Anda di halaman 1dari 8

Model Pembinaan Kurikulum

(Model Objektif & Proses)


Nordin Tahir JIP IPG Kampus Ipoh

Model Kurikulum
(1) Model Ralph Tyler (1949) (2) Model Hilda Taba (1966) (3) Model Stenhouse (1975) Objektif Proses

Pembentukan Model Kurikulum Tyler


Berdasarkan kepada empat persoalan dasar: Apakah tujuan Pendidikan yang perlu sekolah capai? Apakah pengalaman Pendidikan yang boleh diberi supaya tujuan tersebut dapat dicapai? Bagaimanakah pengalaman Pendidikan dapat diorganisasikan secara efektif? Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuantujuan tersebut dicapai?

Penekanan terhadap pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan asal proses pendidikan; Membawa perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah laku pelajar. Perubahan terhadap pelajar berlaku bagi setiap kali perubahan pernyataan objektif sekolah. Kekuatan model ini dalam pendekatan terhadap teori kurikulum dan praktis: ia amat bersistematis dan mempunyai kekuatan untuk mengurus dengan membentuk objektif tingkah laku menyediakan idea yang jelas terhadap hasilan agar kandungan dan tatacara dapat disepadukan serta dapat dinilai hasilan tersebut
Objektif

Kandungan Kursus

Tatacara

Penilaia n

MODEL TABA Kurikulum sebagai pelan tindakan; Pendekatan Bawah-Atas (Bottom-up) terhadap kurikulum di mana guru memainkan peranan utama; Terdapat susunan yang tertib semasa membentuk kurikulum dan berpendapat bahawa guru perlu terlibat sama membantu dalam proses pembentukan tersebut; dan Tujuh langkah pembentukan kurikulum : (1) Mengdiagnos keperluan (2) Pembentukan objektif (3) Pemilihan kandungan (4) Menyusun kandungan (5) Pemilihan terhadap pengalaman pembelajaran (6) Mengurus aktiviti-aktiviti pembelajaran (7) Penilaian

MODEL STENHOUSE
Kurikulum sebagai Proses; Kurikulum bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru, pelajar dan ilmu pengetahuan; Kurikulum merupakan apa yang sebenarnya berlaku di bilik darjah serta persedian-persedian yang dilakukan, dan menilai; Proses yang aktif dan dikaitkan dengan penaakulan praktikal yang diperkenalkan oleh Aristotle; Suatu percubaan untuk menerangkan prinsip-prinsip dan ciriciri usul Pendidikan di dalam bentuk yang telus dan berupaya menterjemahkannya ke dalam bentuk amalan (sila buat rujukan lanjut kepada transparensi);

Berupaya untuk menyediakan asas bagi merancang sesuatu kursus, meneliti secara empiris serta dapat dijadikan asas menjustifikasikannya. Menawarkan untuk: Proses Perancangan: = prinsip pemilihan kandungan: apa yang perlu diajar dan dipelajari = prinsip pembentukan strategi pengajaran: bagaimana ia patut diajar dan dipelajari = prinsip menentukan susunan pengajaran = panduan secara praktis untuk melaksanakan kurikulum dalam konteks sekolah yang berlainan, dalam konteks para pelajar, situasi rakan sebaya dan persekitaran = maklumat mengenai kepelbagaian kesan hasil daripada pelbagai konteks situasi dan pelajar serta memahami faktor-faktor kepelbagaian tersebut; Justifikasi : Pembentukan matlamat kurikulum yang boleh dikawal selia;

Melihat kurikulum sebagai suatu bentuk spesifikasi tentang amalan pengajaran ( suatu cara menterjemahkan idea pendidikan kepada hipotesis yang boleh diuji : menggalakkan pengujian secara kritis dan bukan menerima secara membuta tuli ; ia bukan sebagai kurikulum pukal yang direkabentuk dengan tujuan untuk disampaikan di mana-mana sahaja); Hasilan bukan lagi merupakan ciri asas yang penting dan bukan untuk mendefinisi fiturnya. Apa yang penting menurut model teori dan amalan kurikulum ini ialah kandungan dan cara akan berkembang maju apabila guru dan pelajar berinteraksi dan bukannya menentukan objektif tingkah laku yang ketat ; dan Mengikut model ini, pelajar bukannya objek pasif untuk diajar. Mereka perlu sama-sama menentukan bagaimana sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan. Fokus utamanya ialah terhadap proses interaksi (perubahan tumpuan daripada pengajaran kepada pembelajaran: bagi guru, proses pembelajaran diberi penekanan yang utama)

Anda mungkin juga menyukai