Anda di halaman 1dari 50

1

Wednesday, 29 September 2010


PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV) DALAM PEMBANGUNAN
SUMBER MANUSIA DI MALAYSIA
Oleh Aede Hatib Bin Musta'amal
Jan 1999
(sumber asal:http://aede.tripod.com/HRD2.htm)
PengenaIan
Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah
meletakkan matlamat negara untuk mencapai taraf sebagai sebuah negara maju pada
tahun 2020. Perkara ini telah diwar-warkan oleh beliau dalam salah satu daripada
kertas kerjanya yang bertajuk "Malaysia: Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020)"
yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama Majlis Perniagaan Malaysia pada
tahun 1991 yang lalu. Wawasan tersebut secara tidak langsung telah meletakkan
sasaran negara untuk menjadikan perindustrian sebagai teras kepada pembangunan
negara.
Berdasarkan kenyataan di atas, dapatlah kita lihat betapa pentingnya keperluan sumber
manusia di mana ia dengan sendirinya merupakan cabaran yang besar kepada latihan
teknik dan vokasional. ni adalah selari dengan pandangan Siti dan Nor Azizah (1995)
iaitu "Pendidikan vokasional semakin penting dalam era pembangunan ekonomi dan
sosial negara. Di mana-mana negara yang sedang pesat membangun keperluan
tenaga profesional dan separa profesional amat diperlukan bagi menentukan
kesinambungan pembangunan negara. Mereka adalah teras pembangunan."
Pertumbuhan di dalam ekonomi dan industri Malaysia adalah bergantung kepada
keupayaan kita untuk mempertahankan kadar produktiviti yang tinggi dan daya saingan
di arena antarabangsa. Daya saingan dan produktiviti industri pula bergantung pula
kepada adanya tenaga kerja yang berpendidikan, mahir dan dan bermotivasi tinggi.
Rakyat adalah sumber utama kita. Tanpa ragu-ragu pada tahun-tahun 1990an dan
seterusnya, Malaysia mestilah memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada
pembangunan sumber yang amat penting ini (Mahathir, 1991). Strategi pembangunan
ini menegaskan penyesuaian sistem pendidikan untuk menghasilkan sumber tenaga

2

yang diperlukan. Penegasan ini adalah jelas dinyatakan dalam pernyataan Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua sebagaimana berikut:
"Perhatian yang lebih akan diberi dalam mempastikan sistem pendidikan selaras
dengan perubahan permintaan dan pasaran buruh. Kawalan yang lebih rapi terhadap
sistem pendidikan dan latihan serta usaha-usaha bagi memperbaiki lagi kurikulum akan
dilaksanakan untuk mempastikan kemahiran yang diajar adalah sesuai dengan
keperluan industri." (RRJP2, 1991).
Kertas ini akan cuba membincangkan sejarah perkembangan sistem pendidikan teknik
dan vokasional sehinggalah ke hari ini, peranannya dalam membangunkan sumber
manusia, sistem pendidikan teknik dan vokasional semasa, cabaran-cabaran yang
dihadapi dan juga cadangan-cadangan bagi memperbaikinya. Hasil daripada penulisan
ini diharap dapat melihat sejauhmana peranan sistem pendidikan teknik dan vokasional
dalam membangunkan sumber manusia bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara

Sejarah Perkembangan Sistem PTV Di MaIaysia

Detik awal kewujudan pendidikan awam bercorak vokasional di Malaysia ialah dengan
penubuhannya Trade School (Sekolah Perdagangan) bagi tujuan pendidikan
pertukangan pada tahun 1926 di Kuala Lumpur. Selepas Trade School ini mendapat
sambutan yang baik, sekolah di kembangkan ke poh pada 1930, Johor Bharu pada
1931 dan Pulau Pinang pada 1932 ( Zakaria,1988). Sekolah ini pada asasnya
mengajarkan asas pertukangan, baikpulih mesin, pendawaian elektrik dan pembinaan
bangunan. Jangkamasa kursus yang ditawarkan pula adalah selama tiga tahun
(Kementerian Pendidikan, 1975)
Walaupun Trade School ini memberikan pelajar latihan yang mencukupi sebagai
seorang pekerja separa mahir tetapi lulusan sekolah ini tidak mendapat tempat dalam
pasaran buruh. Khususnya dalam industri yang dikuasai kaum Cina. Kebanyakan
lepasan sekolah ini akan bekerja dalam syarikat pemerintah atau syarikat-syarikat milik
barat (Koh, 1967).
Semasa Perang Dunia Kedua, sistem persekolahan di Malaysia menghadapi zaman
kegelapannya. Apabila perang tamat, pemerintah British mengubah Trade School

3

kepada Junior Technical Trade School (Kementerian Pendidikan, 1975). Sistem
sekolah baru ini memperkenalkan bahawa untuk memasuki sekolah ini pelajar perlu
menamatkan sekurang-kurangnya Darjah Lima Sekolah Melayu dan Darjah Tujuh
Sekolah nggeris. Daripada sudut kursus yang dijalankan tidak banyak berlaku
perubahan ( Zakaria, 1988). Pada tahun 1956 selepas dicadangkan oleh Laporan
Razak, nstitut Teknik ditubuhkan bagi meneruskan sistem persekolahan ini. Sistem
lama masih diteruskan (Kementerian Pendidikan, 1975). Barangkali, inilah titik tolak
kepada pendidikan teknik moden negara.
Pada tahun 1960 pula, syarat kemasukkan ke Junior Technical Trade Shcool telah
ditingkatkan dimana pelajar diminta menamatkan pendidikan sekolah rendah selama 9
tahun terlebih dahulu ( Kementerian Pendidikan 1975). Di samping itu juga beberapa
sekolah tambahan untuk orang Melayu telah ditubuhkan. Sekolah ini diwujudkan di
kawasan pendalaman. Sekolah ini pada asasnya mempunyai sistem dan menawarkan
kursus yang hampir sama dengan Trade School (Kementerian Pendidikan, 1975). Oleh
itu bolehlah dianggap bahawa ketiga jenis sekolah ini adalah asas kepada pendidikan
vokasional negara. Namun kelainan sekolah ini adalah penambahan kursus pertanian
seperti perladangan dan penternakan. Pada tahun 1959, bilangan sekolah ini yang
dinamakan Sekolah Tambahan Pendalaman telah mencapai 14 buah sekolah. Jumlah
pelajarnya pula mencecah 1200 orang (TAVED,1993).
Perkembangan sistem persekolahan ini menyebabkan pada awal tahun enam puluhan ,
pendidikan vokasional terbahagi kepada dua bentuk, iaitu;
a. Sekolah Pendalaman Tambahan, untuk lepasan sekolah rendah. (selepas enam
tahun persekolahan )
b. Sekolah Menengah, untuk lepasan sekolah menengah rendah (selepas embilan
tahun persekolahan), dan juga sebahagian lepasan Sekolah Pendalam Tambahan.
Pada tahun 1960 (Laporan Rahman Talib), peperiksaan untuk memasuki sekolah
menengah rendah telah dimansuhkan. Peperiksaan ini dikenali sebagai Peperiksaan
Kemasukkan Sekolah Menengah Malaya (MSSEE- Malayan Secondary Shcool
Entrance Examination) ( Kem. Pendidikan, 1993). Kesan pemansuhan ini adalah
peningkatan permintaan persekolahan untuk anak-anak daripada ibu-bapa. Satu lagi
kesan daripada pemansuhan ini adalah cadangan penambahan pendidikan teknik dan

4

vokasional di peringkat menengah (Laporan Rahman Talib, 1960). Akhirnya pada 1965,
pendidikan komprehensif diperkenalkan. Di mana semua pelajar akan mendapat
pendidikan am dan diberikan juga penekanan vokasional perindustrian, perdagangan,
pertanian atau sains rumah tangga (Kementerian Pendidikan, 1990).
Peningkatan pelajar dalam persekolahan menengah berlaku dengan cepat pada tahun
enam puluhan. ni telah membebankan sistem persekolahan menengah. Justeru itu
dalam Rancangan Malaysia Pertama suatu dasar yang cuba untuk mempersiapkan
tenaga kerja telah digariskan. Di mana pelajar yang tamat persekolahan menengah
akan menceburi dunia pekerjaan. Oleh itu pada tahun 1967, Sekolah Menengah
Vokasional telah menggantikan Trade School dan Sekolah Tambahan Pendalaman
(Kem.Pendidikan, 1975).
Menurut sistem ini pelajar yang berjaya dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran
(SRP) bolehlah memohon memasuki Sekolah Vokasional. Pelajar ini akan mengambil
peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) pada akhir dua tahun
pengajian mereka. Pendidikan vokasional ini berterusan sehinggalah pada tahun 1995.
Di mana ia digabungkan dengan sekolah teknik dan memakai nama Sekolah Teknik
dan Vokasional.
Pada akhir tahun 1992, pendidikan teknik dan vokasional ini telah pun berkembang
pesat. Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, terdapat hampir 70 buah sekolah teknik
dan vokasional yang mampu menampung 46,980 orang. Walaupun jumlah ini amat jauh
jika dibandingkan dengan negara-negara maju namun ia merupakan suatu permulaan
yang dikira amat memberansangkan. (Berita Harian, Disember 1992).

