Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim YBrs Tn.

Hj Ahmad Rusdi bin Hj Mahamad, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri Kelantan, yang juga merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas. YBrs. Tn.Hj Jaafar bin Ismail, Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Mas/Tumpat Yg. Dihormati, Encik Aimi Jusoh, YDP PIBG SMK Kangkong Para AJK PIBG, para guru dan staf sokongan SMK Kangkong dan Para ibubapa dan adik kakak yang dihormati sekelian. Assalamualaikum warah matullahi wabaroka tuh. YBrs. Tn.Hj, Tn PPD, adik kakak, para hadirin dan hadirat sekelian, Hari ini ambo ingin bercakap sedikit mengenai matlamat atau hala tuju sekolah ini. Dengan lain perkataan, kemanakah ambi nak bawa sekolah ini? Sebagai seorang pengetua ambo bertanggungjawab memimpin kakitangan ambo untuk memenuhi inspirasi atau dasar kerajaan. Kerajaan mahu sekolah mengeluarkan outcome ataupun hasil modal insane kelas pertama iaitu menghasilkan para pelajar yang bukan sahaja berpengalaman, tetapi berakhlak mulia dan mampu bersaing dalam kehidupannya di peringkat global samada local ataupun global. Matlamat sekolah ialah: Melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan ko kurikulum Menghasilkan pelajar yang mempunyai gaya hidup sejahtera

Bagaimana caranya ambo nak capai matlamat ini? Untuk mencapainya kita perlu melihat dengan jelas isi kandungan matlamat sekolah. Matlamat sekolah boleh dihuraikan kepada tiga(3) bahagian:

i.

Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik. Untuk tujuan ini, tanggungjawab diberi kepada Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) dengan dibantu oleh empat Ketua Bidang, Ketua-ketua panitia dan guru-guru mata pelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran( P & P) dipastikan berlaku dalam bilik darjah. Program-program sokongan juga diadakan seperti kelas-kelas tambahan, seminar, teknik menjawab soalan, kelas intensif hujung minggu dan sebagainya bagi tujuan melonjakkan kecemerlangan akademik.

ii.

Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam ko kurikulum.

Untuk tujuan ini pula, tanggungjawab diberikan kepada Penolong Kanan KO (PKKO) dengan dibantu oleh para guru penasihat atau pembimbing yang berkemahiran dalam bidang masingmasing. Mereka bertanggungjawab dalam mempastikan Sukan dan Permainan, Persatuan dan kelab serta Badan Beruniform dapat berjalan dengan lancar. Pendek kata, hasrat tersurat ialah KITA MAHU MENJADI JUARA!. Dalam pada itu, hasrat tersirat ialah melatih kemahiran sosial dan kepimpinan di kalangan pelajar.

iii.

Menghasilkan pelajar yang mempunyai gaya hidup sejahtera. Apa yang dimaksudkan dengan gaya hidup sejahtera ialah gaya hidup sebagaimana yang telah digariskan oleh agama masing-masing. Kalau sebagai orang Islam, contohnya, mestilah mnegikut gaya hidup yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Begitu jugalah, jika anda beragama Buddha, maka gaya hidup anda hendaklah berdasarkan gaya hidup Gautama Buddha. outcome atau hasil jangka panjang yang kita kehendaki ialah pelajar yang berkeperibadian yang tinggi, seperti mana yang disebutkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai insan yang seimbang. Insan yang berkualiti ini akan menjadi aset yang amat berharga kepada bukan sahaja ibubapa atau keluarga pelajar berkenaan, bahkan juga kebaikan untuk negara. Untuk mencapai matlamat ketiga ini, ambo pertanggungjawabkan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) dengan dibantu oleh tiga (3) badan iaitu Badan Disiplin, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Badan Dakwah dan Musalla. Badan Disiplin diterajui oleh setiausahanya, Cikgu Sopi untuk sesi pagi, manakala Cikgu Hadi, untuk sesi petang. Manakala Penolong S/U Disiplin pula ialah Cikgu Zailan untuk sesi pagi dan Cikgu Azhar untuk sesi petang dengan dibantu oleh guru-guru disiplin. Dalam pada itu, kita menganggap bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam menjaga disiplin pelajar. Fungsi utama Badan Disiplin ialah mengawal disiplin pelajar supaya iklim sekolah menjadi kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala kerja-kerja kawalan disiplin adalah juga dibuat dengan kerjasama Badan pengawas, PERTINA dan Ketua-ketua kelas serta Penolong Ketua Kelas. Unit Bimbingan dan Kaunseling sepatutnya diterajui oleh 3 orang Kaunselor. Namun begitu, setakat ini kita hanya mempunyai 2 orang kaunselor iaitu Cikgu Nuralam sebagai kaunselor 1 yang dilantik berdasarkan pemilihan oleh JPN dan kaunselor II ialah Ust.Wan Ruzaimin yang dilantik berdasarkan pencalonan yang dibuat oleh pengetua kepada JPN.

