Anda di halaman 1dari 56

PENERAPAN NILAI ESTETIKA BAGI MOTIF CORAK TERHADAP BIDANG KRAF TRADISIONAL TEMPATAN BAGI MURID TAHUN EMPAT

SAIDATUL ADAWIYAH BT MOHD HALIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada isyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

SEPTEMBER 2010

1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Penerapan nilai estetika merupakan satu ciri utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual terutamanya dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional tempatan. Penyelidikan ini dijalankan terhadap kesedaran pentingnya penerapan nilai estetika itu,terhadap bidang Kraf Tradisional Tempatan. Sebagai seorang pendidik, harus mempersiapkan diri dengan strategi-strategi yang berkesan untuk menerapkan penerapan nilai estetika dalam diri mereka. Pendidikan Seni terbahagi kepada Seni tampak dan sentuh, Kraftangan, Seni Teknologikal, Seni Persekitaran, Seni Konsumer dan Seni Konsep ( Liderman 1984). Walter Gropius, berpendapat bahawa prinsip rekaan dan nilai estetika telah di bawa ke barangan seharian seperti kerusi, meja, lampu, dan barangan lain dengan memberi pertimbangan khas terhadap bentuk dan konsep.

Penerapan nilai estetika dapat mengenali dan memahami unsur seni, prinsip dan struktur rekaan. Ia dapat meningkatkan daya sensitiviti estetik melalui pengalaman deria dan pengalaman empati terhadap objek yang konkrik, abstrak dan relatif ( Mazlan Bin Mohamad 1997 ) . Di antara matlamat Pendidikan Seni Visual ialah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai - nilai estetika yang tinggi , imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan enventif. Kandungan kurikulum diharapkan dapat meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
2

keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, masyarakat, dan Negara. Sebelum ini Pendidikan Seni Visual di kenali sebagai Seni Lukis, kemudian di tukar kepada Pendidikan Seni ketika perlaksanaan KBSM.

Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf ( United Nations Conference On Trade And Development , UNCTAD ) Antara tokoh-tokoh seni kraf tradisional adalah Zainal@Zamri Bin Pandak Kraf Seni Tembikar dan Hajah

Aminah Bt Ahmad - Kraf Seni Anyaman ( Rahmat Salihon 2004).

Kraf tradisional mempunyai sejarah yang paling panjang seiring dengan perkembangan ketamadunan manusia (Rahmat Salihon 2004). Selain itu , kraf tradisional boleh didefinasikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing ( Open University Malaysia 2006).

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ketika saya menjalankan tempoh praktikum dan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual di salah sebuah sekolah di Daerah Kuala Muda Yan, bagi tajuk bidang Mengenal Kraf Tradisional, murid di sekolah tersebut tidak teralu didedahkan secara khusus dengan aktiviti mengenal kraf seperti Kraf Anyaman, Tembikar, Batik, Wau, Keris dan sebagainya mengikut apa yang telah dirancang dalam pengajaran tahunan yang tertakluk kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) . Sebagai contohnya, tidak ada pendekatan secara khusus untuk pemilihan melakukan aktiviti menghasilkan anyaman tikar dengan menggunakan media kertas yang sepatutnya telah dimulakan pada Tahap 1 untuk Tahun 2 lagi. Semasa tempoh sesi pengajaran dan pembelajaran aktiviti mengenal kraf tradisional dijalankan di dalam kelas, ini secara tidak langsung sebagai seorang guru perlu mencuba untuk menerapkan nilai estetika yang ada dalam kraf tradisional tempatan ini supaya mereka tidak lupa akan ciri keistimewaan estetika bagi sesuatu kraf tradisional tempatan. Sebagai contohnya, seorang guru bagi Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual mestilah mempunyai penghayatan mengenai keindahan warisan bangsa dan sebagainya selain cuba untuk memberi pendekatan kepada penerapan nilai estetika bagi motif corak.

Ketika penyelidik menjalankan kajiannya, di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi bidang Mengenal Kraf Tradisional Tempatan tajuk Motif Tembikar,
4

responden hanya sekadar melukis motif tembikar mengikut kesukaan dan kehendak mereka sahaja, sebagai contohnya, responden melukis corak bunga , geometri atau imej mengikut kehendak hati mereka tanpa melihat motif sebenar atau nilai estetika yang ada pada sesuatu tembikar. Kebanyakkan dari mereka di lihat suka melukis imej yang berbentuk animasi dan sebagainya dan bukan pula motif corak yang memang sudah sinonim dengan Bidang Mengenal Kraf Tradisional Tempatan. Di samping itu juga, ini bertujuan sebagai satu langkah untuk meningkatkan daya sensitiviti estetik melalui pengalaman deria dan pengalaman empati terhadap objek yang konkrik , abstrak dan relatif.

Selain itu juga, penyelidik telah mengambil kesempatan untuk menganjurkan satu Pameran Seni, yang bertajuk, Sehari Mengenal Kraf Tradisional . Pameran ini di adakan bagi tujuan sebagai salah satu langkah inisiatif untuk menerapkan nilai estetika bagi mendekatkan murid dengan bidang kraf tradisional tempatan. Penyelidik mempamerkan pelbagai jenis kraf tradisional contohnya seperti Wau, Tembikar, Anyaman dan sebagainya yang ada dalam Warisan Melayu kita. Objektif pameran tersebut adalah bertujuan untuk menguji kebolehan serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran sebagai seorang guru dan penyelidik terutama bagi seorang guru yang mengajar dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual secara khususnya.

Di harapkan agar penerapan nilai estetika dalam diri responden ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bagi bidang kraf tradisional dapat di pertingkatkan dan
5

akhirnya akan berjaya menghasilkan suatu produk seni kraf yang berkualiti dan kreatif selaras dengan pembangunan Negara Malaysia zaman kini. .

2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 Isu Kajian

Dalam fokus kajian, isu yang ingin dipertengahkan adalah merupakan satu hasrat untuk membina dan meningkatkan penerapan nilai estetika. Dengan ini, fokus utama penyelidik adalah percubaan untuk menerapkan penerapan nilai estetika bagi motif corak terhadap bidang Kraf Tradisional Tempatan dalam diri responden yang berumur 10 tahun di salah sekolah rendah di Daerah Kuala Muda Yan. Dengan kata lain, penyelidik mencuba untuk mengaplikasikan teori dan hasil pengkaryaan Seni Visual dalam diri responden terutama responden sekolah rendah yang telah dipilih bagi menjalankan kajian tindakan ini.

