Anda di halaman 1dari 23

BAB 4

ANALISIS TERHADAP MASALAH KELEWATAN PENGELUARAN SIJIL LAYAK MENDUDUKI.

4.1

Pengenalan

Walaupun masalah kelewatan Sijil Layak Menduduki (CFO) ini telah dihuraikan secara terperinci di dalam bab-bab yang sebelumnya, namun suatu analisis dilakukan bagi mendapatkan maklumat dari pihak luar bagi memperkukuhkan lagi hasil kajian yang dibuat.

Pengumpulan data secara primer telah dimulakan dengan membuat borang soal selidik. Contoh borang soal selidik adalah sepertimana di lampiran F. Terdapat 8 soalan yang telah dikemukakan dan peratusan keputusan yang

48 diperolehi adalah sepertimana di muka surat. Sebanyak 40 borang soal selidik telah diedarkan kepada orang awam, kakitangan kerajaan dan pihak pemaju sendiri.

4.2

Analisis Terhadap Soal Selidik Mengenai Masalah Kelewatan Pengeluaran Sijil Layak Menduduki Di Pihak Berkuasa Tempatan

Bil Sampel

40 responden

Kategori Sampel : 1. Orang Awam 2. Kakitangan Kerajaan 3. 4. Pembeli Rumah Pihak Pemaju

4.2.1

Carta Peratusan Bagi Setiap Soalan.

SOALAN 1
3% 25%

72%

Tahu

Tidak Tahu

Tidak Pasti

49 SETAKAT MANA YANG ANDA TAHU MENGENAI SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO) SOALAN 2

7% 49%

44%

YA

TIDAK

TIDAK PASTI

DALAM PEMERHATIAN ANDA, ADAKAH SIJIL LAYAK MENDUDUKI INI LEWAT DIKELUARKAN

SOALAN 3
3%

21%

76%

PBT

PEMAJU

TIDAK PASTI

SIAPAKAH PIHAK-PIHAK YANG MENYEBABKAN PUNCA KELEWATAN INI BERLAKU

50

SOALAN 4
5% 0%

95%

YA

TIDAK

TIDAK PASTI

ADAKAH KELEWATAN INI MEMBERI KESAN KEPADA PEMBELI KHUSUSNYA ANDA

SOALAN 5
5%

17%

78%

YA

TIDAK

TIDAK PASTI

ADAKAH ANDA BERPUASHATI DENGAN KEADAAN SESUATU KEADAAN APABILA SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO) DIKELUARKAN

51

SOALAN 6
8% 15%

77%

KEADAAN BANGUNAN YANG TIDAK SEMPURNA KEMUDAHAN ASA TIDAK SEMPURNA LAIN-LAIN

APAKAH PUNCA UTAMA KETIDAKPUASAN ANDA APABILA SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO) DIKELUARKAN

SOALAN 7
3% 43%

54%

YA

TIDAK

TIDAK PASTI

ADAKAH ANDA SETUJU JIKA PENGELUARAN SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO) INI DIMANSUHKAN?

52

SOALAN 8
2%

13%

85%

YA

TIDAK

TIDAK PASTI

APAKAH KARENAH BIROKRASI MEMAINKAN PERANAN DALAM KELEWATAN INI?

Lain-lain cadangan yang diterima; 1. baik. 2. PBT seharusnya menambah kakitangan bagi memantau proses pengeluaran Kelulusan terhadap satu-satu pembangunan seharusnya dibuat satu persatu

bagi membolehkan tumpuan dan pengawasan oleh pihak PBT dibuat dengan lebih

CFO ini bagi mengelakkan masalah dari berulang.

53

4.2.2

Latar Belakang Responden

Daripada 40 borang soal selidik yang telah diedarkan, berikut adalah latarbelakang responden;

