Anda di halaman 1dari 23

View Message

Back
Course ID : KRB3033 < Group Name : Group EL-A29 < Full Name : Wong Sam Lan Full Name

Title

Message

Date posted

Forum 1

Contoh penggunaan kesalahan bahasa yang ditunjukkan oleh cikgu mudah dikesan dalam kalangan pelajar dari segi ejaan dan tatabahasa.Hal ini berlaku kerana pelajar masih belum menguasai penggunaan bahasa Melayu.Memang betul kecelaruan dan kesalahan pada papan tanda dan papan iklan masih ditemui di tempat awam.Sikap peniaga yang kurang prihatin menjadi penyebab kepada kesalahan ejaan pada papan tanda.Memang wajar kerajaan tempatan dan Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama menangani masalah ini.Kerjasama antara kedua-dua pihak ini dapat memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.Kawalan yang ketat memang perlu dilaksanakan bagi mengawasi penggunaan bahasa Melayu yang tepat. Kesalahan penggunaan bahasa di papan tanda iklan menjatuhkan imej bahasa kebangsaan. kita sering melihat pelbagai kesalahan bahasa terpampang pada papan iklan dan papan tanda. Ia memperlihatkan sikap segelintir anggota masyarakaat yang tidak berasa tanggunjawab untuk memelihara, membina, mengembang serta memajukan bahasa sendiri. Untuk mengatasi masalah ini kita perlu memperbanyakkan penerbitan bahan ilmiah dalam Bahasa Melayu. ia membolehkan bahasa berkenaan digunakan di peringkat pengajian tinggi. Ya, kes kesalahan penggunaan bahasa dalam papan tanda dan papan iklan masih didapati dan semakin berleluasa. Ini disebabkan oleh sebilangan pengusaha yang tidak bertanggungjawab dan mengabaikan penggunaan Bahasa Melayu yang tepat pada papan tanda dan papan iklan. Selain itu, sikap kurang prihatin daripada pihak berkuasa tempatan terhadap isu ini menyebabkan masalah ini semakin berleluasa. Pihak berkuasa tempatan hendaklah mengkaji semula tentang syarat permohonan untuk memaparkan papan tanda atau papan iklan serta mengambil tindakan terhadap pengusaha yang mengingkari peraturan yang ditetapkan. Dewan Bahasa dan Pustaka juga harus memberi bantuan dan nasihat tentang penetapan piawaian dari segi bahasa pada papan tanda untuk menyelesaikan masalah ini.

12 Oct Wong 2011 Sam 01:55:28 Lan PM

Forum 1

12 Oct Wong 2011 Sam 01:56:06 Lan PM

Forum 1

12 Oct Wong 2011 Sam 01:56:53 Lan PM

Forum 1

Bagi menangani isu-isu tersebut, saya cadangan pihak berkuasa seperti Majlis Daerah harus mengambil kawalan ketat terhadap pihak yang memaparkan papan tanda yang menggunakan kesalahan tatabahasa. Papan tanda yang dikesan menggunakan kesalahan bahasa harus diganti baru yang menepati penggunaan bahasa yang betul.

12 Oct Wong 2011 Sam 01:58:05 Lan PM

Selain itu, penetapan piawai bagi format papan tanda harus dilaksanakan. Pihak yang ingin memohon untuk memaparkan papan tanda di tempat awam atau di premis perniagaan harus mendapat kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dan Majlis Daerah supaya memastikan penggunaan bahasa yang tepat. Sebagai seorang pendidik, guru harus memainkan peranan untuk memberi penegasan tentang penggunaan Bahasa Melayu yang betul kepada anak-anak murid untuk mengelakkan kesalahan ini diulangi pada masa depan. Ini bertujuan untuk memantapkan penggunaan bahasa di kalangan murid dan bertambahlah rasa cinta rakyat Malaysia terhadap bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.