Walaupun penyelidik telah melihat banyak kekurangan yang ada terutama responden yang kurang didedahkan dengan penerapan nilai estetika bagi motif corak ini, malah mungkin ada yang langsung tidak tersemat dihati mereka betapa istimewanya nilai kraf Tradisional Malaysia ini. Penyelidik akan perlu mencuba menfokuskan dan memberi perhatian betapa pentingnya dan tingginya penerapan nilai estetika dalam jiwa semua murid. Punca tidak ada penerapan nilai estetika terhadap kraf tradisional tempatan adalah kerana disebabkan:

2.1.1 Murid kurang didedahkan dengan Bidang Mengenal Kraf Tradisional dalam Mata Pelajaran Pendidikan seni Visual. 2.1.2 Murid tidak Malaysia memahami akan kepentingan kraf tradisional

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

Menurut kajian yang telah dijalankan (Ibrahim, 2000), mendapati ramai di kalangan guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni adalah terdiri dari mereka yang tidak mempunyai pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni dan guru ini bukan membuat pengkhususan secara khusus dalam Pendidikan Seni Visual. Kebanyakkan mereka mengajar dalam bentuk bersahaja iaitu maksud penyelidik di sini adalah seperti mengajar dengan memberi tajuk sahaja. Kaedah pengajaran ini kurang membantu murid bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan dan seterusnya mendekatkan diri mereka kepada nilai estetika secara khususnya bagi bidang Kraf Tradisional Tempatan.

Berkaitan dengan tinjuan literatur yang telah dibuat berkaitan isu kajian ini, dapat dibuktikan melalui (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003) murid hanya memperoleh markah yang rendah dalam Sijil Peperiksaan Malaysia bagi Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, adalah di sebabkan faktor kurangnya penerapan nilai estetika
8

dalam diri pelajar itu sendiri terutama bagi bidang Mengenal Kraf Tradisional. Brown (1980), berpendapat pengalaman kanak-kanak di dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran boleh meningkatkan keupayaan mereka dalam pengamatan dan menambah pengetahuan tentang adanya perbezaan antara benda-benda atau menambah imej-imej tampak yang terdapat dalam persekitaran kehidupan mereka. Ini di sokong dengan dengan persekitaran yang terdapat motif-motif atau corak keindahan estetika yang ada pada Kraf Tradisional Tempatan.

Menurut Tokoh Falsafah Judith Peck (2003) berpendapat , kajian mengenai produksi seni sebagai suatu bantuan dalam memahami pengalaman murid-murid. Pembelajaran ini menafsir penyelidikan tentang keupayaan perluahan seni visual dalam personaliti dan tabiat, dan nilai seni visual di dalam dapat menambahkan kualiti kehidupan. Seni mempunyai kuasa tersendiri dalam menarik minat seseorang, lantaran itu seorang pendidik dapat menjadikan ia satu instrument bagi menerapkan nilai terapeutik bagi menarik minat pelajar, menjadikan pelajar lebih rapat dan rasa selamat, kreatif berfikir, inovatif, aktif, berkeyakinan, emosi yang stabil. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar. Ianya secara tidak langsung dapat mencapai tahap penerapan nilai estetika dalam diri murid sekolah rendah secara amnya. Selain itu, contoh teori menurut Victor Lowenfeld (1947) adalah manggalakkan perkembangan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan. Ianya boleh diukur melalui kelancaran idea sesuatu kraf tersebut dan

pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Fleksibel, mempamerkan semangat toleransi dan mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi. Di samping itu, teori ini dapat keaslian mencari idea baru dan asli.

Ini dapat membuktikan bahawa selama ini pengajaran dan pembelajaran hanya memberatkan proses, produk output tanpa melihat kepentingannya. Hakikatnya, untuk mendidik dan memperkembangkan diri pelajar, Seni dapat mencari ruang merawat sebarang masalah khususnya dalam emosi. Seni menjadi satu cabang yang bernilai kepada Negara dalam melahirkan insan yang bersahsiah tinggi.

10

3.0 OBJEKTIF KAJIAN /SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian Selepas kajian dibuat, responden diharap akan mencapai objektif berikut: 3.1.1 Objektif umum

Dapat meningkatkan penerapan nilai estetika bagi motif corak terhadap bidang Kraf Tradisional Tempatan bagi responden yang Tembikar. 3.1.2. Objektif khusus Meningkatkan perubahan tingkah laku murid ke arah Kraf Tradisional Tempatan contohnya Kraf berumur 10 tahun contohnya kraf

lebih meminati Tembikar.


-

Membantu responden menguasai kemahiran ilmu

kraftangan dan menerapkan nilai estetika dalam diri murid. Membantu responden memahami konsep sebenar dalam

bidang mengenal kraf tradisional tempatan terutama responden sekolah rendah.

11

3.2 Soalan Kajian 3.2.1 Adakah murid lebih meminati seni terutamanya bagi Kraf Tradisional tempatan? 3.2.2 Adakah murid dapat menguasai kemahiran ilmu kraftangan dan penerapan nilai estetika dalam diri? 3.2.3 Adakah murid dapat memahami konsep sebenar dalam penerapan nilai estetika?

12

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada responden yang berumur 10 tahun dari salah sebuah sekolah di daerah Kuala Muda Yan. Sampel kajian ini terdiri dari responden yang telah dipilih. Pemilihan responden adalah secara rawak mudah iaitu satu proses pemilihan di mana semua individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Responden adalah seramai 10 orang. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 6 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Jadual analisis kumpulan sasaran dinyatakan di bawah :

Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

Jadual 4.1 Jantina Responden Kekerapan 6 4 10

Peratus (%) 60 40 100

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

13

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan unsur-unsur Kemelayuan berteraskan kepada Kraf Tradisional tempatan. Ianya dilaksanakan bagi menguji responden memahami istilah nilai estetika yang ada dalam sesebuah kraf tradisional tempatan itu, contohnya seperti keunikkan yang ada pada sesebuah wau bulan, berbanding wau lain seperti wau kucing, wau burung, wau ikan dan sebagainya. Mengapa ianya di sebut sebagai wau bulan dan bukannya dengan nama lain? Melalui ciri-ciri estetika inilah kita akan mengetahui jawapan kepada tanda tanya atau persoalan tersebut yang akan membezakan wau bulan dan keistimewaan produk Kraf Tradisional itu.

Kajian rintis - adalah kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar di jalankan yang bertujuan untuk memastikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dean kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan.

Kajian Rintis ini berfungsi: Untuk menyemak item-item, arahan dan susun atur sesuatu borang yang dilaksanakan.

Mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item. Mendapat maklum balas tentang daya tarikan sesuatu aktiviti yang dijalankan.

14

Mengenalpasti kelemahan serta kekuatan responden dalam mejayakan kajian tindakan ini. Antara kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik sebelum menjalankan kajian sebenar ialah, penyelidik mengadakan aktiviti menggambar satu hasil produk Kraf Tradisional Tempatan, hasilnya, penyelidik dapat melihat peguasaan mrid terhadap bidang ini. Seperti yang dinyatakan dalam refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, hasil yang diperoleh dalam aktiviti semasa kajian rintis ini, responden dilihat melukis motif tembikar mengikut kehendak hati mereka dan ada yang

melukis gambar animasi.

