Anda di halaman 1dari 18

TAJUK 1 ( KONSEP DAN LATAR BELAKANG ) Latihan 1 Senaraikan lima faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam

Pendidikan. Huraikan bagaimana lima faedah itu mempengaruhi kehidupan seharian anda. Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah: Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut atau terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara dan tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang undividu. Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku dapat diperolehi.

Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.


Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak hubungkait dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.


Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita cara membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps


Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan memahami dengan gerak hati, membuat taakulan, berimaginasi.dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait kecergasan otak dengan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi.

Soalan Tutorial Anda dikehendaki membaca artikel, journal atau buku mengenai Seni Dalam Pendidikan. Senaraikan lima feadah pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terangkan faedah itu dan kepentingannya dalam Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah dengan merujuk kepada teori pembelajaran. Jawapan anda disertai dengan pandangan tiga orang tokoh dalam bidang ini. Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu guru memudahkan lagi guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti :

Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang,


berkerampilan dan professional Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa, dengan penghayatan seni yang betul, ia akan memotivasikan kita untuk menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan menyeronokkan murid-murid tersebut. Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran. Seni membantu para guru memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda alam. Dengan demikian, seni ini dapat membantu mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran. Guru senang mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan, menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objek dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.

Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuk jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang. Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru menggunakan pelbagai teknik dan strategi dan kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

TAJUK 2 ( KANAK-KANAK DAN SENI ) Aktiviti ( Buat catatan ringkas ) Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain sembunyi-sembunyi( Hide and seek ) cuba perhatikan perkara-perkara berikut :

Bagaimana mereka menguruskan permainan ini.


Permainan ini dianggotai oleh seberapa ramai yang boleh. Seorang penjaga masa dan seorang pencari dipilih. Anggota yang lain akan menyembunyikan diri. Sebuah loceng disediakan.Hakim bertindak sebagai pemerhati kepada pencari untuk memastikan pencari tidak membuka mata atau melihat keadaan sebelum pencarian dimulakan. Hakim juga akan memberikan markah kepada peancari. Pencari akan membuka mata jika hakim menyuruh bila ahli-ahli lain saudah bersembunyi. Loceng diletakkan di satu tempat dan tidak boleh dibawa. Permainan ini ada syarat tertentu iaitu jika pencari berjaya menjumpai penyembunyi seramai lima orang dalam masa 10 minit maka, penyembunyi pertama yang dijumpa oleh pencari akan menjadi pencari pada permainan yang seterusnya. Sebenarnya masa dan jumlah orang yang dapat dicari adalah bergantung kepada hakim dan melihat seramai mana orang bermain. Bila pencari berjumpa ahli yang bersembunyi, dia akan menyebut nama dan berlari ke arah loceng lalu membunyikannya.

Bagaimana mereka menyembunyikan diri mereka.


Mereka akan mencari tempat-tempat yang strategik untuk menyembunyikan diri. Tempat tersebut dirasakannya sesuai, jauh dan susah untuk dicari.

Tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang mencari.


Pencari akan memerhati persekitaran dan berusaha untuk mencari pemyembunyi setepat, secepat dan seramai yang mungkin dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh hakim.

Ekspresi muka dan sebagai apabila mereka ditemui.


Biasanya, apabila pencari dapat mencari atau menjumpai penyembunyi, ekspresi muka mereka menggambarkan kekecewaan kerana mereka tempat pesembunyian mereka tidak strategik. Mereka juga menunjukkan ekspresi muka yang terkejut kerana pencari berjaya mencari mereka terutama kepada penyembunyi pertama dijumpai oleh pencari.

