Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUPAN SEMINAR MENGANGKASAKAN BAHASA MELAYU PADA 15 APRIL 2008 (SELASA) DI HOTEL HILLCITY

IPOH. Pergi ke Pangkor membeli bilis Singgah di Lumut menjamu selera Izinkan saya memulakan majlis Membuka kata memula bicara Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera. Yg Berbahagia Tuan Haji Abdul Kadir b Basiran Pengarah IPI Yang Berusaha Tuan Haji Arshad bin Rawian Pengarah DBP Wilayah Utara Yang Berusaha Para Pembentang Kertas Kerja Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan Yang Berusaha wakil-wakil daripada IPGM Yang Berusaha AJK Seminar Mengangkasakan Bahasa Melayu
1

Para peserta seminar Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Sebagai pembuka bicara, marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya, kita telah dapat bersama-sama di Majlis Penutupan Seminar Mengangkasakan BM yang diadakan di Hotel Hillcity Ipoh pada petang ini. Yang Berbahagia Datuk, tuan-tuan dan puanpuan, Sepanjang seminar yang bermula dari pagi tadi dengan satu Ucap Utama dan tiga pembentangan kertas kerja daripada tokoh-tokoh bahasa Melayu di negara kita, sudah tentu meninggalkan kesan yang mendalam terutama kita warga pendidik untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang hebat di dunia.

Yang Berbahagia Datuk, tuan-tuan dan puanpuan, Kelopak kubis dibelah-belah Untuk jualan di luar pekan Semoga majlis diberkati Allah Ucapan doa kita mulakan Dipersilakan...............................

Ucapan Tuan Haji Ayob Salleh Timbalan KJ JPM Ucapan Perasmian Penutup oleh Pengarah IPI Sebelum majlis diteruskan, izinkan saya membaca biodata tetamu kehormat kita.

(selesai bacaan biodata)

Majlis seterusnya mempersilakan Y.Bhg Datuk Dr Hj Hassan b Ahmad menyampaikan Ucap Utama bertajuk Memperkasakan Bahasa Melayu di Peringkat Global. Dipersilakan.