Anda di halaman 1dari 6

Pendidikan Bahasa Melayu - Persoalan dan Perkaedahan

1.0 Pengenalan
Umumnya kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang guru lakukan dalam
mengendalikan proses pengajaran-pembelajaran. Guru-guru terlatih adalah bijak memilih dan
menggunakan kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan diri mereka dalam
usaha mencapai objektiI pengajaran yang telah dirancangkan. Pemilihan sesuatu kaedah atau
strategi haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran pelajar, tajuk
pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian
pelajar, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk.

Pembelajaran merupakan proses interaktiI, iaitu hasil aktiviti guru dan pelajar yang menjadi
elemen utama dalam suasana pembelajaran yang spesiIik. Bentuk interaktiI dalam pembelajaran
berkait rapat dengan keIahaman guru tentang siIat setiap individu pelajarnya. Gregore & Ward
(1977) mengatakan bahawa pendidik yang mahukan kejayaan tugasnya ke atas individu pelajar
haruslah memahami makna individu`, dan mereka mesti menghubungkan cara pengajaran dan
cara pembelajaran individu berkenaan.

Pada hari ini, masyarakat sudah maklum akan kepentingan mata pelajaran Bahasa Melayu
dalam kurikulum pendidikan di negara kita. Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran
teras di peringkat SPM bahasa rasmi negara kita. Meskipun demikian, kebanyakan pelajar
khususnya yang berprestasi rendah, memandang ringan akan perkara ini dan sesetengahnya pula
mengandaikan Bahasa Melayu mudah dan tidak perlu diberi tumpuan yang sungguh-sungguh.
Sesetengah guru, termasuk segelintir pentadbir pendidikan juga beranggapan mata pelajaran
Bahasa Melayu boleh diajarkan oleh sesiapa sahaja, terutama apabila berhadapan dengan
masalah kekurangan guru. Tanggapan ini perlu diperbetulkan kerana keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu bukan sahaja bergantung kepada keberkesanan latihan
yang diterima oleh guru tetapi yang lebih penting adalah bergantung kepada tahap kreativiti yang
dimiliki oleh guru itu sendiri.

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan
suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran
yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat
meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran
dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktiI, ia juga
harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang
dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi
pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh
mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai
urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektiI pengajaran. Lazimnya
aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap
perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan
kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru
haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan
strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu
subjek atau modul.


1.1 Institusi Pendidikan Sebagai Pusat Amalan Pendidikan Bahasa Melayu

Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh
digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan
secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses
pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oelh
John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman,
permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang
dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada
pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan
penanggapan secara berkesan.

Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang
diIikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik
bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya
seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu
dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru
dan susah, lebih mudah diIahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang
mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi,
bercerita, mengemukakan metaIora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan
dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.



2.0 Persoalan Mengenai Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Dalam pengajaran dan pembelajaran, satu persoalan pokok haruslah ditanya iaitu adakah guru
memahami gaya pembelajaran pelajar-pelajar mereka yang berbeza?

Guru disarankan melakukan perubahan dalam gaya pengajaran mereka di bilik darjah
supaya disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar tetapi amalan para pendidik masih lagi
tidak berubah. Sementara itu, guru didesak untuk menggalakkan inisiatiI pelajar dan memberinya
peluang untuk menyumbang dalam pembelajaran diri . Guru sering meluahkan kekecewaan atas
sikap pasiI pelajar menerima pengajaran mereka tanpa memikirkan bahawa pelajar juga
mungkin kecewa dengan gaya pengajaran guru. RaiII (1992) menyatakan, memahami gaya
pembelajaran seseorang pelajar dengan cara yang terbaik akan membantu guru mengurangkan
kekecewaannya dan kekecewaan pelajar tersebut.

Dalam konteks memahami siIat pelajar, gaya pembelajaran menjadi indikator bagaimana
seseorang pelajar belajar dan cara belajar yang digemarinya. Gaya pembelajaran juga dianggap
sebagai strategi pengajaran kerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang pelajar
memberikan maklumat tentang kognisi konteks dan kandungan pembelajaran.

Abd. Rahim bin Abd. Rashid (1998), seorang tokoh pendidikan merumuskan kaedah
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dalam matapelajaran yang berkesan perlu mempunyai
ciri-ciri tertentu. Persoalannya, adakah para guru memiliki ciri-ciri tersebut. Antara persoalan
didalam kaedah pengajaran dan pembelajaran ialah:


i) Adakah guru perlu dan dapat menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya
pembelajaran pelajar dengan lebih menekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap,
penghayatan dan apresiasi sesuatu matapelajaran dalam kehidupan pelajar?

ii) Proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran yang melibatkan guru-
guru dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran dengan menggunakan alat bantuan
terkini seperti penggunaan komputer, soItware atau internet. Adakah hal ini dapat dan
telah dilaksanakan dengan berkesan?

iii) Adakah guru mendedahkan atau memberi bimbingan melalui gaya pembelajaran dengan
cara pengumpulan data atau maklumat dan cara satu bahan itu disusun atau dianalisis?

iv) Bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah luput apa yang dipelajari, gaya pembelajaran
dalam sesuatu metepelajaran seharusnya sentiasa mengaplikasikan apa yang dipelajari
kepada situasi baru adalah amat perlu dilakukan oleh pelajar. Persoalannya, apakah cara
dan strategi yang sesuai untuk melaksanakan objektiI ini?

v) Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran perlu menarik minat
dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini amat penting menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih bersiIat inovatiI dan kreatiI untuk mengembangkan minda kritis dan
kreatiI pelajar. Manakala, kaedah dan metodologi pengajaran yang bersiIat `spoon Ieed`,
induktiI dan khutbah yang hanya menentingkan supaya murid menerima sahaja apa yang
disogok oleh guru telah tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan
budaya belajar dan budaya mengajar pada era perkembangan inIormasi maklumat yang
berlaku dalam masyarakat moden .