Peranan PTV DaIam Pembangunan Sumber Manusia Di MaIaysia
Perkembangan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang telah berjaya mencatatkan kadar
pertumbuhan yang tinggi sejak tahun 1988, iaitu melebihi 7.5 peratus setahun telah
memberi kesan tolakan besar ke atas permintaan tenaga manusia khususnya terhadap
tenaga kerja profesional, mahir dan separa mahir (Rahmah & shak, 1995). ni
sememangnya memberikan cabaran yang besar kepada sistem pendidikan negara
terutamanya pendidikan teknik dan vokasional dalam membekalkan tenaga kerja yang
berkebolehan serta mahir. ni disokong oleh Rancangan Malaysia ke Enam (1991-1995)

3

asa Pertama yang telah menempatkan pembangunan guna tenaga manusia sebagai
penekanan utama dan dasar yang strategik untuk meningkatkan Malaysia sebagai
sebuah negara perindustrian (Siti & Nor Azizah, 1995). Memandangkan tumpuan
pembangunan negara adalah lebih ke arah perindustrian dan pembuatan, maka adalah
perlu bagi pendidikan teknik dan vokasional menyediakan suatu bentuk sistem
pendidikan dan latihan yang seiring dengan keperluan industri serta pasaran semasa.
Melahirkan sumber tenaga manusia yang berkebolehan, bermotivasi tinggi, cekap dan
produktif adalah penting bagi meningkatkan kadar prouktiviti negara. sahak (1992)
menegaskan bahawa tenaga manusia yang diperlukan di dalam masyarakat industri
tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional, berfikiran terbuka untuk
menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat membuat penyesuaian dengan
cepat.
Memandangkan aktiviti perindustrian pada masa hadapan adalah berteraskan teknologi
tinggi dan teknologi maklumat, maka adalah perlu bagi pihak kerajaan atau swasta
yang terlibat dengan pendidikan teknik and vokasional ini untuk membuat perancangan
yang teliti dan komprehensif bagi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang baik agar
ia dapat mampu memenuhi keperluan negara. Pendapat ini turut dikongsi oleh Rahmah
dan shak (1995) yang menyatakan bahawa:
"Walaupun sektor pendidikan dikatakan dapat membantu mengekalkan daya saing
negara melalui peningkatan dalam tingkat dan kemahiran penduduk, namun sekiranya
perkembangan sektor tersebut tidak selaras dengan keperluan perkembangan ekonomi
semasa, maka peranan ini mungkin akan terjejas. Sekiranya perkembangan semasa
menuntut kepada sebuah masyarakat yang berteknologi tinggi, maka trend pendidikan
yang diwujudkan haruslah berupaya memenuhi tuntutan tersebut."
Jika melihat kepada objektif penubuhan sekolah teknik dan vokasional, maka, kita
dapatlah memahami bahawa ianya bertujuan bagi melatih para pelajar untuk pekerjaan
dan mendedahkan mereka kepada suasana kerja dari awal lagi. Pendidikan teknik dan
vokasional juga berperanan sebagai sistem alternatif bagi menyediakan latihan
pendidikan bercorak kemahiran pra vokasional dalam usaha untuk menyediakan
mereka memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan. Siti dan Nor
Azizah (1995) menggariskan beberapa objektif sekolah menengah teknik dan

6

vokasional iaitu:
a) Menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi
keperluan sektor industri dan perdagangan.
b) Membina tabiat bekerja dan sikap yang baik pada diri sendiri, khususnya sikap
bertanggungjawab dan kesungguhan, supaya menjadi rakyat berguna dan produktif.
c) Membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknik dan
vokasional.
Berdasarkan objektif-objektif tersebut, kita dapat melihat akan kepentingan pendidikan
teknik dan vokasional dalam berperanan melatih, seterusnya melahirkan golongan yang
mempunyai pengetahuan, sikap dan kemahiran tinggi yang berupaya memenuhi
keperluan guna tenaga manusia di negara kita ini.

Sistem PTV Di MaIaysia
Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa pendidikan teknik dan vokasional di
negara kita adalah dijalankan oleh pihak kerajaan dan swasta. Kerajaan melaksanakan
program formal pendidikan teknik dan vokasional melalui agensi-agensinya iaitu
Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia Dan
Sukan, dan MARA. Kesemua agensi-agensi tersebut masing-masing mempunyai corak
pendidikan dan latihan yang menjurus kepada melahirkan tenaga mahir dan separa
mahir di bidang teknikal dan vokasional disamping pengetahuan teknologi. Agensi
latihan swasta seperti nstitut Teknologi ederal, nstitut Teknologi Pekerja, TAE
(Seremban) dan juga Jayadiri nstitute Of Technology yang menjalankan kursus dalam
pelbagai peringkat untuk memenuhi keperluan mereka sendiri. Agensi latihan swasta
menyediakan pelajar mereka menduduki peperiksaan atau ujian tempatan seperti yang
dikelolakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan agensi luar negeri
yang berkaitan dengan bidang mereka seperti British Technical Education Council
(BTEC), City And Guilds (London) (Siti dan Nor Azizah, 1995).
Kementerian Pendidikan selaku agensi kerajaan yang utama dalam mengendalikan
pendidikan teknik dan vokasional telah melakukan pelbagai usaha dalam
mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan bidang ini, infrastruktur, kelayakan pengajar
dan sebagainya. Shahril (1993) menyatakan bahawa selain menyediakan pendidikan

7

vokasional dan teknikal di peringkat menengah atas, Kementerian Pendidikan juga
telah mendirikan sebanyak tujuh buah politeknik yang menawarkan pelbagai kursus
seperti kejuruteraan awam, elektrik, elektronik, jentera, kejuruteraan laut, perdagangan,
komputer, pemprosesan maklumat, akauntasi dan pemasaran di peringkat sijil dan
diploma bagi menyediakan tenaga kerja terlatih di peringkat separa iktisas. ni
menggambarkan akan usaha bersungguh-sungguh kerajaan dalam menyediakan
prasarana yang mencukupi bagi membentuk suatu sistem pendidikan teknik dan
vokasional yang sistematik, efisien dan mampu mengeluarkan produk menurut
keperluan pasaran semasa.
Sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini bahawa Kementerian Pendidikan
bertanggungjawab dalam mengendalikan pendidikan teknik dan vokasional pada
peringkat menengah atas iaitu melalui Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah
Menengah Vokasional. Pilihan aliran antara akademik dan pendidikan teknik dan
vokasional bermula di Tingkatan 4. Bagi aliran pendidikan teknik dan vokasional
terdapat dua jenis aliran iaitu
a) Aliran pendidikan teknik
b) Aliran vokasional
Menurut Shahril dan rakan-rakan (1993) aliran pendidikan teknik adalah bertujuan untuk
menyediakan pelajar yang cenderung kepada bidang teknik di peringkat menengah
atas bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang
teknik. Oleh itu, aliran teknik ini mengambil pelajar yang mempunyai latarbelakang
matematik dan sains yang mantap untuk melayakkan mereka melanjutkan pengajian
dalam kursus berkaitan di institusi pengajian tinggi. Pengambilan pelajar adalah
berdasarkan pencapaian yang baik dalam keputusan PMR dan juga minat mereka
dalam bidang teknik. Di bawah aliran ini pelajar juga boleh mengikuti mata pelajaran
teknikal seperti lukisan teknik, lukisan jentera, Kejuruteraan Awam, Mekanikal,
Elektrikal, Binaan bangunan, ilmu Ukur, Perdagangan dan Pertanian sebagai tambahan
kepada mata pelajaran akademik. Pelajar-pelajar aliran ini adalah dikehendaki
mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Aliran vokasional pula adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cenderung
kepada bidang vokasional di peringkat pendidikan menengah atas di mana bidang

8

kursus yang ditawarkan adalah bagi membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan
asas vokasional dan kemahiran untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan
sebagai tenaga mahir dan separuh mahir dalam sektor perindustrian, perdagangan dan
pertanian (Shahril dan rakan-rakan, 1993). Di dalam aliran vokasional ini terdapat dua
pilihan kursus yang ditawarkan iaitu:
a) Aliran SPMV
b) Aliran kemahiran
Kursus dua tahun SPMV ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang lulus PMR yang
memilih bidang vokasional. Di antara kursus yang ditawarkan ialah seperti Kejuruteraan
atau ketukangan, Ekonomi Rumahtangga, Perdagangan dan Pertanian. Sukatan
pelajaran akademik yang diajar dalam aliran ini adalah sama dengan yang terdapat di
aliran akademik. Perbezaannya ialah daripada aspek terdapatnya tiga komponen mata
pelajaran vokasional iaitu teknologi, amali dan lukisan yang berkaitan. Penggabungan
di antara akademik dan vokasional ialah untuk memastikan lulusan sekolah vokasional
mempunyai pengetahuan akademik serta kemahiran asas yang kukuh untuk
membolehkan mereka menjadi kreatif, inovatif dan fleksibel kepada perubahan
teknologi.
Pelajar aliran kemahiran adalah mereka yang biasanya lemah dalam PMR atau yang
keciciran. Pelajar dalam aliran ini akan mengikuti latihan kemahiran untuk menduduki
Peperiksaan Kemahiran Malaysia (SKM) iaitu Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
(MLVK) di peringkat asas di akhir tahun pertama dan di peringkat pertengahan di tahun
kedua. Mereka akan mengikuti latihan dua tahun itu di sekolah-sekolah vokasional yang
menawarkan kursus tersebut. Di dalam kursus ini juga terdapat komponen "On Job
Training" di mana mereka dikehendaki menjalani latihan bekerja di kilang atau industri
yang berkaitan selama 3 bulan. Di sini mereka akan diberi peluang untuk mempraktik
dan mengembangkan segala pengetahuan asas yang telah diperolehi di sekolah dalam
situasi kerja yang sebenar bagi menyediakan mereka dengan ciri-ciri yang diperlukan
oleh pihak majikan. ni selaras dengan pernyataan berikut iaitu:
"Dalam pembangunan tenaga manusia, sektor swasta memainkan peranan yang paling
utama. Tenaga kerja di sektor swasta perlu dilatih oleh pihak swasta sendiri dengan
tujuan untuk menyediakan pekerja-pekerja dengan tugas yang sentiasa berubah

