptise dengan nama Allah. Beliau terus menolak penggunaan Allah bagi God dengan mengatakan; “Jika Allah

tidak mempunyai anak, maka Allah bukan bapa kepada tuhan Jesus

boleh dimudah-mudahkan kerana ia merupakan doktrin yang boleh meruntuhkan Kitab Bible. – Michelle Vu, Gospel Herald Reporter, Thu, Aug, 23 2007 –

http://www.gospelherald.net/article/mcat/43790/is-calling-the-christian-god-allah-wrong.htm

ini katanya bukan sesuatu yang

4 Dr Jerald Dirks, The Cross The Crescent Dialogue Between Christianity And Islam, chp.3, hlm.41.

Mengenali Islam

(as) dan mana dari penulis Kitab. Itulah sebabnya kita tidak boleh mengatakan Bible itu Injil. Bible adalah Bible. Ia bukan Injil.

Selain tu, terdapat pula beberapa kitab yang tidak diikuti oleh semua mazhab dalam Kristian. Antara Roman Katholik dengan Protestant terdapat perbezaan Kitab yang diterima. Contohnya ‒ bagi Roman Katholik, Bible mereka mengandungi 73 Kitab sementara bagi mazhab Protestant mereka menerima hanya 66 Kitab sahaja. Mereka mengatakan yang selebihnya itu tidak sahih dan tidak boleh diterima. Kitab-kitab itu mereka labelkan sebagai “Apocrypha”. Ini pun merupakan satu isu yang sangat panas dibahaskan oleh Kristian dan sehingga hari ini ia tiada penyelesaian.

Versi Bible

Bible mempunyai banyak versi. Versi manakah yang paling baik atau yang paling benar juga merupakan satu perbincangan hangat di kalangan penganut Kristian. Ramai yang mangatakan versi King James a dalah yang paling baik dan paling boleh dipercayai. Tetapi ada juga yang tidak kisah mana-mana versipun asalkan ia Bible sudah cukup. Ini menunjukkan bahwa orang-orang Kristian tidak pernah memberi perhatian yang “serious” terhadap kitab suci mereka, pada hal jika ia merupakan wahyu dari Tuhan Yang Maha Esa, mana mungkin manusia boleh memandang tidak serious?

Tersenarai dibawah ini beberapa versi Bible yang terdapat di kalangan pengikut Kristian hari ini.

Mengenali Islam

The Bishops' Bible

Douay-Rheims Version (DRV)

Tyndale Bible

Kitab-kitab Dalam “Kitab Yahudi” dan “Bible”

Pada peringkat awal Kristian, mereka tidak mempunyai “Gereja pusat” yang mengawal agama Kristian sepeerti hari ini. Pada masa itu, masing-masing gereja mempunyai pilihan keutamaan sendiri dalam menyampaikan agama mereka, sekurang-kurangnya bagi beberapa kurun pertama - masing-masing gereja bebas menentukan kitab-kitabnya sendiri. Hanya selepas kurun ke empat barulah keadaan ini mula berubah setelah ditetapkan dalam Majlis di Nicaea pada tahun 325M. 10

Di sinilah doktrin-doktrin Kristian mula dibentuk dan langkah-langkah diambil untuk menentukan “kitab-kitab” yang diakui dan disahkan. Kitab-kitab inilah kemudiannya dikenali sebagai “Kitab Perjanjian Baru” (The New Testament). Sebenarnya keputusan ini tidak juga menyelesaikan masalah piawaian yang mereka harapkan. Ia memakan masa hampir satu kurun untuk menentukan kitab manakah yang boleh diterima daripada berpuluh-puluh yang diamalkan oleh gereja di merata tempat ‒ ada kitab-kitab yang diterima oleh satu gereja tetapi ditolak oleh gereja yang lain. Akhirnya, diputuskan supaya hanya 27 buah kitab sahaja, daripada begitu banyak yang biasa diamalkan oleh pihak gereja, diterima ke dalam Kitab Perjanjian Baru. Dan diantara 27 buah ini empat yang dikatakan dari “Kitab Injil”. Selain daripada 27 buah kitab yang diterima, kitab-kitab lain yang ditolak itu dinamakan “Apocrypha”.

