Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pendahuluan

Persoalan tentang pendidikan khas mendapat tempat dalam dunia pendidikan khas
bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Hak seseorang individu sentiasa
diperjuangkan termasuk hak dalam bidang pendidikan. Keprihatinan masyarakat dalam
bidang pendidikan khas semakin terserlah. Namun begitu perjuangan dalam bidang ini tidak
pernah selesai kerana bidang ini merangkumi pelbagai aspek termasuk bidang teknologi.

Pendidikan khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai
keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini adalah dengan
menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas.

Minat terhadap pendidikan khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan
sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan
pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran
melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan
tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.

Perakuan ini menyebut, ' Dengan adanya kesedaran bahawa kerafaan seharusnya
bertanggungfawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerafaan
hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungfawab pendidikan itu dari pihak-pihak
persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyataan oleh badan-
badan sukarela dalam memafukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus
digalakkan.`

.0 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Khas



2.1 Pembentukan Awal Kurikulum Pendidikan Khas

Pada awal sebelum merdeka kurikulum khas dibentuk renteten daripada implikasi
kecacatan dan bukannya dengan tujuan memberi laluan kepada murid khas dalam kurikulum
arus perdana. Pembentukan kurikulum khas ini berasaskan empat pengaruh. Pengaruh adatiI
merupakan pengajaran berdasarkan model intervensi perubatan, respons langsung bagi
kecacatan Iizikal dan deria atau dikenali sebagai sensori.

Pengajaran bagi membantu murid mencapai petunjuk atau tanda perkembangan dan
tingkah laku adalah pengaruh dalam perkembangan. Pengaruh tingkah laku adalah satu
pengajaran yang menggunakan langkah-langkah kecil bagi membantu kanak-kanak
memperkembangkan kemahiran ataupun pemahaman. Manakala pengaruh Iungsional
merupakan pengajaran amali atau kemahiran vokasional dalam situasi sebenar.

Antara bidang dalam kurikulum khas adalah perkembangan motor, kemahiran urus
diri, pendidikan sensori dan persepsi, pendidikan emosi, tingkah laku dan sosial, pengurusan
mobiliti, dan kemahiran pengurusan diri dan kemahiran kendiri.





2.2 Prasekolah

Pendidikan Khas Prasekolah menawarkan dua jenis program iaitu Program di
Sekolah Pendidikan Khas bagi murid-murid bermasalah pendengaran dan penglihatan yang
dijalankan di 28 buah Sekolah Rendah Pendidikan Khas sejak 2004. Program di Sekolah
Harian Biasa adalah program Pendidikan Khas Integrasi Prasekolah yang pada 2003 dengan
pembukaan tiga buah kelas yang melaksanakan pendekatan inklusiI bagi murid-murid
bermasalah pembelajaran, iaitu di SK Khir Johari (Kedah), SK Seksyen 20 (Shah Alam,
Selangor) dan SK Tanah Putih Baru (Kuantan, Pahang).

Pada tahun 2005, program ini diperluaskan di 32 buah kelas bagi program Pendidikan
Khas Integrasi Prasekolah Bermasalah Pembelajaran di seluruh Negara dan membawa kepada
penamatan pendekatan inklusiI di tiga buah kelas. Kuota murid pendidikan khas, iaitu
seramai lima orang bagi sebuah kelas, dikembalikan kepada murid biasa. Syarat kemasukan
murid ke Program Prasekolah mesti berumur empat tahun keatas, disahkan oleh pengamal
perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Kurikulum yang digunakan di kelas prasekolah pendidikan khas adalah berdasarkan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan diubah suai mengikut keperluan pembelajaran murid
yang melibatkan penambahan komponen kemahiran awal pendengaran bagi kategori
masalah pendengaran. Bagi kategori masalah penglihatan terdiri daripada kompenen
kemahuan asas, orientasi dan mobility, kemahiran kehidupan harian Daily Living Skills),
latihan deria, latihan Low Jision, membaca dan menulis braille dan literasi komputer.

Bagi kategori masalah pembelajaran, hasil kandungan telah disesuaikan dengan


sukatan pelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah dan menengah
yang dikeluarkan oleh BPKhas pada tahun 2003, melibatkan penambahan dalam kompenen
pengurusan diri dan panduan modiIikasi tingkah laku.

Waktu persekolahan adalah tidak kurang daripada tiga jam tiga puluh minit, bermula
pukul 7.30 pagi hingga 11.00 pagi atau 8.00 pagi hingga 11.30 pagi selama lima hari
seminggu. Tambahan tiga puluh minit bagi tempoh pengajaran dan pembelajaran diperlukan
kerana murid memerlukan pendekatan secara individu dan direct teaching.