9

(Mahathir, 1991).
Berdasarkan fakta-fakta di atas, dapatlah dilihat bahawa telah cuba diwujudkan suatu
sistem pendidikan teknik dan vokasional yang baik bagi maksud pembangunan sumber
manusia yang lebih menyeluruh iaitu di kalangan pelajar yang cemerlang, sederhana
dan lemah di dalam bidang akademik mereka. ni juga merupakan suatu usaha untuk
meluaskan lagi corak pendidikan yang tidak semata-mata menekankan akademik atau
umum tetapi turut mengambil kira pendidikan teknik dan vokasional di samping
teknologi dalam melahirkan sumber tenaga manusia di bidang yang amat diperlukan
negara sekarang ini.

abaran-abaran Pendidikan Teknik Dan VokasionaI DaIam Pembangunan
Sumber Manusia
Dalam situasi negara yang sedang berusaha untuk meningkatkan pertumbuhan
ekonomi dan industri, maka adalah penting bagi kita untuk mengekalkan daya saingan
dan produktiviti dengan menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran, bermotivasi
dan berpendidikan secara konsisten. Oleh itu, hasrat dan harapan negara terhadap
latihan dan pendidikan dalam bidang teknik dan vokasional adalah amat tinggi.
Kelemahan di dalam sistem latihan atau pun pendidikan teknik dan vokasional akan
menyebabkan kurangnya tenaga mahir yang seterusnya menjejaskan kadar
pertumbuhan industri dan pengeluaran nasional. Cabaran-cabaran yang sedang
dihadapi oleh pendidikan teknik dan vokasional ialah:
(a) Persepsi masyarakat terhadap pendidikan teknik dan vokasional.
Sikap memandang rendah pada pelajar-pelajar sekolah vokasional sebagai gagal
akademik masih menebal di kalangan masyarakat. Ramai juga ibubapa, terutama
Pegawai Tinggi Kerajaan kurang menggalakkan anak-anak mereka yang berminat
dalam bidang kemahiran untuk meneruskan pengajian dalam bidang teknik dan
vokasional (Yahya, 1993). Perasaan ini timbul kerana di masa lalu murid-murid yang
memasuki sekolah nasional adalah terdiri daripada mereka yang berkelulusan rendah
dalam peperiksaan SRP atau kini PMR dan gagal untuk meneruskan pengajian ke
Tingkat Empat di sekolah akademik. Selain daripada itu, pendidikan ini dikaitkan
dengan pekerjaan kolar biru hasil daripada mereka yang gagal meneruskan pengajian

10

akademik bagi mencapai cita-cita mendapat pekerjaan berkolar putih.
(b) Sistem pendidikan teknik dan vokasional yang terlalu menekankan teori.
nstitusi-institusi pendidikan yang terlibat di bidang vokasional dan teknikal hanya
menitik beratkan kursus-kursus berbentuk teori sahaja dan amat kurang menekankan
aspek amali terutamanya kerja-kerja amali di kilang atau sektor perindustrian
terutamanya pelajar di sekolah-sekolah vokasional dan teknik. Pendidikan teknik dan
vokasional kurang melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang betul dan
secukupnya untuk pekerjaan kerana tidak ada perhubungan dengan suasana kerja (Siti
dan Nor Azizah, 1995). Situasi ini adalah berbeza dengan berbeza dengan situasi di
negara-negara industri seperti Jerman, Jepun, Korea Selatan dan sebagainya. Memetik
kenyataan yang telah dikeluarkan oleh akhbar The Star terbitan 3 ebruari 1993
mengatakan bahawa:
"Germany where nearly 70% of all school leavers further move through a system of
vocational education and training called the Dual System where vocational training
constitutes 75% of syllabus with theoretical training and general education making up
the remaining 25%".
enomena ini dilihat sebagai pengancam kepada hasrat negara untuk melahirkan lebih
ramai tenaga mahir dan separa mahir dalam mencapai matlamat negara sebuah
negara maju.
(c) Sistem pendidikan negara yang lebih menekankan pendidikan akademik atau
umum.
Suatu lagi masalah yang perlu diberi perhatian ilah kelemahan perlaksanaan
pendidikan di Malaysia yang seolah-olah terlalu menekankan kepada pendidikan
akademik atau umum. ni boleh menjejaskan keupayaan negara untuk melahirkan
sumber manusia yang mahir dan separa mahir selaras dengan keperluan semasa
negara. Kurangnya penekanan ke atas pendidikan sains dan teknologi serta
kekurangan kemudahan pendidikan vokasional dan teknik telah memberi kesan yang
besar ke atas keupayaan institusi-institusi pendidikan tempatan menghasilkan tenaga
kerja yang mencukupi untuk pasaran pekerjaan (Siti dan Nor Azizah, 1995). Keadaan
ini juga dilihat amat berbeza dengan apa yang berlaku pada negara-negara
perindustrian lain atau pun negara-negara sedang membangun. Negara-negara

11

tersebut dilihat mempunyai peratusan yang tinggi terhadap pelajar-pelajarnya yang
melanjutkan pengajian di bidang teknikal berbanding negara kita.
"Comparative study of Malaysian education falls not just behind NCS like Sinagapore
but even other developing countries, only 30% of all tertiary students in Malaysia are in
in the technical field compared with 60% in Singapore,42% in Brazil and 48% in
Mexico".(The Star, eb 10, 1993).

adangan-adangan Bagi memperbaiki PTV Bagi Memenuhi Permintaan Sumber
Manusia TerIatih
Selepas melihat keterbelakangan Malaysia dalam pendidikan Teknik dan Vokasional
maka adalah amat penting untuk Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan
beberapa perubahan untuk memperbaiki pendidikan Teknik dan Vokasional negara.
Antara cadangan yang telah diberikan ialah;
(a) Menggiatkan usaha untuk mengubah tanggapan masyarakat terhadap pendidikan
Teknik dan Vokasional melalui kempen-kempen penerangan. Kempen ini boleh
dilaksanakan di sekolah-sekolah. Pada masa yang sama pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia boleh juga mewar-warkan kejayaan lulusan pendidikan Teknik dan
Vokasional (Yahya Emat, 1993).
(b) Menambah bilangan sekolah teknik dan vokasional agar dapat melatih lebih ramai
tenaga kerja negara. Latihan-latihan yang dijalankan bolehlah dilaksanakan dengan
kerjasama pihak swasta (Shahril Marzuki, 1993). Melalui kerjasama ini pendidikan
Teknik dan Vokasional akan dapat melahirkan tenaga kerja yang memenuhi kriteria
keperluan industri negara. ni juga sesuai dengan saranan Perdana Menteri yang
mahukan pendidikan Teknik dan Vokasional seiring dengan teknologi semasa
perindustrian (Berita Harian, ebruari 17,1993).
(c) Meningkatkan kualiti latihan kemahiran dan kursus yang ditawarkan. Dalam
memnuhi cadangan ini sepatutnya tenaga pengajar pendidikan Teknik dan Vokasional
terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan terkini, berorientasikan industri
dan berpengalaman kerja dalam industri (Yahya Emat, 1993).
(d) Menaikkan taraf politeknik sebagai sebuah universiti (Shahril Marzuki, 1993). Di
mana politeknik perlu menukar misinya daripada melahirkan tenaga kerja separuh

12

mahir kepada tenaga kerja profesional. Tujuan penaiktarafan ini akan lebih mudah jika
mendapat kerjasama daripada pihak industri.