 

Kitab Yahudi.

 

Bible.

 
 

Torah.

 

Old Testament.

 

New Testament.

Genesis

}

Genesis

}

Matthew

}

Exodus

}

Exodus

} Taurat

Mark

}

Injil

Leviticus

} Taurat

Leviticus

}

Luke

}

Numbers

}

Numbers

}

John

}

Deuteronomy }

Deuteronomy }

Act of the appostles

The Prophets

Joshua

Romans

 

Joshua

Judges

I

Corinthians

 

Judges

Ruth

II

Cirinthians

I

Samuel

I

Samuel

Galatians

 

II

Samuel

II

Samuel

Ephesians

I

Kings

I

Kings

Philipians

II

Kings

II

Kings

Colossians

Isaiah

 

I

Chronicles

I

Thessalonians

Jeremiah

II

Chronicles

II

Thessalonians

Ezekiel

Ezra

 

I

Timorthy

Hosea

Nehemiah

II

Timothy

Joel

Tobit.

Titus

 

Amos

Judith.

Philemon

Obadiah

 

Hebrews

Jonah

Esther

 

James

Micah

I Maccabees.

I

Peter

Nahum

II Maccabees.

II

Peter

Habakkuk

Job

Psalm } Zabur

I

John

Zephaniah

II

John

Mengenali Islam

Haggai

Proverbs Ecclesiastes Song of songs (Songs of Solomon)

III John

Zechariah

Jude

Malachi The Writings Psalm Proverbs Job Song of Songs Ruth Lamentations Ecclesiastes Esther Daniel Ezra Nehemiah I Chronicles II Chronicles

Revelation

Wisdom of Solomon.

Ecclesiasticus.

Isaiah

Jeremiah

Lamentations

Baruch.

Ezekiel

Daniel

Hosea

Joel

Amos

Obadiah

Jonah

 

Micah

Nahum

Habakkuk

Zephaniah

Haggai

Zechariah

Malachi

41 Buku.

46 Buku

27 Buku.

Dari Mana Datangnya “Apocrypha”

Terdapat 14 tulisan yang wujud pada kali pertama selepas Kitab Perjanjian Lama diterjemahkan ke dalam bahasa Greek antara tahun 200-100 BM. Bagi lima kitab utama - Genesis , Exodus, Leviticus, Numbers dan Deuteronomy (juga dikenali sebagai Septuagint 5 atau P entateuch 6 ), terjemahannya diterima sebagai betul dan sahih. Tetapi bagi berpuluh kitab-kitab yang lain, terdapat masalah mengenai kesahihannya. Ada diantara kitab-kitab tersebut yang diterima sebagai kitab suci, tetapi ada juga yang ditolak.

Dalam membuat penterjemahan ini, seorang padri Kristian ‒ Jerome ‒ apabila menterjemah Kitab Perjanjian Lama dari Hebrew ke Latin, dia berhadapan dengan soalan: “Hendak memasukkan atau membuangkan kitab-kitab yang bermasalah ini dari Bible?” Walaupun pada mulanya beliau memasukkan kitab-kitab tersebut tetapi kemudian beliau memikirkan bahwa kitab-kitab tersebut bukan sebahgian dari Bible dan dikeluarkan semula. Kemudian beliau namakan kitab-kitab yang dibuang ini sebagai “Apocrypha”. Dalam senarai di atas (dibawah barisan Old Testament) Kitab-kitab tersebut dihitamkan dengan huruf condong ‒ terdapat 7 buah semua. Tetapi sebenarnya terdapat sebanyak 41 buah kesemuanya (lihat senarai

