Anda di halaman 1dari 27

S KANDUNGAN

No. KANDUNGAN NO.M/S


1. Pengenalan 2
2.0 Konflik dan Remaja 3
2.1 Konflik pertama-bubapa dan remaja 3-4
2.2 Konflik kedua-ntrapersonal 4-5
2.3 Konflik ketiga-nterpersonal 5-6
2.4 Konflik keempat-Percintaan 6-7
2.5 Konflik kelima-Cemburu 7-8
2.6 Konflik keenam-Kekecewaan 8-9
3.0 Masalah Remaja 9
3.1 Pengenalan 9-10
3.2 Kategori salah laku 10-11
3.3 mplikasi masalah remaja 11-12
3.4 Faktor-faktor yang membawa kepada masalah remaja 12-13
3.5 Langkah mengatasi masalah remaja 13-15
3.6 Penutup 15
4.0 Pembentukkan Personaliti Remaja 15-16
4.1 Klasifikasi personaliti 16-18
4.2 Faktor-faktor mempengaruhi perkembangan personaliti 18-21
5. Kesimpulan 21-22
6. Refleksi refleksi persendirian
7. Rujukan dan bibliografi

1.0 PengenaIan
Sejak akhir-akhir ini, satu-satunya masalah besar yang dihadapi oleh semua
pihak adalah berkenaan dengan remaja. Hal ini dilaporkan oleh pihak media massa
seperti radio, televisyen dan akhbar. Kebanyakan kes jenayah seperti kes lumba
haram, kes kecurian, kes rogol atau mencabul kehormatan, kes lari dari rumah, kes
penyalahgunaan dadah serta kes membunuh melibatkan golongan remaja. Hal ini
amat membimbangkan banyak pihak terutamanya pihak ibu bapa, sekolah dan juga
negara kerana golongan remaja dipercayai akan menampuk pentadbiran negara
pada masa akan datang. Jikalau golongan remaja terus melibatkan diri dengan
anasir-anasir jahat sebegini, maka keadaan negara pada masa hadapan tidak akan
terjamin dan mereka tidak lagi dapat diharapkan sebagai tonggak harapan negara.
Zaman remaja merupakan satu zaman peralihan sementara daripada
zaman kanak-kanak sehingga zaman dewasa yang bermula apabila
seseorang itu baligh sehingga permulaan zaman dewasa. Oleh disebabkan
keadaan sebegini, alam remaja dipercayai menjadi alam yang amat kompleks dalam
kehidupan seseorang individu. Alam remaja dapat dipersamakan dengan perkataan
'konflik'.Pada masa inilah, para remaja akan mempunyai perasaan ingin cuba yang
tinggi. Mereka akan menginginkan untuk membuat segala perkara yang dilakukan
oleh orang yang lebih dewasa daripada golongan mereka. Perasaan sebegini tidak
mempunyai batasan dan akan menular dari seorang remaja ke remaja yang lain
untuk membuktikan kehebatan dan kekuatan masing-masing.
Golongan remaja selalu melakukan perkara tanpa memikirkan impak-
impaknya kepada orang lain walaupun terhadap diri mereka sendiri. Pedoman
utama mereka adalah untuk melakukan perkara tersebut untuk kepuasan diri sendiri.
Adakah perkara ini disebabkan oleh golongan remaja tiada panduan hidup? Adakah
golongan remaja tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh sehinggakan
akhlak mereka begitu buruk sekali untuk dinilai? Memang tidak dapat dinafikan
bahawa mereka dipengaruhi oleh persekitaran baka dan faktor-faktor lain.Jadi, ibu
bapa, guru-guru dan sekolah seharusnya mendidik remaja untuk menjadi insan yang
berguna nanti.

.0 KonfIik dan Remaja


Memang tidak dapat dinafikan bahawa alam remaja adalah penuh konflik dan
cabaran. Hal ini demikian kerana mereka berada dalam proses peralihan di mana
mereka mengalami perubahan dari zaman kanak-kanak kepada dewasa. Dengan
itu, remaja akan mengalami perubahan fizikal, hormon dan kegoncangan emosi
yang secara tidak langsung menjadi punca kepada masalah-masalah yang dihadapi
oleh remaja.
Dalam penulisan ini, kita akan membincangkan tentang pelbagai konflik yang
dihadapi oleh golongan remaja sehinggakan mereka terjebak dengan perkara-
perkara yang negatif. Kita juga akan membincangkan cara-cara untuk
menyelesaikan konflik tersebut dan melepaskan golongan remaja ini dari lingkupan
anasir negatif tersebut. Antara konflik yang akan dibincangkan adalah seperti
keluarga, cemburu, cinta, intrapersonal, hasrat tidak kesampaian dan kecewa.
.1 KonfIik pertama- Ibu bapa dan Remaja
Konflik pertama yang akan dibincangkan adalah konflik antara ibu bapa dan
remaja. Sebab utama konflik ini berlaku adalah disebabkan oleh ketandusan kasih
sayang.bubapa pada masa kini sangat menginginkan kemewahan.Oleh itu, mereka
selalu bekerja lebihan masa sehinggakan tiada masa untuk diluangkan bersama
anak-anak. Anak-anak yang kehausan kasih sayang dari ibu bapa sendiri akan
mencari sumber lain yang sanggup meluangkan masa bersama mereka. Mereka
akan luahkan masalah mereka kepada sumber tersebut yang bersedia untuk
mendengar masalah mereka serta menolong menyelesaikannya.
Situasi ini akan menyebabkan anak-anak tersebut khususnya yang berada
dalam kalangan remaja tertarik pada sumber lain selain daripada ahli keluarga.
Sumber tersebut tidak semestinya rakan-rakan kepada anak-anak tetapi boleh
menjadi sesiapa sahaja.Malahan kemungkinan besar seseorang yang tidak dikenali
oleh ahli keluarga mereka ataupun kenalan dari siber.Golongan remaja ini akan
bermula untuk membuat perbandingan antara sumber tersebut dengan ibu bapa
mereka sendiri. Perkara ini akan menjadi lebih buruk apabila ia diketahui oleh ibu
bapa dan mereka mula menyoal anak-anak mereka.

Apabila seseorang remaja itu disoal tentang tindak-tanduknya oleh ibu bapa
yang tidak pernah meluangkan masa untuk memperdengar masalahnya, maka
remaja tersebut akan rasa tercabar dan ini akan megundang masalah yang lebih
serius seperti anak lari dari rumah, anak mencederakan ibu bapa atau yang lebih
teruk lagi anak membunuh ibu bapa.
Oleh itu, ibu bapa merupakan golongan yang harusmemainkan peranan yang
amat penting dalam menyelesaikan konflik ini. bu bapa harus arif dalam
membahagikan tugas mereka antara keluarga, anak-anak dan karier mereka.
Jikalau hal ini dapat dilaksanakan dengan baik, pasti konflik sebegini tidak akan
muncul. Pada hari minggu, ibu bapa harus meluangkan masa bersama keluarga
dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat, makan bersama, menonton filem atau
memperdengar masalah mereka serta member cadangan kepada anak-anak untuk
menyelesaikannya. Melalui cara ini, hubungan silaturahim akan terbentuk antara ibu
bapa dan anak-anak. Pembentukan akhlak dan penerapan nilai moral berlaku
apabila ibu bapa memberi nasihat dan menjadi panduan hidup anak-anak.
. KonfIik kedua-IntrapersonaI
Konflik kedua adalah konflik intrapersonal yang bermaksud konflik remaja
dengan diri mereka sendiri. Menurut ahli-ahli psikologi, remaja akan menghadapi
kekeliruan atau kesangsian terhadap diri mereka sendiri apabila mereka berniat
untuk melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan norma masyarakat
atau pegangan masing-masing. ni adalah disebabkan oleh proses pembentukan diri
yang berlaku ketika alam remaja seseorang. Proses pembentukan diri remaja adalah
sebenarnya proses transformasi atau peralihan yang berlaku dari kanak-kanak ke
alam dewasa.
Secara psikologikal, jikalau remaja lambat mencari identiti dirinya, maka
proses kedewasan akan terbantut dan ini akan menyebabkan remaja tersebut
mengekalkan sifat kebudak-budakan dalam dirinya itu. Pada ketika inilah, konflik
dengan diri mereka atau intrapersonal akan berlaku. Mereka yang seharusnya
bertindak sebagai pra-dewasa akan berkelakuan sebagai budak-budak serta
menimbulakan kekecohan dari segi pemikiran dan perlakuan. ni akan memberi
tekanan emosi kepada para remaja tersebut apabila mereka tidak dapat melakukan
sesuatu yang sepatunya mereka lakukan dengan baik.

