Anda di halaman 1dari 3

Ciri-ciri Individu Yang Berjaya Dan Gagal

Kejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah berkait rapat dengan karakter atau ciri-ciri
yang dimiliknya. Karakter yang dimiliki oleh seseorang individu yang berjaya adalah berbeza
sama sekali dengan karakter seseorang individu yang gagal. Hal ini kerana, bagi mereka yang
berjaya, siIat positiI lebih banyak terdapat dalam diri mereka berbanding siIat negatiI. Namun,
berbeza pula bagi mereka yang gagal, di mana, mereka yang gagal selalunya mempunyai siIat
yang negatiI berbanding siIat positiI.
Setiap individu semestinya mahu mencapai kejayaan dalam apa jua yang mereka ceburi. Oleh
itu, terdapat beberapa ciri-ciri yang boleh menyumbang kepada kejayaan seseorang individu
tersebut.
SiIat yang pertama yang perlu ada ialah bersungguh-sungguh. Dalam melakukan sesuatu
pekerjaan, kita perlulah bersungguh-sungguh supaya hasilnya nanti akan dapat memberi
kepuasan kepada kita. Contohnya, apabila membuat tugasan yang telah diberikan oleh
pensyarah, kita perlulah bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan tersebut dan bukan sekadar
untuk memenuhi syarat sahaja. Individu yang berjaya akan memastikan setiap tugasan yang
diberikan dapat memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pensyarah.
SiIat kedua ialah menjauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia. Hal ini bermaksud kita wajar
memahami dan menjaga mulut dan kaki tangan serta sentiasa berIikir sebelum bercakap.
Individu yang berjaya tidak akan bercakap perkara yang tidak perlu serta sentiasa mengambil
sikap berdiam ketika perlu dan bercakap apabila ada keperluan untuk menyampaikan sesuatu.
SiIat ketiga ialah menjaga kehormatan diri. Individu yang cemerlang tidak akan membiarkan
diri mereka hanyut dengan syurga dunia. Mereka sentiasa memikirkan tentang kesan apabila
terjerumus kepada perkara yang tidak sepatutnya itu. Contohnya pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan. Individu yang berjaya tahu untuk menjaga batasan pergaulan antara lelaki
dan perempuan dan tidak akan berlebih-lebihan dalam pergaulan mereka.
SiIat keempat ialah menjaga amanah. Indidvidu yang berjaya akan melaksanakan amanah
yang diberikan dengan penuh tanggungjawab. Jika diteliti pada zaman sekarang, masyarakat
kita masih kekurangan siIat ini. Hal ini kerana siIat ini tidak ditekankan ketika masih kecil
lagi. Oleh itu, ibu bapa perlu menamkan siIat ini dalam diri anak-anak supaya mereka akan
lahir sebagai orang yang berjaya.
SiIat kelima ialah sentiasa mempunyai impian yang besar, atau dalam Bahasa Inggeris ialah
'always dream big. Apabila mempunyai impian yang besar, maka usaha untuk mencapai
impian tersebut juga perlu dilipatgandakan. Hak ini akan mendorong mereka supaya berusaha
impian mereka tercapai. Mereka percaya bahawa apa yang mereka impikan akan tercapai satu
hari nanti.
SiIat keenam ialah tidak mudah berputus asa. Individu yang berjaya selalunya akan melihat
kegagalan dari sudut positiI. Kegagalan merupakan permulaan untuk mencapai kejayaan,
maka dari situ mereka akan belajar untuk memperoleh kejayaan walaupun perlu mencuba
beberapa kali kerana kejayaan tidak akan datang dalam sekelip mata.
SiIat ketujuh ialah mempunyai pemikiran yang positiI. Individu yang berjaya selalu
berIikiran positiI. Walaupun terdapat halangan dalam hidup mereka, semua itu akan dianggap
sebagai dugaan yang perlu mereka lalui.
Selain itu, terdapat juga ciri-ciri individu yang boleh membawa kepada kegagalan. Ciri-ciri ini
perlulah dijauhi agar kejayaan dapat dicapai. Sekiranya terdapat ciri-ciri ini dalam diri kita,
maka kita perlulah mengikisnya supaya ia tidak akan menjadi penghalang untuk kita
mencapai kejayaan.
Antara ciri-ciri individu yang gagal adalah seperti mempunyai siIat malas yang merupakan
musuh utama kejayaan. Malas bermaksud mereka tidak mahu melakukan apa-apa untuk
membaiki hidup mereka. Contohnya, bagi mereka yang selalu berhadapan dengan kegagalan,
mereka tidak mahu mencari jalan untuk berubah. Mereka sedar akan hal itu, namun tiada
tindakan yang mereka ambil untuk mengatasinya.
Ciri-ciri yang kedua ialah sentiasa menanggug pekerjaan. Contohnya, apabila pensyarah
memberikan tugasan, mereka tidak melaksanakannya dengan segera. Mereka sengaja
membuang masa dengan aktiviti lain yang tidak penting seperti, melepak atau bermain.
Apabila semakin hampir dengan tarikh serahan tugasan, barulah mereka akan kelam-kabut
menyiapkannya,maka hasilnya amatlah tidak memuaskan.
Ciri-ciri yang ketiga ialah terlalu berserah kepada nasib dan tidak mahu berusaha untuk
mengubah dirinya. Individu yang gagal sering merasakan bahawa kegagalan merupakan nasib
yang telah ditetapkan kepada mereka. Mereka berpendapat bahawa tiada apa yang dapat
mereka lakukan untuk mengubahnya.
Ciri-ciri yang keempat ialah tidak sanggup berkorban masa, tenaga Iikiran dan wang ringgit
untuk memperoleh kejayaan. Hal ini kerana individu yang gagal sering merasakan bahawa
perkara tersebut adalah sia-sia kerana tidak akan dapat menjamin kejayaan mereka.
Ciri-ciri kelima ialah cepat berputus asa dan kecewa apabila gagal. Individu yang gagal
sering berpendapat bahawa kejayaan bukan milik mereka dan seterusnya tidak berani untuk
mencuba sekali lagi dan membiarkan usaha mereka terhenti di tengah jalan begitu sahaja.
Mereka tidak sanggup menanggung risiko untuk menemui kegagalan sekali lagi.
Kesimpulannya, untuk berjaya, seseorang itu perlu mengikis segala siIat negatiI pada diri
mereka dan menanamkan siIat positiI untuk memperoleh kejayaan serta menempatkan diri
dalam kalangan orang yang berjaya.

Anda mungkin juga menyukai