Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran

asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya. Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian pelajar walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah. Penulisan ini akan membincangkan bagaimana dan apa usaha yang guru lakukan untuk membantu murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran membaca meskipun sudah lima tahun setengah melalui pembelajaran di sekolah rendah. Beberapa aspek yang akan disentuh dalam perbincangan ini adalah teor-teori pemerolehan bahasa, kaedah dan pendekatan pengajaran serta beberapa perkara tentang pemilihan, penyesuaian dan penggunaan alat/bahan bantu mengajar. TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Berikut merupakan 3 daripada beberapa teori-teori yang mengkhusus kepada pemerolehan bahasa yang pernah dikemukakan, iaitu Teori Behaviouris, Mentalis dan Konstruktivis. 1. Teori Mentalis (pelopor Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks) Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan yang banyak. Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. 1.1 Kebaikan Kebaikan-kebaikan teori ini ialah: a. Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulangulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem. b. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. c. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan. 1.2 Kelemahan Walaupun demikian terdapat beberapa kelemahan teori ini iaitu: a. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar, contohnya dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, guru perlu menghasilkan bahan-bahan bantu bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. b. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru mesti bersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri. c. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru untuk belajar. 1.3 Pengaplikasian teori dalam kelas bacaan Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara berulangulang. Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut suku kata contohnya KV + KVK (LUSUH dan lain-lain), guru akan meminta pelajar mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul seperti yang diajar. Berkemungkinan kekerapan pengulangan itu bergantung kepada penguasaan pelajar tersebut. Sekiranya budak itu cepat belajar, pengulangan adalah sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan adalah agak lama sesuai dengan kemahiran pelajar. Setelah menguasai kemahiran menyebut suku kata, guru akan diperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang terbina daripada suku kata tadi. Seterusnya pelajar diminta memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini adalah berulang kali sehingga penguasaan terhadap kemahiran berlaku. 2. Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor Noam Chomsky) Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur. 2.1 Kebaikan a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat. b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahanbahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa. 2.2 Kelemahan

a. Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur). 2.3 Aplikasi dalam kelas bacaan Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.

3.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Psikolinguistik adalah gabungan dua perkataan iaitu psikologi dan linguistik merupakan dua disiplin ilmu yang berlainan dan dapat berdiri sendiri walaupun terpisah di antaranya. Bidang ini memperlihat pertalian antara penguasaan bahasa yang ditinjau dari sudut psikologi yang mempengaruhi seseorang dalam proses penguasaan bahasa. Berdasarkan buku Pengajian Melayu 1, 1997:75, menurut pandangan Lado (1976), Psikolinguistik adalah pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik bagi kajian pengetahuan bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa dan lain-lain yang berkaitan dengannya yang tidak mudah dicapai atau didekati melalui salah satu daripada kedua ilmu tersebut secara terpisah atau tersendiri. Justeru, dapat disimpulkan bahasa pencapaian terhadap sesuatu tidak akan berlaku sekiranya salah satu daripada kedua-dua ilmu sahaja digunakan sebaliknya haruslah menggunakan kedua-dua disiplin ilmu tersebut walaupun setiap satunya maampu berdiri dengan sendiri.