KesimpuIan
Proses pembangunan ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan pembangunan
sumber manusia yang mampu dilaksanakan negara tersebut. Memandangkan negara
kita sedang menumpukan pembangunan ekonomi yang berteraskan industri dan
teknologi, maka, adalah sudah barang tentu harapan yang tinggi diletakkan terhadap
peranan bidang pendidikan teknik dan vokasional. Keupayaan sistem pendidikan teknik
dan vokasional ini untuk dilaksanakan dengan jayanya akan menentukan nasib masa
depan wawasan negara bagi mencapai sebuah negara maju. Dalam usaha untuk
menyusun suatu kurikulum yang komprehensif bagi program latihan dan pendidikan
bidang ini, maka, kerjasama yang erat adalah perlu diwujudkan secara ikhlas serta
konsisten di antara kerajaan dan swasta. ni adalah perlu bagi memastikan lulusan
pendidikan teknik dan vokasional berupaya mengikuti perubahan teknologi dan
memenuhi keperluan pasaran kerja semasa. Oleh itu, kerjasama semua pihak adalah
diharapkan bagi merealisasikan cita-cita negara kita ke arah menjadi sebuah negara
yang setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Rujukan:
1. Mahathir Mohamad (1991). Malaysia: Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020).
Kertas kerja dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama Majlis Perniagaan Malaysia pada
28hb.ebruari 1991. Kuala Lumpur:Jabatan Percetakan Negara.
2. Siti Maspiah Hassan; Nor Azizah Salleh (1995). Pendidikan Vokasional: ormal Dan
Non-ormal Ke Arah Wawasan 2020. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar
Kebangsaan Pendidikan Negara Abad Ke-21 pada 9November 1995. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
3. sahak Haron, (1992). " Aliran Perkembangan Pendidikan dan Pembentukan
Malaysia sebagai Negara ndustri Dalam Abad Ke 21". Pidato Umum Aminuddin Baki
Kali Ke-4. UPM. 4 Januari 1992.
4. Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). "Perangkaan Pendidikan 1990". Dewan

13

Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
5. Malaysia (1991). Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-200. Jabatan
Percetakan Negara. Kuala Lumpur.
6. Yahaya Emat . Cabaran Dan Strategi Pendidikan Teknik Dan Vokasional Ke Arah
Mencapai Wawasan 2020. Jurnal Pendidikan, Jilid 37 Keluaran 8 Jun 1993.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.
7. Shahril Marzuki (1993). Pendidikan Malaysia : Arah Dan Cabaran : Jenis-Jenis
Pendidikan Swasta Dan Peranannya Dalam Pembangunan Negara,.Universiti Malaya.
Kuala Lumpur.
8. Shahril Marzuki (1993). Pendidikan Malaysia : Arah Dan Cabaran : Cabaran-Cabaran
Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Bagi Memenuhi Permintaan Sumber Tenaga
Manusia Untuk Mencapai Wawasan 2020, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
9. ____________, The Star 3 ebruari 1990.
10. ____________, Berita Harian, __ Disember 1992.
11. ____________, Berita Harian, 17 ebruari 1993.
12. ____________, The Star, 10 ebruari 1993.
13. shak Yusuf; Rahmah smail (1997). Pendidikan di Malaysia. Pembangunan Sumber
Manusia di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
14. Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Laporan Status Pendidikan Teknik dan
Vokasional. Kuala Lumpur.
15. Kementerian Pendidikan Malaysia (1975). Laporan Ahli Jawatankuasa Pendidikan
Kuala Lumpur.
16. Shahril Marzuki; Saedah Hj. Siraj; Zainun shak; Lee Pau Wing, (1993). Pendidikan
Di Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.
Posted by Pendidik at 16:27






14

KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(MTT2353)TINJAUAN MENGENAI ABARAN-ABARAN PENDIDIKAN
VOKASIONAL DI MALAYSIA
PengenaIan
Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi, sosio ekonomi serta politik
dunia adalah di antara faktor yang merubah bentuk dan tahap kemahiran yang
diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Zaman Teknologi Maklumat ini bertambah sukar
untuk diramalkan jenis dan bentuk pekerjaan yang akan wujud pada masa depan
dengan tepat.
Adalah menjadi matlamat kerajaan Malaysia untuk mencapai status sebagai sebuah
negara yang maju pada tahun 2020. Untuk ini, peningkatan dari teknologi berasaskan
proses yang mudah kepada teknologi yang lebih canggih akan memerlukan kepakaran
153,000 jurutera dan pembantu teknik. Jumlah tenaga kepakaran dan pembantu teknik
ini pernah dibincangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Keperluan sumber
manusia yang begitu banyak pasti memberi cabaran yang besar kepada pendidikan
teknik dan vokasional. Semasa kegawatan ekonomi yang melanda negara kita
sekarang. Mungkin ada soalan tentang keperluan tenaga kerja di saat kegawatan ini,
kerana kita selalu dikhabarkan tentang pekerja-pekarja dibuang kerja.
Utusan Malaysia yang bertarikh 15 januari 1998, yang tajuk "Krisis ekonomi Graduan
menganggur berulang kembali" menurut Yulpisman Asli, terdapat banyak pihak
mengunjurkan bahawa situasi graduan menganggur akan berulang, kalau melihat
kepada penurunan permintaan pihak swasta terhadap butiran diri atau resume'siswa
tahun akhir di PTA atau PTS. Kursus-kursus tertentu sahaja yang banyak mendapat
permintaan dari pihak swasta. misalnya di nstitut Teknologi Mara (TM), permintaan
ketara adalah untuk kursus-kursus Teknologi Maklumat, sementara di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), kepada kursus-kursus kejuruteraan. Keadaan ini juga
diakui oleh Pengarah Unit Rundingan Pelajar UKM, Mohd.Tohir Hashim yang berkata,

13

permintaan untuk mendapatkan lulusan UKM agak berkurangan berbanding tahun
lepas.
Tantawi Jauhari sebagai ketua Unit Kaunseling & Kerjaya TM, turut mengakui bahawa
kemelesetan ekonomi sedikit sebanyak mempengaruhi peluang pekerjaan pelajar TM
secara keseluruhannya. Pelajar-pelajar TM juga menerima tawaran peluang pekerjaan
daripada syarikat-syarikat swasta tetapi jumlahnya agak kecil berbanding sebelum ini,
dan kebanyakannya membabitkan bidang berkaitan denganTeknologi Maklumat.
Kaunselor Jabatan Kaunseling dan Kerjaya Universiti slam Antarabangsa (UA), juga
menjelaskan bahawa syarikat menawarkan jawatan kosong yang agak kecil dan
berkurang dari tahun-tahun sebelumnya.. Manakala Pengerusi Koleh SAL, Abdul
Rashid Abdul Ghani berkata, situasi ekonomi pada masa kini sudah pasti akan
menjejaskan sedikit sebanyak peluang pekerjaan para graduan. Bagaimanapun
menurut beliau, keadaan sekarang berbeza dengan apa yang dihadapi oleh negara
pada tahun 80an. ni kerana, pelajar bidang T kurang merasai kesannya berbanding
pelajar lain.
Agenda Koridor Raya Multimedia (MSC) negara sedikit sebanyak membantu pelajar
bidang T daripada menerima tamparan kejatuhan ekonomi. Tetapi kita tidak tahu apa
yang akan berlaku seterusnya jika keadaan ini berlarutan. Dari apa yang telah
dijelaskan ini, maka situasi di sekolah vokasional juga akan menghadapi satu cabaran
yang genting. Pendidikan vokasional bukan lagi cuma mengikut apa yang telah
dirancang dua tiga tahun yang lepas, pengubahsuaian perancangan perlulah demi
memenuhi kehendak semasa. Pendidikan vokasional tidak ketinggalan dalam soal
menghadapi situasi kegawatan ini. Pihak Kementerian Pendidikan Teknik dan
vokasional perlu meneroka bidang-bidang baru yang dapat mewujudkan peluang
pekerjaan yang luas dan terjamin. Semua pelajar vokasional juga perlu mempersiapkan
diri mulai sekarang untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Kegawatan ekonomi seperti yang dinyatakan di atas, merupakan cabaran yang besar
kepada latihan vokasional. Pertumbuhan di dalam ekonomi dan industri negara adalah
bergantung kepada keupayaan kita untuk mempertahankan kadar produktiviti yang

16

tinggi dan daya saingan diperingkat antarabangsa. Daya saing dan produktiviti industri
bergantung pula kepada adanya tenaga kerja yang berpendidikan, mahir dan
bermotivasi tinggi.
Oleh itu, hasrat dan harapan negara terhadap pendidikan dalam bidang teknik dan
vokasional adalah amat tinggi. Kepincangan di dalam sistem latihan ataupun
pendidikan vokasional akan mengakibatkan kekurangan tenaga mahir yang seterusnya
akan menyebabkan pertumbuhan industri menjadi lembab dan pengeluaran nasional
menjadi rendah. Oleh itu juga kami cuba membuat kajian tentang cabaran-cabaran
pendidikan vokasional di kala kegawatan ekonomi Malaysia.
Sejarah pendidikan di MaIaysia
Sebelum kita membincangkan isu-isu cabaran pendidikan vokasional secara kritis, elok
sekiranya kita menyingkap kembali sejarah pendidikan di Malaysia. Di awal tahun
Malaysia menuju kemerdekaan, keutamaan pendidikan telah diberikan sepenuh
perhatian dengan tertubuhnya satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui
Penyata Razak pada tahun 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957.
Penyemakan semula Dasar Pendidikan telah dilakukan pada tahun 1960 dengan
lahirnya Laporan Rahman Talib yang kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran,
1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974
untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu
dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi
pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam
tahun 1979(Lampiran A)
Setelah melihat sejarah pendidikan di Malaysia cuba kita kaji sejarah Pendidikan
vokasional pula. Pendidikan Vokasional telah di cadangkan lebih awal lagi, ini boleh
dilihat dalam Laporan Cheeseman. Dari sini dapat kita lihat bahawa pendidikan
Vokasional telah diutamakan dan dianggap penting bagi sesebuah negara. Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia telah ditubuhkan