5 Septuagint (LXX) adalah nama Bible Hebrew [Kitab Perjanjian Lama] yang diterjemahkan ke dalam bahasa Greek yang dilakukan pada kurun pertama Belum Masihi. Kitab asalnya adalah dalam bahasa Hebrew atau Aramaic [semuanya hilang], yang masih ada pada hari ini hanya yang terjemahan

Greeknya

http://www.wordiq.com/definition/Septuagint

6 Pentateuch adalah lima kitab pertama Yahudi dan Kristian. Torah ditujukan section pertama dari Kitab Tanakh–5 buku pertama dalam Bible Yahudi atau Five Books of Moses. Iaitu- Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers dan Deuteronomy . Juga dikenali sebagai Pentateuch. http://www.wordiq.com/definition/Pentateuch

berikut):

Mengenali Islam

Pada tahun 90M, Majlis Yahudi di Jamnia, mengeluarkan kitab-kitab Apocrypha ini dari Kitab Perjanjian Lama mereka dan tinggal apa yang pihak Yahudi dan mazhab Protestant terima hari ini. Selepas kematian Jerome, dalam satu Majlis di Carthage pada tahun 397M, Augustine membela tulisan Apocrypha ini, maka sehingga hari ini tulisan Apocrypha ini kekal di dalam Bible yang digunakan oleh Kristian hari ini kecuali mazhab Protestant dan Yahudi.

Apocrypha Mana Satu?

Apabila sesetengah ulama Katholik dan kesemua ulama Protestant mengeluarkan kitab-kitab Apocrypha ini dari Bible, sebuah Majlis Katholik di Trent dalam tahun 1546M memutuskan menerima semua kitab (Apocrypha) yang telah diterima oleh majlis di Carthage dahulu (397M), sebagai Bible. Tetapi mazhab Protestant yang dimulakan oleh Martin Luther (1517M), telah menolak semua kitab-kitab Apocrypha dari Bible mereka.

Inilah sebab terdapat perbezaan pada Bible antara mazhab Katholik dengan Protestant. Bible Katholik terdapat 73 kitab semuanya (Kitab perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru) sementara Bible Protestant mengandungi hanya 66 kitab.

Sebagai orang yang berakal, kita sendiri boleh menilai sejauhmanakah sahihnya Bible yang digunakan oleh Kristian hari ini? Malah di kalangan penganut Kristian sendiri masih bertelingkah bukan sahaja dari segi jumlah kitab tetapi juga dari segi versi mana yang lebih sahih. Malah versi King James yang kononnya paling sahih pun telah terdapat beberapa kali pindaan demi pindaan ‒ ada ayat-ayat yang dibuang kemudian dimasukkan kembali kemudian dibuang semula. Mereka sendiri terawang-awang. Maka sahihlah firman Allah;

“Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam

kesesatan

.”. 7

Senarai Kitab-kitab Apocrypha

Berikut ini senarai kitab-kitab Apocrypha - ada yang masih dipakai dan banyak juga yang sudah tidak wujud lagi. 8

The Dialogue of the Savior The Gospel of Andrew The Gospel of Apelles The Gospel of Bardesanes The Gospel of Barnabas The Gospel of Bartholomew The Gospel of Basilides The Gospel of the Birth of Mary The Gospel of Cerinthus The Gospel of Eve The Gospel of the Ebionites The Gospel of the Egyptians The Gospel of the Encratites Gospel of the Four Heavenly Regions The Gospel of the Hebrews

The Gospel of Hesychius The Gospel of the Infancy ofJesus Christ The Gospel of Judas Iscariot The Gospel of Jude The Gospel of Marcion The Gospel of Mani The Gospel of Mary The Gospel of Matthias The Gospel of Merinthus The Gospel According to the Nazarenes The Gospel of Nicodemus The Gospel of Perfection The Gospel of Peter The Gospel of Philip