i) Jantina

Jantina

70 60 50 40 Peratus 30 20 10 0

67 33

Lelaki

Perempuan

ii) Umur

54

Umur

100 80 Peratus 60 40 20 0 Bawah 40 Tahun 14 Lebih 40 Tahun 86

iii) Bangsa

Bangsa

100 80 Peratus 60 40 20 0 Melayu 12 Cina 88

iv) Pendidikan

55

Pendidikan

40 35 30 25 Peratus 20 15 10 5 0 Ijazah Diploma 8 STPM SPM 21 32 39

v) Jenis Kediaman

Jenis Kediaman
40 35 30 25 Peratus 20 15 10 5 0

35

38

16 7 4 Rumah Teres 2 Tingkat Rumah Teres 1 Tingkat Rumah Pangsa

Rumah Rumah Sesebuah Semi

vi) Taraf Perkahwinan

56

Taraf Perkahwinan

100 80 60 Peratus 40 20 0 4 Bujang Kahwin Duda 6 90

vi) Pekerjaan

Pekerjaan

70 60 50 Peratus 40 30 20 10 0 15 Sektor Kerajaan Sektor Swasta 22 63

Sendiri

57

4.2.3

Analisis Terhadap Soal-Selidik

Daripada maklumbalas terbabit dapatlah disimpulkan bahawa kebanyakan responden mengetahui apa itu Sijil Layak Menduduki (CFO). Majoritinya mengakui bahawa CFO ini lewat dikeluarkan. Namun apa yang menariknya dari responden masing-masing peratusan yang hampir sama menyalahkan PBT dan pemaju yang menjadi punca kelewatan dalam pengeluaran CFO ini dan hampir kesemua responden mengakui kelewatan pengeluaran CFO ini memberikan kesan kepada pembeli. Kebanyakan respoden juga berpuashati dengan keadaan apabila CFO dikeluarkan.

Kebanyakan responden memilih kemudahan asas yang tidak sempurna sebagai punca ketidakpuasan apabila sesuatu CFO itu dikeluarkan. Namun kebanyakan mereka juga tidak bersetuju jika pengeluaran CFO itu dimansuhkan dan mereka mengatakan karenah birokrasilah yang menyebabkan kelewatan pengeluaran CFO ini.

Daripada pemerhatian dan pemantauan, didapati perkara-perkara berikut sering disentuh dan telah menimbulkan kelewatan pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO) kepada pihak pemaju manakala di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula, masalah ini telah dikenalpasti sebagai punca kelewatan pengeluaran CFO. Antaranya ialah;

58 i) Masalah keretakan pada bangunan dan kemasan yang tidak sempurna. Walaupun kadangkala ianya tidak melibatkan kekurangan dari kekuatan struktur bangunan, tetapi ianya menjejaskan keyakinan pembeli. ii) Kekurangan infrastruktur seperti pondok bas, kemudahan awam, landskap, jalan raya dan sistem peparitan yang gagal disediakan oleh pihak pemaju atau dalam keadaan kuantiti yang tidak mencukupi sepertimana yang disyaratkan. iii) Keadaan yang tidak sempurna atau kualiti yang tidak memuaskan kepada kemudahan sediaada yang disediakan seperti sistem peparitan yang tidak sempurna di mana air tidak dapat mengalir, sistem jalan raya di mana terdapat air yang bertakung pada waktu hujan dan keadaan permukaan jalan yang tidak sempurna. iv) v) Bekalan air yang tidak dapat disediakan oleh Syarikat Air Negeri. Bekalan tenaga elektrik tidak dapat disediakan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad vi) Sistem pembetungan tidak mendapat perakuan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Pembetungan. vii) viii) Sistem pili bomba tidak dapat pengesahan dari Jabatan Bomba. Rayuan dari pihak pemaju berhubung syarat-syarat yang tidak dapat dipatuhi. ix) Masalah dan kelewatan oleh pemaju itu sendiri seperti masalah dengan kerja-kerja pembinaan dan kewangan.

59

4.3

Kesan Pemansuhan Ke Atas Struktur Bangunan

Malaysia ialah sebuah negara yang mengalami iklim panas lembab tropika. Hujan dan panas serta kandungan kelembapan udaranya yang tinggi merupakan sebahagian daripada ciri utama iklim ini. Panas matahari yang terik dan hujan merupakan dua unsur yang berpotensi untuk memusnahkan struktur bangunan yang terbiar termasuklah dalam isu kelewatan Sijil Layak Menduduki (CFO) ini. Antara kesan-kesan (7) yang boleh didapati adalah seperti; a) Proses mengecat semula bangunan. Bangunan yang indah akan luntur keindahannya dan proses mengecat semula bangunan terpaksa dilakukan berulang kali sehingga proses mendapatkan Sijil Layak Menduduki ini diperolehi. b) Pengaratan dalam tetulang. Ini selalunya berlaku pada tetulang besi pada bangunan-bangunan terbengkalai. c) Lain-lain kecacatan. Apabila bangunan siap tetapi tidak di duduki, maka segala kecacatan atau kekurangan yang ada sukar diketahui. Adalah mustahil bagi pihak pemaju untuk memeriksa semua bangunan yang telah siap dari masa ke semasa.