Forum 1

Beberapa contoh kesalahan bahasa yang terdapat pada papan tanda atau medium penyiaran : Kesalahan Zamri Restoran Telor Kelinik Keretapi Pembetulan Restoran Zamri Telur Klinik Kereta api

10 Oct Wong 2011 Sam 10:17:20 Lan PM

Pada pendapat saya, isu ini dapat ditangani dengan beberapa cara seperti : a) Murid-murid diajar bahasa yang betul sejak kecil lagi. Guru harus memberi penekanan dalam pengajaran bahasa. Para pelajar perlu diberi keterangan tentang sesuatu struktur ayat atau ejaan dan memastikan murid-murid faham semuanya. Guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan dan pembelajaran Bahasa Melayu. Guru harus memastikan aspek yang lemah atau belum dikuasai oleh murid atau aspek yang menjadi masalah besar dalam pembelajaran Bahasa Melayu. b) Pihak kerajaan boleh menguatkuasakan

undang-undang supaya pengiklan atau peniaga tidak memaparkan iklan atau video yang salah dalam penggunaan bahasa. Ini kerana remaja kini banyak melayari internet, menonton wayang, mendengar radio dan lain-lain. Semua tersebut menjadi sumber yang tidak sesuai untuk mereka belajar bahasa yang betul dan tepat. c) Peniaga atau pengiklan harus memastikan iklan yang dibuat betul dalam penggunaan bahasa agar iklan tidak menjadi satu sumber yang mendorong isu ini menjadi ketara. d) Dewan Bahasa Dan Pustaka boleh mengadakan kempen atau ceramah atau kursus penggunaan bahasa dengan betul dan tepat untuk ahli masyarakat. e) Remaja kini harus mengurangkan penggunaan yang kurang betul dalam pesanan ringkas atau internet mereka. Remaja juga digalakkan banyak menulis dan mengguna bahasa yang betul semasa berkomunikasi dengan orang lain. f) media massa juga memainkan peranan penting untuk menyedarkan orang ramai Dewan Bahasa dan Pustaka harus berperanan menerbitkan ejaan-ejaan terkini dan menyebarkannya dengan kerjasama media masa seperti iklan-iklan melalui internet, television,radio,surat khabar dan sebagainya. Ia merupakan salah satu cara yang dapat menggelakkan bahasa kebangsaan kita terus tercemar. Unit 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA 25 Oct Wong 2011 Sam Pengertian linguistik membawa maksud 08:56:45 Lan bahasa, iaitu bahasa manusia yang berfungsi sebagai AM sistem komunikasi, bahasa yang dipakai sehari-hari oleh manusia sebagai anggota masyarakat tertentu. Kajian tentang bahasa manusia itu dilakukan dengan Salam sejahtera,

cara ilmiah. Bahasa sebagai sistem bukan sahaja bersifat sistematik tetapi juga bersifat sistemis. Sistematik bermaksud berasaskan sistem atau menurut sistem. Sistemis bermaksud bahasa terdiri daripada subsistem seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

Unit 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA Unit 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA

Selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajid dan telah menjadi bahasa pengantar utama bagi semua peringkat persekolahan dan pengajian. Penggunaan Bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan dan pengunaan Bahasa Melayu yang lebih bermutu.

21 Oct Wong 2011 Sam 02:49:24 Lan PM

Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia,


Ya, seperti apa yang cikgu bentangkan ,Bahasa Melayu sudah menjadi lingua franca, memang layak dan tidak dinafikan, Bahasa Melayu telah digunakan dengan luasnya pada zaman dahulu sehingga sekarang,terutamanya pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dimana Melaka juga merupakan satu tempat yang bergitu penting dalam dunia pedagagang. Bahasa Melayu telah berkembang pesat pada masa itu disebabkan Bahasa Melayu menjadi pengantar utama. Sekian , terima kasih.

21 Oct Wong 2011 Sam 02:50:41 Lan PM

Unit 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA

Ya. Saya setuju dengan pendapat cikgu. Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.

21 Oct Wong 2011 Sam 02:52:37 Lan PM

Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa.
Unit 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA
Salam sejahtera, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa lingua franca di Itali dan Levant. Sungguh luas tersebanya bahasa Melayu itu sehingga jikalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh daripada negeri itu, dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina. Akhir kata tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Maju bangsa kerana bahasa.