Apabila remaja menghadapi konflik ini, mereka akan menjadi tidak tentu arah
dan ini akan terdedah kepada tiga jenis situasi iaitu, situasi mendekat-mendekat
yang bermaksud situasi yang memaksa remaja memilih satu daripada dua perkara
yang digemarinya, situasi menghindar-menghindar bermaksud situasi yang
memaksa remaja memilih satu daripada kedua-dua perkara yang tidak digemarinya
dan situasi mendekat-menghindar yang bermaksud dilemma yang dihadapi ketika
ingin memilih sesuatu yang digemari dan tidak digemari pada masa yang sama.
Seseorang yang menghadapi situasi sebegini harus mengambil inisiatif
sendiri untuk mempelajari cara penyelesaian masalah ini dengan sendiri. Seseorang
remaja itu harus bertemu dengan kaunselor atau pakar psikologi untuk mendapatkan
pendekatan yang lebih terperinci dalam memperdewasakan diri mereka.Remaja juga
boleh berjumpa dengan ibu bapa, guru-guru di sekolah atau senior-senior mereka
untuk medapatkan panduan yang lebih realistik. Pada masa yang sama, remaja
harus melihat sekeliling dan mempelajari perlakuan dewasa yang harus ada pad
dirinya itu. Remaja yang banyak membaca juga dapat mempertingkatkan daya
pemikiran mereka.
.3 KonfIik ketiga-InterpersonaI
Konflik ketiga adalah konflik interpersonal yang bermaksud konflik yang
tercetus disebabkan oleh pendapat yang bertentangan dengan pihak yang lain. a
berlaku antara dua individu atau kumpulan yang berlainan. Konflik ini boleh
disebabkan oleh banyak sebab-musabab. Ketika konflik ini tercetus, masing-masing
akan menegakkan pendirian dan rasa tidak kepuasan hati masing-masing tanpa
memikirkan pasal apa yang akan dirasakan oleh pihak yang bertentangan itu. Dalam
alam remaja, konflik ini amat popular kerana remaja akan berfikiran bahawa mereka
telah dewasa dan segala pemikiran mereka adalah betul. Mereka merasakan diri
mereka harus dihormati oleh semua tanpa mengira pangkat dan usia termasuk ibu
bapa dan guru-guru.
Menurut pakar psikologi yang telah membuat kajian, mereka menyatakan
konflik interpersonal secara amnya boleh dibahagikan kepada tiga situasi. Situasi
yang pertama adalah situasi pseudo yang bermaksud komunikasi yang disalah
tafsirkan oleh sesebuah pihak apabila ia disampaikan. Pada ketika ini, remaja akan
menghadapi masalah dalam menyampaikan sesebuah maklumat yang tidak

menepati kehendak pihak lain. Situasi kedua adalah situasi mudah di mana remaja
ingin menguasai pihak yang lain ketika berkomunikasi dengan mereka. Remaja
secara umumnya suka bersikap dominan, oleh yang demikian dalam situasi ini
mereka mempraktiskan sikap tersebut dan mencetuskan situasi yang bermasalah.
Situasi yang ketiga pula situasi ego yang bermaksud remaja yang masing-
masing mempertahankan pendapat mereka tanpa memikirkan rasional sebenar isu
yang diperbincangkan. Mereka membuat sesuatu mengikutkan naluri mereka sendiri
tetapi bukan dengan memikirkan kesannya kepada pihak yang lain. Keadaan ini
harus diubah oleh remaja sendiri. Remaja harus mengbah cara mereka berinteraksi
dengan seseorang mengikut darjat, pangkat dan usia pihak yang lain. Mereka tidak
harus sewenang-wenangnya membuat perkara yang menimbulkan kemusykilan
kepada orang lain. Remaja pada amnya tidak harus bersikap ego kerana mereka
yang merasakan diri mereka dominan daripada orang lain diibaratkan sebagai tin
kosong yang mengeluarkan bunyi kuat tanpa isi, legih-lebih lagi alam remaja yang
dianggap sebagai pucuk alam kedewasan.
Oleh itu, remaja haruslah belajar menghormati orang lain khususnya mereka
yang lebih tua dari segi perlakuan, perwatakan, pertuturan dan pemikiran.
.4 KonfIik keempat-Percintaan
Antara konflik yang lain dihadapi oleh remaja dalam hidup mereka ialah
dalam soal percintaan. Antara sebab pertama remaja terjerumus dalam percintaan
adalah kerana mereka mangalami perubahan fizikal dan emosi yang membawa
bersama perasaan untuk menyayangi dan ingin disayangi terutamanya dalam
perhubungan yang membabitkan teman lelaki dan perempuan.ni merupakan
perkara lumrah yang sememangnya sukar untuk dikawal. Perasaan halus ini akan
mengundang pelbagai masalah lain yang lebih sukar dibendung jika tidak dapat
dikawal.Ada masanya mereka hanya mengikut arus, pengaruh rakan , televisyen
malah persekitaran yang lain yang boleh menyebabkan mereka ingin berpasangan.
Dari sudut yang berbeza, cinta remaja banyak didorong oleh nafsu dan
kesseronokan semantara. Misalnya, jika seseorang wanita itu baru mula bercinta,
mereka harus sedar dan perhatikan bagaimana teman lelaki mereka mula mencuba
untuk menyentuh mereka.Apa yang memburukkan keadaan adalah, sesetengah

remaja perempuan akan termakan pujukan manis dan mudah mengikut perasaan
mereka.Jadi, keadaan ini akan boleh membawa menyebabkan mereka untuk
menyesal di kemudian hari kerana pertimbangan rasional tidak dibuat pada masa
tersebut.
Antara masalah ketara yang lahir dalam dunia percintaan ialah perhubungan
seks sebelum berkhawin. Rentetan itu, remaja perempuan perlu berhadapan dengan
risiko mengandung dan jika didapati mengandung, dia pula perlu berhadapan
dengan risiko lain seperti pembuangan dari sekolah, nama baik keluarga yang
dicemar dan adalah segelintir remaja yang membuat keputusan untuk membunuh
janin yang tidak berdosa itu.
Jadi, memang tidak dinafikan bahawa cinta sejati sukar diperolehi
terutamanya di alam remaja kerana dalam alam remaja itu sendiri merupakan alam
yang penuh dengan cabaran dan pancaroba.Oleh yang demikian, remaja perlulah
mengutamakan dan menyediakan matlamat dalam hidupnya dan mesti berupaya
untuk memisahkan perasaan yang boleh merencat perencanaan untuk mencapai
kejayaan dengan bantuan dan bimbingan dalam agama. Remaja itu sendiri perlu
memahami bahawa cinta di peringkat awal usia boleh menyebabkan remaja lupa
kepada soal yang lebih besar iaitu kejayaan dalam hidup dan kerjaya mereka.
.5 KonfIik keIima-Cemburu
Konflik seterusnya yang dihadapi oleh remaja ialah cemburu. Cemburu
bermaksud iri hati terhadap seseorang dan kebanyakkan masa ia berlaku kerana
seseorang iru tidak mempunyai keistimewaan, standard atau layanan yang sama
dengan orang yang dicemburuinya itu. (Muhd Kamil brahim,1996)Sesungguhnya,
sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung.
Perasaan cemburu tentunya bermula semenjak kita kecil lagi. Di alam remaja
pula, seseorang itu mungkin berjumpa dengan individu yang tidak perlu berkerja
keras tetapi boleh berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan tetapi remaja yang
mencemburu itu perlu bertungkus lumus hanya untuk lulus semata-mata.
Cemburu juga barangkali dikaitkan dalam soal percintaan yang sering diikuti
dengan pertengkaran yang sukar dikawal. Hal ini demikian kerana perasaan
cemburu itu lahir apabila seseorang itu mula berasa akan kehilangan kasih saying
orang yang dikasihi atau yang hampir dengannya kepada orang lain. Perasaan