Ini secara keseluruhannya akan meningkatkan kos penyelengaraan di peringkat pihak pemaju dan menimbulkan kesulitan kepada pembeli rumah.

60

4.4

Peranan Pihak Terbabit Dalam Kelewatan Pengeluaran Sjiil Layak Menduduki.

4.4.1

Di Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) didapati mempunyai terlalu banyak tugastugas di mana aktiviti-aktiviti mereka bukan hanya meliputi pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO), malah lain-lain tugas seperti penyelenggaraan, pengindahan, penguatkuasaan, kebersihan dan juga terbabit dalam aktiviti-aktiviti sosial dan majlis-majlis rasmi kerajaan yang lain. Walaupun terdapat banyak jabatan di PBT bagi mengendali dan menguruskan tugas-tugas yang berkaitan, tetapi masalah lain pula yang timbul seperti kekurangan kakitangan, kawasan pentadbiran yang terlalu besar dan penambahan bilangan pegangan yang tidak seiringan dengan penambahan kakitangan menyebabkan faktor-faktor yang menimbulkan kelewatan ini tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun didapati PBT telah mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan masalah kelewatan ini. Antaranya dengan penubuhan Unit Pusat Setempat (OSC) sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) (4) dan telah diterangkan di dalam bab yang sebelumnya. Sebenarnya masalah kelewatan ini berlaku hampir di semua PBT. Jadi cadangan bagi Urusetia Pusat Sehenti (OSC) ini dapat melicinkan lagi proses-proses ini. Dalam hal ini, segala proses permohonan akan dipastikan dengan sempurna sebelum diterima dan diproses di peringkat PBT.

61

4.4.2

Di Pihak Pemaju

Pemaju dalam hal ini tentunya mengutamakan keuntungan. Pihak pemaju haruslah memastikan bahawa dalam mencari keuntungan, segala aspek-aspek dalam pembinaan diteliti dan mematuhi kehendak-kehendak dalam kelulusan pembangunan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Terdapat pembinaan melalui kontraktor yang dilantik atau agen tidak dilaksanakan dengan sempurna. Ini kerana pemaju kadangkala tidak mengambil berat perkara ini sedangkan pelanggaran dan ketidakpatuhan pada syarat telah berlaku.

4.5

Cadangan Pemansuhan Sijil Layak Menduduki

Cadangan pemansuhan Sijil Layak Menduduki (CFO) merupakan satu alternatif baru yang dicadangkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) (4). Tujuan utama cadangan pemansuhan ini adalah untuk mengalihkan tanggungjawab sebenar yang sepatutnya dipegang oleh arkitek tetapi ditutupi kuasanya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana buat masa kini PBT lah yang mengeluarkan CFO. Dengan pemansuhan ini orang ramai lebih perihatin dan mengetahui pihak yang sepatutnya dipersalahkan sekiranya berlaku kelewatan dalam proses menduduki bangunan setelah pembinaan selesai. Apabila pemansuhan ini dikuatkuasakan, PBT tidak lagi bertanggungjawab dan menerima

62 sebarang aduan ke atas pengeluaran CFO kerana tanggungjawab ini akan dialihkan kepada pihak arkitek dan jurutera yang terlibat dalam pembinaan tersebut.

Sebenarnya permasalahan ini yang sering berlaku ini adalah disebabkan oleh kecuaian dan kegagalan pemaju itu sendiri dalam mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Teknikal dan juga pelan lulus yang telah dikeluarkan oleh PBT. Disebabkan pemaju bangunan ini ingin menyiapkan projek dengan segera, maka pelbagai peraturan yang ditetapkan tidak dipatuhi. Tanpa CFO, pihak pemaju akan membina bangunan dengan sewenang-wenangnya dan juga menduduki bangunan pada bila-bila masa sahaja. Sebelum ini telah banyak didengari bahawa pemaju membuat ubahsuai sebelum CFO dikeluarkan dan apabila CFO ini dimansuhkan, maka pemaju akan melakukan apa-apa sahaja dan kerja-kerja ini boleh menjejaskan keselamatan struktur dan bangunan tersebut.