21 Oct Wong 2011 Sam 02:57:54 Lan PM

Unit 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA

Saya tidak nafikan apa yang saudari katakan. Jika kita lihat di kaca televisyen, banyak program-program yang memaparkan kisah-kisah yang menarik tetapi malangnya terdapat banyak kesalahan penggunaan bahasa Melayu. Malah, rakyat kita juga kini kerap menggunakan bahasa rojak iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

27 Oct Wong 2011 Sam 05:47:57 Lan PM

Unit 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA

Negara kita Malaysia telah menjadikan 16 Oct Wong Bahasa Melayu sebagai Bahasa 2011 Sam Kebangsaan atau bahasa perhubungan di 12:06:24 Lan antara satu sama lain. Negara kita terdiri PM daripada berbilang kaum, antaranya termasuk kaum Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga kaum pun mempunyai bahasa mereka tersendiri, tetapi Bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Sekolah kerajan di sekolah kita mewajibkan setiap murid mengambil Bahasa Melayu dalam

peperiksaan, oleh itu, murid-muird dididik Bahasa Melayu sejak kecil lagi dan mereka mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mempunyai fungsi perpaduan yang boleh menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Selepas era penjajahan, Malaysia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dalam urusan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi sejak tahun 1969. Keupayaan bahasa Melayu diperkukuhkan lagi dengan peranannya sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan negara dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pelbagai bentuk komunikasi. Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Selain itu, ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu, dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa Melayu. Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa

bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Dengan ini, melalui bahasa melayu, kaum-kaum di negara kita dapat berkomunikasi dan berhubung di antara satu sama lain. Oleh itu, bahasa melayu dikatakan bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan rakyat jelata. Maka, fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa itu kerana pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi.

Unit 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA

Linguistik ialah memberi makna 25 Oct Wong suatu ilmu yang mengkaji bahasa secara 2011 Sam saintifik. Menurut Verhaar (1985 :1) 08:52:45 Lan linguistik ini adalah berasal daripada Latin AM iaitu lingua yang memberi makna bahasa. Dalam Bahasa Perancis pula, linguistik telah ditemukan iaitu Langue dan Langage, manakala menurut Kamus Dewan ( 1993 ) perkataan linguistik ini diambil daripada perkataan Inggeris yang memberi makna pengajian ilmu bahasa. Terdapat lima tokoh yang memberikan definisi tentang linguistik ini, antaranya ialah Ferdinand de Sausure (1988) telah mendifinisikan linguistik ini sebagai kajian mengenai bahasa yang diucapkan oleh segolongan masyarakat. Secara umumnya bidang linguistik ini terbahagia kepada dua iaitu Mikrolinguistik (linguistik tulin) dan kedua Makrolinguistik ( linguistik terapan)

Mikrolinguistik ini adalah bidang yang mengkaji bahasa dari dalam iaitu kajian terhadap struktur bahasa itu sendiri. Contohnya kajian terhadap: fornologi bunyi morfologi perkataan sintaksis ayat semantik makna

Manakala Makrolinguistik ( linguistik terapan ) memberi maksud bidang yang mengkaji bahasa dalam hubungannya dengan faktor-faktor di luar bahasa iaitu melibatkan kajian yang bersifat intra disiplin. Contohnya ialah : sosiolinguistikmengkaji hubungan bahasa dengan masyarakat psikolinguistik mengkaji hubungan bahasa dengan perlakuan manusia filologi kajian terhadap sejarah bahasa yang terdapat dalam satu teks

Unit 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA

Linguistik berasal daripada perkataan Latin iaitu 'lingua' yang bermaksud bahasa.Kamus Dewan mendefinisikan linguistik sebagai pengajian ilmu bahasa secara saintifik. Linguistik memberi pemahaman kepada kita tentang hakikat dan selok-belok bahasa sebagai alat komunikasi,serta peranan bahasa dalam kehidupan bermasyarakat.Kita memiliki bahasa umpama memiliki rasa kasih sayang, walaupun tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasai kewujudannya.

25 Oct Wong 2011 Sam 08:54:48 Lan AM

UNIT 2

Psikolinguistik juga adalah kajian tentang

25 Oct

Wong

PSIKOLINGUIST mekanisme-mekanisme mental yang IK menjadikan manusia menggunakan bahasa , satu kajian tentang bahasa dan minda, proses-preses mental dalam penggunaan bahasa pada waktu berkomunikasi , dan bagaimana kemampuan bahasa itu diperolehi oleh manusia. Psikolinguistik berkaitan erat dengan ilmu jiwa dan psokilogi, terutama peristiwaperistiwa kejiwaan yang berhubung dengan tahap-tahap bahasa manusia dalam masa pertumbuhannya. Contohnya kemampuan manusia dalam pemerolehan kata-kata Konsonan pada saat usia 3 tahun. UNIT 2 Merujuk Teori pelaziman operan PSIKOLINGUIST (skinner) menunjukkan manusia IK

