Anda di halaman 1dari 16

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

Soalan 1 Tukarkan bahasa yang digunakan dalam perbualan ke dalam bahasa Melayu baku. Jawapan: Guru : Siapa nama awak ? Bagaimana perasaan awak sewaktu belajar di sini ? Norji : Nama saya Norji. Saya berasal dari kampung Pinang. Saya belajar dan sangat seronok sewaktu belajar di sini. Guru : Mengapa awak begitu seronok belajar di sini? Norji : Saya seronok kerana di sini saya dapat menimba ilmu pengetahuan daripada guru-guru yang berpengalaman dan ramai di antaranya berkelulusan luar negara. Guru : Bagaimanakah perasaan awak bila guru guna smartboard ? Norji : Saya baru kenal itu papan pintar. Saya begitu bersemangat untuk belajar. Guru : Oo.jadi dulu tidak bersemangat nak belajar kerana tiada smartboard kan. Norji : Tidak lah cuma ada sedikit semangat untuk terus belajar. Tetapi setiap kelebihan sudah tentu ada kekurangannya kan. Guru : Kekurangan ? Norji : Itulah smartboard. Masanya terlalu singkat. Kalau kita menggunakan smartboard didapati tidak ada masa untuk menyalin nota. Guru : Oh begitu !. Kita perlu masa yang agak panjang dalam soal ini. Norji : Ya memang betul tetapi masalahnya banyak masa yang terbuang disebabkan oleh masalah teknikal itu sendiri.

Soalan 2

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

Baru-baru

ini

kerajaan

telah memperkenalkan dasar

bahasa, iaitu

Memartabatkan bahasa Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris. Sebagai guru di sekolah, anda terlibat secara langsung dengan dasar tersebut dalam memperkukuh penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bincangkan lima peranan yang anda boleh lakukan dalam menjayakan dasar berkenaan.

Pengenalan Sebenarnya usaha kerajaan memperkenalkan PPSMI bukanlah bertujuan untuk menggugat pelaksanaan memartabatkan bahasa Melayu. Adalah lebih baik kita bicara dahulu asal-usul bahasa Melayu tersebut. Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusur galuri asal usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai.

Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini. Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.

J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik (lihat peta pada Lampiran 1). Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

Sanskrit.

J.R.

Foster

yang

membuat

kajiannya

berdasarkan

pembentukan

kata

berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.

J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia.

Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru. Bahasa Melayu sememangnya bahasa yang masih ada martabatnya kerana bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia menggunakan bahasa Melayu Bahasa dalam urusan kehidupan harian. Hasrat kerajaan yang yang telah dalam memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris (PPSMI) merupakan tamparan hebat memartabatkan Bahasa Melayu. Sebenarnya usaha kerajaan memperkenalkan PPSMI bukanlah bertujuan untuk menggugat pelaksanaan memartabatkan bahasa Melayu. Keruntuhan bahasa Melayu tidak seharusnya dipersalahkan kepada pihak pendidikan. Kita perlu lihat sejenak apa yang berlaku pada hari ini ialah pemimpin kita sendiri apabial bermesyuarat tidak menggunakan bahasa Melayu. Para pemimpin bila mana ditemubual oleh wartawan dan sebagainya, mereka menjawab dalam bahasa Inggeris. Jadi pemimpin sendiri tanpa mereka sedar atau tidak telah cuba untuk meruntuhkan sendiri bahasa Melayu. Akibatnya PPSMI telah menjadi satu isu yang semakin mengelirukan pelajar. Sebenarnya bukan ibu bapa yang hendak belajar tetapi anak pelajar sendiri yang hendak belajar. Akibatnya, pelajar lah yang akan menjadi mangsa kepada sikap yang tidak berpandangan jauh mereka para pemimpin tersebut

Kita tidak seharusnya menunding jari kepada PPSMI kerana menyukarkan pembelajaran anak-anak. Kita patut menyalahkan diri sendiri kerana tidak

