Anda di halaman 1dari 7

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENGENALAN

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan
sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita
membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau
keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung. Apakah telah mencapai objektiI yang telah ditetapkan atau
memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia
pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila
mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar
atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud
sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-
tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai
perbezaan.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang
boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam
membuat sebarang keputusan yang tepat.



1.1 KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari dalam membuat keputusan. Dalam
membuat sebarang keputusan tersebut sama ada mudah atau sukar, penilaian wajar dilakukan
terlebih dahulu. Dalam konteks ini penilaian yang dijalankan melibatkan penentuan objektiI,
mendapat maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan serta keputusan. Apabila
proses yang dijalankan itu dijalankan secara sistematik dan saintiIik, maka keputusan yang
diperolehi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil benar-benar bersesuaian.

Sebenarnya aktiviti penilaian dalam bidang sain perlakuan, sains kemasyarakatan bermula
dengan percubaan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet dengan mengukur kebolehan
individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul
beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement), penilaian (evaluation) dan
pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran, individu didedahkan kepada pemboleh ubah yang
sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh pengukuran yang dijalankan bagi menguji
kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh StanIord-Binet, Raven-Matrices, Weschler dan
A.C.E.R.

Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama
perlu diambil. Pertama, berkaitan dengan sebab ataupun tujuan penilaian dijalankan. Misalnya
ingin taraf bacaan murid di sekolah rendah dengan berpendapat taraf bacaan itu sudah tidak
memuaskan dan satu tindakan yang baru perlu diambil. Kedua, berkait dengan pemilihan
model, alat-alat prosedur menjalankan dan cara penganalisisan. Seseorang penilai akan
memilih model yang dirasai dapat memberikan maklumat yang lengkap kepadanya.
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan
kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian akan membolehkan
anggaran dapat dibuat sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya.
Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti yang tepat tentang
sesuatu. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sebarang masalah yang
timbul. Misalnya dalam pendidikan, masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian
sesuatu matlamat yang ditetapkan seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira (3M) kepada murid sekolah rendah.

Dalam membuat penilaian anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah.
Misalnya tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang mencukupi atau
bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan
sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian anda akan
dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan
maklumat yang tepat.


Apakah maksud pengujian?

Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang
lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan
yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik
bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala
bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100
untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (" %est) dan 80/100 bagi ujian
pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori
pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian
penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji
Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang
diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)

Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut
sebagai markat akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan
-erapa-aguskahprestasi2uridangdiuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan
(pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian
inilah seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai
sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.

Apakah yang dimaksudkan pengukuran?

Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran
membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui
angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan
menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan tahap sejauh mana
seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.

Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang
individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu.
Misalnya, Ramli mendapat markah 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan
prestasi Ramli berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur
tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.

Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan
maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala
pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat se-anak2ana
prestasi ang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada -anak 2ana skor atau markat
yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.

Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental
seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding
pengukuran ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti
penggunaan pembaris. Misalnya, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh
dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu dua
kali angka 45. Manakala seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap
sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang
sesuatu pelajaran yang dilalui. ni jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah
petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau
pembaris.

Dengan itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan
keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah
pastilah hasil yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.

Apakah yang dimaksudkan peniIaian?

Penilaian ada suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara. Menilai boleh
dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan
nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv)
menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, o-taining, and providing useful
infor2ation for judging decision alternatives. Definisi ini menjangkau melepasi daripada
maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. ni berbeza
dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih
bersifat kuantitatif.

Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah
mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara
menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program
pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah,
apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan 2engukur pencapaian pelajar atau
guru 2enilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru
sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan
yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang
berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat
tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan
pertimbangan nilai semata-mata.

Dengan itu menunjukkan bahawa penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat
atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-
duanya sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam
bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan dalam
kaedah yang lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat
dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor. Misalnya Ali menyelesaikan
tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.

Secara ringkasnya, prosedur penilaian penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran,
penganalisisan serta merumuskan data yang diperolehi. Prosedur penilaian boleh dilaksanakan
dalam lima peringkat seperti dalam rajah di bawah:

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian.
Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih
berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan
berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian
daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai
suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi
sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan
dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada
murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan
dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen
pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru
terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.



