Anda di halaman 1dari 16

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/1

UNIT 1
OBJEKTIF

Objektif am

: Memahami Sistem Senggaraan

Objektif khusus

: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

Menerangkan definisi dan objektif senggaraan. Menerangkan pencegahan dan mengurangkan kerosakan. Menerangkan kos senggaraan yang minima. Menerangkan tentang tempoh hayat sesebuah mesin.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB

11/18/2011

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/2

Input
1.0 PENGENALAN Sebelum kita mempelajari penyenggaraan dan baikpulih alat elektronik dengan lebih luas, kita perlulah mengetahui dan memahami tentang senggaraan itu sendiri seperti definisi, jenis-jenis senggaraan serta konsep-konsep penting dalam senggaraan. Setelah mendapat gambaran yang jelas, maka bolehlah kita mempelajari tiap-tiap tajuk tersebut secara berperingkat-peringkat dengan lebih mudah dan cepat. Ini adalah unit satu dalam siri Modul Penyenggaraan dan Baikpulih Alat Elektronik yang mengandungi 11 unit pada keseluruhannya. Anda diharap dapat memulakan unit ini dengan tenang tetapi bersungguh-sungguh. Selamat Mencuba 1.1 DEFINISI SENGGARAAN Mengikut kamus teknikal senggaraan atau maintenance adalah kombinasi di antara semua proses teknikal dan hal yang menghubungkan pergerakan sistem penyenggaraan (peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam sebuah sistem agar berfungsi mengikut perlaksanaan perancangan yang diperlukan. Definisi/Istilah dari kamus Radio Shack's Dictionary of electronic senggaraan bermaksud melihat dan menyemak bagi mengesan dan menghapuskan (mencegah) segala proses yang salah atau kegagalan berfungsi di dalam sebuah peralatan elektronik. Walau bagaimanapun, definisi kedua senggaraan adalah bertujuan daripada kewujudan kesan balik (feedback) oleh sebuah peralatan/mesin yang beroperasi secara senyap dan yang mungkin sempurna di mana mencapai tahap maksima dalam sesebuah peralatan elektronik.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB

11/18/2011

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/3

1.1.1

Contoh aktiviti-aktiviti senggaraan. Berikut adalah beberapa contoh aktiviti senggaraan yang biasa dilakukan pada

peralatan elektrik/elektronik. Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang telah dirancangkan dan diteliti. Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan dan menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah dirancangkan supaya senang untuk disenggarakan dengan betul dan sempurna.

Rutin senggaraan motor dilengkapi dengan senarai seperti pemeriksaan berus Melaraskan regulators mengikut prestasi yang tepat. Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya. Merekodkan data mengenai kendalian sesuatu sistem seperti kelajuan, ketegangan

karbon, bering, komutator dan suhu kendalian

peralatan.

bacaan arus, voltan dan sebagainya. 1.2 OBJEKTIF SENGGARAAN

Cuba anda fikir, apakah objektif senggaraan ? Objektif senggaraan adalah seperti berikut; Dapat mengemaskini sistem peralatan atau sesuatu mesin. Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum. Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang disenggarakan.

disenggarakan.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB

11/18/2011

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/4

Dapat

memudahkan

mengenalpasti

kerosakan

sesuatu

peralatan

yang

disenggarakan. Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah peralatan Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan. KOS SENGGARAAN YANG MINIMUM Untuk meminimumkan kos penyenggaraan, setiap proses senggaraan peralatan perlulah dirancang dengan teliti. Rajah1.0 menunjukkan satu contoh carta rancangan senggaraan bagi mengurangkan kos. Kalau dilihat pada carta tersebut didapati, senggaraan yang dirancang mempunyai perancangan pencengahan, pembaikan, jadual senggaraan dan syarat dan dasar senggaraan. Senggaraaan yang disenggarakan. 1.3

Senarai Perancangan Senggaraan

Tiada Perancangan Senggaraan

Perancangan Senggaraan Pencegahan

Senggaraan Pembaikan (Senggaraan Kecemasan)

Senggaraan Pembaikan (Senggaraan Kecemasan)

Jadual Senggaraan

Syarat dan Dasar Senggaraan

Rajah 1.0 : Perancangan Senggaraan

1.3.1

Perancangan Senggaraan 11/18/2011

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/5

Perancangan senggaraan merupakan tempat pengaturan proses senggaraan dan membawa keluar atau maklumat dengan disertakan perancangan masa depan. Kawalan dan tempat menyimpan data-data penentuan sebuah perancangan yang hendak dilakukan. 1.3.2 Tiada Perancangan Senggaraan Merupakan senggaraan yang tidak mempunyai penentuan dalam perancangan untuk menyelenggarakan sesuatu peralatan atau mesin. 1.3.3 Senggaraan Pencegahan Pencegahan senggaraan ini membawa maksud sesuatu penentuan yang dibuat

