Anda di halaman 1dari 3

Pertolongan Cemas 1.

Pertolongan cemas ialah satu proses rawatan sementara yang diberikan kepada mangsa kemalangan atau pesakit. 2. Seseorang anggota TKRS bukanlah pakar dalam pertolongan cemas tetapi hanya sekadar memberi rawatan sementara pesakit dihantar ke hospital atau klinik. 3. Pengetahuan dalam pertolongan cemas dapat menggelakkan dan menyekat berlakunya kecederaan yang lebih serius kepada pesakit. 4. Anggota mestilah mengenalpasti beberapa alat pertolongan cemas yang perlu berada di dalam peti bantu mula (peti pertolongan cemas). Peti Bantu Mula 1. Peti bantu mula juga dikenali sebagai peti pertolongan cemas. 2. Seseorang anggota TKRS perlu mengetahui kegunaan dan menggunakan peralatan yang terdapat dalam peti bantu mula. 3. Setiap kali menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, berkhemah atau sebagainya, peti bantu mula mestilah dibawa. 4. Pada peti bantu mula mesti ditulis nombor telefon hospital, klinik dan rumah doktor yang terdekat supaya senang menghubungi pihak tersebut. 5. Sebuah peti bantu mula mestilah mengandungi : i. Pembalut ( kain gulung jaring, pembalut tiga segi dan plaster ). ii. Kapas, penyepit, gunting dan pin penyemat. iii. Minyak angin untuk sakit perut dan sakit biasa. iv. Dettol untuk membasuh luka. v. Iodin untuk luka. vi. Milk of Magnesia untuk sakit perut dan sembelit. vii. Krim antisan untuk gigitan serangga. viii. Panadol untuk sakit kepala dan demam. ix. Optone untuk sakit mata. x. Burnol untuk cedera terbakar. xi. Vicks atau balm untuk sakit tengkuk dan selsema. xii. Kain anduh.

Balut Membalut 1. Pembalut ialah penutup luka atau penutup bahagian yang cedera. 2. Pembalut digunakan untuk : i. Menolong menahan darah keluar. ii. Menolong menahan luka daripada merebak. iii. Mencegah atau mengurangkan jangkitan.

3. Pembalut juga boleh digunakan untuk :i. Bagi menetapkan tuap ( papan pengapit ) dan menjadikan bahagian yang patah tidak bergerak. ii. Bagi mengampu bahagian yang tercedera dengan cara andoh. iii. Menjaga darah daripada keluar. iv. Mengurangkan atau menjauhkan bengkak. v. Menolong dan mengangkat orang sakit. 4. Pembalut terbahagi kepada dua iaitu : i. Balut tiga Persegi ii. Balut Roller 5. Pembalut Tiga Persegi. Ukuran saiz pembalut tidak kurang 38 inci.
puncak Sudut Sudut

hujung

tapak

6. Peraturan Membalut i. Tangan mestilah bersih. Seelok-eloknya dibasuh dengan air yang mengalir dan beris serta menggunakan sabun. ii. Jauhkan daripada memegang benda-benda yang kotor. iii. Jangan menarik nafas atau batuk pada tempat yang hendak dibalut.

iv.

v. vi. vii. viii.

Elakkan daripada memegang tempat yang cedera dengan jarijari yang tidak beralas pada mana-mana juga bahagian luka atau pembalut yang akan mengenai luka itu. Ini adalah bagi mengelakkan jangkitan kuman. Semasa membalut gunakan kain balutan yang sesuai. Pastikan pembalut dibalut dengan kepingan kain kapas yang lebih besar daripada luka itu. Kain putih atau benda-benda yang lembut boleh digunakan sebagai pelapik sekiranya tiada kain kapas.

Anda mungkin juga menyukai