Anda di halaman 1dari 6

Aloe vera Aloe vera atau masyarakat Malaysia memanggilnya lidah buaya merupakan herba yang mempunyai bahagian

yang lembik dan lekit. Ia digunakan sejak dahulu lagi bagi meransang pengimunan badan, pelembab kulit, menghilangkan parut, mengubati kulit yang melecur dan juga untuk melebatkan rambut. Aloe vera turut dikaitkan dengan penyakit asma, kencing manis, serta penyakit ulser. Namun pada masa sekarang aloe vera telah menjadi bahan ramuan yang penting didalam alat-alat kosmetik wanita yang beredar didalam pasaran. Kajian yang dilakukan menunjukkan tumbuhan ini sangat berguna pada manusia dan patut ditanam oleh semua orang untuk digunakan secara tradisional seperti sebagai syampu serta mengubat kesan melecur yang sering berlaku dirumah kita

Halia Ziniger officinale merupakan herba yang digunakan didalam perubatan purba China sejak dahulu lagi. Ia digunakan untuk memanaskan badan, meredakan penyakit gout, menangkis serangan ulser serta dapat meredakan kekejangan otot. Ia juga turut digunakan untuk merawat rasa loya- loya serta meredakan tekanan. Namun pengambilan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan berlaku kompilasi didalam sistem penghadaman.

Ginseng Ginseng atau Panax ginseng merupakan herba yang sangat bernilai didalam sejarah perubatan China. Diantara ginseng yang popular ialah ginseng Korea ndan ginseng China. Ginseng ini sering digunakan sebagai tonik. Ia dikatakan dapat melegakan ketegangan, menambahkan kadar metabolisma menurunkan kandungan darah didalam badan serta memperbaiki daya imun badan. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kencing manis, menurunkan kadar kolesterol, merawat gejala-gejala menopous yang dialami wanita yang telah putus haid,mengubat kelesuan serta untuk melindungi badan daripada serangan kanser. Ia juga sesuai untuk para ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Ia digunakan untuk mengecutkan sistem peranakan serta memperbaiki kelancaran darah. Ginseng ini selalu dijadikan tonik dan diminum. Namun terdapat lagi cara tradisional, iaitu dengan merebus ginseng ini untuk mendapatkan air pati rebusannya.

Pegaga Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica kini bukan sahaja dijadikan ulam dicecah dengan samabal belacan tetapi menjadi rebutan saintis perubatan dan kosmetik antarabangsa. Tumbuhan hijau yang tumbuh melata ini dikatakan mengandungi sejenis enzim yang bernilai tinggi tetripenoids yang menjadi antara bahan asas dalam pembuatan kosmetik kecantikan kulit dan ramuan penting untuk dicampur dengan herba tertentu bagi mengubati penyakit barah. Ia juga diproses untuk dijadikan minuman kesihatan atau tonik untuk menyegarkan badan selain peransang kepada pemulihan. Dengan keistimewaannya, pucuk pegaga kini dilihat sebagai tumbuhan komersil . kajian secara saintifik menunjukkan

pucuk pegaga mempunyai enzim tetripenoid untuk dijadikan ubat anti kanser. Selain itu terdapat empat jenis pegaga yang terdapat dinegara kita, iaitu pegaga biasa yang mudah diperolehi dikampung-kampung, pegaga salad yang daunnya menyerupai daun salad sebenar (versi daun lebar) pegaga nyonya dan pegaga hitam

Cendawan Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Cendawan ini kebanyakannya tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula didalam darah,menambah insulin didalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser. Cendawan ini boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang

kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad didalam pasaran.

Anda mungkin juga menyukai