2.3 Pendidikan Rendah

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kememterian Pelajaran
Malaysia ialah berumur enam tahun ke atas hingga empat belas tahun ke atas, disahkan oleh
pengamal perubatan dan mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Semua sekolah rendah khas
bermasalah pendengaran dan penglihatan menawarkan aliran akademik dan menggunakan
Kurikulim Kebangsaan. Murid-murid ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah
semasa di tahun enam. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan termasuk asrama dan
makan minum percuma, serta bantuan kewangan bagi mereka yang berdaItar sebagai OKU.

Bagi murid-murid berkeperluan khas yang mengikuti Program Pendidikan Khas
Integrasi boleh mengikuti Kurikulum Kebangsaan atau kurikulum alternatiI. Bagi murid-
murid bermasalah pendengaran atau bermasalah penglihatan mereka menggunkan Kurikulum
Kebangsaan manakala murid-murid bermasalah pembelajaran menggunakan kurikulum

alternatiI. Murid yang berkemampuan untuk mengikuti Kurikulum Kebangsaan akan


menduduki Ujian penilaian Sekolah Rendah.

2.4 Pendidikan Menengah

Murid bermasalah pendengaran dan penglihatan bersekolah akan menduduki
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti murid di arus perdana. Selepas
tingkatan tiga mereka akan diberi peluang membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran
dalam bidang akademik atau vokasional. Bagi murid bermasalah penglihatan pula mereka
akan meneruskan pelajaran dalam bidang akademik untuk menduduki Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan seterusnya mengikut kelayakan.

Bagi murid bermasalah pembelajaran akan mengikuti pendidikan di Program
Pendidikan Khas Integrasi menengah dan penilaian akan dibuat berdasarkan pencapaian
mereka di peringkat sekolah.

2.5 Pendidikan 1eknik dan Jokasional

Murid-murid masalah pendengaran yang memilih aliran vokasional atau elektiI mata
pelajaran Vokasional (MPV) boleh meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Program Pendidikan Khas Integrasi Menengah atau Sekolah Menengah Teknik. Antara
bidang-bidang yang ditawarkan adalah jurukimpal arca logam berperisai, pembuat perabot,
juruelektrik rendah, mekanik penyejukbekuan dan penyaman udara dan banyak lagi.

2. Pendidikan Pasca Menengah



Bahagian Pengurusan Politeknik juga memberi peluang kepada murid-murid
bermasalah pendengaran melanjutkan pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-
kursus seperti penyelenggaraan mekanikal, awam pembinaan, rekaan Iesyen dan pakaian,
hotel dan catering dan rekabentuk graIik. Politeknik yang terlibat adalah Politeknik Ungku
Omar Ipoh, Politeknik Johor Bahru dan Politeknik Shah Alam.

2.7 Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kebangsaan

KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk memastikan murid
dapat dikembangkan secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu sesuai dengan tahap
keIungsian murid. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi
melahirkan insan yang seimbang dan berakhlak mulia.

KSSRPK Masalah Pembelajaran membolehkan murid mengamalkan tingkah laku
dan positiI dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi
warganegara yang berguna. Selain itu ianya bertujuan mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian. Murid juga boleh menunjukkan
kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya serta mengamalkan nilai-nilai
islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama islam.


.0 Penutup

Pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas adalah sebahagian daripada
perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan Negara. Murid-murid dengan keperluan
khas diberi pendidikan menggunakan kurikulum yang sama dengan murid-murid normal dan
pengubahsuaian kurikulum dibuat di mana perlu di dalam kelas dan disokong dengan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik supaya murid-murid ini mampu
memperoleh pencapaian yang optimum.

Keperluan kanak-kanak khas berbeza daripada kanak-kanak yang sebaya dengan
mereka dalam beberapa aspek penting, malah mereka juga mempunyai perbezaan dalam pola
perkembangan masing-masing. Adaptasi bagi pendidikan diberi berdasarkan perbezaan-
perbezaan yang ada pada mereka dalam kerangka kandungan kurikulum, kemahiran dan
persekitaran.

Sebagai seorang pendidik yang telah berkecimpung selama enam tahun dalam dunia
pendidikan khas, terdapat beberapa kurikulum alternatiI yang perlu ditambah. Komponen
Iisioterapi amat berguna untuk murid-murid yang mempunyai masalah anggota badan dan
masalah koordinasi mata. Komponen ini dapat membantu murid-murid agar dapat mengikuti
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Berlandaskan perkembangan kurikulum dalam pendidikan khas, suatu hari nanti
kebanyakan murid pendidikan khas pasti akan berkerjaya.

Anda mungkin juga menyukai