Anda di halaman 1dari 10

Rabu, 20 1anuari 2010

PERSONALITI GURU
Personaliti guru : Pengaruh ke atas pengajaran dan pembelajaran

Abstrak

Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Guru yang
mempunyai siIat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan
menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri
seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai siIat yang
kreatiI dan inovatiI bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. SiIat kreatiI dan
inovatiI yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih
menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung
mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru perlu sentiasa
melakukan reIleksi dan kritik-kendiri, Ileksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan
pembelajaran dan perlu mempunyai semangat untuk mengajar pelajar. Personaliti guru sering
menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan
ibubapa. Pada ketika dahulu, personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat.
Status guru dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu, namun kini segalanya
telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga personalitinya bila berada dalam
lingkungan masyarakat. SiIat-siIat yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin
berkurangan kerana guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya
melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu 'pekerjaan tetapi sebagai
satu 'proIesion.



Pendahuluan

TakriIan personaliti membawa maksud satu konsep yang mengambarkan keperibadian
seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary oI Psychology (1973), personaliti
ditakriIkan sebagai hasil paduan siIat Iizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang
manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain.

Dalam konteks perguruan,siIat-siIat personaliti yang positiI, iaitu yang baik, sesuai, berkesan
dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli proIessional keguruan adalah
merujuk kepada personaliti seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk
mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan
pelajar-pelajarnya dikatakan mempunyai 'proIesionaliti yang tinggi. Oleh itu, seseorang
guru itu dapat dilihat bahawa perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu
'pekerjaan tetapi sebagai satu 'proIesion.

Personaliti guru yang dianggap positiI adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh
anggota masyarakat khasnya pelajar dan proIesion perguruan terhadap para guru bukan
sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam
sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada
tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang
dicerminkan oleh tingkah lakunya.

Personaliti guru yang dianggap positiI adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh
anggota masyarakat khasnya pelajar dan proIesion perguruan terhadap para guru bukan
sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam
sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada
tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang
dicerminkan oleh tingkah lakunya.



Latar belakang

Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian matlamat pendidikan
sesebuah negara. Guru merupakan individu yang memainkan peranan untuk memberi Iokus
kepada pemerolehan kemahiran dan ketrampilan di samping keperluan menerapkan nilai-nilai
murni di kalangan pelajar sekolah. Guru semakin dianggap bertanggungjawab untuk
memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan di kalangan pelajar sama ada dari aspek
mental mahupun moral.

Aspek peribadi guru yang bersikap tidak sesuai dan tidak mencerminkan seorang guru yang
sejati dengan tingkah laku dan gelagat yang merendahkan martabat diri contohnya lambat
masuk kelas mengajar, masuk sekejap kemudian tinggalkan pelajar membuat kerja sendiri,
dan suka membuang masa mencerminkan peribadi guru itu perlu diubah. Aspek peribadi
yang perlu ada pada seseorang guru perlu mempunyai sikap positiI dan memiliki ketrampilan
pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikaikan, berIikiran terbuka (tidak sempit, jumud
dan beku), pandai mengurus masa dan keperibadian yang tinggi iaitu menepati masa, masuk
ke kelas dengan cepat, mengajar dengan penuh dedikasi, suka bekerjasama dengan rakan
sejawat dan mempunyai siIat dan ciri-ciri proIesionalisme dan proIesionaliti yang tinggi perlu
ada pada diri setiap individu yang bergelar pendidik.

Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positiI atau negatiI, hitam atau putih;
buruk atau baik, cemerlang atau kecundang, begitu juga sikap kita sebagai guru-guru bukan
sahaja proIessional malah menunjukkan ciri-ciri proIesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang proIessional dengan guru yang tidak
proIessional ,merujuk kepada gambarajah di bawah.



Bil
Guru yang proIesional
Guru yang tidak proIesional
1
Mula kerja awal pagi
Memulakan kerja setelah loceng berbunyi
2
Sedia bergerak awal pagi
Sudah pun letih di awal pagi
3
Mengurus dengan merancang
Mengurus dengan krisis
4
Ada perancangan & matlamat
Ada berbagai alasan
5
Berpakaian secara` proIessional`
Berpakaian selekeh
6
Guna waktu luang sebagai waktu kerja`
Guna waktu luang dengan mengumpat dan mengeji
7
Cari perkara-perkara untuk dipuji
Cari perkara-perkara untuk dikomplen
8
Sedia membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
Bertanya 'Apa patut saya buat?


