Anda di halaman 1dari 23

1.

PENGENALAN

Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubat. Menutup jalan maksiat itu lebih baik daripada merawat penyakit yang timbul akibat daripada gejala maksiat yang berlaku. Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 yang bermaksud: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.1 Sebelum ini kita sering memperkatakan permasalahan tentang pergaulan bebas, minum arak, penagihan dadah, bohsia, bohjan, mat rempit, sumbang mahram, rogol, pencabulan, penderaan anak-anak, keganasan rumahtangga, dan pelbagai lagi permasalahan masyarakat. Kini, kita dikejutkan pula dengan permasalahan seks bebas dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa sehingga melangkaui daripada normanorma kemanusiaan yang tidak dapat diterima akal oleh masyarakat Malaysia yang terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan ajaran Islam yang menjadi pegangan. Dalam tugasan ini, kita akan mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga akan melihat kesan-kesan buruk permasalahan ini kepada semua pihak iaitu, individu, masyarakat dan negara. Akhir sekali, tugasan ini akan cuba mencari jalan terbaik dan relevan untuk mengatasi masalah seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. Semua aspek ini dipilih kerana masih ramai yang tidak tahu akan permasalahan seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja.
1

Maksud ayat Al-Quran dalam Surah A-Israa ayat 32

Tambahan pula, isu ini merupakan salah satu isu yang mendapat liputan menyeluruh daripada pihak media dan sering dibincangkan secara meluas oleh semua pihak yang prihatin akan masalah ini. Tugasan ini akan melihat permasalahan seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia sahaja. Secara eroninya, remaja merupakan golongan yang banyak terlibat dengan masalah ini. Sehubungan dengan itu, selari dengan tajuk yang dipilih, kita akan memberi tumpuan kepada golongan remaja sahaja. Selain itu, tugasan ini juga semestinya akan memberi penekanan yang khusus kepada faktor-faktor, kesankesan, dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. Masalah seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini merupakan satu natijah buruk yang terhasil akibat daripada pelbagai masalah masyarakat yang melanda pada masa kini. Bagi mengatasi masalah ini, kita akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menangani permasalahan ini yang jelas bertentangan nilai-nilai yang ada dalam Islam khasnya dan norma-norma kemanusiaan sejagat amnya. Justeru itu, cara yang sewajarnya bagi menangani permasalahan seks bebas dan buang bayi adalah membenteras segala punca yang menjadi sebab kepada permasalahan ini.

1.1

Pendahuluan Pada era moden yang serba mencabar ini, Malaysia dengan bangganya menuju ke satu tahap yang lebih kompetitif bertunjangkan sains dan teknologi. Namun, di sebalik kemodenan ini, mereka telah lupa dengan perkembangan sosial
2

di negara ini. Saban hari, terdapat pelbagai laporan tentang pembuangan bayi di merata-rata tempat seperti di dalam tandas, di tepi longkang, dan sebagainya. Golongan yang tidak bertanggungjawab ini membuang bayi secara membuta tuli sahaja tanpa ada sifat dan perasaan berperikemanusiaan. Isu pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh dianggap sebagai wabak atau bencana kepada negara. Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah dibakar. Mereka yang melakukan perkara ini merupakan individu yang tidak ada maruah diri dan tidak bertamadun. Apakah tidak ada lagi nilai kemanusiaan di dalam diri mereka yang tidak bertanggungjawab ini? Sehubungan dengan itu, tugasan ini adalah untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah pembuangan bayi di Malaysia terutama sekali melibatkan golongan remaja. Selain itu, dalam tugasan ini juga, kita telah mengenalpasti kesan-kesan daripada masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. Sekiranya masyarakat ambil tahu tentang kesan masalah pembuangan bayi ini, nescaya kes-kes pembuangan bayi akan berkurangan. Satu artikel mengenai cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. Beliau telah mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan dalam usaha menangani kes pembuangan bayi yang