2011 08:59:43 AM

Sam Lan

bertindak balas terhadap persekitaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru penting dalam membentuk tindak balas yang dihasilkan oleh murid berdasarkan proses peneguhan yang diberi. Sekiranya guru memberikan peneguhan positif seperti memuji murid yang bertulisan kemas maka kesan dari itu murid akan sentiasa bertulisan kemas. Jika sebaliknya iaitu guru memberi peneguhan negatif seperti membiarkan murid menulis dengan kaedah yang tidak betul maka murid tersebut akan terus menulis dengan cara yang salah. Peneguhan dalam bentuk dendaan juga boleh digunakan untuk mengurangkan dan

27 Oct Wong 2011 Sam 05:42:21 Lan PM

seterusnya mengelakkan murid dari mengulangi lingkah laku yang tidak diingini.
UNIT 2 Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah 25 Oct Wong PSIKOLINGUIST kajian faktor-faktor psikologi dan 2011 Sam IK neurobiologi yang membolehkan manusia 09:00:48 Lan memperoleh, menggunakan, dan AM memahami bahasa. Penglibatanpenglibatan singkat dalam bidang ini pada mula-mulanya merupakan usaha-usaha falsafah, diakibatkan sebahagian besarnya oleh kekurangan data-data yang padu tentang bagaimana otak manusia berfungsi. Penyelidikan moden mempergunakan biologi neurosains, sains kognitif, dan teori maklumat untuk mengkaji bagaimana otak memperoses bahasa. Adadnya beberapa subdisiplin; umpamanya, teknik-teknik tak invasif untuk mengkaji pengerjaan neurologi otak semakin digunakan, dengan neurolinguistik kini merupakan sebuah bidang baru pada dirinya. UNIT 2 Terdapat dua teori utama di barat yang PSIKOLINGUIST menjelaskan cara kanak-kanak IK memperoleh bahasa pertama, iaitu Teori Behaviorisme dan Teori Mentalisme(kognitif). 1. Teori Behaviorisme - menurut ahli-ahli teori ini, sesuatu tabiat boleh dilazimkan menerusi proses latih tubi. Teori ini menekankan konsep ganjaran. 2. Teori Mentalisme - aliran teori ini memainkan peranan yang besar dalam ilmu linguistik termasuk aspek pemerolehan bahasa kanak-kanak. Teori ini menekankan konsep nahu universal. Sifat keuniversalan ini memperkukuh hujah bahawa semua manusia sudah memiliki rumus bahasa dalam otak sejak 25 Oct Wong 2011 Sam 09:02:03 Lan AM

dilahirkan. UNIT 2 Psikologi berasal dari bahasa Inggris PSIKOLINGUIST pscychology. Kata pscychology berasal dari bahasa Greek (Yunani), yaitu dari akar kata IK psyche yang berarti jiwa, ruh, sukma dan logos yang berarti ilmu. Jadi, secara etimologi psikologi berati ilmu jiwa. Pengertian psikologi sebagai ilmu jiwa dipakai ketika psikologi masih berada atau merupakan bagian dari filsafat, bahkan dalam kepustakaan kita pada tahun 50-an ilmu jiwa lazim dipakai sebagai padanan psikologi. Kini dengan berbagai alasan tertentu (misalnya timbulnya konotasi bahwa psikologi langsung menyelidiki jiwa) istilah ilmu jiwa tidak dipakai lagi. Pergeseran atau perubahan pengertian yang tentunya berkonsekuensi pada objek psikologi sendiri tadi tentu saja berdasar pada perkembangan pemikiran para peminatnya. Bruno (Syah, 1995: secara rinci mengemukakan pengertian psikologi dalam tiga bagian yang pada prinsipnya saling berhubungan. Pertama psikologi adalah studi mengenai ruh. Kedua psikologi adalah ilmu pengetahuan mengenai kehidupan mental. Ketiga psikologi adalah ilmu pengetahuan mengenai tingkah laku organisme. UNIT 2 Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah PSIKOLINGUIST kajian faktor faktor psikologi dan biologi yang IK membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan memahami bahasa. Ia meliputi proses-proses kognitif yang membolehkan penjanaan ayatayat yang bertatabahasa dan bermakna dari segi kosa kata dan struktur tatabahasa, serta proses-proses yang membolehkan pemahaman pernyataan, perkataan, teks, 27 Oct Wong 2011 Sam 05:49:15 Lan PM 25 Oct Wong 2011 Sam 09:03:40 Lan AM

