Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING , SARAWAK




HUBUNGAN ETNIK WAJ3106




ISL 13

MenghasiIkan cabaran ringkas tentang cabaran gIobaIisasi serta
impIikasi kepada hubungan etnik di MaIaysia berdasarkan peIbagai
sumber rujukan.

NAHA CURU PELAT|h : JA6K80N LEE 6h|Eh hAN 890923-13-5745
LAU UNC YUh 891031-13-229
L0h 00N P|Aw 870830-52-079
Y0NC ZhEN 0| 890308-13-5225
PR0CRAH : P|8HP P6 AH|LAN JAN 2009



Minggu 13: MenghasiIkan cabaran ringkas tentang cabaran gIobaIisasi serta
impIikasi kepada hubungan etnik di MaIaysia berdasarkan peIbagai sumber
rujukan.
GIobaIisasi
Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan
ekonomi & politik Barat sejagat. Globalisasi seperti yang kita sedia maklum buat
masa ini merupakan fenomena dunia tanpa sempadan yang begitu membimbangkan
bagi negara-negara membangun dan belum membangun. Hal yang demikian ini
berlaku kerana manusia tidak dilahirkan sama rata dari segi kaum, warna kulit, latar
belakang sosial, agama dan budaya, apatah lagi etika kerja masa kini yang akan
jauh berbeza daripada masa hadapan.
Dunia globalisasi langsung tidak pernah menjanjikan sebarang kekayaan
kepada negara-negara yang baru membangun jika dikaji dari pelbagai sudut dan
perspektif. Globalisasi menuntut padang permainan yang sama rata di mana
manusia boleh bertanding secara adil. Sungguhpun demikian keadaan dunia yang
sebenarnya tidak sedemikian rupa. Sebagai contoh dalam sukan adakah saiz
pemain, sarna ada kecil ataupun besar, telah diambil kira untuk bermain walaupun
disediakan satu padang permainan yang sama? Tentunya negara yang mempunyai
pemain yang berbadan besar akan memenangi pertandingan dalam apa jua
keadaan.
Analogi ini boleh juga dikaitkan dengan pelbagai bidang kehidupan yang lain
dalam dunia tanpa sempadan ini. Bagi negara yang sudah membangun, dalam
banyak keadaan dan hubungan antara pelbagai hala dengan negara belum
membangun akan pasti menguntungkan mereka yang telah maju.
Kesan yang diterima daripada fenomena globalisasi ini tidak akan
menguntungkan negara-negara membangun dan belum membangun kerana
negara-negara yang sudah maju sudah mempunyai hampir keseluruhan kemajuan
yang telah dikuasai sejak beberapa lama dahulu.


