Anda di halaman 1dari 7

1

i.

Huraikan syarat-syarat rujuk yang dibenarkan dalam hukum Syarak dan dalam peruntukan undang-undang keluarga.

Sebelum penulis menghuraikan lebih lanjut tentang syarat-syarat rujuk adalah lebih baik penulis menghuraikan pengertian rujuk dari segi bahasa dan syarak serta dalil pensyariatan rujuk dan bagaimana rujuk boleh terjadi.

PENGERTIAN RUJUK:
Rujuk dari segi bahasa ialah kembali atau pulang.1 Rujuk dari segi Syarak : Mengembalikan Isteri yang telah ditalaq kepada kekuasaan suami tanpa memperbaharui akad yang baru.2

HUKUM RUJUK DAN DALILNYA:


Hukum rujuk pada asalnya diharuskan, ini berdasarkan dari firman Allah Taala dan sunah Rasullullah Sallallahu Alaihi Wassalam.
1. Firman Allah Subhannahu Wa Taala dalam surah al-Baqarah, ayat 231:

Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan cara yang maruf

2. Firman Allah Subhannahu Wa Taala dalam surah al-Baqarah ayat 229:


1

Al Ghazali, Al Wasit Fii al Mazhab, Ms: 309

Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) dipegang terus (isteri itu) dengan cara yang .sepatutnya atau dilepaskan (diceraikan) dengan cara yang baik

3. Dan dalam hadith Rasullullah yang diriwayatkan Ibn Abbas Radiallahu Anhu,

dari Umar Radiallahu Anhu, bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam telah mentalak Hafsah dan merujuknya kembali.3
4. Hadith yang diriwayatkan Ibn Umar Radiallahu Anhu bahawasanya beliau telah

mentalak Isterinya yang sedang haid, hal itu disampaikan oleh Umar Radiallahu Anhu kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada Umar: engkau perintahkan anakmu untuk merujuk kepada isterinya, maka sesungguhnya tamat saja iddah, beliau tidak memiliki rujuk lagi.4

Oleh yang demikian itu, jika suami menceraikan isterinya, talak mesti berada dalam salah satu keadaan berikut:

Pertama: Suami menceraikan isteri sebelum berlaku persetubuhan.

Kedua: Suami menceraikan isteri secara khulu5 sama ada sebelum persetubuhan atau selepasnya. Ketiga: Suami menceraikan isteri dengan talak satu atau talak dua selepas persetubuhan. Keempat: Suami menceraikan isteri dengan talak tiga.

Diatas adalah cara-cara talak yang mungkin berlaku. Di sini kita akan membincangkan hukum-hakam yang berkaitan dengan rujuk dan talak yang di atas tadi yang mana satukah membolehkan suami rujuk kepada isteri yang ditalaknya. 1. Suami menceraikan Isteri sebelum menyetubuhinya Jika suami menceraikan isterinya sebelum menyetubuhinya, talak itu adalah talaq bain. Suami tidak dibolehkan rujuk kembali kepada isterinya kerana isteri tidak diwajibkan Iddah akibat penceraian itu. Hukum ini jelas difahami melalui firman Allah Subhannahu Wa Taala:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengahwini perempuan-perempuan mukmin, kemudian kamu talak (ceraikan) mereka, sebelum menyentuhnya (bersetubuh), maka tiada bagi mereka iddah, yang kamu perhitungkan. Maka kamu berilah mereka kesukaan
5

Khulu dari segi bahasa: mencabut.

Dari segi Syara: perceraian dari isteri kepada suami dengan bayaran.

(pemberian sekadarnya), dan ceraikanlah mereka dengan penceraian yang baik.6 Oleh itu talak itu menjadi talak bain.

Sekiranya suami menceraikan isterinya dalam keadaan isterinya belum disetubuhinya sama ada dengan talak satu atau dua(talak bain sughra), isteri yang diceraikan tadi dalam keadaan seperti ini adalah tidak halal kepada bekas suaminya melainkan sesudah mereka mengadakan akad dan mas kahwin yang baru berdasarkan persetujuan dan keredaan si isteri.