Fungsi utama Unit Bimbingan dan kaunseling ialah membantu pelajar mengawal keseimbangan emosi, memberi motivasi dan panduan kerjaya. Unit Bimbingan dan Kaunseling dibantu oleh pelajar yang menganggotai Unit Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Seterusnya, Badan Dakwah dan Musalla. Badan ini berfungsi dalam memberi bimbingan rohani kepada para pelajar dengan menganjurkan program-program keagamaan seperti: a. b. c. d. e. Sambutan hari-hari kebesaran Islam. Setiausahanya ialah Ustazah Habibah. Penghayatan ramadhan. Setiausahanya ialah Ustadz Abdullah. Santapan rohani. Setiausahanya ialah ustadz Wan Ruzaimin dengan dibantu oleh ahli PRS. Bina Insan melalui aktiviti Bengkel Bina Insan, Bengkel Solat yang akan diperluaskan kepada Bengkel Al-Quran. Program solat berjemaah dengan diuruskan oleh Ustadz Abdullah selaku setiausaha untuk pelajar sesi pagi dan Ustadz Mohd Khairi untuk sesi petang. Program ini dijalankan dengan bantuan ahli PRS, pengawas, ketua dan penolong kelas serta PERTINA. Ybrs. Tn.Hj, Tn.PPD, adik kakak, para hadirin dan hadirat sekelian, Untuk mencapai matlamat di atas, pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program sokongan. Umpamanya, Program Galakan Membaca, Program Pemulihan Membaca, Bulan Disiplin, Bengkel Bina Insan, Bengkel Kepimpinan Pengawas dan pelbagai lagi. Untuk menjayakan kesemua program yang telah dirancang, pihak sekolah perlu mendapatkan sokongan moral dan kewangan dari pihak pimpinan tempatan. Masalahnya adik kakak, sekolah kita adalah sekolah kerajaan; tetapi berada di dalam DUN CHETOK di bawah naungan parti pembangkang. Kalaulah Dun Chetok berada di bawah parti kerajaan Barisan Nasional, sudah tentu ambo tidak menghadapi masalah untuk mendapat tajaan bagi menjalankan program-program yang telah dirancang. Sebagai jalan penyelesaian, ambo terpaksa menumpang belas ihsan daripada YB dari DUN yang lain. Umpamanya untuk menjayakan Program Galakan Membaca; ambo terpaksa memohon bantuan daripada YB Tn.Hj Fauzi, selaku ADUN Tendong dan YB Tn.Hj Hanafi, ADUN Pengkalan Pasir sebagai penaja. YB Tn.Hj. Fauzi telah menaja program ini semenjak tahun 2004 lagi (sudah 4 tahun berturutturut).

Manakala, YB Tn.Hj Hanafi pula turut memberi sumbangan untuk menjayakan program ini bermula pada tahun ini. Apabila para pelajar hendak membuat lawatan ke luar Kelantan, kita meminta jasa baik dari kedua-dua YB ini juga. Terasa malu juga menumpang bapa orang. Jadi ambo sangat-sangat memerlukan sokongan daripada adik kakak semua agar sekolah ini ada bapanya sendiri. Maksud ambo, masa pilihanraya nanti, undilah pemimpin dari parti kerajaan Barisan Nasional supaya sekolah kita dapat menumpang tuah dan ada tempat untuk berteduh dan bernaung. Ybrs. Tn.Hj., Tn.PPD, adik kakak, para hadirin dan hadirat sekelian, Tadi ambo minta tolong adik kakak bantu pemimpin dari parti kerajaan Barisan Nasional. Sekarang ambo ingin meminta tolong dari Tn.Hj.Ahmad Rusdi pula agar membantu sekolah kita. Bagi tujuan memberi keselesaan kepada para pelajar terutama kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM untuk mengulangkaji di perpustakaan, maka ambo ingin memohon jasa baik Tn.Hj untuk memasang beberapa unit penghawa dingin. Ambo amat berharap; dengan adanya tempat belajar yang selesa, sudah tentu akan menarik lebih ramai para pelajar untuk mengulangkaji di perpustakaan selepas waktu persekolahan. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Ybrs.Tn.Hj. Ahmad Rusdi bin Muhamad hadir ke majlis ini. Saya berharap kedatangan beliau membawa tuah kepada sekolah kita. Juga, kepada Ybrs.Tn.Hj.Jaafar Ismail, Pegawai PPD Pasir Mas-Tumpat; terima kasih diucapkan. Terima kasih juga kepada Encik Aimi Jusoh, YDP PIBG SMK Kangkong yang tersangat komited dengan sekolah, khususnya dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG, para guru dan staf sokongan yang telah bekerja bertungkus-lumus untuk menjayakan majlis ini. Juga jutaan terima kasih kepada adik kakak semua di atas sokongan padu yang telah diberikan adik kakak kepada ambo selama ambo berada di sini. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warah matullahi wabaroka tuh.

Anda mungkin juga menyukai