Cabaran daIam Dunia GIobaIisasi
Dalam hal-hal tertentu kita perlu mengambil kira pandangan Mahathir
Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia tentang dunia globalisasi. Terdapat lima
cabaran asas terhadap dunia globalisasi.
Pertama merupakan persoalan asas. Cabaran ini mudah kepada kita sarna
ada dari segi pandangan ataupun pemikiran. Namun cabaran ini akan menjadi sukar
sekiranya ramai orang yang gemar membuat pandangan untuk kita dan bertukar
menjadi benci jika kita cuba mengikuti pandangan kita sendiri.
Kedua, merupakan cabaran tentang kebenaran. Kebenaran sukar dilahirkan
kerana kita hidup dalam dunia globalisasi yang tidak mempunyai ketelusan,
sebaliknya pembohongan semata-mata. Adalah sukar untuk kita menentukan hasrat
sebenar sesebuah badan korporat gergasi dunia yang berpura-pura senyum, tetapi
mempunyai hasrat yang tersembunyi untuk menguasai kita.
Cabaran ketiga berkaitan dengan soal keadilan dan kesaksamaan, iaitu
bagaimanakah kita menentukan orde dunia barn itu agar memihak ke arah keadilan
dan kesaksamaan?. Mengapakah negara-negara yang sudah maju, walaupun
terdapatnya retorik tentang globalisasi dan liberalisasi, telah mendakwa subsidi
boleh menghancurkan pasaran? Lantas segala bentuk bantuan dan subsidi
makanan dan minyak di negara-negara miskin mesti dihentikan atau pinjaman tidak
akan dike1uarkan. Mengapakah perlu ada penetapan tarif ke atas kesemua
barangan tersebut jika negara-negara maju mampu bersaing?
Cabaran keempat yang dihadapi oleh negara-negara membangun adalah dari
segi cabaran keuntungan bersama. Bagaimanakah caranya untuk memaksimumkan
bilangan pemenang dan meminimumkan bilangan yang kalah dalam proses
globalisasi ini? Bagimanakah cara untuk menentukan situasi 'menang-menang' bagi
kedua-dua pihak? Bagaimanakah pula untuk kita menentukan sesuatu hasil dan
pola antara pemenang dan yang kalah itu tidak begitu ketara jaraknya? Justeru
adalah jelas bahawa jika kita mahukan dunia globalisasi, ruang haruslah
diperuntukkan dan peperangan haruslah dielakkan. Kita memerlukan era globalisasi
yang baru agar yang kaya dilihat berusaha keras untuk memberi perkhidmatan
kepada bangsa antarabangsa.
Cabaran kelima pula adalah berkaitan dengan dunia penyayang, iaitu
pemenang tidak membolot semua, manakala yang tewas tidak kehabisan segalanya.
Kejayaan haruslah melalui persaingan sihat bagi mereka yang kuat tanpa
menjadikan golongan lemah sebagai mangsa. Salah satu prinsip dunia globalisasi
yang utama ialah berteraskan kecekapan ekonomi dan daya saing ekonomi.
Dalam dunia penyayang, semua orang harus menerima kenyataan bahawa
kecekapan ekonomi bukan segala-galanya. Kecekapan ekonomi bukanlah prioriti
utama dalam kehidupan sesuatu masyarakat pada bila-bila masa ataupun situasi.
Dalam dunia penyayang, sudah pasti kita ingin melihat sedikit pengorbanan
dilakukan dalam waktu kita menuju ke arah kecekapan ekonomi. Keadaan ini adalah
untuk melindungi berjuta-juta manusia yang kurang bernasib baik. Golongan yang
lemah, terkebelakang dan cacat harus juga mendapat tempat dan bantuan yang
sewajamya di dunia ini. Kita tidak harus mengenepikan mereka sebagaimana yang
pernah dilakukan oleh Hitler kepada mereka yang cacat dan terencat akal.
Kesimpulannya, lima cabaran tersebut merupakan cabaran-cabaran yang
harus dihadapi oleh negara-negara yang sedang membangun yang dianggap miskin,
lemah dan tidak berkeupayaan. Negara-negara membangun haruslah menentukan
langkah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan era globalisasi menjadi penghalang
kepada pencapaian kemajuan mereka. Langkah-langkah yang berpadu daripada
kumpulan negara-negara membangun ini juga perlu bagi memastikan keutuhan
untuk menghalang kesan negatif era globalisasi yang dapat menghancurkan mereka
satu masa kelak.


ImpIikasi kepada hubungan etnik di MaIaysia
mplikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek
lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam
pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi
hanya akan menimbulkan prasangka stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam
kalangan ahli bagi sesualu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.
Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat
Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak
yang sedikit berbeza dari aspek budaya keagamaan mahupun adat resam. Perkara
sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang
etniknya yang tersendiri sahaja. Maka pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk
menjadi negara yang ebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal
dan terasing dari arus pemodenan Negara.
mplikasinya yang seterusnya ialah mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi
semua golongan etnik Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian
mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan
kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum ndia yang di mana
harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di
dunia. Jika harga meningkat maka pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan
berlaku Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan
dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi mereka pasti
berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak
diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu Sudah tentu timbulnya persoalan
di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka
banyak menyumbang kepada ekonomi Negara. su isu sebegini merupakan perkara
yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.
mplikasi yang ketiga ialah mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha
untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan
budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga
mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu semangat taat setia pada negara
Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing masing pasti ingin
menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendera Malaysia akan
tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak masing-
masing.
mplikasi yang terakhir ialah mengakibatkan anggota etnik lebih
mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat
mendapatkan pekerjaan. Perkara ini seolah olah sudah menjadi tegal atau "taboo
kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau
teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat-
menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk
hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di
kawasan tersebut.





KesimpuIan
Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi
perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat
penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin
kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil
berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian
kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui
perpaduan nenek moyang kita. Jika cabaran-cabaran tersebut sekiranya tidak
dibendung dan dikawal, akan mengakibatkan pembentukan semangat perkauman
yang mendalam, prasangka dan mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme (budaya
sendiri lebih baik dari budaya lain). Seterusnya memberi kesan kepada hubungan
etnik, integrasi, perpaduan, mudah terjadi konflik dan lebih parah lagi mengundang.
Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah
terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin
kehidupan sejahtera yang berpanjangan.




Rujukan:
1. http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_remaja/cabaran_globalisasi.htm
2. http://www.scribd.com/doc/27318352/Globkalisasi
3. http://www.scribd.com/doc/28856713/Globalisasi-Peran-Negara

Anda mungkin juga menyukai