17

secara rasminya pada tahun 1964 . Sehingga tahun 1982, hanya terdapat 29 buah
sekolah menengah vokasional diseluruh negara. Sistem baru pendidikan vokasional di
sekolah menengah vokasional telah dimulakam dalam tahun 1987, dari perkembangan
pendidikan ini telah bertambahnya 41 buah sekolah menengah vokasional dengan
jumlah keseluruhan sebanyak 70 buah., bahagian ini bertanggungjawab untuk
memperkembangkan pendidikan teknik dan vokasional. Dari kajian sejarah pendidikan
vokasional, pendidikan vokasional telah hampir 40 tahun dilaksanakan dalam
pendidikan kebangsaan kita. Tetapi akhir-akhir ini pendidikan vokasional telah
mengalami perubahan yang ketara sekali. Kegawatan ekonomi juga sedikit sebanyak
telah mendorong perubahan dilakukan demi mencapai pendidikan Wawasan 2020.
Pendidikan VokasionaI perIu seiringan dengan kehendak aIam pekerjaan semasa.
Pendidikan vokasional mempunyai peranan untuk memperkenalkan konsep dunia
pekerjaan kepada pelajar-pelajar. Adalah tepat sekali bahawa pendidikan vokasional
perlulah memberi pendedahan yang secukupnya kepada alam pekerjaan. Di samping
itu, ramai lulusan sekolah vokasional telah dihantar ke luar negara, terutamanya ke
Jepun untuk mendalami kemahiran masing-masing, tetapi sejak kita dikejutkan dengan
kejatuhan nilai ringgit Malaysia pada penghujung tahun 1997. Kementerian Pendidikan
telah membekukan penghantaran pelajar keluar negara, kesan dari kegawatan ekonomi
ini juga telah memberi satu tamparan kepada pendidikan vokasional. Pendidikan
vokasional akan menghadapi tugas yang lebih mencabar lagi berat untuk menyediakan
tenaga manusia bagi membantu mencapai negara maju menjelang tahu 2020 di waktu
ekonomi dunia tidak menentu ini.
Penggunaan tenaga pengajar dalam negara perlulah dapat memberi kemahiran-
kemahiran yang diperlukan dalam melahirkan tenaga kerja yang diharapkan.
Kemahiran membaca, mengira dan menulis (3M) adalah sesuatu yang perlu
diperkukuhkan, dan pelajar hendaklah dimaklumkan betapa pentingnya kemahiran asas
bagi semua corak pekerjaan.

18

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Encik rederick Wong Kong Kuong berkata,
pelajar hari ini adalah aset negara untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2020
negara.Sehubungan itu, beliau menyeru golongan pelajar agar bersedia untuk bergerak
ke hadapan serta meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik untuk memenuhi
tenaga kerja mahir negara pada masa akan datang.
"Negara memerlukan rakyat yang berpendidikan tinggi serta memiliki kemahiran dalam
pelbagai bidang menjelang tahun 2020 apabila negara sudah mencapai status sebuah
negara perindustrian yang maju," katanya ketika berucap pada majlis makan tengah
hari dan penyampaian insentif Kesatuan Guru Sarawak Cawangan Sarikei di sini baru-
baru ini.
Kurikulum di sekolah menengah vokasional seharusnya meliputi kemahiran asas untuk
pekerjaan seperti kesedaran mengenai bidang pekerjaan yang ada, sikap positif
terhadap kerja, berkerjasama dalam pasukan, sifat-sifat murni, kemahiran asas dalam
sesuatu bidang, membuat keputusan, kemahiran menggunakan komputer, pengurusan
sumber manusia dan model, teknologi maklumat dan lain-lain kemahiran yang
diperlukan untuk sesuatu pekerjaan menggunakan kemampuan teknologi. Kemahiran
berkomputer perlu didedahkan pada peringkat awal persekolahan secara menyeluruh.
Pendidikan bertanggungjawab memenuhi keperluan dan harapan semua pelajar
mengikut kebolehan dan kemampuan masing-masing.
Teknologi yang sentiasa berkembang dan banyak mempengaruhi kehidupan manusia.
Sama ada di tempat kerja mahupun di rumah teknologi telah merubah suasana kerja,
cara kerja, cara berfikir dan lain-lain lagi. Jadi pendidikan vokasional perlulah setiasa
berubah dari masa ke semasa, supaya negara tidak akan ketinggalan dalan
perkembangan teknologi. ni jelas dapat dilihat dalam falsafah pendidikan negara yang
mengutarakan sembilan cabaran kearah Wawasan 2020. Cabaran yang ke enam di
dalam pendidikan ke arah 2020 telah ditekankan teknologi perlu diutamakan dalam
pendidikan.


19

embentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif berdaya cipta dan
berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat
`memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan
peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. (lampiran B)
Cabaran yang ke enam ini penting di tahun-tahun kelesuan ekonomi negara.
Pendidikan vokasional boleh menjadi salah satu pemangkin ekonomi negara.
Pendidikan vokasional perlulah dapat merapatkan jurang antara kurikulum dengan alam
pekerjaan. Terdapat empat bidang yang perlu diambil berat oleh pendidikan vokasional
masa kini.
i. Sains dan TeknoIogi
Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai teknologi tinggi dan berfungsi
sebagai negara pengeluar. Pelbagai barangan dan perkakasan untuk keperluan
kehidupan dikeluarkan dan dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Untuk tujuan ini
sudah pasti kita memerlukan ahli reka cipta yang mempunyai daya kreatif dan inovatif.
ii. TeknoIogi MakIumat
Keadaan dunia abad ke 21 akan semakin kecil dengan penemuan dan ciptaan baru
serta maklumat yang sebegitu banyak ledakan maklumat atau prasarana maklumat
menjadi paling hebat apabila high performance communication digabungkan dengan
high performance computing. Melalui penggunaan pelbagai alat dan perkakasan hasil
kemajuan teknologi seperti teknologi digital. World Wide Webs dan nternet. Kita dapat
mencapai, menyimpan, mendapat balik dan menggunakan maklumat dengan cepat
dalam masa yang singkat.
iii. Pasaran dan Industri
Pembangunan negara banyak bergantung kepada keteguhan ekonominya. Bidang
perniagaan, perusahaan dan perdagangan akan berkembang dari bentuk pasaran
secara kecil-kecilan kepada usaha yang luas di peringkat dunia. Pakar-pakar dalam

20

bidang ekonomi dan keusahawanan memang menjadi satu keperluan yang sangat
penting bagi mencapai produktiviti negara.
iv. Modenisasi
Proses modenisasi mempunyai koordinasi dan implikasi ke atas idea, pemikiran, sistem
nilai, 'world view', dan budaya masyarakat. Masyarakat Malaysia akan menjadi
bertambah kompleks dan terdedah kepada pelbagai masalah sosial. Keganasan,
penganiayaan, jenayah intelektual dan jenayah kolar putih, masalah penyelewangan
agama dan ketaatsetiaan negara. Negara memerlukan ahli fikir termasuk ahli-ahli fikir
dalam bidang agama untuk membantu mengatasi masalah soasial dalam negara maju.
Pendidikan sekolah menengah vokasional perlulah sebagai jentera untuk menyediakan
tenaga kerja yang separa terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
untuk menggerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi negara. Dari sudut lain pula
pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan formal, diharapkan menjadi
individu yang seimbang dari segi pertumbuhan jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosialnya (JERS).
Mereka bentuk dan meIaksanakan sistem yang fIeksibeI.
Pendidikan vokasional mampunyai peranan untuk mengubahsuai sistem pendidikan
sekarang dan membina sistem baru bagi menampung keperluan pekerjaan masa
hadapan. Segala perubahan yang dilakukan hendaklah dibuat dengan kerjasama pihak
industri. Perubahan tersebut perlu fleksibel dalam aspek:-
i. pengurusan proses pendidikan vokasional.
ii. Kurikulum.
iii. Penilaian.
iv. Cara penyampaian
v. Tenaga pengajar.

21

Hanya dengan perancangan yang teliti dan mendapat kerjasama semua pihak sajalah
sesuatu sistem itu dapat menunaikan hasratnya untuk mengeluarkan pendidikan
berkualiti.
Sistem pendidikan negara yang berorientasikan peperiksaan akan diubah kepada satu
sistem yang lebih fleksibel dan bersesuaian dengan keupayaan pelajar sebagai
individu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan
demikian berkata, pihaknya sedang membuat kajian terperinci mengenai perkara itu
dan keputusannya akan diumumkan dalam masa yang terdekat.
Perubahan yang dinyatakan adalah secara menyeluruh di setiap peringkat pendidikan
termasuklah pendidikan sekolah menengah vokasional dan ia tidak lagi bertumpu pada
sistem pembelajaran yang mewajibkan para pelajar mendapatkan keputusan cemerlang
dalam peperiksaan. Penilaian pintar akan dibuat pada setiap peringkat bagi memenuhi
keperluan pelajar sebagai individu dan bukannya robot yang diarah untuk mendapatkan
keputusan peperiksaan yang cemerlang.
''Oleh itu, pihak kementerian sedang mengkaji kaedah yang lebih bersesuaian yang
mampu melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif,'' katan Menteri Pendidikan
selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pendidikan. Pada persidangan yang
bertemakan Pendidikan untuk Persaingan Global.
Pendidikan sekolah menengah vokasional pada masa depan akan berorientasikan
keperluan dan pembangunan individu yang mempunyai kemahiran berfikir secara
kreatif, intelektual dan berlandaskan nilai-nilai murni yang kukuh. ni semua adalah
untuk membolehkan para pelajar bersaing dalam era yang lebih kompetetif. Sistem
peperiksaan di vokasional juga perlu lebih fleksibel bagi memenuhi keperluan para
pelajar berbanding satu paiwaian asas.
Mengatasi masaIah memantapkan sistem pendidiakan VokasionaI.
Sistem pendidikan vokasioanal perlu kepada perubahan dari masa ke semasa kerana
tidak ada satu sistem yang boleh dijadikan sebagai formula untuk menyelesai masalah