Untuk setiap keinginan asas yang dinyatakan, anda dikehendaki memberi contoh berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda terhadap kanak-kanak. 1. Keinginan untuk bergerak Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Contohnya melibatkan diri dalam sebarang perlumbaan atau lumba lari. 2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi kejayaan itu dihargai Contohnya, kanak-kanak yang mendapat markah tinggi akan dipamerkan kertasnya di khalayak ramai, atau lukisan murid yang cantik dan ditampal di sudut dinding dalam bilik darjah sebagai satu pengiktirafan dan dan penghargaan. 3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat Kanak-kanak ingin mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain. Contohnya, kanak-kanak sanggup berkongsi permainan supaya dapat diterima oleh rakan sebaya atau dalam masyarakat sekelilingnya. 4. Keinginan untuk bersaing Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya.. Contohnya, kanak-kanak memanjat tangga atau jarring secara beramai-ramai untuk menunjukkan kekuatan dan ketangkasan mereka. 5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai daya penarik Kanak-kanak gemar akan aktiviti fizikal dan membentuk pemanpilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat. Contohnya, kanak-kanak akan merasa bangga dan gembira apabila mendapat tempat pertama apa-apa permainan yang sukar. Kejayaan itu adalah sumber penarik kepada kanak-kanak yang lain. 6. Keinginan untuk meneroka Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokan. Contohnya, kanak-kanak melibatkan diri dalam kerja-kerja amali atau eksperimen. Aktiviti ini membolehkan mereka memperolehi pengalaman baru. Keadaan ini amat memberi keseronokan kepada mereka. 7. Keinginan untuk pencapaian kreatif Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif Contohnya, kanak-kanak yang menyertai pertandingan mereka cipta seperti membuat rumah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula. Atau menjadikan bahan buangan menjadi bahan baru untuk kegunaan manusia. Mereka merasa satu penerokaan baru wujud dalam minda mereka. 8. Keinginan untuk meluah perasaan melalui pergerakan Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenali diri dan persekitaran mereka. Contohnya, kanak-kanak yang menari dalam pelbagai rentak muzik. Jika muzik itu rancak atau kuat mereka akan menari dengan rancak mengikut irama yang dimainkan.

9. Keinginan untuk kefahaman


Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu, mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran. Contohnya, dalam permainan main peranan. Main peranan memerlukan lakonan yang baik untuk menunjukkan watak yang dipegang sepert watak ibu, bapa, doctor atau guru dan sebagainya. . Mereka dapat memahami keadaan dan menyelami pemikiran sebenar watak tersebut.

TAJUK 3 ( IRAMA, WARNA DAN RUANG ) Aktiviti Perhatikan dan senaraikan warna-warna yang anda lihat dalam bilik darjah. Bayangkan suasana di tepi pantai dan senaraikan warna-warnanya. Warna Bilik Darjah Tepi Pantai

1. Biru tua dinding


2. hijau papan tulis 3. coklat kerusi dan meja 4. Hijau muda langsir 5. Kuning susu pintu

1. 2. 3. 4. 5.

hijau tumbuhan ( daun kelapa ) biru air laut putih awan kuning pasir coklat kehitaman - batuan

Bandingkan warna yang terdapat di tepi pantai dengan warna yang anda lihat dalam bilik darjah. Daripada pemerhatian saya, warna yang terdapat dalam bilik darjah dan tepi pantai adalah hampir sama. Bagaimanakah anda boleh mengubahsuai warna di dalam bilik darjah, agar suasana lebih menarik untuk belajar. Catkan dengan warna yang lembut dan boleh memberi ketenangan. Sudut-sudut yang tertentu seperti sudut Bahasa Melayu, Sains dan sebagainya dicatkan dengan warna yang berlainan dan menarik perhatian murid. Langsir warna agak terang berbanding dengan warna dinding untuk menampakkan keceriaan. Meja dilapik dengan kertas warna yang menarik agar murid bersemangat dan keselesa untuk belajar. Buat Ulangkaji Anda mulakan dengan warna asas. Campurkan : merah + biru Merah + kuning Biru + kuning = unggu = oren = hijau

Campurkan warna-warna asas itu akan menghasilkan warna sekunder Terokai campuran warna sekunder dengan warna asas untuk menghasilkan warna tertier. Campurkan : Unggu + merah Jingga + kuning Hijau + biru = jingga = merah = hijau

Isikan tindakbalas anda pada tempat kosong yang disediakan WARNA OBJEK EMOSI MUD MUZIK Merah Api Marah Pantas dan kuat Biru laut tenang perlahan Hijau Tumbuhan Tenang/ceria Perlahan kuning emas bersemangat rancak Hitam arang Relek/malas perlahan Perang senja Keliru/geram Pantas dan perlahan

PERGERAKAN Menghentak kaki Tarian tradisional Senaman yoga Berjalan laju Duduk diam Mengenggam tangan