5.1 Perancangan langkah-langkah tindakan. 5.1.1 Aktiviti pertama untuk penyelidik jalankan semasa tempoh mengadakan kajian tindakan ini ialah penyelidik telah

menganjurkan Program Sehari Mengenal Kraf Tradisional dengan kerjasama pihak sekolah, yang telah di laksanakan di sekolah tersebut bagi memperkenalkan kepada murid mengenai Kraf tradisional dan betapa tingginya nilai estetika bagi sesebuah produk Kraf Tradisional Tempatan itu. Sebelum melaksanakan pameran tersebut, penyelidik akan membentangkan kertas kerja bagi pameran ini dan ia telah diluluskan oleh Guru Besar sekolah tersebut sebagai bukti persetujuan sebelum mengadakan sesuatu aktiviti di sekolah.
15

Kekuatan yang terdapat semasa penyelidik menganjurkan pameran ini adalah dapat memperkembangkan daya konsepsi visual dan kreatif melalui proses penerokaan dan induksi dengan menggunakan pelbagai teknik seni. Ia juga dapat memupuk sikap yakin diri dan disiplin dalam proses penghasilan karya atau produk seni. Kekuatan lain pula, responden dapat menghargai cirri-ciri keistimewaan seni di dalam evolusi budaya kebangsaan kini. Sebagai tambahan, melalui pameran ini, penyelidik telah memperoleh pengalaman dalam menganjurkan sesuatu pameran. 5.1.2 Aktiviti kedua pula adalah menjurus kepada meninjau tahap penguasaan murid dan kefahaman mereka tentang Bidang Mengenal Kraf Tradisional. Instrumen yang digunakan adalah seperti melabel gambar Kraf Tradisional Tempatan. Aktiviti ini dijalankan sepenuhnya di dalam kelas bagi melihat perubahan tingkah laku murid serta anggapan baru mereka bagi Bidang Mengenal Kraf Tradisional Tempatan ini. Penyelidik juga akan melihat tahap penerapan nilai estetika bagi motif corak dalam diri responden.

5.1.3

Aktiviti

ketiga,

lebih

melihat

kepada

pengukuhan

dan

pengetahuan gerak kerja amali, iaitu menghasilkan tembikar dengan menggunakan plastesin berserta mengukir motif corak

16

tembikar secara individu. Responden dilihat begitu teruja tatkala penyelidik melaksanakan aktiviti seumpama ini di dalam kelas. Hasilnya, tiada lagi motif animasi tetapi motif corak yang menepati keindahan serta nilai estetika sesebuah tembikar.

5.1.4 Aktiviti kempat, pula merupakan penilaian kepada tahap

pencapaian pelajar dalam menguasai konsep dan istilah dalam bidang Kraf Tradisional Tempatan.

17

5.2 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep kajian ini menunjukkan pertalian hubungan di antara Penerapan nilai estetika bagi motif corak bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Strategi P&P

Teknik menghasilkan kraf

Kefahaman

Kaedah menghasilkan kraf

Karya

Rajah 5.2 Kerangka Konsep

18

5.3 Perancangan cara mengumpul data Penyelidik menggunakan cara pengumpulan data berasaskan satu reka bentuk model yang dbina oleh Hafidah (2000) dan Baharudin (2002) yang digelar sebagai SODI. Model ini adalah hasil daripada pengubahsuaian model penilaian (model UTOS) yang dikemukakan oleh Cronbach, 1982 dalam Baharudin (2002). Model SODI digunakan untuk menyesuaikan pelaksanaan kajian prestasi guru pelatih ini. Dalam model ini S merujuk kepada peringkat tinjauan (survey), O adalah peringkat pemerhatian (observation), D adalah peringkat penyemakan temubual (interview). dokumen dan I adalah peringkat

Tinjauan

Pemerhatian

Temubual

Dokumen

Rajah 5.3 : Model SODI Tatacara Kajian

19

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data dalam sesuatu kajian tindakan adalah sebagai salah satu bukti untuk melihat keesahan sesuatu penyelidikan itu. Data untuk kajian ini di kumpul melalui Pemerhatian, Temubual, Analisis dokumen dan tinjauan melalui soal selidik. Cara-cara yang digunakan oleh penyelidik untuk mengumpul data adalah seperti berikut:

6.1 Tinjauan Soal Selidik

- Soal selidik adalah bertujuan untuk mendapatkan jawapan secara bertulis dengan menggunakan atau menyediakan borang soal selidik dan soalan-soalan yang releven dan dapat menepati objektif kajian. Jenis soalan yang ada di dalam borang soal selidik ini ialah soalan terbuka dan tertutup. Responden diberi pilihan untuk memilih satu jawapan yang sesuai dan ditandakan mengikut pilihan skala iaitu dari skala 1 ( tidak setuju ) hingga skala 5 ( sangat setuju ). Borang Soal Selidik ada ditunjukkan di Lampiran A. Namun, untuk pengetahuan umum penggunaan borang soal selidik ini hanyalah sebagai penguat dan sebagai instrumen tambahan dalam kajian
20

tindakan ini. Tinjauan Soal Selidik bukanlah instrumen utama bagi mendapatkan data.

6.2 Catatan Pemerhatian

-Catatan Pemerhatian merupakan langkah utama penyelidik dan ini adalah bertujuan untuk melihat penglibatan responden tentang penerapan nilai estetika terhadap bidang kraf tradisional tempatan. Penyelidik akan berada di dalam kelas sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat mengikuti perkembangan responden mereka dari awal hingga akhir. Ianya yang berlaku dengan digunakan untuk melihat fenomena pancaindera penyelidik.

menggunakan

Pemerhatian diukur melalui senarai semak. Borang Senarai Semak ada dinyatakan di Lampiran B.

6.3 Analisis Dokumen

- Cara ketiga dalam mengumpul data adalah melalui analisis dokumen. Analisis dokumen ini boleh dirujuk melalui skema pemarkahan yang telah dibuat oleh penyelidik. Data-data yang dikumpul dalam bentuk dokumen adalah bagi menyokong dapatan pemerhatian dan temubual
21

khususnya dalam aspek melihat peningkatan penerapan nilai estetika bagi motif corak terhadap Bidang Mengenal Kraf Tradisional Tempatan. Skema Pemarkahan perlulah memenuhi semua kriteria termasuk tahap penguasaan responden dan pencapaian pemarkahan yang dibuat. Ini termasuklah elemen elemen yang perlu di uji dalam mendapatkan data bagi sesuatu dokumen tersebut. Skema Pemarkahan ada dinyatakan di Lampiran C.

- Bagi melihat data yang dianalisis, hasil karya responden diukur dengan menggunakan skema pemarkahan. Di dalam skema pemarkahan itu, bagi kategori Cemerlang (80-100%) secara rumusannya, berjaya

menggunakan pelbagai jenis bahan dan teknik yang betul dan tepat. Cekap mengeluarkan idea dan cekap mengolah idea dan menunjukkan keaslian dalam hasil karya masing-masing. Hasiil Karya kemas, teratur, menunjukkan ketelitian dan bebas dari sebarang kekotoran.

