Anda di halaman 1dari 8

HAKIKAT SEBENAR FAHAMAN WAHABI

Feb 4, '08 3:15 PM for everyone

HAKIKAT SEBENAR FAHAMAN AL-WAHHABIYAH (AL-TABDI)


OLEH: HJ ZAMIHAN HJ MAT ZINPEN. PENGARAH ILIM, BANGI. www.al-ghari.blogspot.com

1.0 PENDAHULUAN Sejak akhir-akhir ini lahir pelbagai aliran pemikiran dalam memahami Islam sebagai satu cara hidup . Lantaran itu, kita begitu ghairah mencari identiti hidup yang beteraskan al-Quran dan al-Sunnah . Adakalanya selari dengan Islam dan adakalanya aliran pemikiran tersebut lari dan bercanggah dari penghayatan Islam yang sebenar . Sehinggakan ada dikalangan saudara kita mendakwa bahawa pegangan , fahaman dan sikap mereka sahaja yang benar. Manakala pegangan, fahaman dan sikap orang lain dianggap menyeleweng. Bahkan dituduh sebagai sesat, mengamalkan khurafat, melakukan syirik dan golongan ini telah mengkafirkan umat islam salaf dan khalaf hatta ulamak-ulamak ahlussunnah wal jamaah dan sebagainya. Hasilnya, berlakulah aktiviti tuduh menuduh, fitnah-memfitnah dan kafir mengkafir dalam masyarakat. Senario ini bukan sahaja melibatkan ahli adademik dan professional tetapi turut mendatangkan keracunan kepada masyarakat awam kita. Masyarakat kita bingung, keliru dan buntu. Akhirnya, umat Islam kita berpecah-belah menurut ideology dan fahaman masingmasing. Walaupun kita satu agama, sayangnya fahaman dan kita berbeza.Justeru, kertas am ini ditulis secara ringkas bagi mengunkapkan sedikit tentang latarbelakang permasalahan, membentuk pemahaman sekaligus mencerna pendirian dalam menghadapi isu ini. Khususnya dalam memahami fahaman alWahabiyyah atau dengan kata lain fahaman al-Tabdi. Memandangkan isu ini telah dibincang secara terbuka di televisyen, radio, akhbar dan majalah maka kita juga harus berlapang dada dan bersifat terbuka dalam membicarakannya. 2.0 DEFINISI

Al-Wahabiyyah ialah satu fahaman atau aliran pemikiran yang dinisbahkan kepada pengasasnya Muhammad bin Abdul al-Wahab (1115H-1206H). Pemahaman ini muncul hasil tanggungjawab beliau terhadap isu-isu agama yang berlaku pada waktu itu. Asasnya ialah beliau begitu fanatik terhadap pendapat-pendapat keras alHanabilah, pendapat Ibnu Taimiyyah dan ditambah dengan pendapat sendiri. Walaupun sikapnya itu ditentang oleh ayahnya sendiri, namun beliau tetap berkeras dengan pemahaman dan pendekatan yang dirasakan releven itu. Penisbahan ini muncul dari kalangan masyarakat tempatan yang bertentangan pendapatnya dengannya dengan memanggilnya dengan gelaran Ibnu Abdul Wahab , dan akhirnya menjadial-Wahhabi . Namun apabila beliau memperagakan akidah al-Salaf menurut kacamatanya , maka kita katakan al-Salafiyyah al-Wahabiyyah.Kesimpulanya, samada penisbahan ini tepat atau tidak bukan soalmya. Ini kerana penisbahan tersebut tersurat dalam lipatan sejarah. Namun apa yang penting adalah pemahaman dan aliran pemikiran yang dibawanya, Apabila diteliti dan dikaji, jelas pemahaman al-Wahabiyyah menjadikan pendekatan al-Tabdi ,iaitu satu fahaman yang menghukum bidah golongan yang tidak selari dengan pandangan mereka dan mengkafirkan umat islam secara terang-terangan hatta berani membunuh beribu-ribu umat islam pada zamannya yang kemudiannya jenayah bunuh ini disambung oleh pengikut Muhamad abd wahhab yang fanatik/taksub dengan ajaran sesat Wahhabi. Sejarah Wahhabi yang hitam ini banyak dirakam di dalam kitab2 ulamak muktabar seperti da dalam kitab Fitnah wahhabiyah karangan Sayyid Zaini Dahlan Mufti Mekah . 3.0 FIRASAT ULAMAK TENTANG MUHAMMAD ABDUL WAHABI Imam al-Habib Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Shohibur Ratib Habib Abdullah alHaddad dalam kitabnya Mishabul Anam m/s 15 menceritakan seperti berikut:Aku telah diberitahu oleh seorang tua yang bersinar wajahnya kerana kesolehannya dan sudah melebihi 80 tahun umurnya, Beliau salah seorang pemuka kita keluarga Abu Alawi yang lahir dan membesar di Makkah dan kerap berulang alik ke Madinah. Nama beliau Musa bin Hasan bin Ahmad al-Alawi berketurunan Sayyidina Uqait bin Salim, saudara Sayyidina Quthubus-Syahir asy Syaikhul Kabir Abu Bakar bin Salim. Beliau berkata : "Aku dahulu berada di Madinah belajar kepada asy-Syaikh Muhammad Hayat (asSindi al-Madani). Muhammad bin Abdul Wahab juga berulang-alik ke majlis Syeikh