The Gospel of Pseudo- Matthew The Gospel of Scythianus The Gospel of the Seventy The Gospel of Thaddaeus The Gospel of Thomas The Gospel of Titan The Gospel of Truth The Gospel of the Twelve Apostles The Gospel of Valentinus The Protevangelion of James The Secret Gospel of Mark Thomasʹs Gospel of the Infancy of Jesus Christ

7 al-Qur'an surah al-Baqarah (2) ayat 15-20

8 Dr Jerald Dirks, The Cross, The Crescent Dialogue Between Christianity and Islam, hlm. 81-82.

Mengenali Islam

Kontradiksi Dalam Bible

"Apocrypha" adalah istilah yang diberi kepada beberapa penulisan yang terdapat di dalam Kitab Perjanjian Lama mazhab Roman Katholik dan mazhab Kristian Otordok. Penulisan-penulisan ini tidak terdapat pada Kitab Perjanjian Lama mazhab Protestant dan juga Bible Yahudi.

Kitab Perjanjian Lama

Pada kurun pertama masihi, terdapat empat versi Torah yang sedang beredar di kalangan kaum Yahudi - iaitu “Teks Proto-Masoretic” yang mungkin bertarikh 400BM dan berkemungkinan berasal dari Babylon. Teks ini yang paling tua adalah yang terdapat pada Moses bar Asher di Tiberias, Palestine, dalam lingkungan tahun 895 masihi, bererti lebih kurang 24 kurun selepas Nabi Musa (as). Inilah Kitab yang digunakan oleh Yahudi pada hari ini. Kedua, adalah “Teks Samaritan” bertarikh kurun 4BM. Ketiga, “Teks Alexandria” ‒ inilah teks Hebrew yang diterjemahkan ke dalam bahasa Greek dalam kurun ke-3BM dengan nama “Septuagint”. Kini Teks Alexanderia yang asal telah tiada lagi, begitu juga terjemahannya yang awal dalam bahasa Greek juga telah hilang. Walaubagaimana pun, versi “Septuagint” yang terkemudian telah dipelihara oleh pihak gereja di mana berlaku banyak pindaan demi pindaan selama 1000 tahun ia berada dalam penggunaan pihak gereja Kristian. Keempat, “Teks Palestin” ‒ ia tidak wujud lagi. Tetapi perjumpaan pada 1940M yang disebut sebagai “The Dead Sea Scroll” dipercayai adalah “Teks Palestin” yang hilang itu. Malangnya, kepingan-kepingan dan cebisan-cebisan yang terdapat itu masih dikaji dan masih dipertikaikan sehingga hari ini. Setelah lebih 70 tahun mereka masih berdebat tanpa sebarang keputusan. 9

Usaha pihak Kristian dalam mencari dan menentukan keaslian kitab Bible mereka masih berterusan sehingga hari ini. Mereka berusaha dengan mengkaji kitab “Torah” yang ada pada mereka hari ini dari berbagai sudut. Tetapi kesemua usaha mereka ini hanyalah satu andaian semata-mata. Mereka tidak dapat memastikan mana satu kata-kata Nabi Musa (as) atau kata-kata Nabi Isa (as) dan mana satu kata-kata Tuhan. Mereka tidak mempunyai sistem seperti yang terdapat pada sistem “sanad” yang telah dibentuk oleh Islam dari awal-awal Islam lagi. 10

Psalm

Kitab ini diturunkan kepada Nabi Daud (as) sebagai Kitab Zabur dan dinamakan “Psalm” oleh Yahudi dan Kristian. Kitab ini dikatakan telah dilengkapkan antara tahun-tahun 400-200BM - iaitu 570 hingga 770 tahun selepas Nabi Daud (as). “Kitab Psalm” ini adalah kitab zikir dan terdapat nama Tuhan yang disebut sebagai “Yahweh” dan juga “Elohim”. Walaubagaimana pun ada pendapat bahwa kitab ini tidak boleh dikaitkan dari Nabi Daud (as). Ini kerana bukan kesemua kitab yang terdapat di dalam Psalm itu dari “Zabur”. Kitab Psalm” dibahagi kepada 5 buah dan pada 5 buah kitab itu terdapat sebanyak 150 bab - Kitab Pertama mengandungi 41 bab; Kitab kedua mengandungi bab 42 hingga 72; Kitab Ketiga mengandungi bab dari 73 hingga 89; Kitab Keempat dari bab 90-106 dan Kitab Kelima dari bab 107-150. 11