1.2 ARAS UKURAN

Secara umumnya, terdapat pelbagai bentuk system pengukuran yang berbeza. Misalnya,
pengukuran yang digunakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar adalah berbeza
dengan pengukuran yang digunakan untuk mengetahui tahap apresiasi agama pelajar. Begitu
juga membuat pengelasan darjah motivasi sebagai bermotivasi tinggi, sederhana atau rendah
tidaklah setepat dengan pengukuran yang menggunakan skor sebenar motivasi pelajar.
Penyataan dan pengkelasan kuantitatiI pemboleh ubah ini melibatkan system dan proses
pengukuran yang menggunakan skala tertentu. Pada umumnya terdapat dua jenis pemboleh
ubah asas dalam pengukuran iaitu: (i) Jenis kuantitatiI dan (ii) Jenis kategori. Kedua-dua jenis
tersebut boleh diukur dengan menggunakan empat jenis skala yang biasa digunakan, iaitu skala
nominal, ordinal, sela dan nisbah.

1.2.1 Skala Nominal

Skala nominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan yang paling
rendah sebagai bentuk pengukuran. Skala ini mengkategorikan pemboleh ubah berdasarkan
persamaan dan seterusnya memberikan nama kepada pemboleh ubah berkenaan. Misalnya,
guru ingin mengelaskan kategori murid-murid mengikut kumpulan etnik atau mengelompokkan
murid mengikut kumpulan jantina. Guru berkenaan perlu meletakkan nilai tertentu kepada
setiap pemboleh ubah tersebut sebagai mewakili kumpulan berkenaan. Misalnya, etnik Melayu
diwakili nombor 1, Cina diwakili nombor 2, ndia nombor 3 dan nombor 4 bagi etnik yang lain.
Nombor dalam sistem ini tidaklah menunjukkan bilangan yang kecil jika dibandingkan dengan
nombor 2,3 dan 4. kita boleh menukargantikan nombor berkenaan kepada kategori yang lain.
Misalnya, 4 untuk Melayu, 3 untuk Cina, 2 untuk ndia dan 1 untuk lain-lain etnik.

Nombor yang diberikan itu hanyalah mewakili atau melambangkan sesuatu pemboleh ubah
yang dinyatakan. Apabila nombor yang digunakan untuk melambangkan orang atau objek dan
nombor ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang hubungan dalaman antara satu sama lain
dari segi nilai. ni disebut sebagai skala nominal.

Tiga ciri utama skala nominal, iaitu:

i. setiap data hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja. ndividu yang berada dalam
kelompok Melayu tidak boleh menjadi individu dalam kelompok betnik yang lain.
ii. Kategori atau nombor yang mewakili setiap data tidak mempunyai susunan
pemeringkatan data tetapi dianggap sebagai setara.
iii. Perubahan data asal kepada data nominal atau kategori bersifat satu sama satu.

1.2.2 SkaIa OrdinaI

Pengukuran bersiIat ordinal pula ialah data yang menunjukkan urutan atau pangkat. Data disusun
sama ada daripada yang rendah kepada yang tinggi atau daripada yang lemah kepada yang
cemerlang. Nombor atau kategori yang digunakan menggambarkan maklumat asal pemboleh
ubah yang menunjukkan susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripada kategori yang
baik kepada kategori yang lebih baik. Misalnya, nombor 1, 2, 3, 4 yang menunjukkan pangkatan
atau kedudukan pelajar dalam bilik darjah adalah contoh skala ordinal. Pelajar yang mendapat
markat keseluruhan yang tinggi diberikan nombor 1, diikuti norbor 2, 3, 4 dan seterusnya. Ini
menunjukkan nombor 1 adalah lebih baik daripada nombor 2, 3 4 dan berikutnya. Pada
umumnya skala ordinal hanya mampu membezakan kategori dan nilai susunan secara
pemeringkatan. Contoh lain skala ordinal seperti skala Likert.

Ciri-ciri utama skala ordinal seperti berikut:

i. kategori yang digunakan bagi mengelaskan data bersifat saling eksklusif.
ii. Data yang digunakan menunjukkan pemeringkatan secara logik.
iii. Data mempunyai pemberat. Setiap kategori mempunyai pemberatan yang lebih
berbanding kategori yang lain.

1.2.3 SkaIa SeIa

skala ketiga ialah skala jenis sela. Data jenis ini mempunyai urutan atau pangkat serta anggapan
bahawa perbezaan antara sela wujud. Setiap skala berkenaan mempunyai jarak yang sama. Skala
ini berupaya menunjukkan perbezaan antara beberapa kategori dan ia boleh menunjukkan
kesamaan dalam unit pengukuran yang digunakan. Contoh pengukuran skala sela ialah
pengukuran suhu. Misalnya perbezaan darjah suhu antara 25C dengan 35C adalah sama
dengan perbezaan darjah suhu antara 15C hingga 25C. Kedua-dua perbezaan berkenaan
menunjukkan perbezaan 10.