- Bagi peringkat baik iaitu (65-79%) pula, menggunakan pelbagai jenis bahan dan teknik yang betul. menunjukkan kebolehan mengeluarkan idea yang kreatif dan baik dan menunjukkan idea sendiri yang digabungkan dengan idea orang lain. Dalam peringkat ini, responden dapat mengaplikasikan teknik dengan baik dan memuaskan. Hasil karya pada peringkat ini menunjukkan aspek kekemasan.
22

- Untuk kategori memuaskan, (40 64 %), markah di ambil atas pengaplikasian penggunaan bahan secara sederhana. Dalam aspek pengwujudan idea pula, menunjukkan kebolehan mengeluarkan idea dengan baik dan masih menunjukkan idea sendiri tetapi lebih banyak menggunakan idea lain. Proses dan teknik diaplikasikan dengan mengikut pengajaran dan pembelajaran guru.

- Untuk kategori kurang memuaskan iaitu ( < 40 % ), markah diambil atas kurang pengaplikasian bahan. Responden dalam kategori ini kurang menunjukkan kebolehan mengeluarkan idea yang kreatifdan banyak meniru hasil kerja orang lain. Gubahan yang terhasil adalah sederhana.

- Selain itu, bagi kategori lemah pula iaitu kategori yang teakhir adalah sebanyak 35% ke bawah, dalam kategori ini, responden tidak dapat mengaplikasikan bahan. Selain itu, responden tidak dapat menunjukkan kebolehan dalam mengeluarkan idea yang kreatif dan meniru hasil kerja orang lain sepenuhnya, dalam kategori ini juga, Gubahan yang dihasilkan adalah tidak jelas dan gagal untuk menyiapkan tugasan pada masa yang telah ditetapkan.

23

6.4 Temubual

- Temubual dilakukan ke atas responden bagi meninjau kefahaman penerapan nilai estetika bagi motif corak terhadap bidang Kraf Tradisional Tempatan. Temubual dianggap satu sumber yang penting bagi mendapatkan maklumat deskriptif dalam sesebuah kajian kes (Marohaini Yusuff, 2001) . Responden dikehendaki membuat interpretasi bukti dokumen peribadi yang berbentuk lukisan gambar yang dihasilkan oleh mereka. Keadaan ini bertepatan sekali dengan tujuan membuat temubual seperti yang dinyatakan oleh Patton (1980) dalam buku Penyelidikan Kualitatif oleh Marohaini Yusoff.

We interview people to find out from them things we cannot directly observe...... We cannot observe feelings, thoughts and intentions. We cannot observe how people organize new world and meaning they attach to what goes on in the world We have to ask question about those things. The purpose of interviewing them is is to allow us to enter into the other persons perspective. (halaman 109)

24

Tujuan temu bual adalah untuk mendapatkan pandangan responden secara bersemuka dan membenarkan mereka menjawab soalan terbuka ini. Data temubual dicatatkan melalui Transkripsi ( Lampiran D ). Transkripsi adalah catatan mentah rakaman temubual dengan responden yang dipaparkan dalam bentuk jadual berbaris dan bernombor. Ia perlu disahkan dan dipersetujui oleh responden sekiranya perlu sebarang perubahan. Soalan temu bual ada dinyatakan dalam Lampiran E. Manakala sebelum menemubual responden,penyelidik telah

mengemukakan borang persetujuan temu bual. Borang tersebut di buat berdasarkan untuk melihat persetujuan responden ketika sesi rakaman yang hendak di buat. Borang Persetujuan itu di nyatakan di Lampiran F.

Temubual merupakan satu kaedah yang melengkapkan kaedah pemerhatian, ia membantu pengkaji untuk membuat tafsiran terhadap perkara-perkara yang tidak dapat dilihat atau tidak jelas. ( Kerllinger,F , 1973 )

6. 5 Reka bentuk Kajian Tindakan - Relung Kitaran

Di dalam Kajian Tindakan yang bertajuk Penerapan Nilai Estetika bagi Motif Corak Bagi Bidang Mengenal Kraf TradisionalTempatan, Penyelidik telah

25

mengambil langkah langkah yang digunakan

dalam mengetengahkan reka

bentuk kajian tindakannya yang terdiri daripada beberapa relung kitaran. Relung Kitaran merupakan satu bentuk penggunaan dalam Kajian Tindakan. Kemmis (1983) berpendapat relung kitaran ini adalah untuk menunjukkan perjalanan sesebuah kajian tindakan itu, dan perlaksanaan yang saling berkait diantara satu sama lain. Tatacara reka bentuk kajian ada ditunjukkan di bawah iaitu di dalam rajah 6.5 :

26

Dilakukan ke atas responden yang telah dipilih,Di lakukan melalui borang pemerhatian

Instrumen 1 - Catatan Pemerhatian Cadangan dan tindakantindakan yang di jalankan semasa menjalankan kajian tindakan ini.

Instrumen 2 - Analisis Dokumen

Temu bual dilakukan bagi melihat kefahaman murid dan mendapatlan maklum balas secara lisan.

Instrumen 3 Kaedah Temu bual

Di analisis melalui skema pemarkahan bagi bagi melihat data serta pemarkahan responden.

Instrumen 4 Tinjauan soal selidik

Ke semua data di kumpul dan dinyatakan dalam keputusan analisis data. Data yang dikumpul menunjukkan kejayaan serta data positif.

Rajah 6.5 Relung Kitaran

27

6.6 Rumusan Bagi menghasilkan satu rumusan yang terbaik bagi menunjukkan proseedur pengumpulan data adalah secara triangulasi iaitu di antara kaedah pemerhatian, kaedah temubual, dan kaedah analisis dokumen. Konsep tatacara triangulasi bolehlah dilihat di rajah bawah iaitu rajah 6.4 . Namun, sekiranya diperhatikan, penyelidik menggunakan 4 instrumen iaitu Kaedah Tinjauan Soal Selidik, Pemerhatian, Analisis Dokumen dan Kaedah Temubual. Kaedah Tinjauan Soal Selidik hanyalah sebagai tambahan dan sebagai penguat bagi pengumpulan data untuk Kajian Tindakan ini. Instrumen yang utama yang digunakan ialah Pemerhatian, Analisis Dokumen dan Kaedah Temubual.