Selain daripada itu, pemberian kuasa kepada perunding arkitek untuk mengendalikan semua pembinaan ini akan menyebabkan mereka mengenakan bayaran yang terlalu tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh pihak pemaju. Pihak perunding arkitek boleh beranggapan bahawa ianya adalah satu perniagaan dan bukannya perkhidmatan, manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula lebih menjurus kepada perkhidmatan kepada masyarakat.

Disebabkan adanya kawalan dari Jabatan Teknikal maka pihak pemaju tidak akan mendapat Sijil Layak Menduduki (CFO) sekiranya kemudahan elektrik dan air tidak dibekalkan. Kawalan ini mampu menjadikan pemaju lebih berdisiplin dan segala pembinaan yang tidak memuaskan hati PBT akan dibuat segera bagi tujuan mendapatkan CFO. Keselamatan merupakan sasaran utama PBT ke atas pengeluaran CFO ini walaupun lambat tetapi demi memastikan bahawa bangunan selamat diduduki dan segala kemudahan mencukupi bagi tujuan kediaman.

63

Bagi setiap pembaharuan yang dicadangkan tentunya mempunyai implikasi dan kesan terhadap penerimaan cara atau sistem baru tersebut. Pemansuhan bagi Sijil Layak Menduduki (CFO) ini tentunya akan meninggalkan kesan yang baik dan buruk dalam industri pembinaan di negara ini. Semua pihak akan menerima kesan terhadap tugas dan tanggungjawab apabila cadangan pemansuhan ini dipersetujui. Pihak-pihak terbabit adalah pemaju perumahan, arkitek, jurutera, kontraktor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu sendiri. Semua pihak ini haruslah mencari kaedah terbaik bagi menangani masalah yang berlaku akibat dari pemansuhan CFO ini.

Cadangan dikemukakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk pemansuhan ke atas perakuan Sijil Layak MendudukiCFO) yang sebelum ini di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memprosesnya. Pemansuhan ini hanya berkuatkuasa ke atas perkara-perkara yang tersebut di dalam Seksyen 25, 26, 27 dan 28 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984 sahaja dan tidak melibatkan tugas-tugas PBT yang lain pelesenan, cukai harta, perancangan bandar, kesihatan, penyelenggaraan, pengindahan dan lain-lain lagi.

Cadangan pemansuhan ini merujuk kepada pemansuhan ke atas surat perakuan CFO dan perkara-perkara yang terbabit dalam aktiviti pengeluaran CFO ini. Walau bagaimanapun proses-proses yang lain seperti proses pelan lulus masih di bawah bidang kuasa PBT. Perakuan CFO ini akan dimansuhkan bersama-sama perkara-perkara yang melibatkannya dan pihak perunding arkitek akan menggantikannya bagi proses kelulusan bagi menjamin keselamatan pembinaan dan bangunan yang dibina adalah selamat untuk di diami. Cadangan pemansuhan ini adalah untuk memberi peluang kepada arkitek dan jurutera supaya lebih

64 bertanggungjawab ke atas setiap bangunan yang dibina dibawah seliaan mereka. Ini kerana PBT telah sering kali menerima rungutan daripada orang ramai akibat kelewatan pengeluaran CFO sedangkan kebanyakannya berpunca dari pembinaan tidak mengikut pelan lulus dan syarat-syarat teknikal yang lain. Disebabkan PBT yang mengeluarkan CFO, maka orang ramai akan bertindak mempersoalkan PBT sahaja sedangkan pihak arkitek, jurutera dan pemaju adalah pihak yang lebih hampir terhadap keadaan atau sesuatu masalah yang berlaku.

Satu sistem boleh diwujudkan di mana perunding arkitek melalui penambahbaikan sistem yang sediada akan diberi kuasa untuk membenarkan sesuatu bangunan itu untuk diduduki setelah disahkan selamat olehnya. Bagi maksud ini satu jenis sijil lain akan diwujudkan dan boleh dipertimbangkan dan akan berkuasa sebagai kawalan ke atas bangunan tersebut seperti adanya CFO sebelum ini.