Jadi, hari ini ketiga-tiga Kitab yang Allah telah turunkan kepada Bani Israel ‒ “Taurat” melalui Nabi Musa (as), Zabur” melalui Nabi Daud dan “Injil ” melalui Nabi Isa (as) telah hilang. Apa yang terdapat pada golongan Yahudi dan Nasrani hari ini adalah kitab karangan orang-orang yang datang terkemudian yang tidak dikenali. Mereka telah mencampur-aduk antara kata-kata Tuhan, kata-kata para Nabi dan kata-kata orang-orang yang tidak dikenali. Oleh itu, betapa sekalipun golongan Kristian cuba meyakinkan diri mereka bahwa Bible yang ada pada mereka itu adalah yang asli dan sememangnya dari Tuhan - tetapi pada diri mereka sendiri tidak yakin dan tidak percaya.

Nabi Isa (as)

9 Dr Jerald Dirks, The Cross, The Crescent Dialogue Between Christianity and Islam, hlm. 51-52

10 Muhammad Mustafa Al-Azami, The History of The Qur'anic Text, from revelation to compilation, IBT

2011.

11 Dr Jerald Dirks, The Cross, The Crescent Dialogue Between Christianity and Islam, hlm. 55.

Mengenali Islam

Orang Kristian sanggup membuat jenaka dengan Nabi mereka (Nabi Isa (as)). Mereka membuat jenaka terhadap Nabi Isa (Jesus) kononnya itu adalah kebebasan bersuara. Pihak Gereja mahupun Vatican pula tidak pernah melarang atau menghukum mereka yang melakukan perbuatan tersebut kerana takut dituduh mencampuri urusan harian mereka dan mereka menganggap bertentangan dengan hak asasi manusia. Oleh itu, orang-orang Kristian kini memikirkan; oleh kerana mereka boleh menjadikan Nabi mereka bahan jenaka, maka mereka fikir mereka juga boleh melakukan terhadap Nabi-Nabi agama lain, khususnya Nabi Muhammad (saw). Inilah kejahilan mereka.

Umat Islam tidak akan menjadikan Nabi Muhammad (saw) bahan jenaka malah termasuk Nabi Isa (as) serta semua Nabi yang Allah telah utuskan kepada manusia. Islam memandang serious perkara ini kerana ia boleh menjejaskan aqidah seseorang Muslim.

Salib

Pada zaman Nabi Isa (as), “salib” merupakan satu bentuk hukuman yang paling hina dan paling keji yang boleh dikenakan ke atas seseorang atas kesalahan yang sangat berat. Ini bererti salib adalah lambang kehinaan. Persoalannya, bagaimana satu lambang penghinaan boleh kemudiannya menjadi lambang keagamaan bagi orang Kristian? Apa pun alasan ia semestinya tidak masuk akal.

Maka jika ada orang Melayu-Islam yang terpengaruh dengan Kristian, ini sahaja sudah cukup untuk memberitahu dia bahwa Kristian hari ini telah terseleweng dari ajaran Nabi Isa (as). Lebih-lebih lagi kononnya, lambang salib ini boleh menghalau hantu dan melawan syihir. Cuba tonton filem-filem seperti “Exorcist”, “Vampire” atau pun “Dracula” dan sebagainya. Hanya orang jahil sahaja mempercayai perkara sedemikian. Mempercayai bahwa salib itu mempunyai kuasa adalah syirik ‒ sama seperti orang Melayu-Islam mempercayai tangkai atau batu atau cincin dan sebagainya. Mana mungkin satu lambang kehinaan boleh menghalau hantu dan menjadi satu lambang agama? Agama sepatutnya menggambarkan sesuatu yang mulia bukan sesuatu yang hina.

