Anda di halaman 1dari 10

PenJiJikon Sivik Jon Keworqoneqoroon

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS


56000 KUALA LUMPUR




KERTAS KERJA

PROJEK "JOM KE DESA"
PISMP AMBILAN JANUARI 2009












PenJiJikon Sivik Jon Keworqoneqoroon

PROJEK "JOM KE DESA" PISMP


AMBILAN JANUARI 2009

1.0 PENGENALAN
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran
yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah
bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan
negara. Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan diri,
hubungan dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran
Untuk membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran pendidikan
sivik diaplikasikan dengan maksimum, para guru harus kreatif dan bijak dalam
menimba pengalaman melalui pengolahan projek-projek yang selaras dengan
kehendak sukatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Oleh itu satu projek
telah dirancang yang berkonsepkan khidmat masyarakat.

2.0 NAMA PROGRAM
Program ini dinamakan sebagai 'Jom Ke Desa yang akan diadakan di
Kampung Tanjung Pahang, Rompin Pahang Darul Makmur.

3.0 MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah dan di luar
instititut serta menjalinkan kemesraan dan menyumbang bakti kepada penduduk
kampung. Di samping itu, projek ini boleh menjadikan para guru pelatih seorang
warganegara yang patriotik, prihatin, dan bertanggungjawab terhadap masyarakat
dan negara. Program ini juga bertujuan memberi perhatian terhadap
pembentukan sahsiah diri peserta supaya dapat melahirkan guru-guru pelatih
yang cekal, berdisiplin, dinamik, toleransi dan cekap di samping mengeratkan
silaturrahim sesama ahli.

PenJiJikon Sivik Jon Keworqoneqoroon


.0 LATAR BELAKANG
Seramai 40 orang orang guru pelatih PSMP-PG Ambilan Januari 2009
daripada kumpulan G 6.1 dan G 6.9 yang diiringi oleh pensyarah-pensyarah
pembimbing daripada Jabatan Pengajian Sosial akan mengikuti Projek "Jom Ke
Desa ini.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Memberikan pendedahan mengenai perancangan, persediaan,
pelaksanaan, dan pengendalian program secara teori dan praktikal.
5.2 Mewujudkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu sesuai
dengan objektif umum kursus.
5.3 Menyediakan ruang perkongsian informasi dan amalan terbaik dalam
pengurusan pentadbiran pendidikan.
5.4 Memperkembangkan lagi pengalaman dan berkongsi idea baru.
5.5 Memperkenalkan nama PG Kampus lmu Khas ke mata masyarakat
umum sebagai sebuah institusi pendidikan terulung setaraf dengan
universiti, politeknik dan institusi pendidikan yang lain.

6.0 RASIONAL
Projek Khidmat Masyarakat adalah pelaksanaan amali di dalam
matapelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraa. Melalui program " Jom Ke
Desa ini, guru pelatih dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
sivik dan kewarganegaraan yang telah dipelajari. Program ini juga memberikan
pengalaman kepada guru-guru pelatih dalam pengendalian sesuatu program dan
mewujudkan suasana komunikasi yang berkesan supaya dapat berbincang dan
bertukar pendapat dengan penduduk kampung.


PenJiJikon Sivik Jon Keworqoneqoroon

.0 BUTIRAN PROGRAM TENTATIF


.1 Tarikh
23 September 2011 hingga 25 September 2011

.2 Tempoh
3 hari 2 malam

.3 Tempat
Kampung Tanjung Pahang Rompin, Pahang Darul Makmur

. BiIangan peserta
40 orang

.5 Pensyarah pengiring
Puan Fuziah Binti Abdul Manaf
Puan Nor Baizura Binti Abu Bakar


8.0 SENARAI JAWATANKUASA
8.1 Jawatankuasa Induk
Penaung : En Shaari Bin Osman
Pengarah, PG Kampus lmu Khas,
Kuala Lumpur.

Penasihat : Tn Hj Mohamad Ritzuan Bin Baharin
Ketua Jabatan Kajian Sosial,
PG Kampus lmu Khas,
Kuala Lumpur



PenJiJikon Sivik Jon Keworqoneqoroon

Penyelaras : Puan Fuziah Binti Abdul Manaf


Puan Nor Baizura Binti Abu Bakar
Pensyarah Jabatan Kajian Sosial,
PG Kampus lmu Khas, Kuala Lumpur

8.2 Jawatankuasa peIaksana
Pengerusi : Muhammad Hanif Shaqirin Bin Razali
Naib pengerusi : Che Faiz Fathurrahman
Setiausaha : Ahmed Ashraff Bin Abdull Wahid
Bendahari : Muhammad Hafizul Bin Bazli

8.3 AhIi jawatankuasa
9.3.1 Jemputan : Che Faiz Fathurrahman Bin Kamaruzzaman
9.3.2 Makanan : Ahmed Ashraff Bin Abdull Wahid
9.3.3 Aktiviti : Muhammad Hanif Shaqirin Bin Razali
9.3.4 Kelas : Muhammad Hafizul Bin Bazli
9.3.5 Pengangkutan : Che Faiz Fathurrahman Bin Kamaruzzaman
9.3.6 Peralatan : Ahmed Ashraff Bin Abdull Wahid
9.3.7 Penajaan : Che Faiz Fathurrahman Bin Kamaruzzaman
9.3.10 Dokumentasi : Muhammad Hafizul Bin Bazli
9.3.11 Brosur : Ahmed Ashraff Bin Abdull Wahid
9.3.12 Siaraya : Che Faiz Fathurrahman Bin Kamaruzzaman
9.3.12 Keselamatan : Muhammad Hanif Shaqirin Bin Razali
PenJiJikon Sivik Jon Keworqoneqoroon