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

menyedari dan memahami perkara dan situasi sebenar yang melanda kepada sistem pendidikan dini hari yang memerlukan bukan sahaja kepada akademik tetapi juga kepada kokurikulum. Mengapa tidak diwajibkan sari kata Bahasa Melayu bagi setiap cerita yang dipaparkan di televisyen agar setiap orang yang membaca dapat memahaminya dengan lebih baik. Contoh terbaik ialah di Singapura di mana tidak kira cerita apa yang ditayangkan sari kata bahasa Mandarin akan disediakan. Oleh itu, PPSMI tidak sewajaranya dipersalahkan atas alasan tidak memartabatkan bahasa Melayu.

Secara peribadinya sebagai seorang guru amat tidak setuju dengan pemansuhan PPSMI itu. Ini ialah kerana telah mengagalkan usaha pelajar yang sudah bersedia dengan belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Pemansuhan tersebut sedikit sebanyak telah melemahkan semangat pelajar yang sememangnya berkebolehan dalam menguasai kemahiran berbahasa Inggeris. Guru memainkan peranan yang amat besar dalam perlaksanaan PPSMI yang telah dihasratkan oleh kerajaan tetapi pihak kerajaan sendiri yang telah mengagalkan usaha murni tersebut.

Definisi dan Tujuan MBMMBI Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuhkan Bahasa Inggeris pula membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Sementara memperkukuhkasn Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dam global. Sebelum itu, adalah lebih baik dihuraikan perkaitan 1Malaysia dengan tujuan utama MBMMBI ini. Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepadagolongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkansejak sekian lama. Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukanperuntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. 1Malaysia adalah penerusan agenda 7

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Rasional Pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan suatu program peringkat nasional yang diberi nama sebagai MBMMBI. Terdapat banyak rasionalnya sehinggakan kerajaan mengisytiharkan pelaksanaan MBMMBI sebagai menggantikan PPSMI. Antaranya ialah ekoran daripada keputusan peperiksan Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah menampakkan pencapaian murid dalam Bahasa Melayu lebih lebih tinggi daripada Bahasa Inggeris bagi murid-murid sama ada di bandar mahu pun di kawasan pendalaman. Daripada keputusan tersebut telah memberi isyarat

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

bahawa murid dan pelajar akan lebih mudah mengikuti pelajaran dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris.

Secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukan bagi mata pelajaran sains dan matematik. Penggunaan Bahasa Inggeris oleh guru dalam bilik darjah adalah di sekitar 55% sahaja. Kajian daripda universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih 3 peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

Seterusnya ialah penurunan pencapaian gred ABC bagi kohort pertama bagi subjek sains dan matematik dalam UPSR di Sekolah Kebangsaan dalam UPSR telah membantu dalam pelaksaaan MBMMBI. Ditambah pula dengan jurang pencapaian antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar dalam subjek sains dan matematik begitu melebar semasa PPSMI dilaksanakan. Sebagai guru, perlu mengambil satu usaha yang lebih efisyen dalam menjayakan program MBMMBI tersebut. Guru perlulah sentiasa peka terhadap sebarang usaha yang diambil dan dijalankan oleh pihak kerajaan.

Seterusnya ialah secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukan bagi mata pelajaran sains dan matematik. Penggunaan Bahasa Inggeris oleh guru dalam bilik darjah adalah di sekitar 55% sahaja. Kajian daripda universitiuniversiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan Bahasa

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih 3 peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

Peranan Guru dan Strategi dalam Menjayakan MBMMBI a) Strategi kepada Sekolah Rendah Dalam memartabatkan Bahasa Melayu semua sekolah jenis kebangsaan di tahap 1diberi penambahan masa sebanyak 90 minit menjadikannya semuanya 300 minit. Sementara itu bagi sekolah kebangsaan masih 360 minit di mana tiada perubahan. Di tahap 2, sekolah kebangsaan masih lagi 300 minit, tiada perubahan. Bagi sekolah jenis Kebangsaan diberi tambahan masa sebanyak 90 minit menjadikannya sebanyak 240 minit. Guru berperanan dalam menjana aktiviti yang lebih kondusif dan mampu berfikir secara kreatif dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan selaras dengan masa yang diperuntukan. Sesungguhnya penambahan masa untuk sekolah jenis kebangsaan adalah untuk lebih memantapkan lagi kemahiran penguasaan murid-murid dalam bahasa Melayu yang menjadi elemen perpaduan negara.

Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuhkan lagi melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul pengajaran dan pembelajaran. Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuhkan melalui modul pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks. Dalam konteks ini, peranan guru amatlah besar. Guru

10

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

perlu didedahkan dengan kepelbagaian kebolehan dan untuk ini guru perlu diberi atau perlu menghadiri kursus supaya apa yang dicita-citakan akan tercapai. Hasrat kementerian pelajaran untuk menghasilkan murid yang hebat melalui program MBMMBI akan tercapai. Guru juga diharapkan dapat menguasai semua modul di akhir kursus nanti agar guru dapat menghasilkan sesuatu yang berharga untuk anak-anak murid masing-masing.

Guru yang terlibat secara langsung dalam program MBMMBI perlu kepada penguasaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel, lambang sembang dan laman web. Elemen sebegini akan dapat menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif serta menghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Melayu untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang bahasa Melayu. Peranan guru di sini ialah mengambil bahagian yang aktif dalam melahirkan suatu suasana bersifat interaktif dalam kelas bersama murid. Guru perlu bersedia untuk diberi pendedahan melalui kurusus-kursus yang akan ditetapkan kemudian oleh pihak kementerian pelajaran.

Strategi seterusnya ialah menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah, kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Guru perlu lebih berhati-hati dan tabah dalam menjalani setiap aktiviti dalam menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan. Dalam mencapai hasrat ini, seseorang guru itu perlu kreatif, seseorang guru itu mampu dan boleh menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik melalui didik hibur,

11

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

maksudnya

sambil

mendidik

sambil

berhibur.

Suasana

sebegini

akan

menjadikan murid lebih berminat untuk terus belajar terutama sekali dalam penerokaan dan dalam menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Program bacaan seperti komponen sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS), buku sastera sekolah rendah, bacaan awal berstruktur dan NILAM diteruskan. Walau bagaimanapun, beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatakan. Guru bersedia untuk bekerjasama dalam menjayakan hasrat memartabatkan bahasa Melayu melalui program-program pembacaan sepertimana yang dirancangkan di peringkat sekolah atau pun di peringkat kementerian pelajaran sendiri. Guru perlu sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersedia menerima setiap perubahan sebagai sesuatu yang menyeronokkan bukannya membebankan. Perlu berfikir sebagai minda kelas pertama. Itulah yang diharap-harapkan oleh pihak kementerian pelajaran kepada semua guru agar sama-sama mengembleng tenaga dalam menjayakan misi dan visi MBMMBI ini.

b) Strategi kepada Sekolah Menengah Berbalik pula kepada beberapa strategi dalam memperkasakan bahasa Inggeris. Antaranya ialah menambahkan masa bagi bahasa Inggeris kepada 300 minit iaitu tambahan 90 minit untuk sekolah kebangsaan di tahap 1. Di sekolah jenis kebangsaan pula ditambah masa menjadikan 150 minit. Di tahap 2 pula, bagi sekolah kebangsaan di tambah masa sebanyak 90 minit menjadikannya 300 minit. Bagi sekolah jenis kebangsaan juga 150 minit sama juga dengan tahap 1. Guru yang mengajar subjek bahasa Inggeris perlu beropsyen bahasa Inggeris bagi memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri

12

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.

Strategi menaik taraf makmal komputer merupakan sesuatu yang amat menarik. Makmal komputer akan dinaik taraf dengan perkakasan dan perisian supaya boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa. Kurikulum Bahasa Inggeris akan mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui tema yang berkaitan dan akan menumpukan kepada istilah dan kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran yang berkenaan.Transformasi kurikulum bahasa Inggeris akan menggunakan pendekatan modular. Setiap komponen kemahiran bahasa mempunyai modul pengajaran dan pembelajaran tersendiri dan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa akan diberi fokus dalam modul grammar.

Strategi penetapan model bahasa Inggeris di mana Model Standard British English digunakan sebagai panduan supaya setiap orang guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan, penulisan dan tatabahasa meruapakan salah satu srtategi yang mampu merealisasikan kejayaaan MBMMBI nanti. Perkongsian dan jaringan guru juga diambil sebagai satu strategi dalam memperkasakan bahasa Inggeris di mana sinergi di kalangan guru amat penting untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan berkesan.

Transformasi kurikulum bahasa Inggeris sekolah rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan bahasa Inggeris melalui pendekatan modular. Kurikulum bahasa Inggeris lebih menitikberatkan pengukuhan penguasaan asas bahasa Inggeris dengan memberi penekanan kepada Phonics di samping menerapkan elemen pembelajaran yang menyeronokkan dalam

13

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

modul Language Arts. Pengajaran tatabahasa dalam konteks diberi penekanan khusus dalam modul tatabahasa.

Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur sama seperti subjek bahasa Melayu juga. Ianya selain daripada menekankan aspek didik hibur juga menekankan kepada apresiasi bahasa. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti sastera kontemporari kanak-kanak, bahan bacaan awal berstruktur dan bacaan ekstensif disediakan bagi mendedahkan murid kepada bahasa Inggeris pelbagai genre.

Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur sama seperti subjek bahasa Melayu juga. Ianya selain daripada menekankan aspek didik hibur juga menekankan kepada apresiasi bahasa. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti sastera kontemporari kanak-kanak, bahan bacaan awal berstruktur dan bacaan ekstensif disediakan bagi mendedahkan murid kepada bahasa Inggeris pelbagai genre.

14

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

Kesimpulan Sesungguhnya menjadi harapan semua pihak agar program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan berjaya. Berapa banyak kos yang telah dibelanjakan dalam melaksanakan program seumpama ini. Kerajaan melalui kementerian pelajaran telah mengambil langkah yang drastik dengan menggantikan PPSMI dengan MBMMBI dengan melibatkan semua pihak lebih-lebih lagi para guru yang terlibat secara langsung dengan dasar MBMMBI tersebut. Contohnya seperti langkah kerajaan mengambil seramai 376 orang guru bahasa Inggeris yang bahasa ibunda mereka ialah bahasa Inggeris untuk berkhidmat di Institut-institut Pendidikan Guru tertentu dan di sekolah-sekolah yang dipilih merupakan satu langkah untuk memperkasakan bahasa Inggeris. Ditambah pula lagi dengan langkah Kementerian Pelajaran menambah lagi pengambilan guru-guru bahasa Inggeris akan dapat merealisasikan kejayaan program MBMMBI itu nanti. Guru dihantar kursus secara berperingkat-peringkat. Guru telah dibebani dengan satu usaha kerajaan untuk mencemerlangan anak bangsa bak kata pepatah bagaimana nak dapatkan sagu jika tidak dipecahkan ruyongnya. Sesungguhnya pepepatah tersebut dapat menggambarkan hasrat kerajaan untuk melihat hasil program MBMMBI nanti.

15

KRB 3033

PENGANTAR BAHASA MELAYU

RUJUKAN

Asmah Hj. Omar. Susur galur bahasa Melayu, 1985.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_berasal_dari_Asia_Tengah

Jurnal pendidikan Pusat Sumber Pelajaran Negeri.

Keraf, Gorys. Linguistik bandingan historis, 1984. passim.

Keratan akbar.

Makalah pendidikan.

Ryan. N.J. Sejarah Semenanjung Tanah Melayu, 1965.

Slametmuljana. Asal bangsa dan bahasa Nusantara, 1975. passim.

16

Anda mungkin juga menyukai