adalah mengikut kepada sesuatu pemerhatian atau menggunakan kriteria yang ada bersuaian dengan tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat. 1.3.4 Senggaraan Pembaikan Merupakan senggaraan yang dilakukan selepas terjadinya sesuatu kerosakan di dalam sesuatu peralatan atau mesin yang disenggarakan dan juga bertujuan untuk menyimpan item mengikut keadaan dimana senggaraan ini boleh melakukan dan melaksanakan satu fungsi yang diperlukan. 1.3.5 Senggaraan Kecemasan Senggaraan ini diperlukan dimana untuk membaiki sesuatu mesin atau peralatan adalah dengan segera untuk mengelakkan daripada menerima akibat yang lebih serius. Senggaraan ini memakan masa yang agak lama iaitu lebih daripada sehari, biasanya keputusan akibat daripada terjadinya senggaran ini adalah berpunca daripada penglibatan persekitaran iaitu angin, kebocoran dan lain-lain. Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 11/18/2011

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/6

1.3.6

Syarat dan Dasar Senggaraan Merupakan senggaraan yang bersifat kepada pencegahan yang bermula daripada

keputusan perbincangan dengan syarat semua item mestilah diulangi (routine ) atau proses penyambungan monitoring. 1.3.7 Jadual Senggaraan Merupakan satu sistem jadual yang lengkap yang lebih tertumpu jadual sengaraan cara-cara pencegahan yang meliputi penentuan masa, hari, nombor pengeoperasian, proses yang disenggarakan, teknik, kawalan teknikal, dan lain-lain. Dengan adanya sistem perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar kos minimum dapat ditentukan dan digunakan sebagai peruntukan untuk satu peralatan atau mesin elektronik. Untuk mendapat kos yang minimum juga, maka mestilah menggunakan satu dasar sistem yang digunakan untuk pemeriksaan perancangan dan senggaraan akan mempunyai kos melebihi takat tinggi iaitu melebihi kos perancangan tetapi kos perancangan juga secara bersesuaian dengan tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat. Dengan adanya sistem perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar kos melebihi takat tinggi iaitu melebihi kos perancangan tetapi kos perancangan juga akan mendahului takat rendah senggaraan perbelanjaan. Untuk sistem perancangan yang lengkap tidak selalu banyak yang layak dan perlindungan diperlukan untuk mencipta sistem yang bagus untuk mendapatkan tahap kos yang lebih minimum. Rajah 1.1 menerangkan perhubungan kos dengan masa bagi penyenggaraan berperancangan dan tanpa perancangan.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB

11/18/2011

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/7

Kos (RM) Senggaraan tanpa perancangan

Senggaraan berperancangan

Masa (tahun) Rajah 1.1: Hubungan di Antara Kos Minima dan Sistem Berperancangan & Tiada Perancangan Pelakar senggaraan mestilah melengkapi binaan lakarannya dengan memuaskan, ini perlu kerana ia dapat mengukuhkan baki di antara kos minimum dengan kos kemudian hari. Oleh kerana senggaraan ini penting untuk itu bahagian lakaran hendaklah lebih mengembangkan kaedah yang lebih berkesan dan meramalkan setiap fungsi lakaran yang menjimatkan. Apabila lakaran atau planning untuk senggaraan lengkap maka ia akan memperolehi nilai kos yang terbaik. Apabila tiada keuntungan jumlah kos pelaksanaan sesuatu senggaraan kerapkali susah untuk dinilai dan maklumbalasnya akan menghadkan senggaraan tersebut akibat kekurangan maklumat yang terbaik. Rajah 1.2 adalah menerangkan The breakdown of total costs yang melibatkan kepada skop tentang aliran kos. Dimana jumlah kos senggaraan adalah juga melibatkan kos perkhimatan operasi dan pembersihan.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB

11/18/2011

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/8

Jumlah Kos (Waktu Senggaran} Kos Permulaan Kos Pengguna

Kos Tanah Kos Pembinaan Bayaran Profesional

Aliran Kos

Tukaran Penempatan

Penyenggaraan Khidmat operasi (Operasi & Pembersihan

Kadar (rates) Insuran

Rajah 1.2 : Breakdown of total costs. 1.4 Memastikan Tempoh Hayat Mesin Jangka hayat bagi setiap mesin biasanya tidak tetap dimana bergantung kepada beberapa faktor tertentu. Selain dari itu juga ianya turut bergantung kepada jenis mesin ataupun peralatan yang digunakan dan dimana ianya digunakan. Kebiasanya cara dan jenis senggaraan pencegahan yang, dilakukan ke atas mesin tersebut yang mana perlu mengikut cara yang betul, contohnya sengaraan yang tidak sewajarnya dilakukan ke atas motor elektrik dan penjana akan menyebabkan kewujudan habuk dan kotoran melekat padanya yang boleh menyebabkan berlakunya hakisan pada bearing. Seharusnya sistem senggaraan berjadual perlu diwujudkan bagi memastikan setiap peralatan sentiasa disenggarakan . Selain daripada itu faktor perubahan suhu, tahap kelembapan, keadaaan persekitaran yang berkimia turut memendekkan tempoh hayat mesin terutama peralatan elektronik yang mudah rosak seperti Pemacu Elektronik dan PLC yang banyak digunakan di dalam industri. Cara penggunaan juga banyak mempengaruhi tempoh hayat mesin terutama kepada peralatan yang melibatkan penggunaan di dalam rumah seperti radio, televisyen dan Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 11/18/2011

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/9

komputer peribadi. Kebanyakkan peralatan ini kurang diselenggarakan oleh penggunanya dan mungkin juga terdapat kesalahan cara penggunaan.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB

11/18/2011

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/10

AKTIVITI 1

Soalan 1 Terangkan definisi senggaraan.