berleluasa akhir-akhir ini2. Langkah ini dilihat bukan satu langkah yang bijak kerana pegawai tersebut juga rakyat biasa yang mungkin juga mempunyai bayi dan keluarga. Mereka yang membuang bayi ini biasanya mereka yang sudah terlanjur melakukan seks bebas. Mereka sanggup membuang bayi dengan harapan mereka diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang baru dan semestinya bagi mengelakkan daripada diejek, dicemuh dan dicaci oleh masyarakat setempat tentang perlakuan mereka. Mereka ini tidak sepatutnya dicemuh dan dikeji, sebaliknya diberi bantuan dan sokongan moral dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini. Selain itu, terdapat juga ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja apabila berlakunya pembuangan bayi. Pada pandangan mereka, remaja merupakan pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana remaja sering kali mengamalkan pergaulan bebas. Lebih teruk lagi, masyarakat menganggap remaja yang suka mengamalkan pergaulan bebas ini sebagai sampah masyarakat dan tidak berguna untuk negara. Persepsi seperti ini sedikit sebanyak boleh melunturkan keyakinan dan kewibawaan remaja untuk terus berbakti kepada negara. Masyarakat perlu menukar persepsi mereka supaya remaja seperti ini tidak terus hanyut dibawa arus pemodenan. Pepatah melayu ada menyebut, buang yang keruh, ambil yang jernih .

Artikel dari Abdul Halim Bin Abdullah (2010)

Secara realitinya, perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. Binatang mungkin membunuh anak mereka ketika dilahirkan, tetapi kebanyakannya atas faktor survival (dijadikan makanan). Tetapi bagi manusia, mereka sudah hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu. Menurut pandangan Amran Kasimin (1945), kedudukan manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh menundukkan nafsu, tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika hidup bertunjangkan nafsu3. Sehubungan dengan itu, banyak langkah untuk mengurangkan masalah pembuangan bayi ini daripada berlaku. Sesungguhnya, masalah pembuangan bayi dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu. Bak kata bidalan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih .

1.2

Objektif Tugasan ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. Selain itu juga akan melihat kesan-kesan negatif permasalahan ini kepada semua pihak iaitu, individu, masyarakat dan negara. Akhir sekali, tugasab ini akan mencari langkah-langkah terbaik dan relevan untuk mengatasi masalah seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. Semua aspek ini dipilih kerana masih ramai yang tidak tahu akan permasalahan seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja. Tambahan pula, isu ini

Amran Kasimin (1945)

merupakan salah satu isu yang mendapat liputan menyeluruh daripada pihak media dan sering dibincangkan secara meluas oleh semua pihak yang prihatin akan masalah ini. Tugasan ini hanya melihat permasalahan gejala seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia sahaja. Secara eroninya, remaja merupakan golongan yang banyak terlibat dengan masalah ini. Selain itu, tugasab juga memberi penekanan yang khusus kepada faktor-faktor, kesan-kesan, dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah seks bebasa dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia.
1.3

Kaedah Tugasan yang telah dijalankan hanya menggunakan kaedah resensi perpustakaan sahaja. Kaedah resensi perpustakaan merupakan satu kaedah yang merangkumi penyelidikan yang dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat sumber sama ada dalam bentuk data serta bahan sekunder atau primer. Kaedah resensi perpustakaan meliputi bahan- bahan seperti buku, artikel, jurnal, mikrofilem, filem, video, sumber internet dan sebagainya.

1.4

Definisi Konsep

Menurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan bulan untuk manusia) yang mengakibatkan kemusnahan janin4. Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan satu jenayah yang boleh dianggap sebagai jenayah berat dan teruk. Selain itu, definisi dari saudari Anitayahya turut memaparkan kesan negatif kepada ibu sekiranya proses kelahiran dalam melahirkan anak tidak mengikut kaedah yang betul. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau

menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan5. Definisi yang ditakrifkan dalam kamus Dewan ini menjurus ke arah menerangkan makna pembuangan bayi yang lebih jelas.