dan sebagainya. Oleh itu ia amat penting untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa. Terdapat beberapa cabang kajian dalam psikolinguistik.Antaranya ialah fonetik dan fonologi yang berkenaan dengan kajian bunyi pertuturan. Dalam bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada bagaimana otak memproses dan memahami bunyibunyi itu. Seterusnya morfologi iaitu kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait (seperti jalan dan berjalan), dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan (umpamanya, pembentukan kata berimbuhan). Selain itu terdapat juga sintaksis yang merupakan kajian pola-pola yang menetapkan bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat. Kesemua itu adalah bagi mengajar untuk berbahasa dan berkomunikasi dengan betul. UNIT 2 Pada pendapat saya, psikolinguistik harus 27 Oct Wong PSIKOLINGUIST tertanam dalam minda seorang guru bahasa 2011 Sam Melayu. Seorang guru bahasa, harus IK 05:43:22 Lan memahami bagaimana neuro atau otak PM manusia beroperasi bagi penerimaan proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah kelas. Guru yang memahami kepentingan penguasaan ilmu psikolinguistik mampu menjana teknik dan kaedah yang sesuai bagi setiap murid yang mempunyai penerimaan isi pelajaran yang berbeza. Penerimaan pembelajaran bahasa melalui proses belajar dan memperolehi adalah dua aspek yang berkaitan dengan psikolinguistik. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan murid mempunyai kesediaan untuk

belajar bagi mastikan aspek kemahiran yang melibatkan lisan, bacaan mahupun tulisan dapat diperolehi.
Teori Behavioris Dan Teori Mentalis / Kognitif UNIT 2 PSIKOLINGUIST a) Persamaan IK

Kedua-dua teori ini menekankan penglibatan yang aktif oleh murid dalam pembelajaran. Penekanan terhadap bidang kognitif atau afektif. Kedua-dua teori ini membabitkan pembelajaran dalam bidang kognitif dan afektif. Menjelaskan cara kanak-kanak memperoleh bahasa pertama.

21 Oct Wong 2011 Sam 03:05:56 Lan PM

b) Perbezaan

Teori Behavioris mendefinisikan pembelajaran adalah perubahan perlakuan. Teori Behavioris mementingkan kesediaan murid untuk belajar. . Teori Behavioris berpendapat faktor alam persekitaran penting dalam pembelajaran. Teori Behavioris mementingkan ganjaran dalam pembelajaran. Ganjaran boleh berbentuk kebendaan atau pujian. Teori Behavioris berpendapat penyerapan pengetahuan akan berlaku melalui latihan pembelajaran yang kerap. Teori Mentalis/ Kognitif pula berpendapat penyerapan pengetahuan boleh berlaku dengan mudah sekiranya tahap pengetahuan itu selaras dengan tahap perkembangan mental murid. Teori Mentalis / Kognitif mendefinisikan pembelajaran boleh berlaku hanya apabila struktur luaran ( bahan pembelajaran) diselaraskan dengan struktur dalam (mental) murid. Teori Mentalis / Kognitif berpendapat bahawa murid-murid akan bersedia belajar sesuatu apabila mereka sudah sampai pada tahap perkembangan mental yang diperlukan Teori Mentalis/ Kognitif pula berpendapat faktor baka dan kematangan mental amat penting dalam pembelajaran dan mempunyai pengaruh yang kuat. Teori Mentalis / Kognitif berpendapat

motivasi intrinsik lebih penting daripada ganjaran.