PEMERHATIAN

RESPONDEN KAEDAH TEMUBUAL ANALISIS DOKUMEN

Rajah 6.6 : Tatacara Pengumpulan Data Triangulasi


28

Kaedah pemerhatian adalah bertujuan untuk melihat tahap pencapaian serta penglibatan responden tentang aktiviti yang melibatkan penerapan nilai estetika dalam diri mereka. Selain itu, bagi mengukuhkan lagi data yang akan dihasilkan, kaedah temubual telah dijalankan bagi melihat responden menjawab persoalan kajian serta melihat kefahaman responden secara lisan. Temubual dilihat merupakan satu proses yang penting bagi mendapatkan maklumat dari responden. Analisis dokumen pula bagi melihat penguasaan murid dalam menghasilkan sesuatu karya. Sebagai contoh, menghasilkan kraf tembikar sengan menggunakan plastesin. Manakala tinjauan soal selidik adalah sebagai penguat bagi hasil data kajian tindakan ini dan bukanlah sebagai instrumen utama.

29

7.0 KEPUTUSAN / ANALISIS DATA DAN INTERPRESTASI 7.1 KAEDAH TINJAUAN Soal Selidik

Merujuk kepada jadual 7.1 dibawah, secara kasar keputusan analisis data mengenai maklumat kajian responden dari segi jantina adalah lelaki berjumlah 60 % ( n=6) dan responden perempuan berjumlah 40% (n=4). Responden lelaki yang dipilih melebihi responen perempuan iaitu sebanyak 20 % (n=2). Kesimpulan yang boleh di buat di sini adalah responden lelaki lebih ramai yang terlibat dalam kajian ini berbanding responden perempuan.

Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

Jadual 7.1.1 Jantina Responden Kekerapan 6 4 10

Peratus (%) 60 40 100

Bagi pengumpulan data untuk boang soal selidik ( contoh Lampiran A ) data yang dikumpul dapat menunjukkan seperti jadual di bawah.

30

Penyataan Skala 1 Skala 2 1. Saya suka membuat sendiri tugasan yang diberikan oleh guru.
2. Saya Suka Kelas Pendidikan

Skala 3 II

Skala 4 IIII I

Skala 5

II

IIII

IIII

Seni Visual (Mengenal Kraf Tradisional Tempatan)


3. Saya selalu memberi pendapat

IIII I

IIII

di dalam kelas terutama dalam Bidang Mengenal Kraf Tradisional Tempatan 4. Saya suka belajar secara berkumpulan. 5. Saya suka belajar secara bersendiri 6. Saya suka berkongsi maklumat dengan kawan-kawan
7. Saya suka mempersembahkan

III

IIII

II

IIII

III

II

IIII IIII

IIII IIII

hasil karya di depan kelas serta mengetahui tentang aspek nilai estetika.
31

Jadual 7.1.2 Analisis Data Soalan (Kekerapan skala)

Bagi Jadual 7.1.2 di atas, telah menunjukkan data analisis mengikut soalan atau penyataan yang tertera bagi borang soal selidik di Lampiran A secara keseluruhannya. Analisis ini di buat bagi melihat peringkat data yang terhasil. Data diambil mengikut jumlah analisis skala yang telah dilampirkan dalam borang Lampiran Soal Selidik dan dinyatakan dalam bentuk lampiran. Dalam jadual 7.1.2 menunjukkan analisis secara keseluruhan bagi data soal selidik. Bagi mengenalpasti data analisis melalui soalan demi soalan, penyelidik ada dinyatakan dalam bentuk graf.

SKALA 4

SKALA 3

SKALA 5

SKALA 1

SKALA 2

GRAF 1 PENYATAAN 1 Saya suka membuat sendiri tugasan yang diberikan oleh guru.

32

Dalam Penyataan 1, kebanyakkan responden memilih setuju dalam membuat sendiri tugasan yang diberikan oleh guru. Responden memilih skala 4 seramai n=6, Skala 3 n=2 dan skala 5 .=2.

SKALA 4

SKALA 5

SKALA 1

SKALA 2

SKALA 3

GRAF 2 PENYATAAN 2 Saya suka kelas Pendidikan Seni Visual ( Mengenal Kraf Tradisional) Bagi penyataan 2 pula, responden memilih skala 4 dan 5 iaitu antara setuju dan sangat setuju dalam menyukai kelas Pendidikan Seni Visual di sekolah. Manakala skala 1, 2 dan 3 adalah 0.

33

SKALA 4

SKALA 5

SKALA 1

SKALA 2

SKALA 3

GRAF 3 PENYATAAN 3 Saya selalu memberi pendapat di dalam kelas terutama dalam Bidang Mengenal Kraf Tradisional Tempatan. Untuk penyataan 3 dalam soal selidik tersebut, iaitu skala 4 (setuju) sebanyak n=6 dan skala 5 (sangat setuju) sebanyak n=4.

SKALA 4

SKALA 3

SKALA 5

SKALA 1

SKALA 2

GRAF 4 PENYATAAN 4 Saya suka belajar secara berkumpulan

34

Manakala bagi penyataan 4 pula, skala 1 dan 2 masing-masing n=0. Skala 3 n=3, skala 4 n=5 dan skala n=2

6
SKALA 3

GRAF 5

4
SKALA 4

3 2 1
SKALA 1 SKALA 2 SKALA 5

SKALA 1 SKALA 2 SKALA 3 SKALA 4 SKALA 5

0 PENYATAAN 5

PENYATAAN 5 Saya suka belajar secara bersendiri. Bagi penyataan 5 iaitu pembelajaran secara individu, untuk skala 1 dan 2, kekerapannya adalah 0, manakala skala 3 iaitu yang kurang bersetuju dengan penyataan berikut adalah n=5 dan skala 4 (setuju) n=3 dan skala 5 (sangat setuju) adalah n=2.

SKALA 4

SKALA 5 SKALA 1 SKALA 2 SKALA 3

GRAF 6

35

PENYATAAN 6 Saya suka berkongsi maklumat dengan kawan-kawan. Seterusnya, bagi pernyataan 6, skala yang tertinggi semasa pemerolehan data adalah skala 4 iaitu setuju. Responden menunjukkan rasa setuju untuk berkongsi maklumat dengan kawan-kawan mereka tidak kira dalam penghasilan atau pengolahan idea bersama rakan-rakan mereka yang lain.

SKALA 5

SKALA 4 SKALA 1 SKALA 2 SKALA 3

GRAF 7 PENYATAAN 7 Saya suka mempersembahkan hasil karya di depan kelas serta mengetahu tentang aspek nilai estetika. Bagi penyataan ke tujuh ini,semua responden sangat bersetuju dan mereka sudah mula dapat mengetahui dan menerapkan nilai estetika dalam diri mereka sendiri. Seramai 9 responden sangat bersetuju dan satu responden memilih skala sangat setuju.

36

Secara rumusan untuk analisis data melalui penyataan soalan bagi borang soal selidik ini, semua menunjukkan tanda positif dan menjurus kepada skala yang baik iaitu dalam skala setuju dan sangat setuju.