Selepas anda menerokai warna melalui tiga aktiviti tadi, buat satu refleksi tentang peranan warna dalam kehidupan anda. Warna boleh mempengaruhi kehidupan kita. Warna yang agak lembut akan memberi ketenangan. Warna yang terang akan menaikan semangat untuk bergerak atau melakukan tugas. Di antara peranan-peranan warna adalah seperti berikt : Warna boleh mempengaruhi emosi contohnya, bila memakai baju lembut atau garang atau terang. Warna dapat melambangkan peribadi dan tingkah laku seseorang. Warna boleh memberi motivasi dan semangat kepada kita. Warna memberi ketenangan dalam kehidupan. Warna boleh menceriakan suasana sekeliling. Aktiviti Tempatku di dalam ruang Anda dan rakan-rakan duduk bersila dalam bulatan Letakan tangan di atas riba Terokai ruang di sekeliling anda sambil meregangkan tangan ke hadapan, ke belakang dank ke atas. Berdiri dalam bulatan dan ulangi aktiviti di atas. Apakah perbezaan penggunaan ruang semasa anda duduk dan berdiri DUDUK 1. ruang untuk bergerak agak terhad dan sempit serta kurang selesa bila membuat aktiviti senaman. 2. pergerakan agak sukar kerana saling bersentuh bila membuat pergerakan atau senaman. BERDIRI 1. ruang agak luas dan senang untuk bergerak. 2. pergerakan bebas

Tulis satu refleksi ringkas tentang pengalaman pembelajaran anda melalui aktiviti yang telah anda lakukan. Ruang memainkan peranan yang penting dalam menjalankan sesuatu pergerakan. Pergerakan akan menjadi lebih lancar dan selesa sekiranya kita melakukannya di tempat yang luas kerana terdapat banyak udara dan senang untuk bergeak dengan bebas. Pergerakan yang dilakukan di tempat yang sempit dan berkeadaan duduk menyebabkan kita merasa tidak selesa kerana tidak dapat bergerak dengan bebas. Cara pernafasan kita juga tidak lancar. Menurut Howard Gardner dalam teorinya iaitu Teori Kecergasan Manusia (1983) menyatakan bahawa ruang kecergasan melibatkan kebolehan melihat dunia dengan lebih tepat. Kecergasan ini termasuklah untuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan, rupa, bentuk dan yang berkaitan dengannya. Justeru itu, pergerakan juga melibatkan pemikiran kita contohnya, sekiranya kita bersenam di tempat yang luas dan mempunyai udara yang segar seperti di taman atau di padang, kita akan merasa lebih selesa dan secara tidak langsung keadaan akan mempengaruhi pemikiran kita. Kita akan merasa tenang dan segar dan puas.

10

Soalan Tutorial Berdasarkan senario waktu rehat di sekolah anda, tuliskan dan buat catatan dalam bentuk grafik berasaskan pemerhatian yang berikut : Warna-warna Bunyi yang anda pada makanan, pakaian dan dengar peralatan Pergerakan manusia Susunan peralatan
Suasana Waktu Rehat Bunyi yang didengar Pergerakan manusia Berjalan Warna makanan, minunan & alatan

Susunan peralatan

Bunyi bersiul

Meja teratur

Hijau

Bunyi bercakap / menjerit

Berlari

Kerusi kurang teratur

oren

Bunyi ketawa

Bersentuhan

Pensil berselerak

putih

Bunyi berjalan

Bertepuk tangan

Buku tidak kemas

merah

Bunyi berlari

Berdiri tegak

Kasut tidak teratur Tong sampah rebah

jernih

Bunyi tepukan

Berlari anak

coklat

Bunyi ronyokan kertas dan plastik Bunyi benda terjatuh Bunyi mengunyah makanan

Menoleh kiri dan kanan

silver

Berpusing badan

Biru tua

Mengangguk kepala Memegang sesuatu

hitam

Bunyi menyanyi

11

Reka satu aktiviti yang berkaitan dengan ruang, warna dan irama yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Aktiviti Tarian Tradisional Dalam bilik darjah yang boleh diaplikasikan ialah tarian tradisional. Tarian memerlukan ruang yang sederhana luasnya kerana ianya pergerakannya tidak bebas dan langkahnya tidak laju. Tarian akan menjadi menarik apabila pergerakan adalah sama atau serentak. Melihat dari segi warna pakaian, tarian tradisional akan menjadi lebih menarik apabila warna pada pakaian adalah terang dan bewarna-warni. Dari segi irama pula, tarian tradisional mempunyai irama yang lembut dan perlahan. Pergerakannya adalah mengikut irama yang dimainkan. Pergerakannya adalah menggambarkan motif yang hndak disampaikan dalam tarian tersebut.

