Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN MAJLIS GRADUASI SESI 2 2011

Bil Upacara Teks 1. Alualuan Kami berasa begitu bertuah kerana pada pagi yang indah ini, majlis akan diserikan dengan persembahan-persembahan yang disampaikan oleh para pelajar tingkatan lima. Doa makan Sebelum itu, majlis sekali lagi ingin menjemput yang berusaha ustaz Ibrahim mohamad untuk mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Berbanyak terima kasih diucapkan kepada yang berusaha ustaz Ibrahim mohamad atas bacaan doa beliau itu tadi. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian Baik lelaki mahupun perempuan Janganlah malu, janganlah segan Makanan yang terhidang jemputlah makan. Majlis menjemput para hadirin untuk menjamu selera. Kelab tarian Seterusnya tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua, majlis akan dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada pasukan tarian SMKCP yang akan mempersembahkan sebuah tarian berkonsepkan retro 60an berlatarkan lagu-lagu popular allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang dipimpin oleh En miraz b yusof. Majlis mempersilakan Begitulah persembahan yang begitu indah dan menghiburkan daripada pasukan tarian kebudayaan dan kesenian SMKCP. Alhamdullilah bertemu kita sekali lagi pada hari ini bagi sesi kedua majlis graduasi pelajar tingkatan lima dan ppki smk Cochrane perkasa 2011.

Tindakan

5T1

Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan daripada para pelajar tingkatan lima. Dimulakan dengan kelas 5T1 yang akan mempersembahkan tarian dan tiupan saksafon yang bertemakan peredaran zaman daripada zaman retro vintage sehingalah ke zaman moden. Oleh itu, marilah kita bersama-sama saksikan. Dipersilakan Begitulah tadi persembahan yang menarik daripada para pelajar tingkatan 5T1. Saya pasti ada yang telah jatuh hati dengan tiupan saksofon saudara Adam sebentar tadi. Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi ayuh kita bersama-sama

5T2

menyaksikan persembahan para pelajar 5T2 yang akan mempersembahkan nyanyian koir sebuah lagu inggeris bertajuk you are not alone majlis mempersilakan.

Berikan tepukan yang gemuruh kepada para pelajar tingkatan 5T2 atas persembahan mantap mereka sebentar tadi. Baiklah, persembahan seterusnya akan disampaikan oleh wakil daripada 5S1 para pelajar tingkatan 5S1 yang akan mempersembahkan sebuah drama muzikal yang bertajuk 5S1 The Musical. Drama ini mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Branson mengharungi suka duka kehidupan sebagai seorang pelajar cemerlang di SMK Cochrane Perkasa. Tanpa melengahkan masa lagi dijemput tingkatan 5S1 dengan drama mereka bertajuk 5S1 the musical Dipersilakan. Tepukan yang gemuruh untuk para pelajar tingkatan 5S1 atas persembahan mereka sebentar tadi. Persembahan seterusnya adalah di

bawah arahan saudara lee chin Huang dan dibantu oleh rakan-rakan yang lain. 5S2 Majlis diteruskan dengan persembahan daripada para pelajar ting 5S2 yang turut mempersembahkan sebuah teater musical yang bertajuk life in S2. Majlis mempersilakan para pelajar tingkatan 5S2 dengan persembahan mereka. Begitulah tadi sebuah persembahan yang cukup menarik dan bersemangat daripada para pelajar tingkatan 5S2. Sekali lagi berikan tepukkan gemuruh kepada peserta yang telah dan akan membuat persembahan pada hari in Persembahan seterusnya, merupakan sebuah persembahan tarian K-pop 5K1 yang cukup terkenal dn menjadi kegilaan di kalangan remaja zaman kini. Tanpa membuang masa, dijemput wakil pelajar ting 5K1 untuk menyampaian tarian mereka bertajuk ROLY ROLY Tahniah diucapkan kepada para pelajar tingkatan 5K1 atas persembahan tarian yang comel itu tadi. Diharap para hadirin dan hadirat terhibur dengan persembahan-persembahan yang disediakan oleh para pelajara tahun akhir SMK Cochrane Perkasa ini.

