Anda di halaman 1dari 2

Usaha-Usaha Orientalis

Orientalis lahir pada zaman moden yang lahirnya adalah bersiIat ilmiah yang mana
mereka ini meneliti dan memperdalamkan masalah ketimuran, tetapi disebalik penelitian
masalah ketimuran itu mereka berusaha untuk memalingkan masyarakat timur daripada
kebudayaan masyarakat timur dan menyebarkan aliran kebudayaan barat yang sesat lagi
menyesatkan.
orientalis merupakan kumpulan sarjana-sarjana barat, yahudi, kristien, atheis dan lain-
lain, mereka mendalami bahasa-bahasa timur secara mendalam. tujuan mereka mendalami
ilmu ketimuran ini secara mendalam adalah untuk memasukkan ideologi-ideologi dan
Iahaman-Iahaman yang menyesatkan ke dalam ajaran Islam supaya ajaran aqidah dan dakwah
Islam merosot, dengan itu mereka boleh meluaskan lagi pengaruh mereka dengan
menyesatkan orang Islam serta menjatuhkan Islam.
Orientalis merupakan suatu alat kepada penjajah barat, ajaran yang dibawa oleh
orientalis adalah dalam bentuk penjajahan dan antara bukti perluasan pengaruh orientalis
adalah perluasan pengaruh orientalis sangat pesat di Eropah, Amerika dan negara-negara yang
ada kepentingan dengan negera timur terutamanya negara Islam. Orientalis menggunakan
peluang di tanah jajahan mereka untuk merancang peperangan di antara negara-negara timur
dalam berbagai bentuk peperangan iaitu peperangan dalam bentuk senjata, perang ekonomi,
perang ekonomi, perang kebudayaan dan perang Iikiran. Tujuan mereka hanyalah untuk
memecah belahkan umat Islam dan menyekat perjalanan dakwah Islam serta menyesatkan
umat Islam dari ajaran yang sebenar.
Usaha-usaha orientalis dalam memerangi Islam adalah dengan bersenjatakan ilmu,
mereka mendalami ilmu-ilmu di negara-negara timur terutamanya ilmu Islam sebagai alat
untuk mencemarkan dakwah Islam dan bersembunyi di sebalik perbahasan dan penelitian
ilmiah yang dilakukan oleh mereka. Hasil daripada penelitian ilmiah mereka memasukkan
unsur-unsur yang menyesatkan terutamanya ke dalam ilmu syariah Islamiah, dalam masalah-
masalah Iiqh dan lain-lain. Kesan daripadanya akan menyesatkan golongan muda-mudi Islam
dengan mengajarkan perkara-perkara yang batil dan merosakkan pemikiran muda-mudi Islam
dengan budaya barat yang diajarkan kepada mereka.

Kebencian para orientalis barat terhadap Islam amat tinggi, mereka berusaha untuk
menjatuhkan Islam dengan apa jua cara, diantara usaha mereka adalah dengan mengarang
kitab-kitab yang berkaitan dengan agama Islam tetapi di tokok tambah dengan ajaran yang
salah serta menyesatkan di antara hasil penerbitan yang dikarang oleh orientalis adalah
Goldziher mengarang buku yang mana diterjemah dalam bahasa arab oleh Dr. Muhammad
YusuI Musa iaitu 'Al-Aqidah Was Syariah Fil Islam. Para orientalis amat aktiI menyerang
Islam, mereka bukan sahaja mengganggu perjalanan dakwah Islam malah mereka membuat
keraguan dalam pemahaman al-Quran dan mereka juga memutar belitkan Iakta-Iakta dengan
menghasilkan hadis-hadis palsu dan meragui wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
Umat Islam hendaklah berhati-hati dengan serangan orientalis yang berbahaya kerana
mereka berkehendakkan umat Islam terpesong daripada akidah yang benar. Hasil-hasil yang
diterbitkan oleh mereka merupakan salah satu alat untuk mengumpan umat Islam terpesong
dengan tulisan-tulisan beracun yang dilontarkan oleh mereka akan menimbulkan keraguan
terhadap Islam. Mereka mendalami ilmu-ilmu Islam adalah semata-mata untuk mencari jalan
untuk menyerang pemikiran umat Islam dan menyebarkan budaya-budaya yang diamalkan
oleh orang-orang barat. Oleh itu, umat Islam disarankan hendaklah berhati-hati dalam
menuntut ilmu daripada bahan-bahan bertulis dan melihat akan kesahihan buku yang di baca
supaya terhindar daripada dakwaan-dakwaan palsu yang dilontarkan oleh para orientalis
dalam bahan-bahan ilmiah yang akan menyebabkan kita terpengaruh dengan dakwaan dan
ajaran yang disebarkan oleh mereka.

Anda mungkin juga menyukai