Anda di halaman 1dari 2

PENGERTIAN SYUKUR

Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran, nikmat yang


dianugerahkan yang diberikan oleh ALLAH Taala. Syukur juga bukan
hanya meliputi terhadap perkara-perkara nikmat, malah ianya juga meliputi
syukur kerana terlepas daripada bala, malapetaka dan bencana yang
menimpa. Antara lain pengertian syukur ialah:
i) aitu mengaku dan memuji ALLAH atas nikmat yang diberi dan
menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada ALLAH
subhanahu wata`ala.
% Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh ALLAH kepada makhlukNya adalah
dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti nikmat kesihatan,
kekayaan ,kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur
dan berterima kasih atas nikmat-nikmat tersebut merupakan satu
kewajipan kepada ALLAH.
Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima
kasih adalah adalah orang yang tidak mengenal budi. Oleh itu,hendaklah
digunakan nikmat-nikmat ALLAH itu untuk menambahkan ibadah kepada
ALLAH dan sangatlah keji dan hina menggunakan nikmat-nikmat itu untuk
menderhakai Tuhan yang memberi nikmat.
Terdapat pelbagai nikmat yang dianugerahkan oleh ALLAH terhadap
hamba-hambaNya. Keseluruhan nikmat yang dikurniakan perlu ada bukti
yang memperlihatkan kesyukuran. Bukti mensyukuri nikmat harta adalah
apabila seseorang hamba itu membelanjakan hartanya di jalan ALLAH
SWT. Bukti mensyukuri nikmat kekuasaan yang diperolehi oleh seorang
pemimpin adalah menjadi pemimpin yang adil dan berusaha sekuat tenaga
memberikan kesejahteraan kepada orang yang dipimpinnya. Bukti
mensyukuri nikmat ilmu adalah mengamalkannya dan mengajarkannya
kepada orang lain.begitulah juga bukti mensyukuri nikmat-nikmat yang lain
adalah dengan menggunakannay hanya untuk beribadah kepada
ALLAH.seluruh kebaikan di dunia ini merupakan ibadah kepada ALLAH.
Dalam Al Quran ALLAH SWT banyak memberikan pelajaran dan
pengajaran tentang orang-orang yang diazab kerana tidak mensyukuri
nikmat-nikmatNya. Di antaranya , Firaun ditenggelamkan bersama bala
tenteranya kerana kuIur terhadap nikmat kekuasaan. Qarun ditenggelamkan
ke dalam perut bumi bersama harta bendanya kerana kuIur terhadap nikmat
harta. ALLAH juga menyiksa Hamman kerana kuIur nikmat kecerdikan
yang ALLAH berikan terhadapnya.
Berdasarkan peristiwa-peristiwa yang telah dirakamkan di dalam Al Quran,
ianya membuktikan bahawa nikmat ALLAH yang tidak disyukuri segalanya
akan dimusnahkan mengikut kadar kekuIurannya atas nikmat-nikmat yang
telah dikurniakan. Punca lahirnya rasa bersyukur ialah apabila seseorang
hamba itu ikhlas dalam melaksanakan pekerjaannya, bersungguh-sungguh
dan menyandarkan seluruh kehidupannya serta pergantungannya hanya
kepada ALLAH SWT. Merasa diri sebagai seorang hamba kepada ALLAH
SWT , dan segala yang dimiliki adalah pinjaman daripadaNya. Sentiasa
merasa cukup dengan apa yang ada, sama ada zahir mahupun batin, serta
redha dengan segala ketwntuanNya. Manusia perlu bersyukur kerana
ALLAH SWT telah menjadikan manusia dengan sesempurna kejadian, dan
pujian yang selayaknya hanya kepada ALLAH SWT di atas kurniaanNya
yang tidak terhitung. Manusia yang bersyukur adalah antara hamba yang
pertama dimasukkan ke dalam syurga, ini berdasarkan kepada Hadis Nabi
SAW :
'Orang yang pertama diseur ke Syurga pada hari kiamat ialah orang-orang
yang memuji ALLAH dalam keadaan suka dan duka. '
Kesan daripada tidak bersyukur manusia akan lebih terdorong dan berani
membiasakan diri dengan melakukan kejahatan, kezaliman terhadap diri
sendiri dan sekelilingnya. Apabila manusia melakukan maksiat maka
terputuslah dia daripada mendapat Rahmat ALLAH SWT. Adapun cara
mensyukuri nikmat ALLAH SWT secara umum, ialah dengan
menggunakan segala nikmat ALLAH untuk hal-hal yang diredhaiNya, yakni
melakukan usaha-usaha agar memperolehi kebahagiaan hidup di dunia yang
Iana dan akhirat yang kekal kelak.
Justru,untuk menjadi hamba yang bersyukur kita perlu meminta dan
memohon kepada ALLAH SWT . ALLAH SWT mengajarkan doa tersebut
di dalam Al Quran ;a Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat-
Mu yang Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku
dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku
dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku
bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang
berserah diri. (Surah Al AhqaI:15)

Anda mungkin juga menyukai