Kajian Literatur-

Terdapat beberapa sorotan kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang pakar berkaitan
dengan personaliti guru mempengaruhi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian
ini telah dijalankan oleh tokoh-tokoh pendidikan semenjak dahulu lagi, semua kajian ini
bertujuan untuk memperbaiki kelemahan dan strategi untuk mempertingkatkan mutu
pengajaran guru.

Flanders(1960) telah mengkaji tentang jenis dan cara pengaruh guru, sikap pelajar dan
kesannya terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik dan sains sosial.
Beliau melaporkan bahawa terdapat empat ciri positiI guru yang dianggap sangat kuat
pengaruhnya terhadap motivasi, sikap dan pembelajaran pelajar di dalam bilik darjah.

a) Guru yang boleh memain peranan yang spontan dalam pelbagai situasi yang berbeza, iaitu
daripada yang aktiI kepada yang agak pasiI, sama ada peranannya sebagai pengawas atau
pembantu dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.

b) Guru yang boleh menukar peranannya dengan serta merta menurut kehendak situasi, dan
tidak terikat hanya kepada satu cara berinteraksi tanpa memikirkan cara-cara lain yang lebih
sesuai.



c) Guru yang cepat membuat diagnosis mengenai situasi, dan cepat membuat keputusan
mengenai sesuatu tindakan yang seharusnya dijalankan.

d) Guru yang mempunyai kesedaran yang sensitiI dan kritis sebagai pengawas dan pemerhati
di dalam bilik darjah.

Thorndike, Hull dan B.F.Skinner(1971) telah membuat kajian yang menunjukkan bahawa
pembelajaran dapat dicapai dengan berkesannya apabila usaha seorang pelajar diikuti oleh
satu perasaan pencapaian (pengukuhan). Cara untuk mendapatkan pelajar membuat sesuatu
dengan cepat dan menyukai kerja sekolah ialah dengan memberi perhatian kepada kerja-kerja
yang baik yang dibuat oleh mereka. Semasa memenuhi keperluan untuk pencapaian ini, yang
ada pada semua pelajar, guru seharusnya mengendalikan aktiviti bilik darjah pada ras
pencapaian semasa bagi setiap orang pelajar.

J.S.Kounin dan P.V.Gump juga telah membuat kajian iaitu hasil kajiannya menunjukkan
bagaimana tingkah laku guru mempengaruhi tingkah laku pelajarnya. Dalam kajian ini, enam
orang guru tahun satu telah dipilih, tiga orang daripada mereka menggunakan denda dan tiga
orang lagi tidak mengenakan denda. Setiap orang daripada 174 orang pelajar ditemubual
untuk mendapat maklumat berkaitan dengan perkara yang paling buruk sekali yang
dilakukan di sekolah`. Setiap orang pelajar yang ditanya kenapa dia memikirkan kelakuan
yang tidak sopan itu buruk.

Ahli penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa jika dibandingkan kedua-dua
kumpulan pelajar, mereka yang mempunyai guru yang suka mendenda 'menunjukkan
tingkah laku yang lebih agresiI, tidak tenteram, mempunyai konIlik dengan kelakuan yang
tidak sopan, tidak mengambil berat terhadap pelajaran atau sekolah, tidak mempunyai
pemikiran yang rasional terhadap tingkah lakunya di sekolah tetapi pemikiran tersebut tidak
begitu tekal.



Kajian yang telah dilakukan oleh Hart (1934) menunjukkan empat sebab yang paling kerap
dinyatakan bagi guru-guru yang paling disukai oleh 3725 orang pelajar di sekolah menengah
di Amerika Syarikat iaitu


Bil
Alasan pelajar menyukai personaliti guru
Peratus
1
Sedia menolong dalam kerja-kerja sekolah, pengajarannya jelas dan menggunakan contoh-
contoh dalam pengajaran
51
2
Periang dan peramah, suka berlawak dan pelajar pun boleh berlawak dengannya
40
3
Berperikemanusiaan, baik dan menganggap pelajar sebagai sahabat`
30
4
Mempunyai minat dalam hal-hal pelajar dan memahami pelajar
26

Empat sebab yang paling kerap dinyatakan bagi guru-guru yang paling tidak disukai oleh
3725 orang pelajar sekolah menengah.