22

vokasional untuk negara. okusnya yang selalu berubah menyebabkan perlu kaedah
penyelesaian dinamik. Usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia abad ke
21 yang berdaya saing dan berdaya maju digariskan dalam Wawasan 2020. Kesemua
usaha ini bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara moden dan
maju, sebuah masyarakat industri yang adil, bermoral dan rasional dan mempunyai
keperibadian sendiri.
Dalam pembangunan sebuah negara yang maju, pendidikan vokasional perlulah
melahirkan pelajar-pelajar yang bekesediaan diri yang kukuh dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosialnya (JERS). Sebagai sebuah negara maju, pembangunan
pesat berlaku dalam pelbagai bidang dan setiap bidang memerlukan sepenuh
perhatian. Dalam soal ini sistem pendidikan vokasional perlulah dimantapkan lagi
Pada suatu ketika dahulu, sistem pendidikan vokasional dianggap sebagai penyelamat
kepada pelajar-pelajar yang gagal dalam SRP, tetapi sekarang ini oleh kerana ada
tekanan untuk mengeluarkan tenaga pekerja yang berkualiti maka fungsinya terpaksa
berubah. Demikian juga dengan terlaksananya sistem PMR mungkin perubahan kecil
terpaksa dilakukan. Pendidikan Vokasioanl memerlukan modal besar dan perbelanjaan
yang tinggi dan sentiasa mendapat perhatian berbagai pihat untuk mengetahui
keberkesanannya. Cabaran kepada pendidikan ialah untuk memastikan sumber yag
diperlukan akan sentiasa mendapat layanan oleh pihak-pihak berkuasa di samping itu
pendidikan vokasional terpaksalah mengeluarkan hasil yang setimpal dengan belanja
yang dikeluarkan.
Untuk mendapat pelajar yang baik, para guru dan pendidik perlulah meningkatkan
kemahiran mereka terlebih dahulu. Pendekata untuk kaedah pengajaran dalam
pendidikan vokasional juga perlu diubahsuai. ni dapat dilihat dalam ucapan Menteri
Pendidikan Malaysia Y.B.Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak kita pada hari guru
yang lapas. Berbunyi :
"............aspirasi negara untuk mewujudkan sebuah negara maju menjelang tahun 2020
mengikut acuan sendiri memerlukan komitmen yang menyeluruh dan pengurusan kerja

23

yang berkualiti daripada setiap warga pendidik. Selaras dengan tema Hari Guru pada
tahun ini, guru perlu meningkatkan lagi peranan menyemai rasa tanggungjawab
bersama di kalangan pelajar agar mereka menjadi aset dan faktor utama ke arah
mencapai cita-cita murni tersebut.............." di sini jelaslah bahawa para guru
termasuklah guru dalam pendidikan vokasional perlu menghadapi cabaran masa ini dan
masa depan dengan cekal.
Di saat-saat kegawatan ekonomi yang sedang hangat diperkatakan, ia turut dirasai oleh
para pendidik di seluruh negara. Menurut kata-kata Ketua Setiausaha Kementerian
Pendidikan Malaysia Y. Bhg. Tan Sri Dr. Johari bin Mat :
"............Di sebalik segala masalah dan kegawatan yang melanda negara, profesion
perguruan di negara ini masih teguh dan utama. alahan pada saat ini tugas guru telah
menjadi lebih penting dan mencabar. Di samping tugas harian guru mendidik anak-anak
di bangku sekolah, guru juga dipertanggungjawabkan untuk menanam semangat waja
di kalangan para pelajar supaya mereka menjadi warganegara yang lebih cekal dan
berwibawa dalam menghadapi rintangan dan halangan bagi mencapai kemajuan dan
pembangunan negara.........."
Walaupun kita sedang menghadapi saat ekonomi yang kritikal, tetapi tugas melahirkan
tenaga kerja perlulah diteruskan. Pendidikan secara tidak langsung dapat memangkin
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Untuk memantapkan sistem pendidikan guru vokasional, perlulah diwujudkan kurikulum
guru vokasional sebagaimana yang dibuat bagi melatih profesyen arkitek, undang-
undang dan perubahan. Kursus-kursus perguruan perlu dibuat perubahan agar kaedah
mengajar lebih berkesan dan efisient. Sesuatu perlu dilakukan untuk mendapatkan
calon yang berkebolehan dan berpendidikan tinggi menyertai profesion perguruan
teknikal. Di Jerman profesion perguruan menerima imbuhan yang tinggi kerana untuk
seseorang itu diterima sebagai pendidik mereka terpaksa menjalankan latihan yang
panjang dan rapi. Mengekalkan tenaga ini adalah juga satu yang perlu mendapat
perhatian segera.

24

Pembiayaan Pendidikan VokasionaI
Perubahan dalam dunia pekerjaan akan membabitkan perubahan dalam struktur
kurikulum di sekolah-sekolah. Perubahan akan melibatkan kos, masa dan latihan
tambahan. Dalam tempoh negara kita menuju ke arah Wawasan 2020, tidak mungkin
sistem pendidikan kita dapat menanggung kos beban perubahan tanpa bantuan dari
pihak lain. Contohnya baru-baru ini, Malaysia telah meminjam US $300 juta atau RM
1.17 billion dari Bank Dunia yang telah ditandatangani oleh Duta Malaysia ke Amerika
Syarikat, Datuk Dali Hashim. Pinjaman ini adalah untuk tujuan membasmi kemiskinan,
Kesihatan dan peruntukan pelajaran.
Sistem pendidikan vokasional perlu mendapat sumbangan dalam bentuk kewangan
atau peralatan. Pihak swasta perlu digalakkan untuk memainkan peranan mereka
dengan menjalankan latihan di tempat sendiri sama ada secara usahasama dengan
institusi kerajaan ataupun melalui sumber dalaman. Sumbangan secara terus dalam
bentuk peruntukan tetap, biasiswa dan juga pinjaman perlu digalakkan. Sistem
pendidikan juga perlu berusaha supaya setiap industri mencarumkan 'levi' latihan ke
dalam sesuatu tabung dan memastikan setiap industri diwajibkan melatih beberapa
orang pelatih mengikut kemampuan dan saiz industri berkenaan. Dengan cara ini
pembiayaan latihan dapat dikongsi bersama oleh kerajaan dan sektor swasta.
Kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk menarik minat sektor swasta supaya
terlibat secara langsung di dalam mempertingkatkan latihan kemahiran. ni adalah
kerana pendidikan vokasional merupakan satu bidang yang memerlukan sumber
kewangan yang besar untuk mengendalikannya. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan
telah memperkenalkan insentif cukai dalam Belanjawan 1991 bagi syarikat-syarikat
yang terlibat di dalam latihan sumber manusia.
Adalah diharapkan dengan adanya insentif seperti ini, penglibatan sektor swasta di
dalam latihan dan pendidikan vokasional dapat dipertingkatkan. Sektor swasta melalui
daya usahanya sendiri atau dengan kerjasama kerajaan akan digalakkan menubuhkan

23

Pusat Latihan Khas bagi menghasilkan kemahiran yang berkaitan dengan teknologi
baru dan canggih.
Selain daripada itu, sekolah-sekolah dan institusi-institusi juga digalakkan untuk
menambah sumber kewangan dengan menawarkan kursus-kursus kepada pihak
swasta, memberi khidmat perunding, membuat projek-projek khas dan memberi latihan
kepada pekerja-pekerja swasta.
Mewujudkan Perhubungan Industri dan Institusi
Tidak dapat dinafikan bahawa cabaran untuk mewujudkan hubungan erat di antara
kedua-dua pihak akan memakan masa. Hubungan di antara pihak swasta harus
dijalinkan terlebih dahulu. Budaya koperat lebih menitik beratkan kepada keuntungan
dan sedikit sangat untuk perkara kebajikan lebih-lebih lagi yang melibatkan kos
tambahan mereka. Di Amerika, perubahan terakhir menunjukkan peningkatan
hubungan di antara pihak swasta dengan institusi. Malah, adalah sesuatu yang janggal
sekiranya institusi itu tidak ada hubungan dengan institusi tempatan. Beberapa cara
untuk mewujudkan hubungan di antara industri dan pihak swasta menerusi :-
i. Pembangunan dan pelaksanaan kurikulum
ii. Penilaian keluaran
iii. Pembangunan bahan pengajar
iv. Lembaga Penasihat
v. Seminar anjuran bersama
Di samping itu juga, pihak swasta digalakkan mengguna kemudahan yang ada di
politeknik dan sekolah menengah vokasional untuk menjalankan kursus-kursus teknikal
bagi pekerja-pekerja mereka pada kadar yang berpatutan. Negara kita patut
mencontohi negara-negara maju yang mana adanya kerjasama yang erat antara
institusi pendidikan dan pihak swasta untuk mempertingkatkan pendidikan vokasional.
Pendidikan vokasional perlu mengambil kira candangan-candangan yang dikemukakan
oleh kabinet. Misalnya, kurikulum sekolah-sekolah vokasional perlulah selalu dikaji