Cara pengajaran tradisional tidak boleh membantu para pelajar dalam mempraktikkan gaya
pembelajaran berkesan. Oleh itu, gaya pengajaran guru perlu diubahsuai kepada bentuk gaya
pengajaran lain seperti gaya pengajaran inkuiri yang boleh memantapkan gaya pembelajaran dan
seterusnya meningkatkan pencapaian akademik. Gaya pembelajaran berkesan di kalangan pelajar
juga banyak bergantung kepada motivasi, minat dan cara pengajaran yang diperkenalkan guru.

Dalam pembelajaran individu, para guru, pelajar dan ibubapa memahami stail pembelajaran
pelajar dan menganggap perbezaan yang ada pada diri seseorang pelajar itu merupakan satu
keistimewaan dan mereka dapat menggunakan keistimewaan itu secara berkesan dalam
pembelajaran mereka. Satu perancangan yang teliti dan sistematis amat diperlukan
memandangkan stail belajar individu merupakan satu aspek yang begitu penting dalam
pendidikan masa kini dan akan datang. Apabila kaedah, sumber dan program dipadan-suaikan
dengan stail belajar pelajar, maka pencapaian akademik dan sikap pelajar akan meningkat. Gaya
belajar seseorang adalah berbeza antara satu dengan lain tanpa mengambil kira umur, status
sosioekonomi atau IQ.

Menurut kenyataan Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia dalam
Berita Harian 16 April 1996, beliau menegaskan kemudahan inIrastruktur adalah penting bagi
guru dalam melaksanakan pengajaran dan memudahkan para pelajar menyesuaikan aktiviti
pembelajaran mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh KBSM dengan lebih baik dan
berkesan. Sehubungan dengan itu, adakah semua sekolah mempunyai inIrastruktur seperti yang
dinyatakan?

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Tuan Haji Ahmad Mohd. Said dalam Berita Harian
3hb September 1998 , menyatakan guru bukanlah semata-mata perlu memiliki ilmu pengetahuan
terkini malah lebih daripada itu guru-guru perlu memahami dan menyelami kehendak pelajar
termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar , dengan ini segala tugas guru boleh
dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan. Boleh dan dapatkah seorang guru memahami
dan menyelami kesemua kehendak pelajar-pelajarnya yang ramai? Bagaimana?

Pembelajaran merupakan satu proses interaksi yang melibatkan pelajar, pengajar dan
persekitaran . Interaksi individu dengan persekitaran adalah penting bagi mewujudkan
pengalaman yang pelbagai untuk terjadinya pembelajaran.


Jantina
Pelajar


Gaya
Pembelajaran

Lokasi Personaliti Pencapaian
Sekolah Pelajar Pelajaran

Gaya
Pengajaran

Etnik



ubungan 1antina dan Lokasi dan Etnik Personaliti, Gaya Pembelajaran, Gaya
pengajaran dan Pencapaian Mata Pelajaran

Apabila kita memperkatakan tentang kumpulan pelajar sekurang-kurangnya terdapat empat
kumpulan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan iaitu aktif, reflektif,
teoris dan pragmatis. Bagi pelajar-pelajar yang mengamal sikap pembelajaran secara aktif,
mereka lebih suka terlibat dalam suasana perbincangan dan golongan reflektif pula lebih
gemar mengumpul dan menganalisis data. Manakala golongan teoris pula lebih menjurus
kepada perkara-perkara yang berasaskan bukti dan logik, sementara golongan pelajar pragmatis
cenderung membaca idea, teori dan teknik bagi memastikan ianya berguna dalam situasi yang
sebenar.
Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya tidak
setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan
searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka
tetapi Iizikal, mental, emosi dan social mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang
banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan
atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan kesediaan belajar boleh
dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan:

O Kematangan fizikal
Perkembangan pada Iizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang tinggi.
Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap
perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian
terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan Iizikal seperti ini adalah amat penting.
Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan
perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan asas pembelajaran.
Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat Bantu mengajar. Jika
berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus
mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang
berIaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagi perkembangan
potensi semula jadi pelajar.

O Kematangan intelek (mentel)
Kebolehan mental ditakriIkan sebagai kebolehan mentaIsir deria (persepsi), kebolehan
membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi), kobolehan untuk mengingati
kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang hal-
hal yang diprolehi daripada pengalaman ataupun yang abstrak. Kematangan intelek tidak
mempunyai hadnya. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan
mental yang paling mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks.
Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan pada tahapsejauh manakah
kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan-perubahan
perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun
perkembangan intelek itu merupakan proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat dan
berterusan, namun proses ini tidak sama bagi semua pelajar. Memang terdapat
kecenderungan am yang sama dalam kalangan mereka yang sedang menjelani proses
kematangan tetapi kadar pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka
yang bertanggungjawabdengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira
perbezaan-perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti Iakta ini sebelum merancang dan
seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas.

O Kematangan Emosi
Kematangan Emosi menggambarkan satu kaedaan yang dikaitkan oleh dorangan-dorongan
melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandungi
nada perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan . Ahli-ahli psikologi dan
Iisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak balas Iisiologi.
Gerak hati atau desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin
terjadi dalam perbagai gabungan dan peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan sebagai
suatu pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan penyalarasan dalaman secara am
dengan keadaan mental dan Iisiologi yang bergerak dalam diri individu dan kemudiannya
diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata.


Rujukan

Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu, S.Nathesan, Penerbit Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1999.

Strategi pendidikan bahasa Melayu, Institut Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.

Anda mungkin juga menyukai