7.2 KAEDAH PEMERHATIAN Bagi pengumpulan keputusan analisis data untuk pemerhatian, Pemerhatian diukur melalui borang senarai semak. Borang Senarai Semak ada dinyatakan di Lampiran B. Borang senarai semak ini di isi sendiri oleh penyelidik bagi memantau dan memerhati responden sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Borang senarai semak ini merangkumi 6 soalan. Setiap soalan adalah berkaitan dengan melihat tahap responden sebelum dan selepas sesi pembelajaran bagi melihat keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini bermaksud , penyelidik akan membuat pemerhatian sebanyak dua sesi iaitu sesi sebelum dan sesi selepas. Kekerapan yang dijalankan adalah seramai n=10. Keputusan analisis senarai semak bagi pemerhatian adalah seperti jadual di bawah. Jadual kekerapan semasa menganalisis borang senarai semak adalah ditunjukkan dalam jadual 7.2.1

Soalan

S1

S2

S3

S4

S5

S6

Jumlah (%)

Perjumpaan sebelum Perjumpaan Selepas

IIII III IIII IIII

IIII I IIII IIII

IIII I

IIII IIII IIII IIII

53 88
37

IIII I IIII IIII IIII III

Jumlah

100 N=10 Jadual 7.2.1 Jadual Kekerapa

Analisis Peratusan tahap pencapaian responden sebelum dan selepas perjumpaan

Jadual 7.2.2 (Graf Bar) S = Soalan Dalam jadual 7.2.2 ( graf bar ) dapat menunjukkan tahap peratusan pencapaian responden sebelum dan selepas perjumpaan. Dalam analisis pemerhatian ini, responden menggunakan borang senarai semak sebagai data utama untuk menganalisis. Dalam

38

senarai semak ini terbahagi kepada dua pecahan iaitu menganalisis kekerapan data sebelum dan selepas pembelajaaran. Ini dapat menunjukkan, sebelum penyelidik mendedahkan kepada responden mengenai nilai estetika motif corak dalam kraf, responden kurang mendapat peratusan markah yang memuaskan dalam soalan senarai semak yang telah di buat. Sekiranya di lihat, soalan bernombor tiga (3) dan lima (5) mendapat peratusan yang paling sedikit iaitu pada perjumpaan pertama (perjumpaan sebelum) . Soalan berkenaan adalah berkaitan tentang adakah responden faham mengenai nilai estetika dan soalan lima pula merupakan soalan mengenai dapatkah responden mengaplikasikan motif corak yang digunakan dalam hasil kraf.

Antara sebab peningkatan peratusan data bagi kategori soalan ini ialah mungkin disebabkan langkah - langkah tindakan dan inisiatif dari pihak penyelidik dalam mencuba untuk meningkatkan tahap penerapan nilai estetika bagi motif dan corak. Sebagai contonhnya, mengadakan pameran Sehari Mengenal Kraf Tradisional yang membawa responden itu sendiri melihat motif corak dan menerangkan keindahan estetika yang ada pada sesustu kraf. Responden secara tidak langsung dapat merasai sendiri pengalaman bersama dengan pelbagai jenis Kraf Tradisional Tempatan yang ada di Negara Malaysia ini.

Namun setelah diajar dan di pupuk semasa proses sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya di dalam kelas, peratusan bagi menjawab soalan tersebut adalah meningkat. Bagi soalan satu (1) , peratusan meningkat dari 80% ke 100%. Bagi
39

soalan kedua (2) pula iaitu mengenai Penghayatan responden terhadap keindahan kraf warisan bangsa Malaysia meningkat sebanyak 40% iaitu dari 60% ke 100%. Manakala bagi soalan keempat (4) pula, dapatkah responden menunjukkan hasil kraf dengan menggunakan konsep motif atau corak yang betul. Peratusan analisis data menunjukkan peningkatan sebanyak 30% iaitu dari 60% ke 90%. Ini adalah peningkatan yang membanggakan kerana responden di lihat berjaya mengaplikasikan motif corak dan nilai estetika dalam diri. Ini sejajar dengan objektif kajian tindakan ini iaitu untk melihat dan meningkatkan penerapan nilai estetika bagi motif dan corak terhadap bidang Kraf Tradisional Tempatan.

Di samping itu, bagi soalan yang keenam (6) iaitu mengenai adakah responden dilihat meminati seni? Analisis menunjukkan semua responden yang telah diuji amat meminati mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini, namun cara atau konsep sebenar Seni itu masih lagi kabur dalam diri responden. Secara keseluruhannya, maka terbuktilah bahawa kajian tindakan ini berjaya meningkatkan penerapan nilai estetika bagi motif corak terhadap bidang Mengenal Kraf Tradisional tempatan ini.

7.3 KAEDAH ANALISIS DOKUMEN Bagi kaedah analisis Dokumen, instrumen yang digunakan ialah skema pemarkahan. Contoh skema pemarkahan yang digunakan ada di lampirkan di Lampiran C. Skema pemarkahan di buat untuk menganalisis hasil karya responden semasa sesi pengajaran

40

dan pembelajaran menghasilkan tembikar dengan menggunakan plastesin. Ia adalah termasuk dalam Bidang ke-empat iaitu dalam Bidang Mengenal Kraf Tradisional Tempatan. Dalam analisis dokumen ini, termasuklah hasil karya akhir responden semasa melaksankan sesi pembelajaran di dalam kelas. Data analisis dokumen :

Jadual 7.3 Analisis Data Dokumen Bil 1 Kategori Cemerlang Lulus (80 100 % ) 2 Baik Lulus (65 79 % ) 3 Memuaskan Lulus (40 64 %) 4 Kurang Memuaskan < 40 % 5 Lemah Gagal < 35 % Jumlah 100
41

Peratusan 80

20

Dalam menganalisis data dokumen, menunjukkan semua responden memperoleh keputusan lulus 100%. Sebanyak 80% secara keseluruhan memperoleh markah mengikut skema pemarkahan dalam kategori cemerlang. Dalam kategori cemerlang ini, rata-rata responden akan memperoleh markah diantara 80 hingga 100 %. Manakala 20 % lagi masuk dalam kategori baik dan lulus. Dalam kategori ini pula, rata rata markah yang diperoleh adalah diantara 65 hingga 79 %. Bagi kategori memuaskan hingga kategori gagal, tidak ada yang termasuk dalam kategori tersebut.