Baiklah, sebagai acara selingan kita pada hari ini, majlis turut mengadakan Cabutan cabutan bertuah bagi semua hadirin hadirat sekalian. Oleh itu majlis bertuah dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha Puan Hjh Hanipah Bt endut untuk mengiringi Puan Pengetua cemerlang SMK CP Pn Hjh Zainab Bt Hashim untuk menyampaikan hadiah kepada yang bertuah pada hari ini. Baiklah, nombor yang bertuah pada hari ini ialah, . (7X)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang berusaha pn Hjh Zainab Bt Hashim atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang yang bertuah. Anda ingin lihat persembahan lagi? Baiklah persembahan seterusnya adalah merupakan persembahan kugiran Band guru guru SMK CP yang akan mendendangkan 2 buah lagu iaitu sangkar Cinta dan goodbye dibawah pimpinan En Amaran Ali dan Pn Nanda T Ismail. Majlis mempersilakan Demikianlah tadi begitu lunak dan merdu suara pelajar dan guru SMK CP. Berikan tepukkan gemuruh sekali lagi kepada kugiran guru SMKCP. Oleh itu tanpa melengahkan masa, marilah bersama-sama kita saksikan 5K2 persembahan seterusnya daripada pelajar tingkatan 5K2 yang akan sebuah lagu yang merupakan sebuah lagu yang cukup evergreen. Lagu ini begitu popular pada tahun 70an nyayian Terry Jacks dan dinyanyikan semula oleh kumpulan westlife. Hadirin hadirat sekalian terimalah 5K2 dengan lagu mereka Season in the sun Sungguh merdu petikan piona yang dimainkan oleh adik SooAnnyi daripada Ting 5K2. Berikan tepuk gemuruh kepada beliau. Baiklah, kini majlis ini menjemput para pelajar tingkatan 5K3 untuk 5K3 menyampaian persembahan mereka yang bertajuk

Sungguh ceria dan menghiburkan persembahan itu tadi. Saya yakin para hadirin tentu amat terhibur dengan persembahan-persembahan daripada para pelajar setakat ini. Tapi keseronokkan belum sampai ke penghujungnya lagi, kini mari kita 5K4 bersama-sama menyaksikan sebuah persembahan istimewa dari kumpulan muzik yang diterbangkan sekali lagi dari korea, di jemput kumpulan FT Island 5K4 dengan lagu mereka ihope dipersilakan. Berikan tepukan yang gemuruh kepada Kumpulan muzik 5K4 yang menyampaikan lagu I hope secara live untuk kita semua. Baiklah seperti yang kita semua tahu, persembahan seterusnya adalah 5K5 daripada para pelajar tingkatan 5K5 yang akan mendendang dua buah lagu iaitu lagu Memori tercipta dan sebuah lagu yang popular menerusi rancangan Glee were all in this together .dipersilakan 5K5 Persembahan terakhir pada hari ini adalah daripada kugiran pelajar SMK Band pelajar CP yang akan mendendangkan ..

Ribuan terima kasih diucapkan kepada kugiran pelajarSMKCP di atas persembahan yang mantap sebentar tadi. Baiklah, majlis akan diteruskan lagi untuk penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan persembahan pada pagi ini mengikut kategori yang telah ditetapkan. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha En Pian A/L Chen untuk mengiringi Pn hjh Zainab bt Hashim Pengetua cemerlang SMKCP untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi kategori 1. PERSEMBAHAN PALING BERSEMANGAT dimenangi oleh 2. Bagi kategori PERSEMBAHAN PALING KREATIF dimenangi oleh 3. Bagi kategori PERSEMBAHAN 1MALAYSIA dimenangi oleh 4. Bagi kategori KOSTUM TERBAIK dimenangi oleh 5. BAKAT HARAPAN 6. KERJASAMA TERBAIK 7. PERSEMBAHAN PALING MEMIKAT HATI 8. KOMITMEN TERBAIK 9. PERSEMBAHAN TERBAIK Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Pn Hjh Zainab Bt Hashim atas kesudian beliau untuk menyampaian hadiah kepada para pemenang Sebelum majlis melabuhkan tirai , kami bagi pihak majlis dan ajk Pengelola Majlis Graduasi pelajar tingkatan lima dan PPKI 2011 ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Semua yang telah terlibat secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan majlis kita pada hari ini. Justeru itu kami juga ingin memhohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, dan kekurangan pada majlis hari ini kepada para hadirin dan hadirat yang kami hormati sekalian. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, Dilain masa bersua lagi. Sekian saja daripada kami Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Anda mungkin juga menyukai