dengki ini kemudiannya akan bertukar kepada dendam dan akan menimbulkan
konflik interpersonal. Sebagai contoh, pelbagai sifat buruk remaja ketara seperti
menjauhkan diri, suka berkelompok dengan kumpulan yang bertentangan,dan cuba
memburuk-burukkan orang yang dicemburui akan terpantul ekoran daripada
perasaan cemburu ini.
Terdapat pelbagai cara untuk menangani atau mengawal perasaan cemburu
ini. Antaranya adalah untuk mendapatkan bantuan bimbingan dan
kaunselling.Seseorang remaja itu bolehlah berjumpa dengan kaunsellor untuk
mengongsi masalahnya tersebut dan mereka sudah tentu boleh membantu remaja
tersebut dengan mengenali keistimewaan yang terpendam dalam diri mereka. Selain
itu , remaja yang cemburu melihat kejayaan orang lain boleh menjadikan perasaan
itu sebagai asas untuk menilai diri mereka tentang perbezaan yang wujud diantara
mereka.Seterusnya, mereka boleh mengkaji orang yang dicemburui itu dengan
objektif untuk melihat kekuatan yang ada pada diri mereka itu. Berikutan itu, jika
remaja memang berhasrat untuk mecapai kejayaan yang sama, mereka mestilah
berusaha untuk mendapatkannya dan bukanlah membuang masa dengan
membesarkan perasaan dengki tersebut.
Tuntasnya, cemburu boleh menjadi aset yang paling berharga jika perasaan
tersebut digunakan untuk mengatasi pesaing masing-masing. Remaja yang ingin
cemerlang akan terus mencemburui mereka yang cemerlang sehingga mereka
sendiri mendapat atau mengatasi kecemerlangan tersebut.

.6 KonfIik keenam- Kekecewaan

Konflik seterusnya yang lahir dalam alam remaja ialah dalam menghadapi
kekecewaan. Perasaan kecewa biasanya boleh menyerang remaja dalam pelbagai
cara. Sebagai tamsilan, ada yang datang mendadak seperti tiba-tiba putus cinta,
gagal dalam peperiksaan atau gagal untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus ynag
diminati.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa perasaan kecewa boleh menggoncang
jiwa, menyebabkan rasa gelisah dan tidak tenteram dalam hati. Jika tahap
kekecewaan tersebut terlalu serius, ia boleh melemahkan semangat dan daya juang
remaja untuk terus berjuang untuk mengejar dan apatah lagi untuk mencapai cita-

cita mereka.Pendek kata, kekecewaan boleh menggaggalkan perancangan hidup


sehingga hidup remaja seperti layang-layang yang putus talinya.
Perasaan kecewa juga boleh menyebabkan remaja tidak dapat berfikir
dengan wajar dan keadaan ini akan menyebabkan diri mereka bersalah dan tidak
boleh dimaafkan.Sebagai contoh, jika seseorang remaja tersebut gagal mendapat
markah yang memuaskan dalam Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM), maka remaja
tersebut bukan sahaja berasa kecewa terhadap dirinya malahan akan juga berasa
tanggungjawab dan bersalah untuk melahirkan perasaan kecewa tersebut dalam diri
ibubapa dan keluarganya tersebut. Malangnya, ada kalangan remaja yang sampai
ke tahap sanggup membunuh diri atau melibatkan diri dalam kegiatan jenayah yang
membahayakan diri untuk menghilangkan perasaan tersebut kerana merasakan diri
mereka tidak berguna lagi.
Perasaan kecewa juga boleh menyebabkan remaja tidak dapat bercakap
dengan baik dan tenang. Pertuturan mereka kasar, keras dan nada suaranya akan
tinggi terutamanya abila bercakap dengan orang yang menyebabkan mereka
kecewa. Misalnya,di sekolah, ada sesetengah remaja yang bertanggapan bahawa
guru subjek mereka pilih kasih dan menggagalkan mereka dalam matapelajaran
tersebut dan mereka akan mungkin menyimpan perasaan dendam terhadap guru
mereka dan akibat daripada itu, mereka akan ponteng kelas dan tidak menghormati
guru tersebut.
Maka, langkah pertama untuk mengubati kekecewaan dalam kehidupan ialah
dengan menjaga kesihatan emosi dan fikiran.Untuk mencapai tersebut, remaja boleh
mendapatkan bantuan rakan sebaya yang diselia oleh kaunsellor untuk mengongsi
masalah mereka dan mengatasinya. Kalau tidak, remaja juga bolehlah melibatkan
diri mereka dalam acara bersukan atau apa-apa aktiviti fizikal sihat yang akan
membantu mematikan perasaan kecewa tersebut.

3.0 MasaIah Remaja
3.1 PengenaIan
Kepesatan industri dan urbanisasi membawa impak terhadap sesebuah
negara. Malangnya, kepesatan ini turut menyebabkan masyarakat sentiasa bergolak
dan timbulnya lambakan penyakit sosial. Menurut brahim Mamat (1997), 'masalah
remaja merupakan tingkah laku yang tidak sesuai, menyimpang dan melanggar

norma-norma umum, adat resam dan undang-undang yang terdapat dalam


masyarakat.' Remaja adalah mereka yang berumur dalam lingkungan 15 sehingga
19 tahun dan pada zaman peralihan inilah remaja melalui proses yang paling
genting. Hal ini kerana mereka menghadapi cabaran dalam mengintegrasikan diri di
antara zaman kanak-kanak dan zaman dewasa. Fenomena melakukan sesuatu
yang berbeza daripada kebiasaan merupakan reaksi popular remaja terhadap
perubahan yang mereka hadapi.
Statistik menunjukkan sebanyak 1.13 peratus remaja terlibat dengan kes
buang bayi, 40 peratus menonton bahan lucah, 16 peratus berjudi, 70 peratus
merokok, 14 peratus terlibat dalam penyalahgunaan dadah, 25 peratus mengambil
minuman keras, dan 18 peratus melakukan seks bebas (Hashim, 2008). Perangkaan
ini menunjukkan betapa seriusnya masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja.
Fenomena serius ini perlu diberi perhatian khusus kerana remaja pada hari ini
merupakan pemimpin pada masa hadapan. Justeru, kehancuran moral remaja pada
masa kini bakal memberi impak negatif terhadap kemajuan negara pada masa akan
datang.

Remaja bermasalah mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Karakteristik ini dapat
dilihat menerusi fizikal, sosial, rohani dan mental. Dari segi fizikal, pakaian mereka
tidak terurus, berseluar serabai dan bermabut panjang manakala dari segi sosial
pula mereka merupakan golongan anti-sekolah. Gejala gangsterisme, membenci
guru dan merosakkan harta benda awam merupakan tindakan sinonim bagi mereka.
Di samping itu, dari segi rohani pula, mereka sentiasa resah, gelisah, tiada
keyakinan diri, muram, sedih dan pendiam. Jika ditinjau dari sudut mental, kita dapat
melihat kebanyakan remaja bermasalah merupakan murid kelas terkebelakan dan
tidak menonjol dari segi intelek.
3. Kategori saIahIaku remaja
Salahlaku remaja terbahagi kepada tiga iaitu salahlaku biasa, luar biasa dan
salahlaku remaja sekolah. Kategori pertama merupakan salahlaku biasa yang
berpunca daripada tekanan sosial. Contohnya, amalan seks bebas, berpeleseran,
lari dari rumah, merokok, berkelahi dan gangsterisme. Kebejatan sosial ini

merupakan implikasi institusi keluarga yang kucar-kacir, kurangnya disiplin diri dan
pengaruh negatif persekitaran.
Manakala, salah laku kedua merupakan salahlaku luar biasa yang dihadapi
oleh pesakit jiwa yang menerima tekanan sosial yang hebat. brahim Mamat (1997),
menjelaskan bahawa salahlaku ini mempunyai tiga kategori iaitu psikoptik, neurotik
dan cacat moral. Penghidap neurotik seringkali diselubungi rasa terancam, takut,
bimbang, bersalah dan berdosa yang mendorong mereka mengalami penyakit
histeria. Penghidap psikoptik pula bersifat egoistik, fanatik, kasar, suka menyakitkan
hati orang dan gembira di atas penderitaan orang lain. Penghidap cacat moral pula
ialah golongan tidak siuman dan bersifat dingin. Mereka tidak mampu mengenali,
memahami dan memahami tingkah laku mereka sendiri.
Kategori terakhir pula merupakan salahlaku yang seringkali berlaku di
sekolah. Salahlaku umum yang berlaku di sekolah ialah 'perlakuan yang
menyeleweng daripada norma masyarakat' (brahim Mamat, 1997). Misalnya
mencuri, memeras ugut, menyalahgunakan dadah dan berzina. Sebaliknya
salahlaku khusus ialah melanggar undang-undang atau peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, ponteng sekolah, ponteng kelas,
malas belajar, memukul guru dan merosakkan harta benda sekolah.
3.3 ImpIikasi masaIah remaja
Masalah remaja meninggalkan kesan yang signifikan terhadap individu,
keluarga, masyarakat dan negara. ndividu yang bermasalah bakal berhadapan
dengan masalah pembelajaran kerana kurangnya keseriusan mereka di alam
persekolahan. Mereka juga berisiko untuk digantung sekolah, dikenakan tindakan
oleh pihak berkuasa sekiranya masalah yang ditimbulkan melanggar akta dan
undang-undang sekolah dan negara. ndividu yang memiliki peribadi dan akhlak
yang teruk ini turut disisihkan oleh masyarakat.
Selain itu, masalah remaja juga mempengaruhi institusi kekeluargaan.
Sekiranya keruntuhan akhlak tidak ditangani pastinya ia akan mengunggugat
keharmonian dan kebahagiaan sesebuah keluraga. Kepincangan ini seterusnya
menyebabkan penceraian dan menyebabkan anak-anak terbiar begitu sahaja. Anak-
anak yang ditinggalkan dan tersisih ini pula akan terbiar tanpa perhatian dan kasih

sayang yang mencukupi. Maka, mereka cenderung untuk mengorak langkah negatif
seperti melepak, terlibat dalam pergaulan bebas, merokok dan berzina kerana
mereka percaya tindakan ini dapat mengurangkan tekanan emosi yang dihadapi.
Seterusnya masalah remaja juga memberikan impak yang negatif ke atas
masyarakat. Keharmonian masyarakat tergugat dan menyebabkan masyarakat
porak-peranda dan berpecah belah. Keruntuhan akhlak ini juga boleh meningkatkan
kadar jenayah yang berlaku sekaligus menimbulkan perasaan syak-wasangka dan
saling mencurigai dalam kalangan anggota masyarakat. Sekiranya masalah ini
melibatkan dua kaum yang berbeza seperti pergaduhan di antara kaum cina dan
india situasi yang lebih teruk bakal kerana ianya berupaya mencetuskan isu
perkauman.
Masalah remaja juga bakal meninggalkan impak terhadap pembangunan dan
kemajuan sesebuah negara. Remaja merupakan generasi yang bakal memimpin
masa hadapan. Justeru, rosaknya remaja pada hari ini bakal mengakibatkan negara
kehilangan pemimpin pada masa akan datang. Hal ini disebabkan oleh gangguan
terhadap kerancakan perkembangan ekonomi dan pembangunan negara kerana
remaja bukan lagi berfungsi sebagai penyumbang dan penggerak ekonomi negara,
namun mereka mengakibatkan belanjawan yang sepatutnya digunakan bagi
menaiktaraf kehidupan masyarakat terpaksa disalurkan bagi membanteras kadar
jenayah yang kian meningkat disebabkan oleh perlakuan negatif mereka. Malahan,
kedudukan ekonomi negara bakal terancam sekiranya kebejatan sosial ini kian
meruncing kerana negara berhadapan dengan risiko pelaburan dari luar negara
ditarik balik atas faktor keselamatan. Anasir-anasir negatif dari luar seperti budaya
kuning juga lebih mudah menyerap masuk kerana terdapatnya kepincangan di
dalam struktur masyarakat dan organisasi sosial itu sendiri.
3.4 Faktor-faktor yang membawa kepada masaIah remaja
ndividu, keluarga, rakan sebaya serta media massa memainkan peranan
dalam mencetuskan lambakan gejala sosial yang berlaku kini. Lazimnya masalah
sosial yang ditimbulkan oleh individu merupakan tindak balas terhadap perasaan
kekecewaan yeng mereka hadapi akibat kegagalan mengintegrasikan diri dengan
zaman peralihan (brahim Mamat, 1997). Selain itu masalah juga boleh terjadi
disebabkan oleh gangguan cara berfikir sepertimana membenarkan perbuatan yang

salah. Tindakan ini menyebabkan mereka tidak berasa berdosa melakukannya.


Kegagalan mendapatkan apa yang dihajatkan boleh menyebabkan gangguan emosi
dan sekaligus menyebabkan remaja bertindak liar bagi melepaskan tekanan yang
dideritai.
Keduanya, keluarga turut menyumbang di dalam peningkatan fenomena
salahlaku dalam kalangan remaja. Kajian membuktikan bahawa sembilan puluh
peratus remaja bermasalah berasal dari keluarga yang bermasalah. Statistik juga
menunjukkan keluarga yang bermasalah berpotensi untuk melahirkan remaja yang
bermasalah tiga kali ganda lebih banyak berbanding kelurga yang normal. Jelaslah
di sini kondisi keluarga mempengaruhi pembentukan sikap anak remaja. Masalah
yang kerapkali menyumbang ke arah faktor ini ialah penceraian ibu bapa. Selain itu
pengabaian ibu bapa disebabkan kesibukan bekerja turut menyebabkan anak
mereka kehilangan tempat bermanja, kekurangan kasih sayang dan perhatian.
Lantas, mereka mengambil cara mudah dengan menyertai lumba haram, berfoya-
foya dan terlibat dalam pergaulan bebas.
Seterusnya, rakan sebaya merupakan golongan yang paling hampir dengan
remaja. Rakan sebaya bertindak mencorak dan menentukan tingkah laku seseorang
remaja. Kebiasaannya remaja akan mudah terikut-ikut dan termakan hasutan rakan-
rakannya. Justeru, sekiranya remaja tersebut bergaul dengan rakan sebaya yang
rosak akhlaknya, mereka akan terjebak sama. Perbuatan ini adalah disebabkan
perasaan ingin diterima dan menjadi sebahagian daripada ahli sesebuah kumpulan.
Media massa juga merupakan elemen penting dalam mempengaruhi remaja.
Rancangan-rancangan televisyen memaparkan betapa gahnya budaya
gangsterisme, vandalisme dan hedonisme. Budaya merempit, lumba haram dan
pergaulan bebas juga ditayangkan dengan banyaknya. Meskipun terselit sedikit
unsur nasihat dan pengajaran namun kebanyakan remaja cenderung untuk
memandang sudut negatifnya. mpaknya, timbullah perasaan inkuiri sekaligus
menyebabkan mereka mencubanya. Secara intihanya jelaslah di sini masalah
remaja berpunca daripada individu, keluarga, rakan sebaya dan media massa.
3.5 Langkah mengatasi masaIah remaja
Kebejatan gejala sosial serta keruntuhan moral bukanlah isu yang boleh
dipandang enteng oleh segenap masyarakat. Masalah remaja merupakan isu yang

harus diselesaikan dan dibanteras sehingga ke akar umbinya. Lantas, bagi


merealisasikan objektif ini pelbagai pihak seharusnya bersikap proaktif, progresif dan
komited. Pendekatan keagamaan, pendekatan kemanusiaan dan bantuan dan
pengubatan merupakan langkah terpenting dalam merawati penyakit sosial ini.
Pertamanya, remaja harus disedarkan akan objektif kehidupan. Sekiranya
mereka jelas dengan tujuan mereka diciptakan mereka tidak akan sewenang-
wenangnya melakukan jenayah yang banyak membawa kesan mudarat kepada diri
mereka sendiri. Konsep ini perlu ditekankan oleh ibu bapa semenjak awal kelahiran
mereka lagi. Justeru, pendekatan keagamaan berfungsi untuk membina asas yang
konkrit di dalam diri remaja. Hal ini kerana agama telah memberikan garis panduan
yang jelas dalam menjalani kehidupan. Keimanan yang kuat terhadap balasan baik
dan buruk boleh membantu remaja mengwal diri dari melakukan perkara yang
melalaikan. badah seperti solat pula bertindak sebgai praktik yang dapat membina
disiplin di dalam diri remaja. Justeru, terbuktilah peranan agama dalam
membanteras gejala sosial.
Seterusnya, pendekatan kemanusian merupakan langkah efektif di dalam
memperjuangkan zero jenayah sosial dalam kalangan remaja. Langkah ini dapat
dilakukan dengan adanya bimbingan dan kaunseling oleh para kaunselor dan guru.
Mereka dapat membantu dengan cara mendengar luahan para remaja,
mengenalpasti masalah dan memberikan cadangan solusi, motivasi dan nasihat
yang membina. Tindakan disiplin pula merupakan langkah yang dapat dilaksanakan
oleh ibu bapa dan guru disiplin. Namun, tujuan hukuman yang diberikan adalah
untuk membimbing dan bukannya berniat untuk melepaskan geram yang berbuku.
Hukuman yang dikenakan juga mestilah setimpal dengan kesalahan serta mematuhi
prosedur yang telah ditetapkan. bu bapa dan guru juga perlu sentiasa sedar
bahawa hukuman merupakan langkah terakhir setelah proses membimbing tidak
meninggalkan apa-apa kesan terhadap remaja bermasalah.
Seterusnya, bantuan dan pengubatan merupakan langkah bagi merawat
remaja yang mempunyai masalah sosial yang kronik dan kritikal. Contoh rawatan
yang disediakan ialah pengubatan psikoanalisis iaitu merawat masalah melalui
kajian riwayat hidup seseorang. Proses ini memakan masa yag panjang kerana
doktor akan mengkaji pengalaman dan latar belakang seseorang yang

mempengaruhi tindakannya sekarang. Metod seterusnya ialah menerusi psikoterapi


peribadi. Proses pengubatan ini lebih memfokuskan perbincangan mengenai
masalah itu sendiri. Metod yang terakhir ialah psikoterapi tingkahlaku. Kaedah ini
menggunakan pendekatan menghilangkan tingkahlaku yang kurang baik dan
menggantikannya dengan tingkah laku yang lebih baik. Contohnya perbuatan
merempit yang berbahaya digantikan dengan perbuatan berlumaba di dalam litar
yang lebih selamat.
3.6 Penutup

Masalah remaja merupakan masalah yang serius. Hal ini berikutan dari fungsi
remaja itu sendiri yang kian lama kian signifikan. Justeru, kepincangan yang terjadi
dalam kalangan remaja perlu diperbaiki segera agar kemajuan dapat dicapai. Maka,
penglibatan semua pihak adalah penting dalam membantu mengatasi fenomena
keruntuhan akhlak remaja kini. Peri pentingnya pembentukan remaja telah
ditegaskan di dalam ucapan bekas Perdana Menteri Malaysia di dalam ucapannya
(Hashim, 2008);

".saya mahu setiap rakyat Malaysia mempunyai modal insan iaitu personaliti
yang tinggi hemahnya, tinggi budinya, tinggi pengajiannya, tinggi kejayaannya
dalam apa juga bidang yang diceburi, hatta menjadi seorang yang gemilang.
ni kerana, anak kunci kecemerlangan ialah disiplin dan jati diri seseorag
individu. ni akan mendorong kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan
negara,.
(Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 2005)
Maka, melahirkan remaja yang dilengkapi kualiti modal insan merupakan antara
cabaran terbesar yang perlu diberi penekanan serius.

4.0Pembentukan PersonaIiti Remaja
'Bagaimana acuan begitulah kuihnya'. Pepatah melayu ini acap kali digunakan
oleh sesetengah pihak bagi menggambarkan personaliti seorang anak yang
mewarisi sikap dan tingkah laku ibu bapanya. Namun demikian personaliti dan kualiti
peribadi seseorang itu tidak semestinya diwarisi menerusi waris-waris mereka.
Setiap manusia itu dilahirkan sebagai insan yang sangat unik dan personaliti

seseorang itu tidak akan menyamai seseorang yang lain. Menurut Kamaruddin
(1996) personaliti itu berasal daripada perkataan Greek kuno (Yunani) iaitu persona.
Perkataan persona ini pula merujuk kepada topeng muka yang digunakan oleh
manusia bagi menyembunyikan segala perkara yang negatif tentang dirinya dan
menonjolkan perkara yang positif berkaitan dirinya. Jadi dapat disimpulkan makna
personaliti di sini ialah sahsiah dan keperibadian. Disamping itu, watak merupakan
salah satu unsur personaliti yang sangat penting yang mana seseorang itu dapat
ditafsir keseluruhannya menerusi watak yang ditonjolkan.
Jika dilihat secara rambang, kita sering melihat perkataan personaliti, watak
dan tret merupakan satu perkataan yang membawa definisi yang sama. Namun
demikian ketiga-tiga perkataan ini mempunyai makna yang berlainan. Berdasarkan
Tang Chee Yee (1993) personaliti membawa maksud sesuatu yang dilihat secara
objektif sebagaimana yang sedia ada pada dirinya. Manakala watak dan tret pula
merupakan sesuatu yang subjektif mengikut penilaian yang diberikan oleh
masyarakat terhadap dirinya. Justeru masyarakat dapat menilai keperibadian
seseorang itu menerusi watak dan tret bukannya melalui personalitinya. Hal ini
demikian kerana watak dan tret sebenarnya bersifat subjektif mengikut tafsiran dan
penilaian masing-masing. Justeru penilaian yang dibuat oleh masyarakat tentang
seseorang acap kali berbeza dan bercanggah. Hal ini berlaku kerana sudut
pandangan masyarakat yang melihat keperibadian seseorang itu berpunca dari
paksi yang berbeza. Jadi penilaian yang abstrak terhadap diri seseorang itu tidak
dapat membuktikan keperibadian dan personaliti dirinya yang sebenar.
4.1 KIasifikasi PersonaIiti
Dalam mendepani era globalisasi dewasa ini, pembentukan dan pembangunan
sesebuah negara itu bergantung kepada masyarakat yang tinggal di dalamnya.
Justeru keperibadian dan personaliti masyarakat sesebuah negara memainkan
peranan yang penting bagi menjamin kemajuan dan perkembangan sesebuah
negara. Sejajar dengan kepentingan itulah, pelbagai kajian telah dilakukan semenjak
zaman Hipocrates (400 S.M) lagi untuk menentukan jenis-jenis personaliti yang
dimiliki oleh seseorang yang bergelar manusia (Kamaruddin, 1996). Hal ini demikian
kerana menerusi kajian ini, potensi-potensi seseorang individu tersebut dapat
dikembangkan seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan

negara. Menurut Tang Chee Yee (1993), Jung C.G (1923) telah mengklasifikasikan
personaliti kepada tiga kategori iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert.
Ekstrovert didefinisikan sebagai sifat-sifat luaran yang dimiliki oleh seseorang
individu (Kamaruddin,1996). ndividu yang memiliki personaliti ini lebih
mementingkan hubungan sosialnya seperti pergaulan sesama teman, aktiviti-aktiviti
luaran dan program-program yang melibatkan interaksi luaran. Justeru individu yang
memiliki personaliti ini sukakan aktiviti-aktiviti sosial dan 'verbal interaction' dengan
orang lain. Mereka juga sangat peramah dan mudah menyesuaikan diri di tempat
baru. Tambahan pula, menurut Shahabudin dan Rohizani (2007) individu yang
mempunyai personaliti ekstrovert berbesar hati untuk meluahkan apa yang mereka
rasai berbanding memendam perasaan. Hal ini menunjukkan mereka yang
mempunyai ciri ekstrovert ini bersifat lebih terbuka dan berfikiran luas.
Personaliti yang kedua menurut teori Jung C.G ialah introvert. Personaliti
introvert ialah berlawanan dengan ekstrovert iaitu membawa maksud individu yang
lebih suka bersendirian dan memendam perasaan (Baron dan Wagele, 2007).
ndividu yang memiliki personaliti ini lebih suka melakukan 'indoor activities' dan
mereka tidak mempunyai keinginan untuk bersosial. Menurut Kamaruddin (1996)
individu dalam kategori ini mempunyai dunia yang lebih subjektif dan sukar ditafsir.
Kemungkinan besar mereka yang mempunyai personaliti ini leih pasif, sensitif dan
selalu berfikir sebelum mereka bertindak (Kamaruddin,1996). Justeru individu yang
memiliki personaliti introvert ini sukar difahami dan agak sukar bagi masyarakat di
sekeliling untuk mendekatinya. Mereka lebih suka bersendirian dan berahsia
berbanding meluahkan apa yang mereka fikir dan rasa.
Ambivert merupakan teori ketiga yang diperkenalkan oleh Jung C.G. Menurut
Tang Chee Yee (1993) ambivert didefinisikan sebagai seseorang yang mempunyai
kedua-dua personaliti iaitu ekstrovert dan introvert. ndividu yang mempunyai
personaliti ambivert ini memiliki kedua-dua sifat eskstrovert dan introvert seperti
peramah, suka bergaul, pendiam dan sensitif. Jadi bagi individu yang memiliki
personaliti ambivert, mereka memiliki keperibadian dan personaliti yang agak
kompleks. Hal ini demikian kerana seseorang itu mempunyai dua personaliti yang
berbeza. Sebagai contohnya seseorang yang aktif dan peramah boleh juga menjadi
seorang yang pasif dan pendiam pada waktu yang sama.

Justeru untuk memahami seseorang itu dengan lebih mendalam, kita boleh
mengkaji personaliti seseorang individu itu berdasarkan kaca mata teori ini. Besar
kemungkinan kita mungkin dikelilingi dengan individu-individu yang mempunyai
ketiga-tiga personaliti ini iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. mplikasi daripada
pemahaman ketiga-tiga teori ini ialah kita tidak akan sewenang-wenangya
menghakimi seseorang itu dan menuding jari kepadanya sekiranya ada kepincangan
yang berlaku dalam sesebuah masyarakat atau organisasi disebabkan olehnya.
Sebagai contoh kita dapat melihat sendiri sosio masyarakat kita dewasa ini yang
mana gejala sosial dalam kalangan masyarakat amnya dan remaja khususnya
berada pada tahap yang amat kritikal. Justeru melalui teori ini kita dapat menilai dari
manakah punca dan akar umbinya bermula masalah salah laku remaja. Pengurusan
diri dari semua aspek amat vital dalam memastikan perkembangan personaliti
seseorang itu berada pada tahap yang stabil.
4. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perkembangan PersonaIiti
Dalam mendepani arus globalisasi semasa, masyarakat di negara kita tidak
terkecuali daripada menjadi mangsa penyakit sosial yang berleluasa sehingga sukar
untuk dibendung. Masalah ini berkait rapat dengan pengurusan emosi dan diri yang
seharusnya tidak dipandang sebelah mata oleh semua pihak. Seperti yang sedia
maklum personaliti seseorang itu boleh berubah dan berkembang daripada semasa
ke semasa. Justeru proses perkembangan individu itu perlu dikawal dan
diperhatikan semenjak seseorang itu baru dilahirkan. Hal ini demikian kerana proses
perkembangan personaliti seseorang itu boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor
yang bukan sahaja bergantung kepada faktor keturunan malahan faktor
persekitaran.
Menurut Dewan Bahasa & Pustaka (2011) baka boleh didefinisikan sebagai
keluarga (yang menurunkan) atau asal keturunan. Setiap manusia yang dilahirkan di
dunia ini pastinya akan membawa faktor baka atau sel-sel keturunan masing-
masing. Menurut Prof Madya Dr Azizi (n,d) pengaruh baka dalam diri seseorang
lebih kepada ciri-ciri fizikal berbanding intelek. Justeru faktor baka yang dibawa oleh
seseorang itu boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian. Faktor baka
pertama yang mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang ialah saiz badan.
Sebenarnya saiz badan atau bentuk tubuh badan yang dimiliki oleh seseorang

menentukan samada seseorang itu boleh melakukan sesuatu. Justeru bagi


seseorang yang mempunyai tubuh badan yang gempal dan gemuk sedikit sebanyak
boleh mempengaruhi pembentukan personalitinya. Sebagai contohnya individu yang
memiliki tubuh badan yang gemuk atau besar selalunya mempunyai daya keyakinan
diri yang rendah kerana mereka terlalu merendah diri dan malu untuk bergaul dan
bersosial dengan masyarakat. mplikasinya, mereka akan menjadi seorang yang
pasif dan lebih suka berdiam diri, memendam rasa dan memencilkan diri daripada
orang ramai.
Seterusnya faktor baka yang kedua yang mempengaruhi perkembangan
personaliti individu ialah penyakit. Menurut Kamaruddin (1996) terdapat beberapa
penyakit yang disebabkan oleh keturunan. Antara penyakit yang disebabkan oleh
keturunan ialah lelah, kencing manis dan Achdrolesia. Penyakit Achdrolesia ialah
sejenis penyakit keturunan yang yang dapat dikesan pada tulang panjang seperti
tangan dan kaki yang gagal memulas jari. Kesannya tubuh badan seseorang akan
menjadi pendek. Hal ini akan memberi impak yang buruk kepada sosio emosi
seseorang dan akan menjejaskan perkembangan personalitinya. Mereka akan
berpotensi untuk menjadi pasif, pendiam dan malu untuk bersosial akibat daripada
perasaan malu dan rendah diri yang terbuku di dalam hati. Seterusnya
perkembangan personaliti mereka akan terjejas dan tidak dapat berkembang seperti
individu normal yang lain.
Selain faktor baka, persekitaran merupakan punca utama dalam
mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang. Hal ini
demikian kerana dewasa ini remaja khususnya terdedah kepada pelbagai
persekitaran yang positif dan negatif. Justeru menurut Prof madya Dr. Azizi (n.d)
keluarga merupakan faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi perkembangan
personaliti individu. Seperti yang sedia maklum kehidupan seseorang itu bermula di
rumah dan pastinya tingkah laku dan personaliti seseorang itu banyak dipengaruhi
oleh keluarganya. Pendidikan ibu bapa di rumah dapat dikategorikan kepada
authoritarian iaitu menggunakan paksaan, permissive iaitu terlalu memanjakan anak-
anak dan akhir sekali authoritative iaitu sentiasa memberi ruang kepada anak-anak
untuk berbincang (Prof Madya Dr Azizi, n.d). Justeru menerusi ketiga-tiga kategori
didikan ini, kategori terakhir authoritative merupakan cara didikan yang terbaik. Hal
ini demikian kerana pepatah melayu sendiri selalu menyebut sayangkan anak

tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggalkan-tinggalkan dan ini membawa maksud


sebagai ibu bapa mereka tidak boleh terlalu memanjakan anak-anak. Sekiranya
mereka melakukan kesalahan mereka mestilah dihukum dengan cara yang betul
agar mereka tidak mengulangi kesilapan tersebut. Namun teknik authoritarian juga
kurang sesuai untuk digunakan. Jika diteliti peranan ibu bapa itu sendiri iaitu mereka
sepatutnya mendidik dan bukannya menghukum dan mendera psikologi anak-anak.
Justeru ibu bapa harus menunjukkan contoh tauladan yang baik kapada anak-anak.
Disamping itu rakan sebaya merupakan faktor utama dalam membawa
pengaruh kepada anak-anak samada di peringkat kanak-kanak mahupun remaja.
Menurut Rahil dan Habibah (2008) rakan sebaya dapat memberi pengaruh yang
positif dan negatif. Seperti yang kita sedia maklum remaja-remaja dewasa ini
samada yang masih berada di bangku sekolah atau yang sedang berada di institut-
institut pengajian tinggi banyak menghabiskan masa mereka bersama rakan sebaya
berbanding dengan keluarga. Jika ibu bapa telah menerap didikan yang sempurna
kepada anak-anak mereka, tidak mustahil bagi mereka untuk berubah dan
berkelakuan negatif akibat daripada pengaruh yang kuat daripada rakan sebaya.
Selain itu zaman remaja merupakan satu zaman yang mana kebanyakan remaja
sukakan kepada keseronokan dan kepuasan. Mereka juga masih tercari-cari identiti
diri mereka. Pada peringkat ini mereka suka mencuba perkara-perkara baru
termasuklah perkara yang dilarang seperti merokok, mengambil dadah dan minum
arak. Hal ini membawa kesan yang buruk kepada remaja-remaja yang datang dari
luar bandar yang mana mereka sangat naf dan kurang terdedah dengan situasi
dunia hari ini. Justeru pemilihan kawan yang tepat amat penting bagi memastikan
perkembangan personaliti seseorang itu sejajar dengan kehendak agama, moral,
negara dan fitrah seorang manusia. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
Tuhanmu kagum terhadap seorang remaja yang tidak terjerumus di dalam
kenakalan kaum remajanya.
(Riwayat Ahmad dan Thabrani)
Agama slam sendiri menyukai seseorang yang tidak mudah terpengaruh dengan
tingkah laku dan sifat-sifat negatif rakan-rakan sebaya mereka.

Faktor yang terakhir dalam mempengaruhi perkembangan personaliti remaja


ialah media massa. Dalam menempuh dunia globalisasi tanpa sempadan hari ini
media massa sangat mempengaruhi perkembangan personaliti indidvidu. Hal ini
demikian kerana kepesatan sains dan teknologi dewasa ini menunjukkan tiada
alasan bagi kanak-kanak atau remaja tidak terdedah kepada media massa samada
media cetak mahupun media elektronik. Sebagai contohnya melalui proram 1
Malaysia setiap pelajar di Malaysia di bandar dan di luar bandar diberikan notebook
1 Malaysia secara percuma. Selain kesan positif yang dilihat agar mereka dapat
menguasai bidang sains dan teknologi serta memudahkan para pelajar untuk
mencari maklumat menerusi internet, pada masa yang sama membawa impak yang
negatif kepada mereka. Para pelajar ini lebih mudah terdedah dengan perkara-
perkara yang negatif seperti laman-laman web porno, hiburan dan budaya-budaya
barat yang negatif yang mudah didapati menerusi laman web tersebut. Selain itu
program-program berbentuk hiburan turut banyak terdapat di saluran-saluran
televisyen. Sebagai contohnya dewasa ini lambakan rancangan realiti televisyen
telah menukar kebanyakan minda remaja untuk menjadi artis. Mereka terlalu
terdedah kepada hiburan yang sedikit sebanyak mempengaruhi tingkah laku mereka
dan mereka mula berkhayal ingin menjadi artis tanpa mengira positif dan negatif
impak daripada tindakan mereka.
5. KesimpuIan
Kesimpulannya, remaja yang mengalami masa peralihan, tanpa memikul apa-
apa, kini menuju kepada usia dewasa yang sibuk dengan persaingan untuk
kepentingan hidup mereka. Dalam proses ini, sebahagian remaja akan mengalami
kegoncangan emosi, mencari identity dan pegangan hidup
Remaja abad ini sememangnya menjadi perhatian negara untuk
merealisasikan Wawasan 2020.Dalam arus pembangunan yang berwawasan,
remaja dilihat sebagi penentu kejayaan.Tetapi sayangnya, remaja juga berhadapan
dengan pelbagai konflik yang mencabang.Antaranya ialah penyalahgunaan dadah,
budaya Barat yang negative selain daripada konflik-konflik yang dibincangkan tadi.
Di samping itu, remaja selalu mempunyai tanggapan bahawa tidak sesiapa
yang mampu memahami dunia atau alam mereka kecuali rakan mereka.Rentetan
itu, pengaruh rakan sebaya negatif yang kuat juga akan menyebabkan remaja untuk
mengingkari ibu bapa dan peraturan di sekolah.Apatah lagi jika ibu bapa di rumah

dan guru di sekolah menggunakan kaedah authoritatrian untuk mendisiplinkan anak-


anak remaja mereka iaitu dengan menggunakan paksaan.Berikutan dengan itu,
sudah tentu remaja yang lebih sukakan kebebasan akan mencari peluang untuk
melepaskan diri dari paksaan tersebut. Jadi, alternatif yang akan digunakan adalah
dengan ponteng sekolah atau menghabiskan masa dengan rakan sebaya di luar
rumah yang akan mengundang masalah sosial yang lain pula.
Sepatutnya, orang ramai hanya tidak patut menunding jari kepada remaja,
kerana mereka juga secara tidak langsung bertanggungjawab terhadap perbuatan
mereka itu. nsituti kekeluargaan memainkan peranan yang paling penting dalam
pembentukkan sahsiah remaja selain agen sosialisasi yang lain seperti sekolah dan
masyarakat.Jika di sekolah, suasana persekitaran, guru dan rakan sebaya dihalakan
sebagai punca segala permasalahan. Kadangkala masyarakat gagal mencari punca
kemelut masalah remaja kerana sibuk menyalahkan orang lain. Dalam proses untuk
membawa remaja ke arus hidup yang betul, janganlah kita menyalahkan sesiapa
tetapi berkongsi pendapat dan pengalaman masing-masing untuk membantu
remaja.
Walaupun ada penyimpangan, ia hanya sebahagian daripada proses
kehidupan yang akan menyuburkan pengalaman hidup. Begitu juga dengan remaja,
moga-moga segala konflik yang dihadapi dalam alam remaja mereka dapat dijadikan
sebagai pengalaman untuk menjadikan mereka lebih matang.











Refleksi Persendirian oleh Jessy Anne a/P Vincent Joseph


Saya, Jessy Anne a/p Vincent Joseph, merupakan salah satu ahli kumpulan
dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini. Tajuk kumpulan kami ialah
'Perkembangan sosio-emosi dan personality remaja.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuhan
kerana tanpa pertolongan dan berkatNYa, kami tidak mungkin dapat menyiapkan
tugasan ini. Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah subjek
sosiologi kami, iaitu Encik Mohd Hassan untuk segala penerangan dan pertolongan
yang diberikan kepada kami dan rakan-rakan yang lain.Seterusnya, saya mesti
mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya kerana telah
menunjukkan dedikasi mereka dalam proses penyiapan kerja kursus ini. Secara
teknikal, tanpa mereka dan usaha mereka, kerja kursus ini tidak mungkin disiapkan
tepat pada masanya.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa saya telah banyak belajar dari kerja
kursus berkumpulan ini. Pertama sekali, saya telah belajar untuk membahagikan
tugas dengan rakan-rakan dalam kumpulan saya dan bertolak ansur apabila
terdapat percanggahan idea atau pendapat.Selain daripada itu, apabila saya
membuat bacaan lebih untuk menambahkan pengetahuan dan untuk tujuan
menyiapkan rangka esei kumpulan kami, saya telah sedar bahawa seseorang
remaja mempunyai banyak cabaran dan konflik dalam hidup mereka. Hal ini
demikian kerana ada beberapa konflik yang saya tidak pernah menghadapi di alam
remaja saya dan dengan semua bacaaan ini saya telah mengetahui masalah-
masalah yang remaja yang secara tidak langsung akan membantu saya apabila
saya mengajar di sekolah menengah nanti.
Di samping itu, saya juga telah sedar bahawa seseorang guru itu memainkan
peranan yang amat penting dalam pembentukkan sahsiah remaja selepas ibu bapa
mereka. Seseorang guru yang menjadi pengganti ibu bapa sepatutunya menjadi
cermin pantulan yang baik agar remaja tidak terkandas dalam hidup mereka.
Pendek kata, ini merupakan salah satu cabaran seseorang guru harus pikul dan
saya bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut untuk melahirkan generasi
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Refleksi: Nabilah Wardah Bt Mohamad Zainuddin