Bil
Alasan pelajar tidak menyukai personaliti guru
Peratus
1
Terlampau kasar, keras, cerewet, tidak pernah senyum, suka penyindir dan pembengis
50
2
Tidak membantu kerja-kerja sekolah, pengajaran tidak jelas dan tidak teratur
30
3
Menyayangi sebahagian pelajar dan tidak menyayangi pelajar yang lain
20
4
Sombong, besar diri, tidak kenal nama pelajar dan tidak mempunyai minat terhadap pelajar
20


Kajian ini jelas menunjukkan bahawa selain teknik mengajar yang boleh mempengaruhi
pelajar, terdapat berbagai-bagai personaliti guru yang boleh mempengaruhi sikap dan minat
pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.


Kemahiran ini merupakan aspek penting kerana ianya menggambarkan siIat interaksi guru-
guru yang berjaya. Ini merupakan siIat-siIat yang positiI, selain pengetahuannya mengenai isi
sesuatu mata pelajaran yang diajar.


Beliau juga mengatakan guru-guru yang kurang berjaya kerana mereka terikat kepada sesuatu
prosedur pengajaran dan cara berinteraksi yang ketat. Mereka ini sangat ketat dalam
pengawasan di dalam bilik darjah dan tidak memberi kebebasan kepada pelajar berinteraksi
sesama mereka dan guru ini juga kurang sensitiI kepada keperluan pelajar sebagai individu.


Manakala menurut Sue Leach (2006) personaliti dan cara pengendalian kelas boleh
mencerminkan keperibadian seseorang guru. Seseorang guru perlu belajar dari pengalaman
sendiri, dari pengalaman sewaktu bergelar pelajar dan seseorang guru itu perlu
memperuntukkan masa untuk memikirkan strategi pengajaran di antara guru dan pelajar bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Seseorang yang bergelar
perlu mempunyai sikap menjadi seorang pendengar yang baik, berkebolehan berkomunikasi
melalui pandangan mata di antara guru dan pelajar,pengetahuan pembendaharaan kata bagi
memastikan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru atau berkemahiran
berkomunikasi secara lisan dan tanpa lisan, berpengetahuan untuk daya memujuk pelajar
dengan tidak terus menghukum pelajar sekiranya melakukan kesalahan dan berkeyakinan
untuk menyakinkan pelajar bahawa guru itu adalah seorang yang berilmu dan
berpengetahuan terhadap apa yang ingin disampaikan.

Persoalan

i- Adakah personaliti guru mempengaruhi minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan ?


Dapatan dan perbincangan

Pendekatan individu merupakan komponen kemahiran dan teknik personal pada seseorang
guru semasa proses interaksi berlaku antara guru dan pelajar. Kebolehan guru bagi
mewujudkan perseIahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar dengan
mengambil kira beberapa aspek. Ciri-ciri personal guru yang digemari oleh pelajar akan
membolehkan guru dengan lebih mudah diterima dan mendapat sokongan daripada pelajar-
pelajar, seterusnya memudahkan tugas pengurusan dan pengajaran guru di sekolah dan di
bilik darjah. Pada umumnya, pelajar menyanjung tinggi guru-guru yang memiliki ciri-ciri
personal yang berhemah tinggi. Ciri-ciri personal guru yang berhemah tinggi ini juga sangat
penting bagi membolehkan guru yang menjadi model yang berwibawa dan dihargai oleh
pelajar-pelajar. Di antara ciri-ciri personal yang digemari oleh pelajar ialah mempunyai siIat
sabar, tenang, dedikasi, periang, bertimbang rasa, adil, rajin.mesra, kreatiI, inovatiI,
kesediaan mendengar kritikan dan teguran.