UNIT 2 Psikolinguistik ialah kajian tentang bahasa dan akal 27 Oct Wong PSIKOLINGUIST budi Menurut pandangan yang dikemukakan dalam 2011 Sam Hipotesis Nurani, proses penguasaan pengetahuan IK 05:43:51 Lan bahasa pertama adalah dibantu oleh alat pemerolehan PM bahasa semula jadi yang wujud dalam minda kanakkanak sejak mereka lahir ke dunia. Alat pemerolehan bahasa semula jadi ini wujud dalam minda kanakkanak dalam bentuk Nahu Universal. Proses pemerolehan pengetahuan bahasa pertama adalah proses mengadaptasikan pengetahuan yang ada dalam Nahu Universal dengan pengetahuan nahu bahasa ibunda seseorang kanak-kanak. Dengan kata lain, bagi kebanyakan ahli psikolinguistik mereka menganggap bahawa proses pemerolehan pengetahuan bahasa pertama adalah proses pengadaptasian dan bukannya proses pembelajaran..Dengan ini jelas kepada kita bahawa peranan psikolinguistik dalam pendidikan bahasa Melayu di sekolah-sekolah tidak seharusnya bersifat eka pendekatan, iaitu menggunakan satu pendekatan yang sama untuk semua pelajar. Para pelajar Melayu dan bukan Melayu seharusnya diajar pengetahuan bahasa Melayu menggunakan pendekatan dan kaedah yang berbeza. Di samping itu, fokus pengajaran khususnya aspek bahan juga harus berbeza. UNIT 2 Saya ingin menambah sedikit lmengenai PSIKOLINGUIST perkaedahan yang boleh digunakan dalam psikolinguistik. Kebanyakan perkaedahan IK dalam bidang psikolinguistik mengambil bentuk uji-uji kaji tingkah laku. Dalam jenis-jenis kajian ini, -subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk input linguistik dan dimintai melakukan sesuatu tugas (umpamanya, membuat pertimbangan, menghasilkan semula rangsangan, membaca perkataan yang dipaparkan dengan kuat). Masa tindak balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan kadar jawapan yang betul paling biasa digunakan 27 Oct Wong 2011 Sam 05:46:42 Lan PM

untuk mengukur prestasi. Tugas-tugas ini mungkin termasuk meminta subjek menukarkan kata nama menjadi kata kerja; umpamanya, "buku" membayangkan "menulis", "air" membayangkan "minum", dan sebagainya. Lagi satu eksperimen mungkin memberikan ayat aktif seperti "Ali membaling bola kepada Ahmad", serta padanan ayat pasifnya, "Bola itu dibaling oleh Ali kepada Ahmad", lalu bertanya, "Siapakah yang membaling bola itu?" Kita mungkin akan menyimpulkan bahawa ayat-ayat aktif dapat diproses dengan lebih mudah (lebih cepat), berbanding dengan ayat-ayat pasif (sebenarnya, ini telah dibuktikan benar). Lagi menarik, kita mungkin mendapati bahawa sesetengah orang tidak berupaya memahami ayat-ayat pasif (ini juga terbukti benar), dan kita mungkin akan mengambil langkah-langkah sementaraan untuk memahami jenis-jenis kekurangan bahasa yang tertentu (secara amnya dikumpulkan ke dalam istilah afasia yang umum). Unit 3 Sistem Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu telah menggunakan 27 Oct Wong sistem ejaan seperti sistem ejaan Kuna 2011 Sam dan Pallava,tulisan Jawi,dan tulisan 10:51:16 Lan Rumi.Sistem ejaan Rumi telah digunakan AM sehingga hari ini.Sistem ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak Inggeris yang menyusun aturan ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi daripada ejaan Jawi pada pertengahan abad ke19.Antara sistem ejaan Rumi bagi kegunaan rasmi dalam urusan kerajaan Malaya pada masa itu termasuklah Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat yang dilaksanakan pada tahun 1878,Ejaan Rumi Maxwell yang dilaksanakan pada tahun 1882 dan Ejaan Rumi Swettenham yang dilaksanakan pada tahun 1881.Perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan pada tahun 1902 apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu

Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J.Wilkinson,Nazir Sekolah-sekolah pada masa itu.Ejaan Wilkinson dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling.Sistem ejaan ini telah diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan dan digunakan di semua sekolah. Tulisan Rumi dan tulisan Jawi diguna pakai dalam Bahasa Melayu pada masa kini.Tulisan Rumi berasaskan huruf Roman a-b-c manakala Tulisan Jawi berasaskan huruf Arab alif-ba-ta.Tulisan Ro\umi yang digunakan dalam Bahasa Melayu masa kini ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) yang dirasmikan penggunaanya pada 16 Ogos 1972.Sistem ini berasaskan aturan ejaan yang dirumuskan oleh Jawatankuasa Ejaan (Rumi) bersama pada tahun 1967. Dokumen-dokumen yang menjadi rujukan rasmi tentang SERBBM termasuk penerbitan-penerbitan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Antaranya

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia Pendoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu Pendoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan 3