Islam adalah Agama Yang Benar

Delima Orang Christian

Sekiranya kita mengkaji al-Qur'an, ia sangat senang dan mudah kerana ia hanya mengandungi sebuah buku sahaja yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad (saw) melalui malaikat Jibril (as). Tetapi Islam berjaya mengasingkan antara “Kalamullah”, iaitu al-Qur'an dengan kata-kata Nabi Muhammad (saw) yang disebut sebagai “hadis ”. Tetapi malangnya perkara yang sama tidak boleh dikatakan terhadap Bible.

Dengan ini jelas bahwa al-Qur'an hanya satu dokumen sahaja yang mewakili satu sumber - Allah. Tidak berlaku pada al-Qur'an sepertimana yang berlaku pada Bible; iaitu potong-dan-tampal (cut-and-paste), 12 tidak terdapat tambahan-demi-tambahan dan tidak juga terdapat pengeditan dan penulisan semula. Maka dengan ini, pembuktian bahwa al-Qur'an itu sebenar-benarnya diterima dan disampaikan oleh Nabi Muhammad (saw) adalah satu fakta sejarah yang tidak dapat dipertikaikan. Walaupun ada orang Kristian cuba menidakkan kandungan al-Qur'an sebagai wahyu dari Allah melalui Jibril (as), tetapi fakta sejarahnya membuktikan bahwa al-Qur'an itu hanya dapat dikesan kembali dari sumber Nabi Muhammad (saw).

Hari ini, orang Kristian telah membuang agama Kristian dari kehidupan harian mereka dan dengan itu agama Kristian merupakan suatu yang disebut secara bersahaja tetapi tidak diamalkan. Kehidupan harian mereka dipengaruhi oleh kapitalisme, kebebasan bersuara, seks bebas dan sebagainya. Berzina dan minuman arak merupakan amalan harian walaupun kedua-dua itu dilarang dalam Bible. Orang Kristian telah menolak agama dari kehidupan harian mereka. Maka kita dapati bagaimanakah seorang Kristian memperolehi kekayaannya dan hartanya tidak lagi dipersoalkan.

Orang Kristian sudah tidak menghormati Bible lagi ‒ perhubungan sesama jenis; minuman arak;

12 Dr Jerald Dirks, The Cross, The Crescent Dialogue Between Christianity and Islam

Mengenali Islam

pergaulan bebas antara lelaki dan wanita; wanita dengan pakaian mendedah aurat semua itu dituntut dan diamalkan dengan berleluasa, walaupun terdapat larangan dalam Bible dan pihak Gereja mahupun Vetican hanya boleh mendiamkan diri dengan menerima itu sebagai hak kebebasan.

Umat Islam memelihara dan melindungi al-Qur'an. Sebagai “Kalamullah”, setiap orang Muslim tidak boleh mengabaikan al-Qur'an sebagai arahan dan perintah dari Allah kepada manusia. Ia merupakan panduan hidup bagi manusia dan kegagalan mematuhi ajarannya bererti orang itu telah berdosa dengan Allah dan jika dilakukan dengan sengaja, ia boleh dihukum kafir. Oleh itu al-Qur'an dilayan dengan penuh kehormatan dan penjagaan tetapi tidak sehingga ia disimpan tanpa dibaca dan difahami ‒ al-Qur'an bukan untuk disimpan tetapi untuk dibaca, difahami dan melaksanakan perintah-perintah yang terkandung di dalamnya. Islam juga menganggap “Injil” yang diwahyukan kepada Nabi Isa (as) sebagai Kitab dari Allah dan merupakan “Kalamullah” juga, dan dengan itu ia mesti dihormati. Orang Islam yang menolak Kitab Injil boleh dihukum kafir ‒ terkeluar dari Islam.

