Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS MESYUARAT AGUNG KALI KE - 25 SK LKTP TENGGAROH 04 DI DEWAN SRI UTAMA 2010 PENGHEBAHAN PENGACARA 1.

Ketibaan Yang Berhormat Ketibaan Yang Berhormat Dato Dr. Hj. Abdul Latif b. Hj. Ahmad Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Mersing. Mengumumkan ketibaanYB Dato Dr. Hj. Abdul Latif b. Hj Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Mersing diiringi Yang Berusaha En. Imran b. Basiron, YDP PIBG Sk LKTP Tenggaroh 04 dan Yang Berusaha Pn. Salmah bt Hj Abdul Ghani GB SK LKTP Tenggaroh 04 masuk ke dewan Sri Utama. Dipersilakan tuan. 2. Lagu Hadirin Sekalian, Sebagai tanda cintakan negara, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku Diminta semua hadirin sama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu berkenaan. ( selepas lagu dinyanyikan ) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua. 3. Alu-aluan MC Daun layu di tengah gurun, Nampak jalur pohon cemara, Tradisi Melayu turun temurun, Pantun ditutur pembuka bicara. Nuri berkicau di hujung pekan, Membuat sarang di tanag rendah, Kehadiran YB kami alukan, Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Bismillahirahmannirrahim.Alhamdulillah.. Marilah kita bersama-sama memanjatkan segala kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya jugalah maka kita semua dapat berhimpun di sini pagi untuk meraikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK LKTP Tenggaroh 04 kali ke 25 tahun 2010. Yang Berhormat Dato Dr. Hj. Abdul Latif b. Hj Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Mersing Yang Dihormati, En. Dzulkifli b. Jaafar Wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Mersing Yang Berusaha Encik Imran b. Basiron YDP PIBG SK LKTP Tenggaroh 04

Yang Berusaha Pn Salmah bt HJ Abdul Ghani Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 04 Yang Dihormati En. Rozlan b. Abdul Samad Pengurus Felda Tenggaroh 04 Yang Mulia Raja Mazlan b. Latifie, Pengeerusi MGB Daerah Mersing Barisan Guru Penolong Kanan SK LKTP Tenggaroh 04, Guru Penolong Kanan 1, En. Abdul Wahab b. Mohamad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn. Hj Shamsuddin b. Hj Sabri, GPK Kokurikulum, Pn. Hjh. Azizah bt Hj Zaini Ketua-ketua kampung, AJK PIBG, Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi. Assalamualaikum warohmatullah Hiwabarokatuh Bersyukur kita kehadrat Illahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 Tahun 2010, Sk LKTP Tenggaroh 04. Majlis terlebih dahulu mengucapkan selamat datang kepada Yang Berhormat Dato Dr Latiff b. Hj Ahmad . Majlis juga turut merakamkan sekalung terima kasih atas keperihatinan dan kesudian para ibu bapa dan penjaga untuk sama-sama menjayakan majlis ini. Para hadirin yang dihormati, Tanda setuju angguk-angukkan, Adat tertib anak gemilang, Selamat datang kami ucapkan, Ke Majlis Mensyuarat Agung kami adakan. Cari ikan tepian selasih, Anak keli main di jeti, Kami ucapkan terima kasih, Budi dan bakti tetap di hati. 4. Doa Bunga kaca cantik tersemat, Disanggul gadis bunga melati, Doa dibaca memohon rahmat, Semoga majlis sentiasa diberkati. Hadirin yang dimuliakan, Bersama-samalah kita menadah tangan memohon keberkatan Allah S.W.T bagi merestui perhimpunan kita pada petang ini.Oleh itu, majlis dengan segala hormtnya mempersilakan Ustaz Mohd. Kamaruddin b. Mat Rani untuk memimpin bacaan doa kita petang ini. Dipersilakan. (Selepas bacaan doa) Amin, Amin Ya Robbal A Lamin. Majlis merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ustaz Mohd. Kamaruddin b. Mat Rani atas pimpinan bacaan doa itu tadi. 5. Persembahan Tarian Zapin Persembahan pelajar menyusul kini, Daripada Puteri-puteri bestari, Dengan penuh gemalai dan seni, Dalam gerak, irama dan tari. Hadirin sekalian,

Marilah sama-sama kita saksikan persembahan tarian zapin mahpon dengan lagu zapin Palembang yang akan dipersembahkan oleh puteri-puteri SK LKTP Tenggaroh 04. Majlis mempersilakan. 6. Ucapan Guru Besar Bergema sudah bunyi paluan, Paluan kompang di Tanjung Jati, Sungguh penting ucapan aluan, Sebagai tanda berbesar hati. Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnnya mempersilakan Yang Berusaha Pn. Salmah bt Hj Abdul Ghani, Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 04 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan. (Selepas ucapan Guru Besar) Maljis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Salmah bt Hj Abdul Ghani, Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 04 atas ucapan itu tadi. 7. Ucapan YDP PIBG Bunga melati di luar pagar, Dibawa gadis ke hujung kota, Ucapan bonda telah didengar, Dengarkan pula bicara YDP kita. Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha En. Imran B. Basiron, YDP PIBG SK LKTP Tenggaroh 4 sesi 2009/2010 menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan sekalung ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Imran b. Basiron, YDP PIBG atas ucapan itu tadi. 8. Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat Di Di Di Di Di sini sini sini sini sini ada ada ada ada ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa, ibu bapa yang prihatin penuh di jiwa, pendidik yang tak pernah kenal erti putus asa, ada guru Besar yang berjasa, pemimpin yang berjiwa mulia