4.5.1

Proses Pemansuhan

Sijil Layak Menduduki (CFO) adalah satu peraturan yang termaktub dalam Seksyen 25, 26, 27 dan 28 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984 (2). Apabila sesuatu undang-undang yang melibatkan sebarang undangundang kecil yang hendak dimansuhkan, maka akta yang melibatkan undangundang ini perlu dikaji dan dipinda sekiranya perlu. Bagi UKBS ini, akta yang akan terlibat dengan pemansuhan ialah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Segala perkara yang melibatkan CFO perlu disemak berdasarkan akta ini dan bukannya berdasarkan apa yang

65 termaktub dalam UKBS 1984 sahaja. Tiga perkara utama yang perlu diambil perhatian ialah; i. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) ini adalah undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan telah di perkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Sebarang Ordinan yang digunakan dalam akta ini adalah merujuk kepada Ordinan yang digunakan sebelum tahun 1963, iaitu sebelum pembentukan Malaysia. ii. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984 adalah disediakan oleh menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di parlimen dan kemudiannya diserahkan kuasa tersebut kepada Pihak Berkuasa Tempatan di setiap negeri. UKBS ini merupakan undang-undang di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap negeri dan sebarang permasalahan perlulah dirujuk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Bagi maksud pemansuhan ini, akta yang perlu dipinda ialah Akta 133(Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974) yang merujuk kepada UKBS Seksyen 25, 26, 27 dan 28 UKBS 1984 (2) berkaitan Sijil Kelayakan Menduduki. Pemansuhan ini akan dilakukan berdasarkan pindaan Akta 133 ke atas perkara yang termaktub dalam Seksyen 70. Cara penggubalan yang hendak dibuat ialah dengan cara PBT perlu mengenalpasti akta dan fasal yang hendak dimansuhkan dan kemudian mengemukakannya kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). KPKT akan mengkaji penggunaan akta ini sebelum dibawa ke peringkat kabinet untuk sebarang pindaan dan seterusnya dibentangkan ke parlimen bagi kelulusan. Sekiranya diluluskan di peringkat parlimen dan di perkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, maka ianya akan digazetkan.

66 Pindaan ini akan disenaraikan di dalam akta yang mengalami perubahan sebagai rujukan di masa akan datang dan selalunya akan dilihat pada muka surat yang terakhir akta terbabit.

4.5.2 Kesan Ke Atas Pemansuhan Sijil Layak Menduduki

Kesan-kesan yang timbul daripada pemansuhan Sijil Layak Menduduki meliputi; i) Kesan Pemansuhan Ke Atas Pihak Pemaju Pihak pemaju akan menerima kesan yang paling ketara.Ini kerana jika sebelumnya pihak pemaju akan berurusan dengan pihak PBT, tetapi kini pihak pemaju akan menguruskannya dengan pihak arkitek atau jurutera bagi mendapatkan perakuan. Kesan ini bukan sahaja dapat membantu pihak pemaju dalam mempercepatkan proses pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO), tetapi terpaksa juga menumpukan perhatian yang lebih terhadap segala projek pembangunan mereka tanpa pengawasan oleh pihak PBT lagi. Pemansuhan ini juga didapati boleh menjimatkan masa dan kewangan pihak pemaju. Ini kerana pihak pemaju tidak lagi perlu terkejar-kejar ke Jabatan Teknikal yang lain untuk mendapatkan sokongan kepada Sijil Layak Menduduki (CFO) kerana mereka iaitu pihak pemaju hanya perlu berurusan dengan pihak perunding arkitek yang meliputi pihak arkitek dan jurutera. Pihak perunding arkitek akan membuat pemeriksaan ke atas bangunan yang siap dibina dan mengesahkan bangunan tersebut selamat didiami sebagai mengantikan tugas pihak PBT.

67

ii)

Kesan Pemansuhan Ke Atas Pihak Arkitek Dalam pembangunan, pihak arkitek merupakan pihak yang