26

untuk mengikut perkembangan semasa dan permintaan yang berbeza. Dengan
terbentuk satu Jawatankuasa Penasihat Bersama antara Bahagian Teknik dan
Vokasional (BPTV) dan sektor swasta. Jawatankuasa ini akan memberi input terhadap
sebarang perubahan kurikulum dari masa ke semasa untuk mengurangkan perbezaan
antara tenaga yang dikeluarkan dan tenaga yang diperlukan oleh industri.
Program latihan dan kandungan kursus akan diawasi secara berterusan dan diubahsuai
bagi memenuhi permintaan pasaran buruh yang berubah mengikut masa ke semasa.
Keutamaan akan terus diberi kepada program-program untuk menyediakan lebih
banyak penempatan pelatih di firma, latihan perindustrian, latihan amali serta
pembangunan keusahawan.
Latihan pembangunan gunatenaga diberi perhatian yang lebih menerusi pembukaan
pusat latihan awam dan swasta. Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (MM),
menyusun pelbagai usaha memajukan industri. Berikutan langkah menyediakan
landasan kukuh bagi membawa Malaysia melangkah ke alam perindustrian, MM yang
mewakili kepentingan pengeluar tempatan menyediakan kemudahan latihan-Pusat
Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan (ESDC) pada tahun 1991. Kelahiran
ESDC yang dinanti-nantikan itu bukan sahaja melengkapkan tetapi juga
mempercepatkan lagi proses perindustrian negara.
Untuk mendapat pelajar yang baik dan berilmu pada masa kini, guru dan pendidik
perlulah meningkatkan kemahiran mereka lebih terlebih dahulu. Salah satu caranya
ialah pendedahan dan penglibatan sektor swasta. Pendekatan untuk mengajar
pendidikan vokasional juga perlu diubahsuai.Penekanan kepada menganalisa sesuatu
proses teknikal lebih bermakna dari cuma membina tanpa mengetahui asas-asas
penting.
Agensi latihan awam tidak berupaya memenuhi keperluan industri dalam menyediakan
tenaga kerja terlatih. Sehubungan dengan itu, usaha secara tidak langsung pihak
kerajaan untuk meningkatkan tenaga kerja terlatih ialah dengan mengajak pihak industri

27

turut mengambil bahagian dalam aktiviti latihan, terutama latihan sambil kerja dan
latihan meningkatkan kemahiran.
Tabung Pembangunan Sumber Manusia 1992 (Human Resource Development und)
merupakan satu bentuk insentif kepada pihak industri yang melibatkan diri dalam aktiviti
latihan untuk tenaga kerjanya. Untuk menjadikan latihannya lebih efektif dan relevan,
latihan yang dijalankan itu akan diberi pengiktirafan dan kelayakan oleh MLVK (Majlis
Latihan Vokasional Kebangsaan) berdasarkan piawaian kemahiran yang telah dibentuk
bersama oleh pihak industri dan kerajaan.
Dengan menyediakan satu bentuk pengiktirafan dan kelayakan, pihak majikan dan
industri akan berasa yakin terhadap seseorang pelatih yang mempunyai satu kelayakan
vokasional kebangsaan yang disediakan oleh MLVK. Secara perlahan, pihak industri
akan melanggan kepada kelayakan vokasional kebangsaan yang baru dan tidak akan
lagi bergantung kepada kelayakan vokasional dari luar negara seperti City and Guilds of
London nstitute (CGL).
Mewujudkan Piawaian Bagi Sesuatu kursus Kemahiran
Pada masa kini pelbagai institusi telah tumbuh dengan pesatnya dengan
memperkenalkan pelbagai kursus semata-mata dari sudut keuntungan. Boleh dikatakan
semua institusi mengeluarkan Sijil dan Diploma mengikut takrif mereka sendiri tanpa
merujuk kepada sesuatu piawaian yang ditetapkan. a akan memberi kesan negatif
kepada perkembangan ekonomi dalam jangka masa panjang. Adalah menjadi cabaran
kepada sistem pendidikan kita untuk menyediakan piawaian yang menyeluruh di
samping mengambil kira perbezaan di antara industri-industri dan lokasi mereka.
Dengan cara inilah kemahiran dan pengetahuan asas dapat digunakan dengan
berkesan oleh pihak industri.
Pihak swasta juga digalakkan untuk membina institusi yang memberi latihan kemahiran
dan bukan semata-mata berbentuk am. Kawalan oleh pihak berkuasa amat diperlukan
supaya hasilnya akan mempunyai kualiti sepadan dengan yuran yang dikenakan.

28

Pihak kerajan melalui Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) telah mula
membangunkan prasarana untuk mengembangkan pentauliahan kemahiran. Satu
jawatankuasa petugas yang dianggotai oleh agensi-agensi latihan
kemahiran/vokasional termasuk Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional,
Kementerian Pendidikan telah dibentuk pada 17 Mac 1992 untuk menjalankan kajian
bagi perubahan fundamental dan seterusnya memajukan lagi sistem latihan vokasional
yang sedia ada.
Di antara rumusan dan cadangan hasil kajian jawatankuasa petugas yang telah
dibentangkan dan menerima mandat dalam Mesyuarat Anggota Majlis Latihan
Vokasional 9 Disember 1992 ialah :-
O Mewujudkan rangka kerja kelayakan vokasional(vocational qualification
framework) yang meliputi bidang pekerjaan yang lebih meluas.
O Mengubahsuai piawaian ketukangan kebangsaan yang sedia ada dari 'job
based' yang terlalu spesifik kepada 'occupational-based' yang lebih generik
supaya lebih 'flexible'.
O Membuka lebih luas peluang mempertingkatkan kelayakan vokasional dengan
memperkenalkan'Accredition of Prior Achievement' (APA) dan 'Accredition of
Prior Learning' (APL) supaya lebih ramai pekerja yang berpengalaman dapat
diberi pengiktirafan sewajarnya tanpa melalui ujian kemahiran. ni akan
menjimatkan wang dan tenaga untuk menguji kemahiran yang sememangnya
telah dimiliki oleh seseorang pekerja berpengalaman.
O Mengubahsuai kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang ada sekarang
dengan mewujudkan satu Sistem Kelayakan Vokasional Kebangsaan (KVK).
SMK Peringkat Asas, Pertengahan dan Tinggi akan digantikan oleh KVK Tahap
, Tahap dan Tahap di mana Tahap dan diletakkan di peringkat operasi
dan pengeluaran dengan memuatkan kemahiran teras seperti kemahiran
komunikasi. 'information technology'dan 'numeracy' di samping kemahiran
vokasional dan KVK Tahap diletakkan di peringkat penyediaan dengan
memuatkan kemahiran pengurusan.

29

O Memastikan jaminan mutu (quality assurance) latihan vokasional dengan
mewujudkan satu mekanisme assessment and verification yang sesuai untuk
pelatih-pelatih di industri latihan dan juga pekerja industri.
O Melaksanakan latihan secara modular supaya sistem 'assessment and
verification' dapat dijalankan dengan berkesan.
Kelayakan kemahiran individu yang telah menjalani program latihan juga akan diiktiraf
dan dikenali pada peringkat kebangsaan. Di bawah sistem ini juga reputasi,
pentauliahan, pengiktirafan dan pendaftaran penyedia latihan (training providers) dapat
dikawal agar semua pusat latihan berusaha supaya kursus latihannya ditauliah dan
program latihannya diiktiraf serta institusi mereka berdaftar dengan MLVK untuk
menjalankan kursus dan program latihan di mana-mana dalam Malaysia.
Pemupukan Budaya Pendidikan Untuk Seumur Hidup
Menurut George R. Knight, pendidikan bukan hanya terhad kepada pembelajaran di
peringkat sekolah sahaja, malah ia lebih merupakan suatu proses pembelajaran
sepanjang hayat. Pendidikan menjelang Abad ke-21 bukan sahaja untuk memberikan
pelajaran asas kepada pelajar-pelajar sekolah sahaja, bahkan ia juga bertujuan untuk
memberi peluang kepada setiap individu yang berminat untuk memperkayakan ilmu
pengetahuan dan meningkatkan kemahiran diri sendiri mengikut perubahan semasa. ni
adalah selaras dengan Matlamat Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang sempurna dan menghayati ilmu pengetahuan. Oleh yang
demikian, program pendidikan lanjutan perlu diwujudkan bagi membolehkan latihan
tambahan diberi kepada mana-mana individu yang ingin meningkatkan pengetahuan
dan kemahirannya. Kemahiran tambahan sedemikian adalah perlu untuk seseorang itu
menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi semasa agar ilmu yang dimiliki oleh
seseorang itu tidak akan statik dan ketinggalan zaman.
Masyarakat Malaysia secara umumnya perlu diberikan kesedaran terhadap
kepentingan program pendidikan lanjutan. Kejayaan program pendidikan lanjutan di luar
negeri sepatutnya dijadikan ikhtibar bagi mewujudkan program pendidikan lanjutan