Soalan 2 Nyatakan syarat operasi di bawah takat normal dan lingkungan kawalan senggaraan.

Soalan 3 Huraikan matlamat objektif senggaraan. Soalan 4 Anda dikehendaki merujuk kepada Rajah 1.1 pada modul ini, cuba terangkan apakah yang hendak di sampaikan oleh rajah tersebut.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB

11/18/2011

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/11

MAKLUMBALAS 1

Soalan 1 Senggaraan atau maintenance adalah kombinasi di antara semua proses teknikal dan hal yang menghubungkan pergerakan system penyenggaraan (peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam sebuah system agar berfungsi mengikut perlaksanaan perancangan yang diperlukan. Soalan 2 Syarat-syarat operasi di bawah takat normal dan linkungan kawalan senggaraan adalah: Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang telah

dirancangkan dan diteliti. Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan dan menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah dirancangkan supaya senang untuk disengarakan dengan betul dan sempurna.

Routine senggaraan motor dilengkapi dengan senarai: pemeriksaan brushes, Melaraskan regulators mengikut performance yang tepat. Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya.

bearing, commutator dan suhu kendalian


peralatan.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB

11/18/2011

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/12

MAKLUMBALAS 1

Merekodkan parameter system ( Speed, tension, amperes, voltan etc ) meliputi

oscilloscope traces dan carta rakaman. Soalan 3 Matlamat objektif senggaraan adalah : Dapat mengemaskini sistem peralatan atau mesin elektronik. Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum. Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang disenggarakan. Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang

disenggarakan.

disenggarakan. Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah peralatan Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan. yang disenggarakan.

Soalan 4 Adakan perbincangan dengan pensyarah anda di dalam kelas.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB

11/18/2011

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/13

PENILAIAN KENDIRI 1A

Soalan 1 Apakah yang dimaksudkan dengan pencegahan bagi mengurangkan kerosakan dalam senggaraan.? Soalan 2 Terangkan dengan ringkas bagaimana kos senggaraan dapat diminimakan. Soalan 3 Apakah factor yang memendekkan tempoh hayat sesebuah mesin yang menggunakan komponen elektronik.?

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB

11/18/2011

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/14

MAKLUMBALAS KENDIRI 1A

Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika YA, sila semak jawapan anda
Jawapan 1 Pencegahan bagi mengurangkan kerosakkan dalam senggaraan Senggaraan ini membawa maksud sesuatu penentuan yang dibuat adalah mengikut kepada sesuatu pemerhatian atau menggunakan kriteria yang ada bersuaian dengan tujuan untuk pengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat. Jawapan 2 Untuk meminimakan kos senggaraan, setiap kerja-kerja senggaraan perlulah dirancang dengan teliti dan setiap perancangan senggaraan mesti pempunyai bahagian-bahahian seperti senggaraan pencegahan, pembaikan, jadual senggaraan dan syarat-syarat dan dasar senggaraan. Jawapan 3 Faktor yang memendekkan tempuh hayat sesebuah mesin yang menggunakan komponen elektronik adalah faktor perubahan suhu, tahap kelembapan, keadaaan persekitaran yang berkimia turut memendekkan tempoh hayat mesin terutama peralatan elektronik yang mudah rosak seperti Pemacu Elektronik dan PLC yang banyak digunakan di dalam industri. Cara penggunaan juga banyak mempengaruhi tempoh hayat mesin terutama kepada peralatan yang melibatkan penggunaan di dalam rumah seperti radio, televisyen dan komputer peribadi. Kebanyakkan peralatan ini kurang diselenggarakan oleh penggunanya dan mungkin terdapat kesalahan cara penggunaan. Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB 11/18/2011

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/15

PENILAIAN KENDIRI 1B

(case study)
Anda dikehendaki membuat kajian/tinjauan di sebuah kedai komputer. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat tentang kos senggaraan bagi sebuah komputer dan tentukan faktorfaktor yang menyebakan peningkatan kos senggaraan. Cadangkan langkah-langkah yang diambil untuk meminimakan kos senggaraan.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB

11/18/2011

SENGGARAAN

E4120/UNIT 1/16

MAKLUMBALAS KENDIRI 1B

Anda seharusnya membuat tinjauan ke atas syarikatsyarikat tersebut. Bincanglah jawapan anda dengan pensyarah anda.

Asri/Afli/Rizuhan/Wan ZainJKE, PKB

11/18/2011