9.3.13 Hadiah : Muhammad Hafizul Bin Bazli


9.3.14 Tugas-tugas Khas : Che Faiz Fathurrahman Bin Kamaruzzaman

9.0 TENTATIF PROGRAM
Hari 1 ( 23 September 2011 )
9.00 pagi Pendaftaran
10.00 pagi Majlis perasmian
11.00 pagi Bertolak ke destinasi
4.00 petang Tiba ke destinasi
4. 15 petang Pembahagian penempatan dan keluarga angkat kepada
peserta
5.00 petang Sesi Suai kenal para peserta dengan penduduk
6.30 petang Persiapan diri
10.00 malam Rehat


Hari 2 ( 24 September 2011 )

6.00 pagi Persiapan diri
Solat subuh
Sarapan pagi
7.30 pagi Bersiap untuk aktiviti( Mencandat Sotong)
3.00 petang Lawatan ke Kilang kan Masin
6.30 petang Persiapan diri
Solat maghrib
Solat isyak
9.00 malam Malam Kebudayaan
11.00 malam Majlis bersurai


PenJiJikon Sivik Jon Keworqoneqoroon

Hari 3 ( 10 September 2011 )



6.00 pagi Persiapan diri
Solat subuh
Sarapan pagi
8.00 pagi Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Pantai
12.00pagi Majlis Penutupan
1.30tengahari Bertolak pulang



10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber Kewangan:
BiI Perkara JumIah
1
2
Yuran Peserta
Sumbangan dan
Tajaan
(RM 70 x 40 orang)
Umno Bahagian Rompin (RM2000)
Jabatan Hal Ehwal Khas (RM2000)
Yayasan Pahang ( RM1000)
RM 2800.00



RM5000.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 800.00





PenJiJikon Sivik Jon Keworqoneqoroon

PerbeIanjaan :
BiI Perkara Item Kuantiti
(unit)
Harga JumIah
1 Aktiviti
1. Lawatan ke Kilang
(tiket)
- RM 80.00
2. Kad nama - 40 RM 3.00 x 40 RM 120.00
3. Mencandat Sotong O Umpan
-
RM 100.00
O Sewa Bot RM 1000.00
O Petrol RM 200.00
2 Makanan
1. Peserta

40 (RM 20.00 x
40) x 3 hari
RM 2400.00
3 Hadiah




1. Hamper (keluarga
angkat)

-
20 RM 50.00 x 20 RM1000.00
2. Bola Tampar

O Tempat pertama 5 RM100.00 x 5 RM 500.00
O Tempat ke-2 5 RM 80.00 x 5 RM 400.00
O Tempat ke-3 5 RM 50.00 x 5 RM 250.00
3. Hadiah
penghargaan
- RM 200.00
PenJiJikon Sivik Jon Keworqoneqoroon

Baju T-Shirt Program - 40 RM 30.00 x 40 RM 1200.00


5 Banner - 1 RM 200.00 RM 200.00
6 HaI-haI Iain - RM 150.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 800.00




11.0 SENARAI JAWATANKUASA DAN TUGAS/TANGGUNGJAWAB
BL. JAWATANKUASA TUGAS/TANGGUNGJAWAB

1.

Penyelaras aktiviti
1. Mengumpulkan peserta untuk
mengendalikan tugas bagi setiap
aktiviti.
2. Memastikan aktiviti berjalan dengan
jayanya

2.

Pengangkutan
1. Membuat tempahan bas untuk ke
sekolah
2. Memastikan bas datang tepat pada
waktunya.

3.

Peralatan
1. Menyediakan borang senarai semak
peralatan yang diperlukan
2. Meminjam perlatan dari stor
3. Mengambil semua peralatan yang
diperlukan
PenJiJikon Sivik Jon Keworqoneqoroon


4.

Makanan
1. Menyediakan anggaran perbelanjaan
2. Menetapkan menu makanan yang
sesuai
3. Menyediakan jumlah makanan yang
mencukupi untuk semua yang terlibat

5.

Dokumentasi
1. Merekod segala perjalanan aktiviti
sebaik sahaja bermula sehingga
akhirnya program.

6.

Brosur
1. Menyediakan risalah atau pemplet
yang mengandungi segala maklumat
perjalanan program

12.0 PENUTUP
Projek "Jom Ke Desa ini berhasrat dapat melahirkan bakal guru yang
berkualiti hasil daripada pengalaman yang berharga sebagai satu langkah persediaan
sebelum memasuki dunia perguruan yang sebenar. Selain itu, adalah menjadi
harapan agar program seperti ini mampu melahirkan individu yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Disediakan oleh:
...........
(Ahmed Ashraff Bin Abdull Wahid)
Setiausaha,
Projek "Jom Ke Desa
PG Kampus lmu Khas,
Kuala Lumpur