Terdapat tiga kategori bunyi Bahasa Melayu iaitu huruf vokal,huruf diftong dan

huruf konsonan. Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi.Contoh aktiviti yang ditakrifkan formal ialah pengajaran dan pembelajaran,ucapan,ceramah,mesyuarat dan sebagainya.Perancangan pembakuan sebutan Bahasa Melayu menjadi salah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka.Matlamat pembakuan sebutan Bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan cara penyebutannya Pembakuan sebutan juga bertujuan untuk

mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam BM yang digunakan dalam situasi formal. Memantapkan sistem dan struktur dalaman BM supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa,kosa kata,sistem ejaan dan laras bahasa. Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku di kalangan semua pengguna BM Menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam p&p di peringkat sekolah. 25 Oct Wong 2011 Sam 08:43:59 Lan AM

Unit 3 Sistem Ejaan dan Sebutan

Bahasa Melayu telah menggunakan sistem ejaan seperti sistem ejaan Kuna dan Pallava,tulisan Jawi,dan tulisan Rumi.Sistem ejaan Rumi telah digunakan sehingga hari ini.Sistem ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak Inggeris yang menyusun aturan ejaan Rumi

berdasarkan kaedah transliterasi daripada ejaan Jawi pada pertengahan abad ke19.Antara sistem ejaan Rumi bagi kegunaan rasmi dalam urusan kerajaan Malaya pada masa itu termasuklah Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat yang dilaksanakan pada tahun 1878,Ejaan Rumi Maxwell yang dilaksanakan pada tahun 1882 dan Ejaan Rumi Swettenham yang dilaksanakan pada tahun 1881.Perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan pada tahun 1902 apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J.Wilkinson,Nazir Sekolah-sekolah pada masa itu.Ejaan Wilkinson dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling.Sistem ejaan ini telah diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan dan digunakan di semua sekolah. Tulisan Rumi dan tulisan Jawi diguna pakai dalam Bahasa Melayu pada masa kini.Tulisan Rumi berasaskan huruf Roman a-b-c manakala Tulisan Jawi berasaskan huruf Arab alif-ba-ta.Tulisan Ro\umi yang digunakan dalam Bahasa Melayu masa kini ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) yang dirasmikan penggunaanya pada 16 Ogos 1972.Sistem ini berasaskan aturan ejaan yang dirumuskan oleh Jawatankuasa Ejaan (Rumi) bersama pada tahun 1967. Dokumen-dokumen yang menjadi rujukan rasmi tentang SERBBM termasuk penerbitan-penerbitan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Antaranya

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia

Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia Pendoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu Pendoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan 3

Terdapat tiga kategori bunyi Bahasa Melayu iaitu huruf vokal,huruf diftong dan huruf konsonan. Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi.Contoh aktiviti yang ditakrifkan formal ialah pengajaran dan pembelajaran,ucapan,ceramah,mesyuarat dan sebagainya.Perancangan pembakuan sebutan Bahasa Melayu menjadi salah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka.Matlamat pembakuan sebutan Bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan cara penyebutannya Pembakuan sebutan juga bertujuan untuk

mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam BM yang digunakan dalam situasi formal. Memantapkan sistem dan struktur dalaman BM supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa,kosa kata,sistem ejaan dan laras bahasa. Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku di kalangan semua pengguna BM Menyeragamkan cara berbahasa

dan bertutur dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam p&p di peringkat sekolah. Forum 2 Kelemahan bahasa Melayu dalam bilik 27 Oct Wong darjah sentiasa diwujudkan dalam 2011 Sam sekolah Cina. Murid-murid di sekolah Cina 10:53:08 Lan jarang menggunakan bahasa Melayu AM semasa berbual-bual dengan rakannya. Kelemahan yang ada pada guru ialah guru menyampaikan pengajaran dalam bahasa Melayu, tetapi penerangan dan penjelasan dalam bahasa ibunda. Kefahaman guru lemah akan menyampaikan pengajaran yang bosan, tiada berkesan dan prestasi murid merosot. Kelemahan murid pula, murid jarang bertutur dalam bahasa Melayu kecuali berjumpa dengan Cikgu Melayu. Persekitaran adalah salah satu faktor kelemahan, orang-orang yang berada di sisi murid bertutur dalam bahasa ibunda. Tindakan yang perlu diambil ialah guru memainkan peranan yang penting semasa di sekolah.Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran agar mampu menarik minat murid untuk mempelajari bahasa Melayu. Guru membimbing murid menggunakan bahasa bertutur dan bersoal dengan ayat yang mudah. Mengadakan bulan bahasa, semua warga sekolah bertutur dalam bahasa, sama ada dalam kelas atau perhimpunan. Muridmurid harus yakin pada diri sendiri, berani bertutur walaupun mempunyai kesalahan, guru pasti akan cuba mengubah kesilapannya. Banyak membaca buku cerita bahasa Melayu,

