Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN PROSEDUR PENGHASILAN KLIP VIDEO

PANDUAN PROSEDUR PENGHASILAN KLIP VIDEO ( Aplikasi Perisian Movie Maker)

A. PROSEDUR PENGHASILAN Keseluruhan perancangan penghasilan didasarkan kepada Model Reka Bentuk Pengajaran yang meliputi aspek berikut:a. Pemilihan/perangkaan/penentuan kandungan i. Penentuan ini dibuat mengikut tatacara Model ASSURE (sila lihat Lampiran A Analisis Kandungan). b. Perangkaan papan cerita (story board) i. Merangka papan cerita (skrip (narration), video, audio, muzik latar, kesan bunyi, dan lain-lain yang bersesuaian) terhadap topik yang dipilih (sila lihat Lampiran B Perangkaan Papan Cerita) c. Sumber koleksi bahan & penggambaran i. Bahan foto (tidak bergerak) gambar, illustrasi, bahan cetak dan yang bersesuaian dengannya bersumberkan bahan digital (muat turun dari internet, kamera digital) atau bukan digital. ii. Bahan video (termasuk animasi) keratan dari video-CD menggunakan perisian VCD Cutter, DVD chopper, CD-ROM, video yang dimuat turun dari internet melalui YouTube atau lainlain kaedah, dari telefon bimbit, kamera digital atau kamera video digital. iii. Bahan audio (muzik, suara, kesan khas (sound effect) MP3, CDAudio, audio yang dimuat turun dari internet, rakaman secara digital atau analog. d. Penggambaran i. Menyediakan senarai semak bahan untuk penggambaran (gambar foto dan video) yang bersesuaian dengan subjek dan tajuk yang dipilih di lokasi yang ditetapkan (sila lihat Lampiran C Senarai Semak Penggambaran) e. Penyuntingan i. Menyunting video berdasarkan perisian movie maker yang mengandungi adunan video (daripada pelbagai sumber), gambar foto dan audio (suara, muzik dan kesan bunyi). ii. Hasilan dalam bentuk klip video berformat window media video (wmv) atau yang bersesuaian dengannya yang tidak melebihi 3 minit (sila lihat Lampiran E Panduan Penyuntingan & Penghasilan Klip Video) f. Uji lari i. Membuat penambahbaikan dari pelbagai aspek yang terdapat pada papan cerita sekiranya perlu.

PANDUAN PROSEDUR PENGHASILAN KLIP VIDEO

g. Aplikasi dan integrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran i. Merangka aktiviti guru dan murid dalam rancangan pengajaran yang menggunakan bahan yang dihasilkan (sila lihat Lampiran D Rancangan Aktiviti Pengajaran)

Anda mungkin juga menyukai