12

TAJUK 4 ( DERIA DAN SENI ) Aktiviti Berdasarkan contoh yang diberikan, cuba jalankan satu aktiviti di dalam kelas yang menggunakan deria lain. Ini membolehkan anda mengetahui, memahami dan mengenalpasti kepentingan deria anda apabila berinteraksi dengan persekitaran. Tindakbalas deria boleh diluahkan melalui aktiviti-aktiviti ini. DERIA EKSPRESI MASA melalui SENI Subuh Tengah hari Malam 1. Lihat (apa/bagaimana Kabur Jelas Tidak nampak anda melihat) dalam gelap Seni Visual (warna) Muzik (dinamik) Pergerakan (aktiviti) DERIA 2. Mendengar (apa anda dengar) Seni Visual (lukis garisan) Muzik (cipta bunyi) Pergerakan (bergerak cepat dan lambat) DERIA 3. Sentuh (apa yang anda sentuh) Seni Visual (lukis garisan) Muzik (cipta irama yang berbeza) Pergerakan EKSPRESI melalui SENI EKSPRESI melalui SENI Kelabu Lembut Bangun dari tidur Jingga Kuat Berjalan MASA Tengah hari bising hitam Sangat kuat Tidur

Subuh sepi

Malam sunyi

Bunyi ayam berkokok Lambat

Bunyi riuhrendah Cepat MASA Tengah hari makanan

Bunyi cengkerik Perlahan

Subuh Air

Malam selimut

Bunyi air dicurah

Bunyi sudu bersentuh pinggan

Bunyi kibasan kain

13

(aras:tinggi, sederhana dan rendah) DERIA 4.Rasa (apa yang anda rasa) Seni Visual (lukis ekspresi muka) Muzik (jenis mud muzik) Pergerakan (jenis langkah) EKSPRESI melalui SENI

perlahan

agak kuat

sederhana

Subuh Segar, sejuk dan nyaman

MASA Tengah hari panas

Malam Sejuk dan dingin

perlahan laju

Pantas/kuat pantas

lembut perlahan

DERIA 5.Hidu (apa anda hidu)

EKSPRESI melalui SENI

Subuh Bau segar/wangi

MASA Tengah hari Bau kurang menyenangkan

Malam Bau wangi

Seni Visual (lukis ekspresi muka) Muzik (cipta bunyi) Pergerakan (bergerak setempat)

EmmAaahh.. Berjalan-jalan

eegrr.. berlari

Waaahh Berlari-lari anak

Sedarkah anda bahawa ada di antara deria kita lebih peka berbanding deria-deria kita yang lain. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti di atas, boleh anda kenalpasti deria mana yang lebih menghasilkan tindakbalas. Senaraikan mengikut susunan kekuatan tindak balas. Dengar Lihat Hidu Sentuh Rasa

14

Soalan Tutorial i. Tulis satu refleksi individu yang ringkas tentang apa yang anda sudah pelajari dan alami berasaskan kepentingan deria terutama dalam konteks anda sebagai seorang pelajar dan seorang. ii. Dalam aktiviti yang berikut, anda akan diperkaya dengan kesedaran dan kepentingan deria untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti perlakuan di sekeliling kehidupan harian anda. iii. Anda dikehendaki menulis respon deria yang terlibat dalam ruang yang disediakan. AKTIVITI Melukis gambar pemandangan dan warnakannya Pelajar membuat pergerakan berdasarkan peristiwa dalam gambar tersebut Pelajar mengekspresikan suasana dengan menggunakan alat-alat muzik. JENIS DERIA Lihat dan sentuh Lihat sentuh, rasa sentuh Lihat, dengar dan Dengar Rasa dan

Mendengar bunyi alat-alat muzik dan suara manusia Pelajar bertindak balas dengan pergerakan yang sesuai dan menggambarkan dalam bentuk seni visual. Membolehkan pelajar untuk meninjau tekstur dan kontur sesuatu permukaan. Pelajar menutup mata dan menyentuh sesuatu objek yang diedarkan oleh guru seperti kertas pasir, fabric benang bulu dan kapas. Pelajar membanding bezakan sentuhan yang dialami dan mengekspresikan melalui pergerakan.

rasa dan rasa

Lihat dan Sentuh

dan rasa Membuat latihan melalui pernafasan. Melakukan pergerakan dengan menggunakan imaginasi anda untuk menunjukkan bau harum, udara nyaman dan kemudian melukiskan imej visual mengikut sepertimana yang diekspresikan. hidu

Sentuh Hidu Lihat dan

15

TAJUK 5 ( PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI ) Latihan Sound Story Bayangkan anda dan rakan-rakan sedang berada di sebuah pasar malam. Anda dikehendaki membuat latihan berikut:

Tuliskan lima ayat perihal apa yang anda lihat di pasar malam itu.
1. 2. 3. 4. 5. Terdapat banyak gerai perniagaan yang menjual pelbagai jenis barangan. Terdapat banyak jenis makanan, minuman, pakaian, buahan dan sebagainya. Suasana di pasar malam itu sungguh riuh rendah dengan orang ramai. Keadaan sesak dan menjadi sempit dengan pembeli dan barangan jualan. Terdapat berbagai tingkah laku dan karenah pembeli.