Dengan itu, majlis dengan segala hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berhormat Dato Dr. Hj Abdul Latif untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK LKTP Tenggaroh 04 kalli ke- 25 Bagi Tahun 2010. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Selepas ucapan perasmian) Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Dr. Hj. Abdul Latif b. Hj Ahmad atas ucapan dan kesudian untuk merasmikan majlis Mesyuarat Agung PIBG SK LKTP Tenggaroh 4 kali ke- 25 tahun 2010. Di dalam puan isi kelapa, Disimpan kantan di dalam peti, Kesudian tuan kami tak lupa, Dalam ingatan tersimpul mati. Buah longan beli sekati, Beli bersama buah berangan, Pesanmu datuk kami ingati, Jadi azimat buat pegangan.

9. Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009 Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kecemerlangan memerlukan komitmen yang tinggi serta kerjasama yang erat antara semua pihak. Sebagai penghargaan atas segala usaha dan kejayaan dalam mencipta kecemerlangan tersebut, pelbagai anugerah telah diwujudkan.Dengan ini, beralih kita pula ke acara seterusnya iaitu penyampaian anugerah Kecemerlangan UPSR 2009. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat Dato Dr. Hj. Latif b. Hj Ahmad Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Mersing diiringi oleh Yang Berusaha Pn. Salmah bt Hj. Abdul Ghani Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 04 dan Yang Berusaha En. Imran b. Basiron, YDP PIBG naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah. Penyampaian hadiah cemerlang UPSR 2009 disampaikan kepada ......(lihat lampiran) 4 orang. Dipersilakan ibu atau bapa kepada.... Tahniah dan syabas diucapkan. Penyampaian bantuan pakaian seragam diberi kepada ..... (lihat lampiran) 12 orang. Dipersilakan ibu atau bapa kepada...... Penyampaian cenderahati dan sijil AJK PIBG sesi 2009/2010. Bagi menghargai jasa dan sumbangan AJK PIBG sesi 2009/2010, Dipersilakan ....(lihat lampiran) Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Dr. Hj Abdul Latif b. Hj Ahmad atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. Sebagai tanda penghargaan daripada pihak PIBG dan Sekolah, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Imran B. Basiron untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Dato Dr Hj Abdul Latif b. Hj. Ahmad, Timbalan menteri Pertahanan merangkap ahli Parlimen Mersing. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (selepas YB terima cenderamata) Majlis merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Dato Dr. Hj Abdul Latiff b. Hj Ahmad atas kesudian menerima cenderamata itu tadi serta terima kasih kepada Yang Berusaha En. Imran b. Basiron atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi. Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi sanjungan. Tanam lengguna tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati, Budi tuan kami tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati. Hadirin yang dihormati, 10. Sebagai halwa telinga pada petang ini, majlis kita dihiburkan dengan nyanyian nasyid yang akan di sampaikan oleh Kumpulan Al Husna. Tajuk Nasyid yang akan disampaikan ialah... 1. Di sini kami berkumpul dan sepohon kayu Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan nasyid itu tadi. Hadirin yang dikasihi sekalian. Buah cemara jatuh berderai. Jatuh berderai di atas para,

Hasrat hati tak mahu bercerai, Namun kita di hujung acara. Berakhirnya Persembahan nasyid itu tadi menandakan majlis mesyuarat Agung PIBG akan melabuhkan tirainya. Majlis sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada sambutan jubli perak ini. Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi tuan rasa nak junjung. Tuai pada antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Majlis bagi pihak tuan rumah merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada hadirin hadirat atas kesudian bersama-sama pada petang ini. Kami bagi pihak majlis juga ingin memohon kemaafan jika terdapat sebarang kecacatan dan kepincangan sepanjang perjalanan majlis ini. Tinggi sungguh pohon cemara, Tegak merimbun di tengah kota, Tersalah terkasar butir bicara, Sepuluh jari maaf dipinta. Sebelum bersurai, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Puan Salmah bt Hj Abdul Ghani, Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 04 untuk mengiringi Yang Berhormat Dato DR. Hj Abdul Latif serta dif jemputan ke kantin untuk menikmati hidangan yang disediakan. Dipersilakan. Sekian, Assalamualaikum warohmatullah Hiwabarokatuh. Majlis dengan ini memberi lauan untuk mesyuarat Agung dimulakan.

Anda mungkin juga menyukai