Anda di halaman 1dari 3

Kecederaan

Kecederaan adalah salah satu punca masalah perubatan yang sering berlaku. Ia melibatkan semua kumpulan umur dan menjadi antara penyebab utama kemasukan ke hospital kerajaan serta penyebab kematian di negara kita. Kecederaan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kecederaan akibat kemalangan yang tidak disengajakan disengajakan dan kecederaan yang disengajakan. Penyebab utama kecederaan disebabkan oleh kemalangan yang tidak disengajakan ialah :

Kemalangan jalan raya Terjatuh Keracunan Terbakar Tenggelam dalam air

Penyebab utama kecederaan yang disengajakan ialah:


Pergaduhan/diserang/jenayah keganasan dan pembunuhan Mencederakan diri sendiri seperti cuba membunuh diri

Kecederaan Kepala
Trauma dikepala boleh mengakibatkan kecederaan otak akibat dari:

Hentakan yang kuat secara langsung Hentakan yang kuat secara tidak langsung

Kebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi kecederaan kepala yang teruk mengakibatkan

Kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak Bengkak pada tisu otak Kerosakan otak yang teruk.

Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan kematian. Kecederaan kepala juga boleh jadi berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain, terutamanya leher.

Siapayangberisikotinggimendapatkecederaankepala?
Penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan yang paling berisiko terhadap kecederaan kepala. Kumpulan lain yang berisiko tinggi ialah

Pengguna jalanraya Pekerja-pekerja binaan Ahli sukan tempur dan aktiviti lasak.

Bagaimanamengesankeadaankecederaankepala?
Pesakit yang ada kecederaan kepala mungkn menunjukkan tanda/gejala berikut:

Terlibat dalam kemalangan atau kecederaan pada masa lalu Bengkak atau luka pada kulit kepala Sakit dan pening kepala Kabur pandangan Muntah Hilang ingatan Sawan Tahap kesedaran berkurangan/pengsan

Bagaimanamengesankecederaankepalayangserius?
Jika pesakit mengalami salah satu daripada tanda-tanda seperti berikut, kecederaan kepala yang serius mungkin berlaku:

Tahap kesedaran yang berkurangan Mengantuk yang teramat sangat Muntah yang berpanjangan Sakit kepala yang teruk Tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dan berkurangan deria sentuhan Tidak dapat bercakap dengan betul Penglihatan semakin kabur

Bagaimanasayabolehmembantuorangyangmengalamikecederaan?
Sesiapa yang disyaki ada mengalami kecederaan kepala mestilah dibawa segera ke kemudahan kesihatan (hospital/klinik). Di tempat kejadian, alihkan mangsa ke kawasan yang lebih selamat. Angkat mangsa dengan cermat bagi mengelakkan kecederaan lebih teruk. Jika pesakit itu tidak sedarkan diri, anggap mangsa mengalami kecederaan di leher. Gunakan alat penyokong leher atau ikat mangsa ke papan yang keras.Ketika diangkat, gunakan 'splint' untuk mengelakkan pergerakan bahagian tubuh yang cedera. Rawatan kecemasan mungkin diperlukan. Lakukan pertolongan cemas sementara menanti petugas yang terlatih tiba.

Apakahmasalahlainyangberlakuakibatkecederaankepala?
Kesan kecederaan kepala bergantung kepada keterukan kecederaan yang dialami.

Bagi konkusi otak (tidak sedarkan diri dalam tempoh singkat selepas berlakunya kecederaan kepala), kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya selepas beberapa jam atau hari. Bagi kecederaan kepala yang teruk seperti yang melibatkan pendarahan bahagian dalam otak, pesakit mungkin pulih dengan mengalami ketidakupayaan kekal, malah boleh menyebabkan kematian.

Bagaimanasayabolehmencegahkecederaankepala?
1. Elakkan kemalangan 2. Untuk mengelakkan kecederaan akibat kemalangan jalanraya: o Sentiasa gunakan peralatan keselamatan apabila menggunakan kenderaan: Motosikal - pakai topi keledar dengan betul. Kereta - pakai tali pinggang keledar. o Sentiasa patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua. 3. Bagi pekerja-pekerja binaan: o Pakai topi keselamatan setiap masa o Sentiasa patuhi peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja.

KumpulanSokongan.
www.e-medicine.com www.trauma.org

Semakan Akhir : 28 April 2008