Anda di halaman 1dari 2

&

Zaman 1960-an sehingga awal 80-an, Malaysia yang masih menghadapi


ancaman komunis dan anasir subversif memerlukan anggota ATM sentiasa
bertungkus lumus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk
mempertahankan negara tercinta.
Kanang berasal dari Kanowit dan dilahirkan pada 2 Mac, 1945 dan
mempunyai kepakaran meneroka dan memburu di hutan, menganggotai ATM
pada 1961. Sebelum itu beliau menganggotai ban Tracker, Sarawak Ranger dan
seterusnya menyertai Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD) pada tahun
1961.
Pada 1963, apabila Presiden Sukarno melancarkan Konfrontasi Ganyang
Malaysia, Kanang adalah antara anggota pasukan pertama di hantar ke Kota
Tinggi, Johor untuk menghalang kemasukan askar ndonesia.
Pada 19 Februari 1980, Platun Risik Gempur (UCS) 8 Renjer yang diketuai
Kapten Johnson anak Meling dibantu oleh Kanang yang ketika itu berpangkat
Sarjan ditugaskan ke kawasan Tanah Hitam di Perak untuk menjejak
segerombolan pengganas komunis yang menembak mati seorang anggota 25
RAMD beberapa hari sebelumnya.
Kanang berjaya mengesan jerangkap samar, tetapi digempur musuh
sehingga menyebabkan beliau cedera parah di perut dan belakang. Perutnya
terburai keluar. Sebutir peluru dari arah belakang singgah ke jantungnya sebelum
menembusi dadanya. Dua lagi tembakan dari depan dengan setiap sebutir peluru
mengenai saluran kencing dan merosakkan buah pinggang kirinya. Beliau
bersabung nyawa untuk terus hidup dan berada dalam keadaan koma selama
seminggu, berada di CU selama sebulan dan berada di wad biasa selama
setahun.
Mengenang jasanya membunuh musuh tanpa menghiraukan
kecederaannya itulah Kanang dianugerah Pingat SP pada 3 Jun 1981. Beliau
dikurniakan pingat PGB pada 7 Jun 1987. Beliau telah bersara dalam Pangkat
Pegawai Waran . Kini Kanang anak Langkau SP PBG merupakan pemegang
anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang masih hidup.


Kanang pernah meminta bantuan meminta bantuan kewangan daripada
kerajaan. Pencennya hanya RM300 sebulan. Kalau zaman dahulu, RM300
memang cukup untuk dibelanjakan. Zaman sekarang kos hidup semakin
meningkat. Harga barang pun jauh lebih mahal berbanding dahulu.
Kesejahteraan hidup yang dinikmati rakyat Malaysia hari ini seharusnya
menjadi penyuntik semangat untuk generasi muda insaf dan terus berusaha
mempertahankannya, kata pahlawan negara, Kanang anak Langkau.
Kita generasi muda negara kini beruntung kerana tidak menghadapi
ancaman peperangan dan pemberontakan seperti yang sedang berlaku di
beberapa negara di dunia.
Berbanding rakyat di negara lain seperti di Palestin, Lubnan dan raq, anak
muda malahan remaja terpaksa menggalas senjata dan berjuang demi
mempertahankan diri dan meneruskan kehidupan.
Sekarang di Malaysia aman, janganlah buat pekerjaan tidak baik seperti
hisap dadah, merompak dan membunuh. Bentuklah satu kehidupan sejahtera.
Anak yang masih sekolah, jangan hampakan ibu bapa, belajarlah bersungguh-
sungguh. Tuntut ilmu supaya jadi orang yang berpendidikan. Kalau tidak
berpendidikan, bukan orang lain yang menyesal tapi diri sendiri yang susah.
Peluang tidak datang selalu, gunakanlah sepenuhnya
!3.53.469.3
1. Keberanian.
2. Patriotik.
3. Mengenang budi / jasa.
4. _____________________
5. _____________________
6. _____________________
7. _____________________
8. _____________________
9. _____________________

Anda mungkin juga menyukai