Anda di halaman 1dari 3

Gangguan Mental

Pengenalan Masalah gangguan mental merupakan sesuatu yang biasa dan sejagat. Kenyataan di bawah ini membuktikan hakikat yang sebenarnya:

1 - 1.5% merupakan penyakit mental yang utama 10% dari keseluruhan penduduk mengidap gangguan mental yang telah didiagnoskan. 25 - 35% dari pesakit yang berjumpa doktor menghadapi tekanan mental.

Penyebab Gangguan Mental Terdapat pelbagai kelompok gangguan mental: Penyebab fizikal seperti jangkitan (contohnya: demam malaria jenis serebrum, ensefalitis), kecederaan atau trauma (dalam otak), metabolik (seperti diabetes, ketoasidosis, ketidakseimbangan metabolik), dementia (nyanyuk), epilepsi atau gila babi dan penyakit Parkinson. Sebab-sebab biokemia begitu jelas sekali dalam penyakit skizofrenia di mana ketidakseimbangan bahan dopamin merupakan penyebab yang nyata. Kajian-kajian mengenai keturunan atau genetik telah membuktikan peningkatan kejadian atau insidens berhubung kes gangguan mental seperti skizofrenia dan gangguan fikiran atau mood. Masalah seperti penyalahgunaan bahan, gangguan atau masalah makan seringkali menggunakan teori-teori tingkah laku pembelajaran untuk menjelaskan keadaan ini. Masalah-masalah tekanan psikologi yang besar yang tidak dapat diselesaikan boleh membawa kepada keadaan yang lebih serius seperti gangguan pasca stres atau penderaan terhadap kanak-kanak. Jenis Gangguan Mental Jenis Gangguan Mental yang biasa boleh dikelompokkan seperti berikut: Sindrom Otak Organik Psikosis Neurosis Gangguan personaliti Gangguan bahan penggunaan Nyanyuk dan meracau Skizofrenia, gangguan fikiran Keresahan, obsesif-kompulsif Antisocial, kes perenggan Menyalahgunakan sesuatu, mabuk, pergantungan terhadap sesuatu dan mengasingkan diri atau menyendiri

Gangguan semasa kanakKencing malam, penderaan kanak-kanak,Keresahan kanak

Prevalens Gangguan Mental Gangguan mental merupakan sesuatu yang sangat biasa berlaku di samping beberapa kes tertentu yang menunjukkan simptom psikiatrik secara langsung. Contohnya: Keresahan/kemurungan OCD/fobia Kemurungan Manik depresi Skizifrenia Penyalahgunaan dadah Penderaan kanak-kanak/pasangan Pelan Rawatan Terdapat 3 kumpulan rawatan pilihan yang diberikan:

8% 4% 5% 1-2% 1% 200,000 ?

Psikologi/Tingkah laku kaunseling, psikoterapi, terapi tingkah laku, secara perseorangan, suami-isteri, keluarga, kelompok Ubat-ubatan menggunakan dadah ansiolitik, hipnotik, antidepresan, antisikotik Terapi elektro-konvulsif (ECT).

Hari ini terdapat beberapa perkembangan terbaru untuk merawat ganguan mental. Aktiviti Pemulihan Aktiviti pemulihan atau rehabilitasi memainkan peranan penting untuk menyokong dan memberi khidmat jagaan kepada pesakit yang mengidap gangguan mental. Antaranya termasuklah khidmat Jagaan Harian, Kemahiran Kehidupan Harian, kemahiran sosial /asertif, kemahiran pekerjaan, (seperti pertanian, kraftangan, perindustrian/perniagaan seperti menjilid buku, permainan kanak-kanak, seramik dan pemasangan peralatan elektrik). Kumpulan pelbagai disiplin Membentuk kumpulan pengurusan yang terdiri dari pelbagai disiplin. Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing termasuk anggota perkhidmatan jagaan primer atau Pengamal Perubatan (GP). Pembimbing utamanya terdiri dari Doktor Pakar Psikiatri, Pegawai Perubatan, Pegawai Psikologi Klinikal, Pembantu Perubatan/ Jururawat, Jurupulih Carakerja, pekerja sosial, Pegawai Kesihatan atau Pengamal Perubatan (GP) Stigma dan diskriminasi Terdapat pelbagai metos mengenai gangguan mental ini. Sesetengahnya mempercayai bahawa gangguan mental disebabkan oleh hantu syaitan atau sebagai pembalasan atas dosa-dosa yang mereka lakukan atau yang dilakukan oleh nenek moyang mereka.

Pesakit mental diberi pelbagai gelaran yang stereotaip seperti malas, bodoh, ganas, di luar dugaan, agresif, kurang sopan dan pengotor. Label seperti inilah yang sering membawa kesan-kesan yang tidak baik kepada pesakit seperti kelewatan mendapat rawatan atau tidak mendapatkan rawatan langsung, dipinggirkan dan didera. Pesakit selalunya menderita dalam kesepian. Diskriminasi Di tempat kerja pesakit diskriminasikan, menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan atau tidak diberi peluang kenaikan pangkat dan kadangkalanya diturunkan pangkat, dipaksa bersara awal atau kehilangan pekerjaan. Kehidupan sosial mereka amat menyiksakan. Mereka dipersendakan, disisihkan oleh rakan dan taulan. Dalam keadaan yang demikian rupa pesakit lebih rela menyendiri atas sebab-sebab tertentu. Perkahwinan - bekas pesakit mental sekali lagi dipinggirkan. Kadangkala kaum keluarga dan anak-anak mereka turut disisihkan. Bidang-bidang lain yang sering mengamalkan diskriminasi, termasuklah - perlidungan insuran, rawatan perubatan biasa, dan dalam hal-ehwal perundangan tertentu. Oleh yang demikian, mengadakan rawatan yang berkesan tidak memberi apa-apa makna melainkan pesakit sendiri sanggup tampil kehadapan untuk mendapatkannya. Contoh-contoh serta pengalaman peribadi yang ada, begitu jelas mempamerkan keadaan stigma dan diskriminasi yang wujud hari ini. Perubahan sikap dan pendekatan adalah perlu bukan sahaja untuk orang awam tetapi juga semua anggota kesihatan yang terlibat di semua peringkat. Aktiviti Promosi Kesihatan Mental Salah satu dari cara untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kesihatan mental dan menyingkirkan buruk sangka dan stigma terhadap masalah gangguan mental ialah melalui aktiviti-aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan dengan penglibatan orang ramai adalah seperti mengadakan wad terbuka, pesta makanan, jualan barangan/kraftangan, pameran kesihtaan mental, konsert (dengan penyertaan pesakit) di samping pengedaran atau jualan cenderamata yang mengandungi mesej penting mengenai kesihatan mental seperti kad kalendar, pelekat, alat tulis, rantai kunci, penanda buku dan sebagainya. Berikan BANTUAN dan SOKONGAN sepenuhnya kepada:

Mangsa Keluarga mangsa Kumpulan yang berisiko tinggi Orang awam