seterusnya menyebut cerita dalam bahasa secara ringkas kepada rakannya. Forum 2 Guru memainkan peranan besar dalam 27 Oct Wong kejayaan pelaksanaan dan pembelajaran 2011 Sam bahasa Melayu. Seseorang guru perlu 05:33:12 Lan mempunyai pengetahuan yang mantap PM tentang teori, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu serta mampu mengaplikasikannya dalam suasana yang sebenar di dalam kelas. Ini juga bermakna, seseorang guru tidak sahaja perlu mempunyai pengetahuan yang cukup dalam aspek-aspek yang dinyatakan di atas, tetapi ilmu yang dimiliki harus ditingkatkan dari semasa ke semasa. Untuk mencapai hasrat ini, pihak-pihak yang berkenaan seperti Bahagian Pendidikan Guru, Pusat Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan dan Institusi-institusi Perguruan harus mengambil inisiatif untuk menjalankan tindakan-tindakan yang sewajarnya. Sebagai contoh, guruguru pelatih yang akan mengajar bahasa Melayu perlu diberi latihan yang khusus dalam aspek tatabahasa semasa mengikuti kursus pendidikan di Maktab Perguruan atau Fakulti Pendidikan. Guruguru yang sudah lama mengajar juga perlu didedah kepada teori, pendekatan, kaedah dan teknik-teknik pengajaran yang muktahir melalui kursus-kursus dalam perkhidmatan, penyertaan dalam seminar-seminar yang berkaitan, maklumat daripada makalah-makalah pendidikan dan sebagainya. 27 Oct Wong 2011 Sam Kelemahan membaca dan menulis dipandang 05:34:52 Lan sebagai penghalang kepada usaha untuk PM
Salam sejahtera. menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar

Forum 2

berpengetahuan dan cemerlang dan masyarakat kita sebagai masyarakat yang berilmu dan maju. Kita berusaha mengajar dengan gigih supaya pelajar dapat menerima apa yang diajar itu dengan penuh kesedaran, dengan sikap yang positif, dan dapat menggunakan hasil pengalaman pembacaan itu untuk tujuan yang sebenar. Malangnya ramai guru hari ini menitikberatkan elemenelemen proses membaca dan menulis yang tidak jelas dan tidak bermakna kepada pelajar.

Forum 2

Kelemahan bahasa Melayu dalam bilik 25 Oct Wong darjah sentiasa diwujudkan dalam 2011 Sam sekolah Cina. Murid-murid di sekolah Cina 08:49:15 Lan jarang menggunakan bahasa Melayu AM semasa berbual-bual dengan rakannya. Kelemahan yang ada pada guru ialah guru menyampaikan pengajaran dalam bahasa Melayu, tetapi penerangan dan penjelasan dalam bahasa ibunda. Kefahaman guru lemah akan menyampaikan pengajaran yang bosan, tiada berkesan dan prestasi murid merosot. Kelemahan murid pula, murid jarang bertutur dalam bahasa Melayu kecuali berjumpa dengan Cikgu Melayu. Persekitaran adalah salah satu faktor kelemahan, orang-orang yang berada di sisi murid bertutur dalam bahasa ibunda. Tindakan yang perlu diambil ialah guru memainkan peranan yang penting semasa di sekolah. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran agar mampu menarik minat murid untuk mempelajari bahasa Melayu. Guru membimbing murid menggunakan bahasa bertutur dan bersoal dengan ayat yang mudah. Mengadakan bulan bahasa, semua warga sekolah bertutur dalam bahasa, sama ada dalam kelas atau perhimpunan. Muridmurid harus yakin pada diri sendiri, berani bertutur walaupun mempunyai

kesalahan, guru pasti akan cuba mengubah kesilapannya. Banyak membaca buku cerita bahasa Melayu, seterusnya menyebut cerita dalam bahasa secara ringkas kepada rakannya.