Skala sela memberikan sela yang sama daripada titik origin yang sewenang-wenangnya. ni
bermaksud skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri aspek
pangkatan. Jarak numerik yang sama di atas skala sela menggambarkan jarak yang sama pada
ciri-ciri yang diukur.

Contoh lain, andai kata terdapat enam orang pelajar yang diukur pencapaiannya pada skala
sela, maka perbezaan pencapaian antara pelajar A dengan C adalah sama dengan F dan D.
walau bagaimanapun kita tidak boleh menyatakan pencapaian F dua kali lebih baik daripada D.
hal ini disebabkan bukan kuantiti yang ditambah atau ditolak, tetapi perkiraan adalah
berdasarkan selak atau jarak tersebut.

Dalam skala sela, nilai kosong (O) atau sifar adalah merupakan suatu nilai. Nilai O adalah suatu
yang arbitrari dan tidak menggambarkan bahawa ciri kuantiti sebagai kosong atau tidak ada
nilai secara mutlak. Misalnya, suhu OC mempunyai nilai permulaan sistem pengukuran suhu.
Suhu O C di sini masih membawa makna suhu masih boleh turun di bawah takat tersebut
dan bukan bermakna tidak ada darjah kepanasan.

Ciri-ciri skala sela adalah seperti berikut:

i. kategori yang digunakan bagi mengelaskan data sela bersifat saling eksklusif.
ii. Data yang digunakan menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik.
iii. Nilai atau skor yang digunakan mempunyai pemberat. Satu nilai dikatakan lebih
besar atau lebih kecil daripada lainnya.
iv. Nilai dalam skala sela adalah arbitrari. Nilai O adalah satu bentuk nilai dalam skala
jenis ini.
v. Persamaan perbezaan digambarkan dalam nilai nombor yang digunakan bagi
menggambarkan perbezaan.

1.2.4 SkaIa Nisbah

Skala keempat ialah skala nisbah. Skala ini mempunyai semua siIat jenis sela dan mempunyai
mutlak nilai kosong. Dalam skala nisbah nilai kosong tidak bersiIat arbitrari. Misalnya
perbezaan antara 30 hingga 60 adalah sama dengan perbezaan 60 hingga 90. malah kita boleh
mengatakan 90 adalah dua kali ganda 45 (2 X 45 90). Nombor dalam skala nisbah ini
menunjukkan jumlah atau ciri sebenar yang diukur. Contoh skala nisbah seperti umur, ketinggian
dan jarak.

Jadual di bawah menunjukkan siIat keempat-empat skala pengukuran berkenaan.
Pengukuran tingkah laku dalam bidang psikologi kadang kala agak sukar dibuat garisan antara
data jenis ordinal dan sela. Misalnya dalam ukuran data yang menggunakan skala Likert,
anggapan yang keterlaluan ialah data ini tergolong dalam data jenis ordinal. Apabila hanya
menganggap skala ini terhad kepada berbentuk ordinal akan menyebabkan pengehadan kepada
analisis data yang dapat dibuat. Analisis data begini tidak dapat menggunakan analisis varians
bagi membandingkan nilai min kumpulan.

Kesimpulannya, setiap jenis skala mempunyai maklumat yang berbeza. Skala nisbah
memberikan sejumlah maklumat yang lebih banyak daripada skala sela. Skala sela pula dapat
memberikan maklumat yang lebih daripada skala ordinal. Begitu juga dengan skala ordinal lebih
memberikan maklumat daripada skala nominal. Penyusunan data akan mempengaruhi jenis
analisis statistik yang bakal dijalankan. Perhubungan atau hierarki keempat-empat skala ukuran
dapat ditunjukkan dalam rajah di bawah.


%UJUAN PENILAIAN DI BILIK DARJAH
Penilaian dan pengujian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya
dengan proses pengajaran. Matlamat utama penilaian dijalankan ialah untuk meningkatkan atau
memperbaiki pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas, penilaian yang
dijalankan memberi manIaat besar kepada guru pelajar serta ibu bapa malah kepada pihak
sekolah serta kementerian sendiri apabila memberikan maklumat yang tepat dan berkesan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, hasil penilaian dan pengujian yang dijalankan dapat
dijadikan asa kepada guru untuk membuat keputusan berhubung dengan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sepanjang guru mengajar, beliau akan menggunakan
maklumat yang diperolehi bagi membuat keputusan yang perlu bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Bagi memudahkan pemahaman anda, tujuan atau kepentingan penilaian dalam pendidikan
khususnya dalam bilik darjah ini dijelaskan kepada beberapa tujuan seperti untuk tujuan
diagnosis, melihat pencapaian, membuat pemilihan, menempatkan serta memberikan
bimbingan kaunseling kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai