Anda di halaman 1dari 1

Penggunaan Peta Minda DaIam Meningkatkan Prestasi PenuIisan Karangan

Gambar TunggaI DaIam KaIangan Murid Tahun Empat

Oleh.
Saanthini Vijayan
Unit Pengajian Tamil
Kampus Sultan AlJul Halim


ABSTRAK




Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap penulisan
karangan gambar tunggal melalui penggunaan melalui peta minda. ObjektiI utama kajian ini
ialah mengenalpasti masalah guru semasa mengajar karangan gambar tunggal dan meningkatkan
pemahaman murid melalui peta minda. Kajian ini dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan
Harvard Bhg 1, Bedong, Kedah. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 30 orang
murid yang berumur 10 tahun. Dalam kajian ini, data dikumpulkan melalui kaedah ujian pra,
ujian pos, soal-selidik, pemerhatian dan temubual. Data yang diperoleh melalui ujian pra dan
ujian pos menguji tahap pemahaman murid terhadap penulisan karangan gambar tunggal melalui
pengunaan peta minda . Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tindakan yang dijalankan
dapat menarik perhatian murid dan meningkatkan pemahaman mereka terhadap simpulan
bahasa. Secara keseluruhannya, pengkaji berpuas hati dengan kajian yang dijalankan kerana
mencapai kepuasan yang memberangsangkan.