Muhammad Hayat seperti murid-murid lainnya, Aku mendengar daripada orangorang soleh dan ulama, sebagai kasyaf daripada mereka, firasat mereka mengenai Muhammad bin Abdul Wahab di mana mereka menyatakan bahawa dia akan sesat dan menyesatkan Allah dengannya orang yang dijauhkan dari rahmatNya dan dibinasakanNya. Dan demikian yang telah berlaku (yakni firasat mereka telah menjadi kenyataan) sehingga Syeikh Abdul Wahab, bapa kepada Muhammad bin Abdul Wahab, juga berfirasat sedemikian terhadap anaknya, dia telah menasihati dan mengkritik anaknya serta memperingati orang lain berhubung sikap anaknya itu.Di antara ulama yang mempunyai firasat sedemikian juga ialah Syeikh Muhammad Hayat asSindi dan Syeikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi al-Madani asy-Syafii. Syeikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan menceritakan berhubung firasat Syeikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi dalam kitab-kitabnya.Dan perlu diketahui bahawa Syeikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan mempunyai sanad riwayat daripada Syeikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi seperti berikut:Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan daripada Muhaddis Syam Syaikh Abdur Rahman alKuzbarly daripada al-Hafiz al-Hujjah Abdullah al-Kurdi al-Madani daripada alMuhaddis al-Musnid Syaikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi al-Madani. Dalam isu Muhammad bin Abdul Wahab tidak ada langsung Syeikh Abdur Rahman al-Kuzbari menolak kata-kata Syeikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi dan beliau adalah tokoh utama dalam bidang periwayatan hadis yang terkenal dalam dunia Islam. Kesimpulannya, perawi-perawi tersebut adalah orang yang dipercayai dan tidak berbohong. Syeikh Sulaiman al-Kurdi bukan sahaja berfirasat mengenai Muhammad bin Abdul Wahab, tetapi setelah zahir fitnah Muhammad bin Abdul Wahhab beliau telah ditanyai mengenainya dan membuat jawapan untuk menolak ajaran Muhammad bin Abdul Wahab. Kitab yang ditulis oleh Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab al-Hanbali, saudara kandung Muhammad bin Abdul Wahab, yang berjudul Syawa iqul Ilahiyyah, sudah cukup membuktikan penyelewengan Muhammad bin Abdul Wahab dan sekaligus membuktikan kebenaran firasat para ulama dan solihin di atas. Bukan sahaja Syeikh Sulaiman sahaja yang menceritakan kesesatan Muhammad bin Abdul Wahab bahkan ramai lagi ulama sehingga Habib Alwi al-Haddad pada mukasurat 3 kitab Misbahul Anam membuat kesimpulan bahawa kesesatan Muhammad bin Abdul Wahab telah disampaikan oleh ramai ulama secara tawatur dalam tulisan-tulisan mereka daripada orang-orang yang tsiqah dari kalangan ulama-ul-akhyar (terpilih) dan selain mereka yang telah melihat dengan matanya sendiri dan mendengar dengan telinganya sendiri akan kesesatan Muhammad bin