Penulisan daripada buku Pengajian Melayu 1, 1997:75, menghuraikan pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikolinguistik seperti C.F. Miller (1964), Slobin (1974) dan Slama-Cazaku (1973) menyatakan bahawa psikolinguistik sebagai satu ilmu yang cuba menghuraikan proses-proses psikologi yang terjadi apabila seseorang mengucapkan ayat-ayat dan memahami ayat-ayat yang didengarnya pada waktu berkomunikasi dan bagaimana kebolehan itu diperoleh manusia. Berdasarkan kepada pendapat yang dikemukakan oleh tokoh tersebut, satu kajian berkaitan kebolehan seseorang manusia yang berlaku apabila seorang penutur itu bertutur dan mendengar serta memahami pertuturan itu. Selain itu, Garnham (1985) berpendapat bahawa: psikolinguistik adalah kajian tentang mekanisme-mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Disiplin ini merupakan disiplin saintifik yang matlamatnya untuk mencapai satu teori yang koheren tentang cara bahasa dihasilkan dan difahami. Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa Garnham cuba mencari penyelesaian bagaimana mekanisme mental manusia berfungsi bagi membolehkan individu itu menggunakan bahasa dan pada masa yang sama menterjemahkan dan memahami bahasa yang dituturkan. Bidang psikolinguistik telah meluasi implikasi-implikasi psikologi terhadap bidang lain, daripada fonetik akustik hingga ke bidang patologi dan lain-lain. Sebagai perkembangan terakhir kepada transformasi-generatif, kajian tentang cara-cara penguasaan bahasa oleh kanak-kanak adalah antara bidang dan minat yang terpenting dalam disiplin ini. Disebabkan skop tumpuan psikolinguistik adalah terhadap pemerolehan bahasa di samping pembelajaran dan pengajaran bahasa, masalah-masalah dalam pengajaran bahasa telah banyak dicuba untuk diselesaikan melalui kajian-kajian psikolinguistik. Secara tidak langsung, sumbangan psikolinguistik dalam pengajaran bahasa tidak sepatutnya dinilai berdasarkan teori-teori pengajaran bahasa sahaja, malah dilakukan terhadap teori pembelajaran dan pemerolehan bahasa juga. Kajian mengenai bagaimana manusia memperoleh bahasa terangkum dalam disiplin psikolinguistik. Berdasarkan kajian secara empirikal, terdapat dua teori utama yang mengutarakan bagaimana manusia memperoleh bahasa. Teori pertama menyatakan bahawa

bahasa diperoleh manusia secara behaviouris atau mekanis sementara teori yang kedua pula dikenali sebagai teori kognitif atau mentalis. Selain itu, teoriinteraksional juga tidak kurang pentingnya serta mempengaruhi pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Justeru, seseorang guru bahasa wajar mengetahui teori-teori dan proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa agar dapat menyampaikan pengajaran secara berkesan. Pemerolehan bahasa ditakrifkan sebagai pengusaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari atau dipelajari secara langsung. Seseorang itu tidak mendapat pendidikan secara formal untuk mempelajari sesuatu bahasa tetapi menmperolehnya daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli masyarakat di persekitarannya. Proses pemerolehan bahasa berlaku dengan aktifnya pada kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga enam tahun. Hasil penyelidikan mendapati bahawa pemerolehan bahasa yang paling kritikal di kalangan kanakkanak adalah adalah antara umur satu hingga lima tahun (Awang Mohamad Amin, 1979). Seandainya jangka masa ini terlangkau, perkembangan bahasa kanak-kanak akan terhalang. Ahli-ahli psikolinguistik bersependapat bahawa kanak-kanak akan mengalami kesukaran untuk menguasai bahasa secara pemerolehan sesudah umur 13 tahun.Sebaliknya, kanakkanak akan lebih cenderung menguasai bahasa melalui proses pembelajaran yang berat. Mutu bahasa yang diperoleh oleh kanak-kanak pada masa itu bergantung kepada bahasa yang mulamula didedahkan kepadanya. Namun, ini tidak bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa, tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding dengan kanak-kanak (Krashen dan Terrell, 1983). Pemerolehan bahasa pertama berlaku sejak manusia lahir lagi berbanding pemerolehan bahasa kedua yang berlaku melalui pembelajaran sesuatu bahasa. Bahasa pertama adalah bahasa kandung atau bahasa ibunda seseorang itu yang mula-mula didengar, ditutur dan dikuasai oleh kanak-kanak.. Misalnya seseorang yang lahir dalam sebuah keluarga yang berbangsa Melayu akan memperoleh bahasa pertamanya iaitu Bahasa Melayu dan berlaku secara tidak sedar serta melibatkan pendedahan terhadap input linguistik dalam persekitaran alamiah. Proses penguasaan bahasa pertama terbahagi kepada peringkat fonologi iaitu pengeluaran bunyi dan membiasakan diri dengan bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Sementara peringkat morfologi pula menggabungkan unit-unit bunyi agar menjadikan bunyi yang lebih bermakna dan peringkat sintaksis pula menggabungkan morfem-morfem menjadi frasa dan ayat yang bermakna.