Pilih seorang penjaja ( Penjual Roti Canai ): a) Senaraikan warna-warna peralatan yang digunakan oleh penjaja itu. 1. Kotak coklat 2. Kanvas biru 3. Plastic merah dan hitam 4. Tali pengikat biru muda, merah muda 5. Dapur silver 6. Kereta sorong hijau 7. Meja kuning 8. Kerusi kelabu muda 9. Besen putih 10. Baldi - merah

b) Nyatakan pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh penjaja itu.


1. 2. 3. 4. Memicit ketulan tepung yang telah diadunkan. Melempar ketulan tepung pada papan penguli. Melipat segiempat tepung yang telah dileperkan. Menggesel-geselkan tapak tangan 5. Melambai-lambaikan tangan melambai pelanggan untuk singgah di gerainya. 6. Bersalaman kepada pelanggan yang dikenali 7. Mengangguk-anggukkan kepada apabila pelanggan memesan roti canai. c) Tiru bunyi yang dihasilkan daripada gerak laku penjaja itu. 1. Bunyi geseran tapak tangan sheee

16

2. Bunyi bunyi lemparan roti canai pook 3. Bunyi telur dipecahkan poaakk 4. Bunyi menggoreng cheeaa.. Hasilkan sebuah props yang sesuai dengan pemandangan itu. Mula-mula peniaga membuka gerai. Peniaga menyusun peralatan untuk meletakkan barang-barang jualan. Peniaga meletakkan buah-buahan di tempat yang sesuai yang telah disediakan. Peniagaan bermula dan penjual sedang sibuk melayan karenah pelanggannya. Suasana bertambah riuh-rendah dan semakin meriah. Seperti biasa, proses tawar-menawar berlaku. Bagi pembeli, pelanggan adalah raja dan perlu dilayan dengan baik dan mesra. Beberapa jam kemudian, pelanggan semakin kurang dan suasana semakin sunyi. Tempoh pasar malam sudah tamat, peniagapun mengemas barang-barang jualan dan bersedia untuk tutup gerai. Gunakan bahan-bahan kitar semula untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang kreatif. 1. Bunyi tin kosong yang diketuk tengteng.. 2. Bunyi ketukan kayu sama kayu tuuk...tuukk.. 3. Bunyi periuk lama dengan kayu took..tookk 4. Bunyi sudu dengan kertas seekseek

Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan sahaja, cuba tiru tiga daripada aksi
yang dilakukan oleh penjaja itu secara berterusan. 1. Aksi memicit adunan tepung menjadi bulat 2. Aksi melemparkan tepung menjadi leper yang besar. 3. Aksi menggoreng roti canai dan membalik-balikkannya

Soalan Tutorial Berdasarkan latihan yang diberikan di atas, anda dan rakan-rakan melakonkan situasi di pasar malam itu. Anda dikehendaki menggunakan bahan-bahan gantian untuk menggambarkan explorasi, pengalaman dan ekspresi bagi situasi itu. ( Watak yang diperlukan ialah seorang peniaga dan dua orang pelanggan. Penjual tersenyum gembira apabila pelanggan menghampiri gerainya dan memilih buah yang hendak dibeli. ) Penjual : Selamat malam cik. Pembeli 1 : Buah-buah ini masih segar lagi ke?. Penjual : Jangan risau adik, buah-buah ni baru saja dipetik semalam, masih baik cik. Adik nak beli berapa kilo, saya boleh tolong pilihkan. Pembeli 1 : Saya nak rambutan 2 kilo, langsat 3 kilo dan tembikai 2 biji. Kalau beli banyak macam ni tentu boleh kurang harganya kan ?. Penjual : Oh..boleh.

17

Pembeli 2 : Tolong kira buah saya ni. Kira semuanya sekali ye ?. Penjual : 2 kilo rambutan RM 3.00, 3 kilo langsat RM 4.00, sebiji tembikai RM 3.50, 2 kilo durian RM 12.00 dan 2 biji tembikai susu RM 5.00. Semuanya RM 27.50 cik. Saya jual RM 25.00 saja untuk adik berdua. Pembeli 1 & 2 : Terima kasih. Penjual : Datang lah lagi ye .

BIBLIOGRAFI 1. 2. 3. Wee Eng Hoe (2002), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Shah Alam, Karisma Publications Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin (1998), Pedagogi Bahasa, Petaling Jaya Selangor, Logman Malaysia Sdn. Bhd. __________________ (1992), Kamus Dewan Edisi Baru, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

18

Anda mungkin juga menyukai