Penampilan juga memainkan peranan dalam membentuk personaliti seseorang guru. Guru
perlu menampilkan ciri-ciri seperti pemilihan pakaian, kebersihan tubuh badan dan
kekemasan diri. Penampilan guru yang boleh mengganggu tumpuan pelajar adalah seperti
imej guru yang tidak kemas, selekeh, tidak bersih, memakai perhiasan diri yang keterlaluan
ataupun haruman yang melampau mencerminkan keperibadian guru tersebut.

Cara duduk guru turut dalam pemerhatian pelajar di sekolah. Pelajar sentiasa memerhati
kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru
berada dalam posisi duduk,pastikan tidak terlalu menyandar ke kerusi. Duduk dalam keadaan
tegak mahupun condong sedikit ke hadapan bagi menunjukkan yang guru berminat dengan
pelajar. Bagi posisi berdiri pula, guru digalakkan berdiri secara berhadapan dengan pelajar.
Posisi ini akan membolehkan guru melihat keseluruhan tingkah laku tanpa lisan yang
ditunjukkan oleh guru itu.







Guru juga perlu mempunyai tahap tenaga yang mencukupi apabila melayan pelajar. Tahap
tenaga yang ditunjukkan akan memberi gambaran pada mood guru sama ada dalam keadaan
cergas, bersemangat, letih, lesu ataupun tidak berminat dengannya. Biasanya tahap tenaga
akan memberi kesan pada hubungan yang dibina bersama pelajar. Guru yang dalam keadaan
bersemangat akan mengajar dengan bersemangat juga dan secara tidak langsung akan
bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu.Pelajar turut bersemangat untuk terus belajar
setelah melihat kesungguhan guru semasa mengajar.

Keberkesanan dalam usaha mengajar dan mendidik pelajar mungkin mempunyai pengertian
yang berbeza di kalangan para guru. Ini adalah bergantung kepada keIahaman dan penekanan
mereka mengenai konsep berkenaan. Ada guru yang mengutamakan penguasaan pelajar
mengenai isi pengajaran dan pembelajaran manakala ada juga guru yang berpendapat
pengajaran yang berkesan membawa maksud kemajuan dalam pertumbuhan dan
perkembangan sosial pelajar yang dinilai dari sudut, sama ada pelajar tersebut telah mencapai
sikap yang positiI mengenai diri sendiri dan orang lain. Kemungkinan bagi kebanyakkan guru
berpendapat bahawa pengajaran yang berkesan adalah satu imbangan yang sempurna di
antara kemajuan pemikiran dan perasaan; dan di antara penekanan kepada isi mata pelajaran
dan pelajar. Personaliti guru merupakan di antara Iaktor-Iaktor guru yang memainkan
peranan penting dalam pengajaran yang berkesan atau tidak di sekolah.

Besar kemungkinan bahawa dua orang guru yang mempunyai kelulusan akademik yang
sama, dan latihan perguruan yang serupa masih berbeza dari segi kebolehan mereka,
menggalakkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Sebahagian daripada perbezaan itu
adalah disebabkan oleh kesan atau pengaruh personaliti guru terhadap pelajar.

J.S.Kounin dan P.V.Gump telah membuat kajian iaitu hasil kajiannya menunjukkan
bagaimana tingkahlaku guru mempengaruhi tingkah laku pelajarnya.Dalam kajian ini, enam
orang guru tahun satu telah dipilih, tiga orang daripada mereka menggunakan denda dan tiga
orang lagi tidak mengenakan denda. Setiap orang daripada 174 orang pelajar ditemubual
untuk mendapat maklumat berkaitan dengan perkara yang paling buruk sekali yang
dilakukan di sekolah`. Setiap orang pelajar yang ditanya kenapa dia memikirkan kelakuan
yang tidak sopan itu buruk.


Ahli penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa jika dibandingkan kedua-dua
kumpulan pelajar, mereka yang mempunyai guru yang suka mendenda 'menunjukkan
tingkah laku yang lebih agresiI, tidak tenteram, mempunyai konIlik dengan kelakuan yang
tidak sopan, tidak mengambil berat terhadap pelajaran atau sekolah, tidak mempunyai
pemikiran yang rasional terhadap tingkah lakunya di sekolah tetapi pemikiran tersebut tidak
begitu tekal.