Bahasa Kedua didefinisikan sebagai bahasa yang kedua yang dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh dan dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu serta berlaku secara formal berbanding pemerolehan bahasa pertama yang berlaku secara tidak formal. Brooks (1964), menyatakan bahawa: Setiap orang yang bertutur telah menguasai bahasa ibundanya

melalui ajukan dan analogi tanpa sebarang pertolongan daripada analisa, maka adalah wajar sebahagian daripada kebolehan ini akan menolongnya dalam mempelajari bahasa asing. (Pedagogi untuk Asas Pendidikan, 2003: 115) Oleh itu, adalah wajar bagi seseorang untuk memahami bahasa baru yang dipelajarinya misalnya seseorang yang dilahirkan dan dibesarkan dengan Bahasa Melayu, Bahasa Melayu yang diperoleh itu adalah secara semulajadi dengan membuat ajukan dan analogi tanpa pertolongan daripada analisa. Justeru, keadaan yang sama juga boleh diaplikasikan ketika mempelajari baharu baharu sebagaimana cara yang telah digunakan semasa mempelajari bahasa ibundanya. Latih tubi menggalakkan kebolehan ini berfungsi. Sementara Chomsky pula mengatakan Mempelajari bahasa adalah satu proses menguasai dengan cara sedar akan polapola fonologi, sintaksis dan leksikal satu-satu bahasa itu. Teori ini menekankan kepentingan pemahaman murid akan struktur-struktur bahasa asing. Kekangan yang sering berlaku kepada bahasa kedua adalah kekurangan masa untuk mempelajari bahasa tersebut serta bahasa tersebut tidak dapat dipraktikkan dengan sepenuhnya. Pada masa yang sama, pembelajaran bahasa kedua ini adalah terhad kepada tujuan-tujuan yang tertentu sahaja dan keinginan belajar bahasa kedua tidak kuat walau sedar bahasa itu berguna. Sebagaimana yang telah diterangkan, guru yang berkesan adalah guru yang mempunyai pengetahuan tentang bagaimana proses pemerolehan atau pembelajaran bahasa berlaku. Pendapat yang bertentangan tentang pemerolehan bahasa timbul daripada dua teori yang utama iaitu teori behaviouris atau mekanis dan teori kognitif atau mentalis. Di samping itu, teori interaksional dan teori fungsional juga mempengaruhi dalam proses pemerolehan bahasa. Teori pemerolehan bahasa :

3.1 Teori Behavioris ( B.F Skinner ) Teori ini diasaskan oleh Ivan Pavlov dan Leonard Bloomfield, kemudiannya dikembangkan oleh B.F Skinner, Watson dan Thorndike. Melalui teori ini, pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia, iaitu pemerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi. Teori ini menyangkal keupayaan mental, dengan mengatakan semua bentuk pembelajaran tiada kaitan dengan keupayaan mental. Apa yang dipercayai, tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka. Selain itu, dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan ransangan dan tindak balas, dan penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan perhatian. Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan berubah, sudah semestinya latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasa. Dengan kata lain, penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk mendapatkan gerak balas yang sempurna. Teori behavioris bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (Learning Leads To A Change In Behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (18491936) yang menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan.

Thorndike (18741949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response Theory (Teori Pelaziman Operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki. Lanjutan daripada itu, Skinner (19041990) mengemukakan teori Contiguity of Feedback/ Reinforcement, iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan memberi peneguhan secara positif atau negatif. Misalnya, pelajar diberi ganjaran/pujian (peneguhan positif) apabila berjaya melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja rumah atau sebaliknya dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Teori ini tidak dapat menerangkan tentang proses pembelajaran dan proses pemikiran, ia hanya dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui proses rote-learning. Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan.

3.2 Teori Mentalis (Noam Chomsky) Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky dan teori mentalis turut disokong oleh ahli-ahli psikologi yang lain, iaitu Jean Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausubel, Bruner Gagne. Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir secara memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan. Menurut mereka, manusia adalah haiwan, tapi bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah. Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa berada dalam keadaan sedar. Teori mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumusrumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek

penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan. Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut: Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan. Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti. Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru, guru hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahanbahan yang hendak disampaikan. Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan strukturstruktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai strukturstruktur bahasa yang terdapat di dalam sistem bahasanya dengan baik. Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan

berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya. Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Kajiankajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna, penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus-rumus dan konsep-konsep tatabahasa dan kemudian baharulah diberi contoh-contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar biasanya dilakukan secara formal.