Anda di halaman 1dari 7

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

MINGGU KELAPAN (7 Mac 2011 11 MAC 2011)

1. MASALAH Minggu ini merupakan minggu kelapan praktikum di Sekolah Kebangsaan Inderawasih. Dalam minggu ini saya menghadapi satu masalah berkaitan dengan murid pasif dan murid merajuk apabila tidak dapat menjawab lembaran kerja manakala kawan yang lain dapat selesaikan. Aktiviti P&P yang saya jalankan memerlukan pelajar bertindak aktif dan cergas. Saya menghadapi masalah ini daripada Pavitiran. Murid ini, suka mendiamkan diri semasa sesi P&P. Saya mengalami kesukaran apabila Pavitiran tidak mahu menjawab sekiranya bertanya soalan. Masalah murid merajuk dan berpaling muka juga menganggu fikiran saya semasa P & P. Masalah ini wujud daripada murid yang bernama Asraf dan Iskandar. Murid ini cepat merajuk dan marah sekiranya murid lain dapat menjawab lembaran dan dia tidak dapat menjawab. Dia juga suka mengusik rakan yang lain apabila mereka diberi perhatian yang lebih atau diberi pujian.

ANALISIS Masalah ini berpunca daripada sikap rendah diri murid dan kekurangan motivasi dalam diri mereka. Saya menyedari bahawa, kedua-dua murid ini perlu diberi perhatian yang lebih. Mereka menghadapi masalah takut untuk bertanya dan juga mengharapkan bimbingan daripada guru setiap kali membuat lembaran kerja. Selepas analisis saya dapati masalah murid ini juga berpunca daripada mengharapkan pencapaian yang sama dengan kawan - kawan mereka. Murid-murid ini juga tidak tahu yang tahap kognitif rakan mereka adalah berbeza dan mereka belajar kemahiran yang berbeza. Di sini murid-murid sukar untuk difahamkan tentang apa yang bakal mereka belajar mahupun diajar.

2. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI Terdapat beberapa cadangan yang saya akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi dalam kelas pemulihan seperti yang dinyatakan dalam analisis masalah. Antara cadangan yang akan dilaksanakan ialah
a) mewujudkan hubungan yang lebih mesra dengan murid-murid.

Saya seharusnya mewujudkan hubungan yang lebih mesra dengan murid-murid. Hal ini setelah dibincang dengan guru pembimbing, saya bercadang untuk memberi perhatian yang lebih dan selalu memanggil kedua-dua murid tersebut ke hadapan untuk menjawab soalan-soalan yang mudah, supaya murid akan gembira kerana dapat menjawab soalan dan saya telah memberikan token

kepada mereka kerana menjawab soalan tersebut. Ini meningkatkan motivasi diri dan telah mengurangkan sikap rendah diri mereka.
b) Meluangkan masa berlebihan

Saya juga perlu meluangkan sedikit masa bersama murid-murid saya secara bersendirian dengan bertanya kepada mereka apa yang mereka suka dan kemana mereka pergi dihujung minggu dan sebagainya. Ini supaya, dapat bertanya kepada murid tersebut tentang kefahaman mereka ke atas P&P yang dijalankan. Dengan ini saya juga dapat mengenali latar belakang mereka dengan lebih dekat dan memahami pelbagai masalah peribadi dan akademik yang mereka hadapi. Saya mendapati murid-murid lebih suka cara ini dan murid suka bercakap dan bersembang dengan saya.

c) memberikan lembaran kerja yang mudah Saya akan cuba memberikan lembaran kerja yang mudah bagi murid ini untuk menjawabnya. Saya akan menerangkan kepada mereka setiap arahan yang terdapat di lembaran kerja yang disediakan supaya murid dapat mengikut arahan dengan betul dan menjawab dengan baik. Saya juga akan membimbing dan membantu murid sekiranya kurang pasti dalam mencari jawapan yang tepat.

d) Kata kata motivasi Dari segi memberi kata-kata semangat dan memberi Baik dan Bagus semasa murid menjawab lembaran kerja saya berharap dapat memulih situasi kekurangan motivasi dalam diri pelajar ini. Apabila ini berterusan, setiap kali menjawab

dengan betul. Ini akan meningkatkan minat murid dan dapat menjamin suasana P & P berlangsung dengan berkesan dan kondusif.

TEMPOH MASA Saya menetapkan satu tempoh 2 minggu iaitu 14 March 2011 hingga 28 Mac 2011.

3. TINDAKAN SUSULAN

Lembaran kerja rumah akan diberikan 2 kali seminggu kepada setiap murid terutamanya pada hari Isnin, Selasa dan tugasan itu perlu disiapkan dengan daya usaha sendiri. Setiap murid yang berjaya melaksanakan tugasan akan diberi point sistem pintar.

PELAKSANAAN TERHADAP LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN Dengan melaksanakan ketiga-tiga strategi di atas, saya telah mendapati bahawa murid lebih mesra dan mampu berkongsi segala hal-hal di sekolah mahupun di rumah dengan saya. Saya juga telah dapat mengenali murid-murid saya yang bermasalah dengan lebih dekat. Mereka tidak lagi berasa malu atau takut untuk mengemukakan pendapat dan mengemukakan soalan-soalan kepada saya. Murid-murid mempercayai saya dan

sanggup bertegur dan bersembang dengan saya walaupun berjumpa saya di kantin. Saya berasa gembira untuk melihat perubahan ini. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing saya yang telah memberikan cetusan idea yang bernas kepada saya untuk mengatasi kedua-dua masalah yang dibincangkan di dalam penulisan jurnal reflektif pada minggu ini. Bagi terus merealisasikan impian ini saya akan meminta kerjasama guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan rakan-rakan guru dan pentadbiran sekolah. Dari semasa ke semasa, saya sentiasa akan merujuk pengalaman pengalaman guru-guru sekolah ini termasuk pengalaman guru pembimbing major dan minor saya dalam mengambil sebarang tindakan terhadap kemajuan dan kualiti p & p saya. Segala kerjasama mereka amatlah saya hargai.

4. REFLEKSI

Secara kesimpulannya, setiap masalah yang timbul perlulah diselesaikan pada peringkat yang awal lagi seperti bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Saya sentiasa mencari idea untuk meningkatkan minat murid-murid agar sentiasa bersedia mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Perancangan yang bijak dan dinamik perlu dilaksanakan dan dikemaskini dari semasa ke semasa yang berkaitan dengan pemahaman tahap perkembangan murid-murid ini berdasarkan aktiviti-aktiviti lain selain pelajaran perlu dilaksanakan untuk menarik minat murid murid. Teknik-teknik yang dipelajari secara teori saya cuba aplikasikan secara berkesan di sekolah sepanjang tempoh praktikum saya dan segala pengalaman yang saya timba akan saya gunakan secara meluas dalam meningkatkan martabat profesion perguruan di bumi bertuah ini. Maka kita sebagai guru mampu merealisasikan kehidupan yang amat bermakna dalam kalangan anak-anak murid kita. Sekian, terima kasih.

T.Tangan Guru Pelatih

T.Tangan Pensyarah Pembimbing Major

_________________ (ANBALAGAN A/L VELU)

_____________________________ (PN. USHARANI SHANMUGASUNDRAM)

Anda mungkin juga menyukai