Aspek tingkah laku guru tanpa lisan dan aspek Iizikal turut memainkan peranan dalam
mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik. Keadaan serta lokasi
bilik perlu dipastikan sesuai dan sekiranya komunikasi bersiIat serius,ianya perlu mengambil
kira beberapa keadaan seperti keadaan dan lokasi bilik yang selesa, suasana tidak terlalu
sejuk ataupun panas dan kondusiI. Bagi membina hubungan yang berkesan adalah digalakkan
supaya duduk di atas kerusi secara berhadapan ataupun duduk dalam keadaan yang
membolehkan guru dapat melihat keseluruhan posture (kedudukan tubuh) dan
gesture(gerakan badan) pelajar. Guru juga perlu memastikan ruang komunikasi tidak terlalu
dekat ataupun tidak terlalu jauh iaitu kira-kira sedepa tangan guru atau antara 1 meter hingga
1.5 meter dengan pelajar bagi mewujudkan kontak atau hubungan mata yang sesuai.

Dari aspek tingkah laku tanpa lisan pula, guru perlu membentuk ekspresi wajah, kedudukan
dan pergerakan badan yang sesuai ketika proses pengajaran. Guru perlu membentuk item-
item tanpa lisan seperti ekspresi wajah, mimik muka, sinaran ataupun pandangan mata,
kedutan dahi, bentuk senyuman dan kedudukan serta pergerakan tubuh badan seperti
pergerakan tangan dan kaki serta suara separa bahasa. Guru yang baik juga perlu mengetahui
aspek-aspek komunikasi dan tingkah laku tanpa lisan kerana mesej-mesej yang lahir
daripadanya boleh memberi makna-makna tertentu kepada guru. Ekspresi wajah guru pula
menunjukkan guru dalam keadaan gembira, marah, terperanjat, sedih dan sebagainya dengan
kombinasi pergerakan mata, kening, pipi, hidung dan mulut. Bagi pelajar yang memahami
pergerakan tubuh, guru yang kerap berpeluk tubuh menggambarkan marah, kurang bersedia,
rasa tidak selamat dan deIensive. Pergerakan yang berjalan ke hulu dan ke hilir
menggambarkan seseorang itu dalam keadaan resah, gelisah dan bimbang.




Manakala pergerakan yang mengangkat bahu membawa maksud ragu-ragu dan tidak tahu.
Suara guru turut memainkan peranan yang mana bunyi-bunyi suara seperti mengecis,
menarik ataupun menghela naIas, tinggi atau rendah nada suara ataupun pic suara yang
dikeluarkan dan juga kelajuan percakapan. Semua aspek ini mempengaruhi pelajar untuk
menarik minat terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Menurut Mel Silberman(2004) kecenderungan seseorang pelajar lupa tentang apa yang
didengarinya adalah berkaitan dengan kelajuan seseorang guru, ini menunjukkan pelajar
hanya berupaya mendengar antara 50 hingga 100 patah perkataan sahaja dalam masa seminit
atau pun separuh daripada apa yang diperkatakan oleh guru. Ini menunjukkan tahap
pemahaman pelajar banyak bergantung kepada kelajuan percakapan guru ketika mengajar.
Personaliti ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh budaya dan amalan yang biasa dilakukan
oleh individu dan masyarakat setempat.

Guru perlu mempunyai kemahiran mendengar bagi membantu guru menaIsir dan membuat
penilaian yang baik pada maklumat yang disampaikan oleh pelajar. Ianya juga dapat
membantu guru memberi maklum balas yang tepat kepada pelajar berkaitan maklumat yang
diterimanya





Rumusan dan cadangan


Setiap individu yang bergelar pendidik, perlu membina hubungan interpersonal bagi
mewujudkan perseIahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar iaitu
mengambil kira beberapa aspek positiI seperti prihatin, mengambil berat, mesra,ikhlas dan
mempunyai sikap menerima. Kebolehan-kebolehan ini juga memerlukan beberapa kemahiran
tertentu bagi memastikan hubungan yang diterima berada di tahap situasi yang diterima baik
dalam hubungan sosial biasa. Kemahiran interpersonal ini memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri dengan tugas sebagai seorang guru dan seseorang guru perlu menanamkan
siIat ini di hari pertama bergelar pendidik. Kemahiran ini akan terus berkembang dari masa
ke semasa mengikut pengalaman guru itu berkhidmat.