Jika si isteri diceraikan dengan talak tiga dalam keadaan seperti di atas (talak bain kubra), dia tidak halal lagi kepada bekas suaminya sehingga dia berkahwin dengan lelaki lain dan berlaku persetubuhan dengan suami yang barunya itu kemudian diceraikan. Selepas tamat tempoh edah, barulah dia boleh berkahwin dengan bekas suaminya yang pertama dengan akad nikah dan mas kahwin yang baru.

2.

Perceraian secara Khulu

Jika suami menceraikan isterinya secara talak khulu, ia menjadi talak bain. Mereka tidak boleh rujuk kembali melainkan dengan mengadakan akad nikah dan mas kahwin yang baru, sama seperti perkahwinan baru. Hukum ini meliputi talak khulu yang berlaku sebelum persetubuhan atau selepasnya.

3.

Suami menceraikan isteri dengan talak satu atau talak dua selepas

persetubuhan
6

Al-Ahzab: 49

Jika suami menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak satu atau talak dua selepas menyetubuhinya, suami dibolehkan merujuk kembali dengan menggunakan akad dan maskahwin yang lama. Keputusan tersebut berada di tangan suami selagi edah isterinya masih berbaki. Dalilnya jelas melalui firman Allah:

Suami mereka lebih patut kembali kepadanya (rujuk) ketika itu. Jika mereka mengkehendaki kebaikan.7

Seperti dalam firman Allah:

Talak itu hanya dua kali, kemudian menahan isteri secara makruf atau melepaskannya dengan kebaikan.8

Hukum rujuk.
1. Harus : Secara umumnya hukum rujuk ini pada asalnya adalah harus. 2.Sunat : Sekiranya suami yang menceraikan dengan talak bidie dan rujuk itu

mendatangkan kebaikan kepada kedua pasangan suami isteri. 3.Makruh : Jika sekiranya penceraian itu lebih baik diteruskan berbaik semula.
7

Al-Baqarah: 228 Al-Baqarah: 229

4.

Haram : Sekiranya rujuk itu menjadi sebab bagi menyakiti atau

mendatangkan kemudaratan kepada isteri tersebut, seperti tidak membuat giliran bagi suami yang berpoligami, atau lemah dari membiayai nafkah isteri. 5.Wajib : Bagi suami yang menceraikan salah seorang dari isteri-isterinya jika ia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.

Syarat Rujuk: Suami boleh merujuk isteri yang ditalaknya dengan syarat-syarat berikut:
1.Belum habis edah.

2.Isteri tidak diceraikan dengan talak tiga. 3.Talak itu setelah persetubuhan.

Ruju 52. (1) Jika, selepas sesuatu talaq rajie dan dalam masa iddah, suami isteri telah ruju semula, pihak-pihak itu hendaklah mendaftarkan hal ruju semula itu dan butir-butir lain yang berkaitan kepada Pendaftar bagi kawasan di mana mereka bermastautin dalam masa empat belas hari ruju semula itu dalam borang yang ditetapkan.

(2) Pendaftar hendaklah membuat penyiasatan sebagaimana yang mungkin perlu dan, jika berpuas hati bahawa ruju semula telah berlaku mengikut hukum syara, hendaklah mendaftarkan ruju semula itu dengan memebuat pengesahan pada catatan berhubung dengan perceraian

itu dalam Daftar Perceraian, Pembatalan dan Ruju, jika perceraian itu telah didaftarkan olehnya; dan hendaklah meminta pihak-pihak itu supaya menyerahkan kepadanya satu salinan sijil cerai yang berkaitan dan setelah bayaran yang ditetapkan dibayar, Pendaftar hendaklah mengeluarkan kepada mereka sijil Ruju dalam borang yang ditetapkan.

(3) Pendaftar hendaklah juga menyerahkan satu salinan Sijil Ruju itu kepada Ketua Pendaftar yang akan mendaftarkan ruju semula itu dengan membuat pengesahan pada catatan berhubung dengan penceraian itu dalam Daftar Perceraian, Pembatalan dan Ruju yang disimpan olehnya.

(4) mana-mana pihak suatu p

ii.

Bincangkan kedudukan dan sebab-sebab mengenai keadaan berikut :

Husam yang sedang marah telah dengan tidak sengaja telah melafazkan talaq kepada isterinya. Setelah dia terus tinggal bersama isterinya itu seperti sebelumnya kerana menganggap ia berlaku secara tidak sengaja dan tidak sedar dengan apa yang diucapkannya.

Anda mungkin juga menyukai