2.0
4 5

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA SEKS BEBAS DAN PEMBUANGAN BAYI

Anitayahya (2007) Kamus Dewan Edisi 4

Pada zaman abad ke 21 ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia dalam menongkah arus pemodenan dan globalisasi. Kini, nama Malaysia begitu terkenal di mata dunia. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat Malaysia, iaitu masalah seks bebas dab pembuangan bayi. Biasanya, golongan remaja yang sering terlibat dalam kes seks bebas dan pembuangan bayi di Malaysia. Persoalannya, apakah faktor-faktor pencetus utama yang menyebabkan berlakunya seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia?

2.1

Kurang Didikan dan Kefahaman Agama Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan kefahaman agama. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan. Lebih teruk lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka. Sikap negatif mereka ini telah menimbulkan seribu tanda tanya

kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka dalam memacu Malaysia ke arah pemodenan pada masa hadapan.

2.2

Pengaruh Rakan Sebaya Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah seks bebas dan kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Hal ini kerana, pada usia muda lagi, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang negatif ini tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar.

2.3

Sikap Masyarakat
9

Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah seks bebas dan pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan terlanjur dan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya. Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga pastinya dianggap menjatuhkan maruah keluarganya ibarat kata pepatah melayu menconteng arang ke muka . Remaja perempuan berasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat. Jalan mudah yang diambil mereka membuktikan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang mereka alami.

2.4

Sikap Ingin Tahu Remaja Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba

10

sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagi remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya . 3.0 KESAN-KESAN MASALAH SEKS BEBAS DAN PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA DI MALAYSIA. Seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari ini telah memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama dan penting negara pada masa hadapan, memainkan peranan yang besar dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesan-kesan seks bebas dan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu sendiri.

3.1

Kesan kepada Bayi Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi, bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah, yakni usia remaja. Akibat daripada hilangnya sifat
11

kemanusiaan dalam diri, bayi-bayi telah menjadi mangsa dan kesannya, semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandung mereka. Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini. Tambahan lagi, bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada mereka. Apa yang lebih teruk lagi, mereka dibuang tempat-tempat yang terpencil dan jauh daripada pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini meninggal dunia. Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki dijumpai mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Mengikut sumber dari pengarang utusan Malaysia, Rizanizam Abdul Hamid (2010), mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam. Apa yang lebih mengejutkan lagi, bayi tersebut adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun. Siasatan polis mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala. Kejadian seperti ini cukup jelas membuktikan betapa kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahu menghargai pemberian dari Tuhan.

3.2

Kesan kepada Ibu Bayi


12

Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dan negara.

3.3

Kesan kepada Institusi kekeluargaan Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak

13

sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa, janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup.

3.4

Kesan kepada Masyarakat Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku.

3.5

Kesan kepada Negara Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar kepada negara. Secara eroninya, jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut

14

serta ekonomi negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini. Tambahan lagi, perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat. Hal ini kerana, bayi yang dijumpai biasanya ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat sebagai penempatan sementara. Pada masa yang sama, ibu bapa bayi tersebut dicari dan sekiranya tidak menjumpai, rumah kebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan kekal mereka. Perkara seperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan dari segi kewangan.

4.0

CADANGAN MENGATASI MASALAH SEKS BEBAS DAN PEMBUANGAN BAYI DI KALANGAN REMAJA DI MALAYSIA. Perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik daripada itu kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan dan nyawa anak-anak. Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama. Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

4.1

Peranan Ibu Bapa

15

Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Ini bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954) yang menyatakan teori motivasi melalui hirarki keperluan. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Seterusnya, keperluan kasih sayang dan diikuti pada peringkat berikutnya, keperluan peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja. Ini termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam kumpulannya. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.

4.2

Peranan Sekolah
16

Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Menurut pandangan Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk masalah sosial tiada penghujungnya , pihak pentadbiran sekolah perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatif

berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed 1937). Bagi mencapai hasrat diatas, semua pihak perlu memberikan komitmen, kerjasama, dan berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan.