Abdul Wahab dan pengikut-pengikutnya dan juga tulisan-tulisan, perkataan, perbuatan dan perintah Muhammad bin Abdul Wahab dan pengikut-pengkutnya. Sememangnya firasat bukan hujjah, tetapi tidak boleh diketepikan mentahmentah. Apatah lagi, jika ada qarinah lain membuktikan kebenaran firasat tersebut. Ingat Junjungan Nabi Shallallahu alayhi wasalam bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi dan Imam al-Tobrani : Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah. 4.0 PERIOD FAHAMAN AL-WAHABIYYAH Gerakan dakwah ini secara umumnya mengalami tiga peringkat : A-Kerajaan Saud yang pertama :1) Period Muhammad bin Abdul Wahab & Muhammad Suud (1153H-1206H) 2) Period Abdul Aziz al-Saud & Saud Abdul Aziz (1762M-1814M)3) Period Abdullah Al-Saud Ditangkap Dipancung (1814M-1818M)B-Kerajaan Saud yang kedua : 1) Muncul Faysal al-Turki al-Saud (1835M-1838M)- dibawa ke Mesir dan dipenjara-( 1843M)-melarikan diri2) Faysal memulakan pemerintahan al-Saud ke-2 di Najad3) Kolonel Lewis Pelly (Peg Kanan Tentera British ke teluk bertemu pemimpin Wahabi) 4) Faysal meninggal dunia akibat kecederaan serius dalam pertempuran dan diganti oleh saudara Abdullah (1874M) 5) Abdul Rahman bin Faysal al-Saud berjaya menakluki Riyadh (1889M) 6) Riyadh berjaya ditawan kembali oleh Jeneral Muhammad bin Rasyid (1890) 7) Abdul Rahman bin Faysal berjaya lari ke Kuwait. C-Kerajaan Saud yang ketiga : 1)Munculnya Abdul Aziz al-Saud menawan semula Riyadh (1902) 2) Captain WHI Shakespeare (agen British) di Kuwait menemui Amir Abdul al-Aziz (1910) dan mengatur pertemuan dengan Sir Perry Cox dan melantik Philby sebagai penasihat amir (1915)

3) Berlakunya Uqary Conference antara Brtish dan Saudi. Abdul al-Aziz dianugerahkan 60,000 pound setahun kerana khidmatnya pada British dan kemudiannya dianugerahkan Knight Of Grand Commander of The Most Eminent Order of The Indian Empire. 4) Amir Abdul al-Aziz menghapuskan Ikhwan al-Najdi. British membekalkan 4 pesawat, 200 kenderaan tentera dalam operasi ini. Faisal al-Duuwaish telah ditangkap oleh British di Kuwait dan menyerahkan kepada Abdul Aziz (1930M). 5) Tahun 1931M, Philby membawa masuk jutawan US Charles R. Crane & Kari Twithcell untuk meneroka minyak di teluk. 6) Pada tahun 1933, Syarikat Standard Oil of California mendapat konsesi minyak selama 60 tahun dan dikenali dengan AramCo. Ini merupakan sebahagian dari strategi Philby untuk membawa campurtangan Amerika terhadap Saudi. 7) Kerajaan Saudi Arabia terbentuk secara rasminya pada tahun 1932M dengan identiti Pedang bersilang sampai ke hari ini. 5.0 INTISARI PENTING FAHAMAN AL-WAHABIYYAH Berikut merupakan sebahagian methodology fahaman al-Wahabiyyah. Antaranya : 1)Meneruskan fahaman pemecahan Tauhid kepada 3 bahagian. 2)Bergerak aktif dengan isu syirik-mensyirik , kafir-mengkafir. 3)Mempromosi ayat mustasyabihat secara meluas. 4)Mendasari salah faham terhadap bidah 5)Menyerang golongan tasawuf /tarekat. 6)Menyubuhkan fahaman Tasbyih dan Tajsim 7)Menentang fatwa Kebangsaan dan negeri-negeri 8)Mempunyai kaitan rapat dengan gerakan militant 9)Bersikap fanatik 10)Menolak pendekatan Mazhab dalam Islam 6.0 TOKOH TOKOH Toloh-tokoh Wahhabiyyah terdahulu tidaklah ramai jika dibandingkan dengan ulamak-ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Di sini perlu didedahkan tokoh-tokoh yang menyebarkan fahaman wahabiyyah di Timur Tengah.Antaranya ialah: 6.1 Ibn al-Alusi (1202-1317) 6.2 Abdul al-Rahman al-Muallimiy (1313-1386) 6.3 Al-Qanuji : Sidq Hassan al-Khan 6.4 Hamad bin Nasr bin Uthman al-Najdi 6.5 Ahmad Ibrahim al-Najdi6.6 Jamaluddin al-Qasimi al-Dimasyqi 6.7 Muhammad Khalil Harras al-Masri 6.8 Abdul Razzaq Afifi Ahmad Syakir al-Masri 6.9 Nasr al-Din al-Banni 6.10 Zuhair Syawisy 6.11 Muhammad Nasib al-Ridai 6.12 Mahmud Mahdi Istanbuli 6.13 Hamud al-Tuwaijri 6.14 Ibnu Baz(Abdullah bin Baz) 6.15 Hamad al-Ansari 6.16 Abu Bakar al-Jazairi 6.17 Soleh Uthaimin 6.18 Soleh Fauzan 6.19 Abdullah bin Sadi al-Ghamidiy 6.20 Muhammad Jamil Zainu 6.21 Umar Sulaiman Asyqar 6.22 Furaih bin Soleh al-Bahlul 6.23 Salim al-Hilali