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurniaNya
saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan
ucapan terima kasih diberikan kepada Encik Mohd Hassan atas bimbingan dan
tunjuk ajar yang telah diberikan beliau sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya ucapan terima kasih ingin saya hadiahkan kepada kesemua ahli
kumpulan saya yang telah memberi komitmen yang sangat tinggi dalam usaha
menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya. Kumpulan saya telah sebulat suara
memilih tajuk 'Perkembangan Sosio-emosi dan Personaliti Remaja' sebagai tajuk
tugasan kami.
Alhamdulillah kami tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang tempoh
memilih tajuk untuk tugasan ini. Hal ini demikian kerana bagi kami tajuk ini sangat
sesuai dengan masalah remaja dewasa ini yang berada pada tahap yang amat
membimbangkan. Justeru bagi saya sendiri tajuk ini sangat sesuai untuk dikaji
supaya punca dan akar kepada masalah tersebut dijumpai. mpaknya saya sendiri
dapat mengetahui pelbagai faktor yang membawa remaja zaman kini berada pada
tahap yang sangat kritikal.Tambahan pula melalui tugasan ini, saya dapat
menyiapkan diri saya sebagai bakal guru untuk menuju ke satu dunia pengajaran
yang cukup mencabar. Di samping itu, dalam usaha menyiapkan tugasan ini saya
lebih terdedah kepada kerja kumpulan yang sangat memerlukan komitmen dan
disiplin yang tinggi. Semua tugasan yang diamanahkan mesti disiapkan pada
tempoh yang telah ditetapkan. Saya juga belajar tentang kesabaran kerana
kadangkala apa yang kita harapkan tidak seperti yang kita perolehi. Namun hal
ini tidak mematahkan semangat dalam menyiapkan tugasan ini dengan
cemerlangnya.
Di samping itu melalui tugasan ini juga saya belajar bagaimana kerja
kumpulan itu harus dilakukan. Kita mestilah bersepakat dalam semua hal dan
berbincang sekiranya terdapat sebarang masalah. Sejajar dengan itulah semua ahli
kumpulan saya memberi komitmen yang sangat baik dan kami sentiasa berbincang
jika terdapat sebarang masalah. Alhamdulillah atas kerjasama yang baik dan
komitmen yang telah diberikan tugasan ini dapat disiapkan pada masa yang telah
ditetapkan. Benarlah kata pepatah melayu 'bersatu teguh bercerai roboh'.

RefIeksi : NuruI Atiqah bt Mohd Azmi (91081086036)


Syukur ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurniaNya, kerja kursus ini
berjaya disiapkan tepat pada masanya. Jutaan terima kasih saya tujukan buat Encik
Mohd Hassan atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Sekalung
penghargaan juga ditujukan khas buat rakan sekumpulan yang begitu komited dan
berusaha bersungguh-sungguh dalam menyiapkan kerja kursus ini. Sememangnya,
tugasan ini telah banyak mengajar dan mendidik saya dari pelbagai sudut.
Kumpulan saya memilih tajuk,'Sosio-emosi dan perkembangan personaliti
dalam kalangan remaja.' Secara keseluruhannya, tajuk ini mengupas tentang konflik
remaja, masalah remaja dan seterusnya pembentukan personaliti remaja.
Sesungguhnya tajuk ini telah berjaya membantu saya memahami persekitaran dan
belajar untuk mengintegrasikan diri dengannya. Dahulu, saya pernah berasa sulit
untuk memahami tingkah laku dan respon yang diberikan oleh masyarakat
sekeliling. Namun, tugasan ini telah meninggalkan impak yang mendalam di mana
secara implisitnya ia menegaskan bahawa setiap yang berlaku ada puncanya dan
setiap masalah dan cabaran mempunyai solusi dan penyelesaian. Melalui masalah
remaja itu sendiri saya belajar bahawa setiap manusia diciptakan dengan fitrah yang
baik. Namun, implikasi daripada pengalaman dan latar belakang yang tidak
membantu ditambah pula dengan kegagalan individu menyesuaikan diri dengan
persekitaran telah mengheret mereka ke dalam kancah maksiat dan gejala sosial.
Di samping itu, proses pembikinan kerja kursus ini turut mendidik saya
menerusi latihan bekerja secara berkumpulan. Di antara cabaran yang perlu
ditempuhi adalah berlatih berfikir secara berkumpulan. Perkara ini telah mengajar
saya peri pentingnya sikap toleransi, kesabaran dan komited bagi memastikan
perancangan kumpulan berjalan dengan lancar. a tururt mendidik mengenai
pentingnya saling menerima pandangan semasa diskusi dijalankan. Pelbagai
percambahan idea pasti berlaku namun proses pemilihan yang terbaik pastinya
memerlukan penelitian yang terperinci. Melalui kerja kursus ini juga saya dapat
merasai keberkesanan proses sinergi menerusi hasil bekerja secara berkumpulan
kerana ianya menjadikan beban tugasan lebih mudah dan impaknya lebih
memberangsangkan dengan syarat wujudnya komitmen dan kerjasama yang jitu
sesama ahlinya. Benarlah kata pepatah 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.'

Rujukan

Ku_chari. (2010). onflik Remaja. Retrieved on November 15, 2011
from http://www.scribd.com/doc/38739331/Konflik-Remaja

Negre, X. (2002). Lexilogos Malay Online Dictionary. Retrieved on November 15th,
2011 from http://www.lexilogos.com/english/malay_dictionary.htm

Muhd Kamil brahim. (1996). ecemerlangan Remaja.Kuala Lumpur: Darul Nu'man.



ibIiografi
Robiah Kulop Hamzah.(1994). Remaja dan Cabaran Hidup.
(2011). Retrieved 11 12, 2011, from Dewan Bahasa dan Pustaka:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=baka&d=10
Mohd Ali (1998). n Pendidikan Sosial Remaja Menurut Perspektif Islam. Kelantan:
Pustaka Aman Press Sdn Bhd.
Kamaruddin Hj Husin (1996). n Sekolah dan Perkembangan anak-anak. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Rohizani Yaakub dan Shahabuddin Hashim (2007). Teori Personaliti dari Perspektif
Islam, Timur dan Barat. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Wagele, R. B. (2007). Eneagram Mengenal 9 Tip eperibadian Manusia dengan
Lebih Asyik. Jakarta: Percetakan PT krar Mandiriabadi .
Prof Madya Dr Azizi (n.d.). Pembentukan Personaliti Remaja. Retrieved 11 2, 2011,
from http://eprints.utm.my/6034/1/aziziyah personaliti.pdf
Tang Chee Yee (1993). n Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Percetakan
Seasons Sdn. Bhd.
Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2008). Psikologi Pendidikan untuk
Perguruan.Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Hashim (2008). eruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam keluarga; isu dan
cabaran. Diakses November 1, 2011, dari Seminar Kaunseling Keluarga
2008:
http://eprints.utm.my/6511/1/HashimBedu2008_KeruntuhanAkhlakGejalaSosi
alKeluarga.pdf
brahim Mamat (1997). Memimpin Remaja Sekolah Teori dan Praktik. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.