Rumusan analisis data dokumen.:

Responden A: - Pemerolehan markah 89% - Responden a telah mendapat markah sebanyak 83% dan termasuk dalam kategori cemerlang. Responden menggunakan bahan yang sesuai iaitu plastesin dalam menghasilkan tembikar semasa pembelajaran bagi mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual diadakan. Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, responden cekap untuk memahami isi pembelajaran dan dapat menghasilkan produk hasil karyanya dengan cara yang tersendiri. Mempunyai idea sendiri adalah salah satu bukti kuat dan kukuh yang menunjukkan responden berhak mendapat markah seperti di atas. Penghasilan reka bentuk yang kemas dan teratur meningkatkan lagi pemerolehan markah responden serta

42

menepati ciri-ciri dalam skema pemarkahan bagi kategori cemerlang. Hasil karya disusun dengan kemas dan teratur serta gubahannya dihasilkan dengan jelas tepat dan keatif. Ini secara tidak langsung dapat menepati asas seni reka secara menyeluruh. Responden B : - Pemerolehan markah 83 % - Responden B telah mendapat markah sebanyak 83% iaitu 6 markah kurang daripada responden a. Namun ia masih termasuk dalam kategori cemerlang. Seperti responden A, responden B juga menggunakan plastesin. responden B menunjukkan kecekapan dalam mengolah idea, dan responden dapat menunjukkan keaslian dalam mencari ideaidea tersendiri. Responden B juga berupaya untuk menggunakan teknik yang betul dalam penghasilan karyanya. Selain itu, responden membuat kajian lengkap dan

tersusun dalam memperoleh idea-idea bagi menghasilkan hasil karya.

Responden C : - Pemerolean markah - 77 % - Bagi responden C yang mendapat markah iaitu sebanyak 77% adalah termasuk dalam kategori baik bagi mengikut skema pemarkahan yang telah dihasilkan. Responden dapat , mengeluarkan menunjukkan kebolehan meguluarkan idea yang agak kreatif dan dapat mengolah idea tersebut dengan baik. Selain itu,responden juga berjaya dalam mengaplikasikan teknik yang telah di ajar bagi diaplikasikannya dalam penghasillan karyanya. Idea responden adalah idea sendiri namun ada digabungkan dengan idea dari responden yang lain. Gabungan idea ini dapat menghasilkan idea yang baru dan yang lebih kreatif.

43

Responden D : - Pemerolehan markah - 82% - Responden D memperoleh markah 82 % dan terasuk dalam kategori cemerlang. Responden dapat menunjukkan kecekapan dalam mengeluarkan idea yang kreatif dan menunjukkan kecekapan dalam mengolah idea semasa penghasilan hasil karya tembikar. Responden juga dapat menunjukkan pengaplikasian teknik yang di ajar ileh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Responden E : - Pemerolehan markah 71% - Bagi responden E yang mendapat markah iaitu sebanyak 71% adalah termasuk dalam kategori baik bagi mengikut skema pemarkahan yang telah dihasilkan. Responden dapat , mengeluarkan menunjukkan kebolehan meguluarkan idea yang agak kreatif dan dapat mengolah idea tersebut dengan baik. Responden dapat mengaplikasikan teknik dengan baik dan memuaskan serta Berjaya mengaplikasikan teknik yang telah diajar.

Responden F : - Pemerolehan markah 90% - Responden ini dapat menggunakan pelbagai jenis bahan dengan teknik dan cara yang betul dan tepat. Selain itu, responden dapat menunjukkan kecekapan dalam mengolah idea dan Berjaya menunjukkan keaslian serta kajian yang di buat ini lengkap dan tersusun.Gubahan tembikar yang terhasil juga kemas dan teratur.
44

Responden G Pemerolehan markah 89% Responden G telah mendapat markah sebanyak 89% dan termasuk dalam kategori cemerlang. Responden menggunakan bahan yang sesuai iaitu plastesin dalam menghasilkan tembikar semasa pembelajaran bagi mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual diadakan. Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, responden cekap untuk memahami isi pembelajaran dan dapat menghasilkan produk hasil karyanya dengan cara yang tersendiri. Responden mempunyai idea sendiri adalah salah satu bukti kuat dan kukuh yang menunjukkan responden berhak mendapat markah seperti di atas. Penghasilan reka bentuk yang kemas dan teratur meningkatkan lagi pemerolehan markah responden serta menepati ciri-ciri dalam skema pemarkahan bagi kategori cemerlang. Hasil karya disusun dengan kemas dan teratur serta gubahannya dihasilkan dengan jelas tepat dan keatif. Ini secara tidak langsung dapat menepati asas seni reka secara menyeluruh.

Responden H :Pemerolehan markah 82% - Responden yang memperoleh markah iaitu sebanyak 82 % termasuk dalam kategori Lulus cemerlang. Pengwujudan idea yang dirancang sangat menarik dan kreatif. Selain itu, Gubahan tembikar yang dihasilkan sebagai karya akhir dapat menunjukkan kematangan idea serta kemas dan teratur.

45

Responden I : Pemerolehan markah - 85 % -Responden I Berjaya menghasilkan hasil akhir bagi Kraf Tradisional Tempatan iaitu Tembikar dengan baik. Responden dapat menunjukkan imej motif corak yang betul dan tepat, serta Berjaya menunjukkan kekemasan dan gubahan yang teratur. Jalinan yang dihasilkan juga menepati Asas Seni Reka dalam Pendidikan Seni Visual. Responden menunjukkan ketelitian dalam penghasilan karyanya.

Responden J : Pemerolehan markah 80 % - Bagi responden J iaitu responden yang terakhir, markah yang diperoleh melalui skema pemarkahan yang dibuat adalah sebanyak 80%. Melalui hasil yang dilihat oleh penyelidik, responden dapat cekap dalam mengaplikasikan teknik yang telah di ajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Responden juga Berjaya mengubah hasil akhir karyanya dengan jelas, tepat dan kreatif. MAnakala, bagi melihat dari sudut karya akhir pula, hasil karyanya adalah kemas dan bebas dari kekotoran. Responden juga dilihat dapat membina motif corak yang baik, selaras dengan motif corak dalam Kraf Tradisional Tempatan.

46

7.4 KAEDAH TEMUBUAL Melalui kaedah temubual yang dijalankan, semua perbincangan adalah berbentuk positif dan bukannya negatif. Dalam dapatan kajian, penyelidik telah mengenal pasti bahawa Informan pertama dan kedua semasa sesi temubual telah menyatakan kefahamaan mereka akan Penerapan Nilai Estetika Bagi Motif Corak Terhadap Bidang Kraf Tradisional Tempatan. Hasil temubual kedua orang responden ini menunjukkan mereka mampu menerapkan nilai estetika dalam diri mereka. Penyelidik telah menyenaraikan beberapa petikan temubual dengan setiap responden berkaitan dengan tajuk kajian ini iaitu Penerapan Nilai Estetika Bagi Motif Corak Terhadap Bidang Kraf Tradisional Tempatan. Data temubual jelas menunjukkan kefahaman mereka dalam mengenal erti penerapan Nilai Estetika Bagi Motif Corak Kraf Tradisional Tempatan ini. Antara petikan temubual adalah: Setelah saya belajara seni dengan cikgu, barulah saya tahu tentang motif corak pada tembikar, pada Wau, dan baru saya tahu nilai-nilai estetika dalam Kraf (Informan 1: 36 39 )

tradisional.