Personaliti guru mudah dikenali oleh masyarakat umumnya. Pengalaman saya sendiri yang
sering dialami sewaktu ke kedai atau sesuatu tempat baru, walaupun pada peringkat awalnya,
saya tidak memperkenalkan diri sebagai seorang guru tetapi peniaga terus memanggil saya
dengan panggilan 'cikgu.

Ketika disoal kepada peniaga tersebut, terus peniaga itu mengatakan perwatakan saya
mencerminkan personaliti seorang guru. Katanya dari cara pertuturan, cara pemakaian, cara
berjalan dan sebagainya. Walaupun pada peringkat awalnya, saya tidak mengiakan tetapi
peniaga tersebut berkeyakinan memanggil dengan panggilan 'cikgu kerana katanya pada
pengamatannya personaliti guru memang mudah dikenali dalam pengalamannya berurusniaga
dengan guru.

Personaliti guru ini tidak dididik secara Iormal sewaktu kita belajar di Maktab Perguruan atau
di Universiti tetapi pada hakikat sebenarnya proIession sebagai pendidik membentuk
personaliti guru sebenarnya. Situasi ini bukan saya sahaja yang pernah mengalaminya, malah
rakan-rakan sekerja dan saya yakin sudah pasti Dr. Rajendran sendiri pernah mengalaminya.

Kesemua siIat personal pengurus yang berkesan bagi seseorang guru ini amat penting
dimiliki oleh guru-guru untuk melayakkan mereka menjadi pendidik yang berwibawa dan
dapat mencorakkan prestasi kerjaya yang cemerlang. SiIat-siIat ini akan dapat mencorakkan
kualiti personal yang berkesan untuk menangani pelbagai masalah, perubahan dan cabaran
dalam dunia pendidikan dan dalam dunia proIesion perguruan yang mengalami
perkembangan yang terbuka dan dinamik.

Cadangan saya ialah seseorang yang bergelar pendidik perlu menjaga personaliti ini untuk
menjadikan proIesion perguruan terus dihormati oleh masyarakat umum. Personaliti guru
sentiasa mendapat perhatian dari anak didik dan secara tidak langsung masyarakat membuat
penilaian terhadap guru. Kepercayaan masyarakat terhadap proIesion pendidikan banyak
dinilai dari sikap dan tingkah laku seseorang guru, secara tidak langsung rasa hormat dan
elemen perseIahaman serta rasa mempercayai adalah mustahak bagi menjayakan hubungan
berkesan di antara guru, pelajar dan ibubapa. Ini penting ini bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik dan secara tidak langsung
membantu pelajar minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru kepada pelajar.



Rujukan

i- Abdul Rahim Abdul Rashid (2000). Panduan Latihan
Mengajar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

ii- Ainon Mohd, Abdulah Hasan (2002), Guru sebagai pendorong
dalam darjah, PTS Publications & Distributors
Sdn.Bhd,Bentong, Pahang.

iii- Johns WestBurnham & Fergus O`Sullivan,penterjemah :
Hamidah Baba(2004), Mengembangkan ProIesionalisme
di Sekolah, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
(ITNMB), Kuala Lumpur.

iv- (1993), Cabaran,IalsaIah dan strategi
dalam pembentukan guru yang unggul. Kumpulan
Kertas Kerja Seminar JKLKAU ke 9, Universiti
Kebangsaan Malaysia,Selangor.

v- Lihat WinIred F.Hil(1971), A Survey OI Psychological
Interpretations, Edisi Semula, San Fransisco, Chandler
Publishing Co.

vi- http://http://www.angelIire.com/journal2/Iakir20zamani/ceramah8.htm

vii- Glenn Myers Blair etl.al, penterjemah: Noran Fauziah Yaakub
(1991), Psikologi Pendidikan.Dewan Bahasa dan
Pustaka,Kuala Lumpur.


viii- Sue Leach(2006),How to be a successIul Secondary Teacher,
Continuum, London,New York.

ix- Mel Silberman(2004),Active Learning :101 Strategies To
Teach Any Subjec,Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad, Kuala Lumpur
Dicatat oleh LOGIK di 2:49 AM

Anda mungkin juga menyukai