dikenalpasti bertanggungjawab sepenuhnya apabila cadangan pemansuhan ini dikuatkuasakan. Arkitek sebagai pihak yang mengawasi dan mengawal pembinaan bangunan ini dan akan mempunyai bidang kuasa yang baru dalam menyediakan kelulusan bagi pihak pemaju apabila Sijil Layak Menduduki (CFO) dimansuhkan. Antara kesan-kesan yang boleh dilihat adalah seperti kerja-kerja lebih mudah tanpa gangguan. Sebagai contoh, sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan menghendaki sebahagian atau komponen dalam bangunan itu dirobohkan, maka pihak arkitek terpaksa menyempurnakan sehingga PBT berpuashati bahawa bangunan tersebut mengikut syarat yang telah ditetapkan. Proses ini mengambil masa kerana sekiranya PBT tidak bersetuju, maka CFO tidak dikeluarkan. Setelah pemansuhan CFO, arkitek akan memastikan bahawa pembinaan tersebut adalah seperti yang telah diluluskan dalam pelan pembangunan. Pihak arkitek juga perlu mengelakkan sebarang masalah kerana pembinaan ini dikawal oleh arkitek dan jurutera sendiri dari awal lagi kerana pemansuhan peranan PBT dalam pengeluaran CFO. Tugas pihak arkitek juga bertambah kerana sebelum ini arkitek hanya bertanggungjawab ke atas rekabentuk bangunan terbabit. Maka setelah pemansuhan CFO kepada pihak PBT, maka pihak arkitek perlu membuat suatu sistem yang baru supaya bangunan yang dibina itu lebih mudah dan selamat untuk diduduki. iii) Kesan Pemansuhan Ke Atas Pihak Jurutera Jurutera Struktur atau Jurutera Awam adalah pihak kedua yang dikenalpasti akan bertanggungjawab bersama-sama pihak arkitek setelah cadangan pemansuhan ini diluluskan. Seperti juga arkitek, jurutera juga perlu bertanggung jawab sepenuhnya ke atas bangunan yang dibina

68 terutamanya dari segi rekabentuk struktur yang direka. Jurutera perlu memastikan bahawa rekabentuk struktur yang dibuat itu mampu menanggung beban dengan selamat apabila bangunan siap untuk diduduki. Pihak pemaju perlu mengadakan perbincangan dengan lebih kerap dengan jurutera supaya dapat mengetahui masalah yang timbul dalam pembinaan tersebut. Jurutera perlu mengadakan pemeriksaan bagi memastikan tidak akan berlaku kegagalan struktur dan memastikan kontraktor menjalankan pembinaan sekiranya bangunan tersebut menghadapi masalah kegagalan struktur. Ini seterusnya juga akan menambahkan tugas jurutera. iv) Kesan Pemansuhan Ke Atas Pihak Kontraktor. Kontraktor bertanggungjawab dalam menjalankan tugas pembinaan seperti yang dikehendaki oleh pihak arkitek dan jurutera. Kontraktor merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam proses pembinaan dalam memastikan bahawa pembinaan adalah mengikut spesifikasi dan pelan lulus. Kontraktor juga perlu menyiapkan pembinaan dalam masa yang ditetapkan agar pihak pemaju dapat menjual bangunan tersebut dengan segera. Pihak kontraktor dapat mengelakkan masalah birokrasi dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga dapat menyiapkan projek dengan segera seterusnya dapat mengelakkan masalah dengan pemaju.

v)

Kesan Pemansuhan Ke Atas Pihak Berkuasa Tempatan Cadangan pemansuhan Sijil Layak Menduduki (CFO) ini

sebenarnya akan meningkatkan lagi tugas di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukannya meringankan. Ini kerana pemansuhan hanya bagi melibatkan pihak pemaju sedangkan bagi bangunan persendirian ianya masih di bawah bidang kuasa PBT. Walaupun sistem baru menggantikan CFO dikendalikan oleh perunding arkitek, pihak perunding arkitek masih

69 perlu membuat pemeriksaan ke atas pelan lulus sebelum bangunan diserahkan kepada pihak pemaju. Disebabkan ini PBT perlu bertanggungjawab dalam memberikan maklumat tentang pelan lulus tersebut dan ini akan mengganggu kelancaran tugas di jabatan terbabit. Secara keseluruhan, PBT akan mendapati ia hilang kuasa kawalan dan pihak pemaju akan melakukan pembinaan sewenang-wenangnya serta PBT juga akan kehilangan pendapatan daripada proses pengeluaran CFO ini. Pihak PBT juga berkemungkinan tidak lagi mempunyai kuasa membuat pemeriksaan di tapak bina apabila bangunan itu siap dibina seperti sebelum ini. Pihak pemaju akan menjual bangunan yang siap dibina tanpa keselamatan yang terjamin dan apabila berlaku sesuatu masalah terutama kepada penghuni akan menyukarkan sebarang kerja membaikpulih dan kuasa mengarahkannya.