6.24 Marwan al-Qaisi 6.25 Abdul Qader al-Arnawuth. 7.0 IMPLIKASI Penyebaran fahaman ini sedikit sebanyak memberi ancaman kepada umat Islam di Malaysia. Hampir-hampir kita bakal menjadi Indonesia. Antara implikasinya ialah: 7.1 Memberi fokus perdebatan kepada masalah usuliyyah-akidah dengan sifat-sifat Allah. 7.2 Memberi fokus tentang permasalahan khilafiyyah-bidah dan mencambahkan bibit perpecahan dan kekeliruan fahaman dalam masyarakat. 7.3 Munculnya pelbagai aliran, puak dan fanatic kepada ustaz-ustaz atau pensyarah tertentu. Akhir menggunakan fatwa tersendiri dalam menyampaikan hukum kepada masyarakat awam. 7.4 Membelakangi JAKIM, Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri, PUM, IKIM, YADIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam penentuan dan penyebaran hukum. 8.0 SENARAI HUJJAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH KE ATAS FAHAMAN ALWAHABIYYAH Rujuk: http://darulfatwa.org.au/languages/Malaysian/Ahlussunah.pdf 9.0 STATUS Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-27 yang bersidang 31 Mac 1994 dan 14 pada 22-23 Oktober 1985 telah memutuskan bahawa fahaman Ittiba al-Sunnah atau Fahaman al-Salafiyyin, Kaum Muda atau Al-Wahabiyyah dan yang sealiran dengannya boleh membawa kekeliruan dan perpecahan kepada masyarakat dan perlu disekat. Adalah menjadi hak untuk Kerajaan Negeri untuk menfatwakannya samada sesat atau menyeleweng. 10.0 KESIMPULAN Antara usaha yang boleh diambil dalam menangani isu fahaman ini ialah:

10.1 Kita perlu memahami isu ini dengan sebaik-baiknya dan menyedari implikasi yang berlaku hasil penyebaran fahaman ini. 10.2 Menggesa JAKIM, JAIN, PUM, IKIM, YADIM dan NGO Islam yang lain bersatu untuk mengeluarkan satu kenyataan bersama tentang fahaman ini. 10.3 Menapis atau menyekat buku-buku, majalah, laman web, pendakwah ekstrem yang didapati menyebarkan fahaman ini. 10.4 Memantau sebarang aktiviti yang dianjurkan mereka termasuk seminar, forum, ceramah dan sebagainya. 10.5 Usaha pendidikan dan penerangan perlu dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu. 10.6 Kita perlu menggunakan pendekatan yang bijak dalam menangani kes ini. Ibarat menarik rambut di dalam tepung. Subhanallah..marilah sama-sama kita meyelamatkan diri kita dan berpesan kepada saudara islam kita yang lain daripada mereka ini, yang pada zahirnya menunjukkan persenaliti islam,berkopiah,berjubah,tapi akidah mereke bertereskan Muhammad abdul wahhab, ibn Taimiyyah yang membawa kepada tajsim dan tasybih. Akidah mereka ini pada hakikatnya di ambil terus dari akidah yahudi dan agamaagama sesat lain bukannya akidah nabi Muhammad dan para sahabat.Nauzubillah Ya Allah selamatkan bumi Malaysia daripada Wahhabi.. AL-GHARI http://www.al-ghari.blogspot.com/ Prev: Nothing here... Next: Jokes: Strangers on a Train