Peringatan Kepada Umat Melayu-Islam

Umat Islam tidak akan mengecilkan mahupun membezakan mana-mana Nabi yang diutuskan oleh Allah. Islam menerima semua para Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah kepada manusia. Nabi-Nabi ini adalah utusan Allah yang Allah telah pilih dari kalangan manusia untuk menyampaikan mesej-Nya. Oleh itu utusan-utusan ini semestinya manusia yang sempurna (maksum) dan menghormati mereka bererti menghormati Allah yang melantik mereka. Pada hari kiamat, para Nabilah yang akan menjadi pembela bagi umat masing-masing di hadapan Allah. Maka jika pada hari ini manusia menghormati Nabi-Nabi mereka, sudah pastilah Nabi-Nabi ini akan membela mereka nanti. Sebaliknya, jika mereka tidak menghormati para Nabi, maka sudah pasti Nabi-Nabi ini tidak akan menjadi pembela mereka di akhirat nanti.

Inilah sebabnya kenapa umat Islam akan mempertahankan Nabi Muhammad (saw) dari dimain-mainkan dan dicerca oleh musuh-musuh Islam (termasuk Yahudi dan Kristian). Adalah merupakan tanggungjawab setiap orang Muslim mempertahankan Nabi Muhammad (saw) dalam apa cara sekalipun yang dia mampu. Sekiranya dia memikir bahwa itu semua adalah perkara remeh dan tidak penting, maka ia telah memilih jalan yang salah dan pada hari kiamat dia tidak akan memperolehi pembelaan. Hanya orang yang bodoh dan jahil sahaja yang tidak mahu kepada pembelaan di akhirat nanti. Sebenarnya setiap orang Islam mesti menerima dan menghormati semua para Nabi dan Rasul yang Allah telah sebutkan mahupun yang Allah tidak menyebutkan di dalam al-Qur'an.

Islam Satu Cara Hidup

Sebaliknya Islam melihat hidupan hariannya dari sudut agama, sebab itu Islam dinamakan sebagai “ad- din”, iaitu cara hidup. Hidup harian seorang Muslim mesti menepati tuntutan agama. Kekayaan yang diperolehinya mesti bertepatan dengan tuntutan agama walaupun hari ini ramai orang Melayu-Islam telah tidak lagi menjadikan Islam sebagai “ad-din”. Ramai yang telah meniru orang Kristian Barat dengan menolak agama dari hidupan harian mereka ‒ arak, judi, riba, seks kini menjadi perkara biasa di kalangan sesetengah umat Melayu-Islam hari ini.

Walaupun apa yang dipaparkan ini tidaklah banyak sangat, tetapi ia memadai untuk memberi maklumat kepada umat Islam tentang penyelewengan yang terdapat di dalam agama Kristian. Walaupun ulama-ulama Kristian cuba menggambarkan Kristian dan Bible itu sebagai yang benar dari Tuhan, tetapi pertembungan fakta yang sangat banyak dan ketara dalam Bible serta doktrin-doktrin Kristian yang sangat mengelirukan meletakkan hujjah mereka sangat tidak munasabah dan terkeluar dari pemikiran yang sihat.

Jika demikian, kenapa orang Melayu-Islam sangat takut dengan Bible? Biarlah ia hendak ditulis dalam bahasa apa sekalipun atau dia menamakan Biblenya dengan nama apa sekali pun termasuk “al-Kitab”. Jika ia tidak benar dari sisi Allah, ia tetap tidak benar. Hanya orang yang jahil sahaja yang tidak dapat mengenali yang palsu dengan yang benar. Dan jika ada umat Islam yang terpengaruh dengan yang palsu, maka itu kesalahannya sendiri, kerana membiarkan dirnya menjadi jahil tentang agamanya dan juga jahil tentang

musuhnya. Wallahu ʻalam. ;