Contohnya, masa belajar buat tembikar guna plastesin baru saya tahu bentuk corak yang ada, macam bentuk bunga, flora, daun dan geometri. (Informan 1: 41 43)

47

Saya lebih tahu tentang nilai tembikar pada waktu pameran. Saya boleh tengok dan lihat bentuk dekat tepi tembikar. Boleh pegang, boleh rasa, corak-corak

tembikar. Corak tu timbul. ( Informan 1 : 51 54)

Nilai estetika itu macam keindahan pada kraf tu. Kecantikkan pada kraf, contohnya corak corak yang lain. (Informan 1 : 62 64 ) Saya seronok buat tembikar sebab saya guna plastesin lepas buat tembikar guna plastesin, saya buat corak, contohnya corak bunga dan daun. (Informan 2 : 5 7 )

Berdasarkan kepada data dapatan temubual ini, ia disokong pula dengan bukti daripada analisis dokumen. ini secara tidak langsung telah menunjukkan data temubual ini kearah analisis yang positif kerana telah berjaya menjawab persoalan kajian tindakan ini iaitu : - Adakah murid lebih meminati seni terutamanya bagi Kraf Tradisional tempatan? - Adakah murid dapat menguasai kemahiran ilmu kraftangan dan penerapan nilai estetika dalam diri?

48

- Adakah murid dapat memahami konsep sebenar dalam penerapan nilai estetika? Kesemua persoalan ini telah terjawab dengan adanya data analisis sebagai bukti dalam kajian tindakan ini.

49

8.0 RUMUSAN / REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

Bagi rumusan dan refleksi selepas dapatan bagi Kajian Tindakan ini yang bertajuk Penerapan Nilai Estetika Bagi Motif Corak Terhadap Bidang Mengenal Kraf Tradisional Tempatan Bagi Murid Tahun Empat adalah dianggap positif. Responden kajian iaitu terdiri dari murid di salah sebuah sekolah di Daerah Kuala Muda Yan amat memberi kerjasama kepada penyelidik. Responden dilihat amat meminati mata pelajaran Pendidikan Seni Visual terutama bagi bidang Mengenal Kraf Tradisional Tempatan. Pada mulanya responden kurang didedahkan dengan nilai estetika bagi motif corak melalui Bidang Mengenal Kraf Tradisional Tempatan. Namun melalui penerapan nilai estetika ini penyelidik dapat mendedahkan kepada responden mengenai kepentingan Nilai Estetika bagi motif corak Kraf Tradisional Melayu. Ini adalah sejajar dengan objektif kajian tindakan penyelidik ini iaitu untuk meningkatkan penerapan nilai estetika bagi motif corak terhadap bidang ini. Selain itu, ia juga bertindak sebagai untuk melihat peningkatan perubahan tingkah laku murid ke arah lebih meminati Kraf Tradisional Tempatan contohnya Kraf Tembikar.

Selain itu, selepas di analisis dan mendapat dapatan kajian, penyelidik mendapati responden boleh menguasai kemahiran ilmu kraftangan dan mereka berupaya untuk menerapkan nilai estetika dalam diri masing-masing. Hasil dapatan kajian ini juga dapat melihat kemampuan responden memahami konsep sebenar dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional tempatan terutama bagi mereka di sekolah rendah.
50

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Penerapan nilai estetika bagi motif corak terhadap bidang Kraf Tradisional Tempatan bagi murid tahun 4 akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efektif dan menyeronokkan. Apa yang menarik, pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Pembelajaran murid-murid di dalam kelas akan lebih terisi dan dapat mendedahkan kepada murid tentang pengaplikasian serta penerapan nilai estetika dalam diri mereka. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, penyelidik menyenaraikan beberapa cadangan yang boleh dimanfaatkan pada kajian yang seterusnya. Antaranya adalah:

Guru Pendidikan Seni Visual perlu lebih peka mengenai pelajar mereka dan persekitarannya. Guru perlu mengetahui latar belakang murid, kerana persekitaran secara langsung akan mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran murid di dalam kelas.

Penyebaran maklumat yang telus, dan lebih berkesan dapat dimanfaatkan untuk kajian yang akan datang. Ini bermaksud, penyebaran maklumat perlulah dan bukannya secara penipuan.

51

Pemberatan kepada bidang Mengenal Kraf Tradisional Tempatan supaya Khazanah Melayu tidak lapuk di hujan dan tidak lekang di panas. Masyarakat Malaysia perlulah menyayangi hasil turun temurun ini.

Menggalakkan penglibatan aktif murid sekolah pada persekitaran mereka yang penuh dengan nilai estetika , contohnya memperbanyakkan lagi pendedahan kepada Kraf Tradisional Tempatan.

Keperluan guru serta banyakkan lagi strategi pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan.

52

10.0 SENARAI RUJUKAN

Brown , R.T. 1989. Creativity : What Are We to Measure? In J.A.Glover, R.R.Ronning , C.R.Reynolds,eds,Handbook of Creativity. New York :Plenum Press .

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik penyelidik ( Kaedah Penyelidik) . Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.

Dr. David Lim Chong Lim, Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

Hafidah Mohamed, (2000).Pemikiran guru cemerlang: Implikasinya terhadap perkembangan Kebangsaan profesionalisme guru. Disertasi Ph.D.Universiti Malaysia,Bangi, Selangor.

HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan, Open University Malaysia, Kuala Lumpur

53

Ibrahim Hassan, (2000) Matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual untuk Sekolah Menengah: Perlu Kajian Semula, Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000. Balai Seni Lukis Negara, KL

Judith Peck, Art As Therapy , Http://orion.ramapo.edu

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual KBSR, Kuala Lumpur DBP. ( Tahun Satu hingga Tahun Enam)

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Huraian Sukatan Pendidikan Seni Visual, KBSR. Kuala Lumpur, DBP

Kemmis, S., Dawkins, D., Brown, L., Cramer, B. and Reilly, T. (1983) Transition and Reform.Melbourne, Vic: Transition Education Advisory Committee (273pp) .

Kerllinger, F.(1973). Foundation of Behavior Research. New York: Holt Rinehart & Winston.

Laporan Prestasi SPM (2003), Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia

54

Liderman. M, Art in the Elementary School, Wm. C. Brown Company

Publishers Dubuque, lowa 1984.

Mazlan Bin Mohamad, (1997) Pendidikan Seni 1 Prinsip Pendidikan Seni Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mazlan Bin Mohamad, (1997) Pendidikan Seni 2 Prinsip Pendidikan Seni Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Marohaini Yusoff. (2001). Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja

Lapangan Kajian.Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Osman Hashim (2007) Ke Arah Peningkatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Dalam Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, Jabatan Asas Pendidikan & Kemanusiaan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Open University Malaysia (OUM) 2006, Unitem Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

55

Rahmat Salihon ( 2004) Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Ruzitah Tapah dan Mazlan Othman(2004), Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor.

Viktor Lowenfeld , Creative and Mental Growth , Macmillan Co New York

,1947.
-

WALTER GROUPIUS http://www.anxo.org/artigos/050600.html

LAMPIRAN
56