4.3

Pencegahan Sebelum Berlaku


17

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Walaupun gejala ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah pembuangan bayi boleh diklasifikasikan sebagai salah satu jenayah yang paling kritikal di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah bekerjasama dalam mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi. Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpinpemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan pergaulan bebas di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat.

4.4

Bantuan kepada ibu-ibu yang hamil luar nikah


18

Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah. Hal ini penting bagi menjamin kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi dibuat, gejala pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Semua pihak digesa agar turut serta dalam memberi bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita. Sebagai contoh inisiatif kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan sekolah khas bagi menjaga pelajar yang hamil luar nikah ini agar mendapat pendidikan yang sewajarnya serta tidak terlibat dengan gejala pembuangan bayi.

5.0

RUMUSAN Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia ini, terdapat banyak aspek yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti punca-punca masalah, kesan-kesan daripada masalah, dan langkah-langkah mengatasi. Antara punca-punca masalah seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja adalah kurangnya didikan agama dalam diri, terpengaruh dengan rakan sebaya yang mempunyai moral yang negatif, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum individu yang terlibat tanpa usul periksa, dan sikap remaja yang suka mencuba sesuatu yang baru. Semua punca ini membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang dalam meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini.

19

Selain itu, kesan-kesan daripada permasalahan ini juga patut dititikberatkan. Hal ini kerana, melihat kepada kesan-kesan yang dikaji, pastinya negara Malaysia tidak mampu untuk terus bersaing dengan negara lain disebabkan golongan remaja terus hanyut dengan masalah sosial ini. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku sekiranya remaja pada hari ini tidak tahu cara untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka sendiri. Antara kesan-kesan seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja adalah seperti kesan kepada bayi yang dibuang, kesan kepada ibu yang melahirkan, kesan kepada institusi kekeluargaan, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa langkah-langkah terbaik bagi mengatasi masalah pembuangan bayi ini. Antara langkah-langkahnya adalah peranan ibubapa itu sendiri, peranan sekolah, pencegahan yang dilakukan sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini, dan memberi bantuan kepada remaja perempuan yang hamil luar nikah. Dengan langkah-langkah yang diperolehi ini akan mampu mengurangkan masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. Justeru itu, semua pihak perlulah berganding bahu dalam membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

6.0

PENUTUP

20

Melihat kepada permasalahan dan gejala seks bebas dan pembuangan bayi yang melanda remaja pada hari ini sememangnya amat mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkah laku remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang berlaku, tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara untuk mengatasi masalah ini, namun, semuanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar sahaja. Memang ada program yang dirangka untuk remaja tetapi ianya tidak memberi kesan yang sepenuhnya. Remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang. Justeru itu, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat . Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tentang gejala ini dan sedar mengenai kesan dan bahaya daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini
21

daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat.

7.0

RUJUKAN

Abdul Halim Abdullah. 2010. Koleksi Berita Buang Bayi: Remaja Tanam Bayi.
22

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/ [ 20 Mei 2010 ]

Al-Quran. Surah Al-Israa 17 : 32. Cetakan Kedua Belas. 2001. Kuala Lumpur : Darulfikir.

Amran Kasimin. 1945. Masalah Sosial Dan Hubungannya Dengan Didikan Agama. Kuala Lumpur : Dinie.

Anitayahya. 2007. Pengguguran dan Pembuangan Bayi: Definisi pembuangan bayi. http://pengguguranbayi.blogspot.com/ [ 19 Mei 2010 ]

Kamus Dewan Edisi 4. 2005. Edisi baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed. 1937. Masalah Sosial Dan Politik Di Malaysia. Kuala Lumpur: Gateway.

Rizanizam Abdul Hamid. 2010. Remaja Tanam Bayi. Utusan Malaysia, 17 Mei: 17.

Yong, Karen. 2006. Masalah Sosial Tiada Penghujungnya. Cheras, Selangor: Penerbitan Premier.

23

Anda mungkin juga menyukai