30

tempatan. Sebagai contoh di Hong Kong, mengikut perangkaan yang diperolehi pada
tahun 1984, jumlah peserta yang mendaftar untuk kursus peningkatan kemahiran
adalah jauh lebih besar dari yang mengikuti kursus juruteknik. Seramai 2,400 peserta
sahaja merupakan pelajar sepenuh masa, manakala yang selebihnya adalah pelajar
secara separuh masa dalam kursus-kursus program pendidikan lanjutan.
Salah satu halangan kepada perkembangan program pendidikan lanjutan adalah
disebabkan oleh jadual kursus yang rigid dan ketidaksesuaian lokasi pusat latihan.
Program pendidikan luar kampus, S.P.A.C.E . (School Of Professional And Continuing
Education) yang sedia ada, sungguhpun mempunyai jadual waktu yang agak fleksibel,
namun ia masih tidak dapat memenuhi permintaan orang ramai disebabkan pilihan
lokasinya yang terhad. ndividu-individu yang berminat mungkin terpaksa melupakan
hasrat mereka memandangkan mereka berasa sukar untuk meluangkan masa untuk
menghadiri latihan kerana urusan kerja yang sibuk dan terikat dengan keluarga masing-
masing. Oleh itu, bagi menggalakkan penyertaan golongan bekerja dalam program
pendidikan lanjutan, latihan yang ditawarkan seharusnya mudah diikuti dari segi
kesesuaian tempat dan masa. Disamping itu, latihan tersebut juga perlu menjurus
kepada bidang yang berkaitan dengan kehendak individu dan juga pihak industri.
Namun begitu, cabaran kepada pendidikan kita kini ialah untuk menyediakan prasarana
yang sesuai untuk perlaksanaan aspirasi program pendidikan lanjutan tersebut. Salah
satu cara untuk mencapai matlamat ini adalah dengan mengembangkan penggunaan
Pendidikan Jarak Jauh (distance education). Pendidikan Jarak Jauh merujuk kepada
kaedah pembelajaran yang melibatkan perpisahan antara pelajar dan pendidik dalam
suatu program penyampaian bahan mengajar yang teratur dan menggunakan media
berteknologi tinggi seperti 'teleconferencing'. Pendidikan Jarak Jauh adalah lebih
merupakan sejenis pendidikan bukan formal (informal education) yang ditujukan khas
untuk golongan pekerja atau profesional yang ingin meningkatkan ilmu pengetahuan
seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. a adalah sejajar dengan saranan
Yang Berhormat Dato Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa perlunya pendekatan
'ndividuals-Oriented' dalam sistem pendidikan negara, yang mana aspek pembelajaran
individualistik ditekankan. Pengalaman negara ndonesia, Thailand dan ndia

31

menunjukkan penyebaran ilmu yang berkualiti dapat dilaksanakan dengan kaedah
Pendidikan Jarak Jauh. Malaysia mempunyai asas yang membolehkan pendidikan
menerusi sistem ini dijalankan. Apa yang kurang cuma bahan-bahan bantuan (software)
dan kesungguhan melaksanakannya. Mengikut Profesor Ungku Aziz, terdapat tiga
peringkat yang boleh menjayakan program Pendidikan Jarak Jauh:
a. Kursus-kursus di peringkat maktab, institusi dan universiti untuk pelajar-pelajar.
b. Kursus berbentuk pendidikan lanjutan kepada mereka yang sudah bekerja yang
berminat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri, contohnya bbagi
kursus pengurusan dan perakaunan.
c. Orang-orang dewasa yang berminat untuk belajar semata-mata kerana
dahagakan ilmu. Antara contoh kursus yang dimaksudkan ialah penulisan kreatif,
bahan, teknik pertanian dan lain-lain lagi.

Menaikkan Taraf LuIusan DaIam Bidang VokasionaI
Pendidikan juga mempunyai peranan untuk memberi penerangan bahawa tidak ada
bezanya di antara sistem pendidikan vokasional dan akademik. Sungguhpun president
Pertubuhan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Abu Bakar Shauket Ali pernah menyeru
kepada pihak kerajaan untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang gagal
dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi memperolehi latihan vokasional. Tetapi
ini tidak bermakna bahawa sekolah-sekolah vokasional yang sedia ada telah diturunkan
tarafnya. Sikap memandang rendah terhadap pelajar-pelajar sekolah vokasional
sebagai gagal ke sekolah akademik masih menebal di kalangan kita. Setengah ibu
bapa berasa malu pada jiran-jiran apabila anak mereka bersekolah aliran vokasional.
Mesipun sering kali ditegaskan bahawa masa depan bagi lepasan sekolah vokasional
yang bercorakkan kemahiran adalah cerah, namun pada hakikatnya tanggapan orang
ramai terhadap pendidikan vokasional sukar dikikis. Akibatnya, hanya sejumlah 7%
pelajar-pelajar PMR kita yang berminat untuk memasuki sekolah vokasional dan teknik

32

berbanding dengan di negara perindustrian seperti Jerman di mana 70% daripada
lepasan sekolah ditempatkan untuk latihan vokasional. (Lampiran A)
Di sini, masyarakat khususnya golongan remaja haruslah mengubah sikap dan
pandangan mereka terhadap pendidikan vokasional. Dengan wujudnya peluang-
peluang pekerjaan yang semakin meluas, gaji yang lumayan dan kenaikan pangkat
yang lebih cepat dalam sektor pekerjaan vokasional, pandangan masyarakat harus
berubah dan memandang tinggi terhadap pekerjaan kolar biru. Selagi jurang ini masih
wujud maka sukarlah untuk menggalakkan lebih ramai pelajar mengikuti bidang
vokasional.
Namun begitu, berbagai-bagai usaha telah dijalankan bagi mengalihkan pandangan
masyarakat agar beranggapan positif terhadap pendidikan teknik dan vokasional.
Contohnya, dalam alsafah Pendidikan Negara dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM), telah ditekankan terhadap nilai-nilai yang tinggi seperti
berkeupayaan untuk bekerja keras, semangat untuk memajukan diri, etika kerja yang
baik, disiplin dan semangat untuk bersaing. Dalam kurikulum baru ini , mata pelajaran
baru iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu telah diperkenalkan. ni secara tidak langsung
mendedahkan pelajar-pelajar aliran akademik kepada pendidikan teknik dan
vokasional.
Selain daripada itu, sistem pendidikan perlu menyedarkan orang ramai bahawa peluang
dan laluan memang disediakan bagi lulusan dalam bidang kemahiran. Peluang
melanjutkan pelajaran untuk lepasan sekolah vokasional kini masih terhad (Lampiran
B). Oleh yang demikian, peluang peningkatan ilmu untuk lulusan bidang vokasional
perlu diperbanyakkan. Disamping itu, pekerja-pekerja dalam sektor industri juga boleh
menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan perlu mendapat galakan.
Dengan itu, institusi-institusi pengajian tinggi tempatan juga perlu bersikap terbuka
untuk memberi peluang kepada golongan pekerja ini untuk melanjutkan pelajaran
mereka. Pengiktirafan sijil kemahiran seperti Sijil Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
(MLVK) yang setaraf dengan akademik juga perlu diterima segera sebagai usaha untuk
menaikkan taraf lulusan dalam bidang vokasional.

33

Dari segi kualiti pendidikan vokasional pula, tenaga pengajar di institusi latihan
vokasional dan teknikal perlu mempunyai pengetahuan yang terkini, berorientasikan
industri dan mempunyai pengalaman bekerja dalam industri. Justeru itu, tenaga
pengajar digalakkan untuk menjalani kerja-kerja perundingan di industri, menghadiri
kursus-kursus latihan teknikal jangka pendek dan diadakan pertukaran kakitangan
antara institusi pendidikan teknik dan vokasional. Penubuhan nstitut Teknologi Tun
Hussein Onn (TTHO) pada tahun 1992 khususnya, merupakan kerjasama antara
Kementerian Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan juga konsortium MUCA
dari luar negeri bagi melatih bakal tenaga pengajar berkualiti untuk politeknik.
adangan-cadangan:
Sebagai rumusan, beberapa langkah yang wajar perlu diberikan perhatian oleh semua
pihak bagi menyahut cabaran-cabaran perubahan dalam sistem pendidikan vokasional
negara kita:-
1. Masyarakat perlu mengubah sikap yang selama ini memandang rendah terhadap
pendidikan teknik dan vokasional.
2. ndustri perlu terlibat dalam perancangan kurikulum dan perkembangan
pendidikan vokasional agar latihan yang diberikan kepada pelajar dapat
dihubungkaitkan dengan dunia pekerjaan yang sebenar.
3. Program vokasional mestilah disokong oleh polisi yang kukuh serta dibantu
sepenuhnya oleh sistem pentadbiran dan politik yang ada.
4. Pendidikan sekolah aliran akademik mulai peringkat yang terendah sehinggalah
ke sekolah menengah perlu diterapkan komponen-komponen latihan vokasional.
5. Pihak swasta perlu digalakkan untuk memberi sumbangan kerana beban dan
kos untuk membiayai pendidikan vokasional adalah terlalu tinggi.
6. Program vokasional yang khusus untuk sesuatu pekerjaan perlu diperkuatkan
pada peringkat tertinggi seperti institusi pengajian tinggi, maktab-maktab dan
persekolahan peringkat menengah atas.

34

7. Perkembangan sistem vokasional pada masa depan seharusnya memberi
peluang kepada sesiapa saja yang berminat tanpa mengira kedudukan sosio-
ekonomi mereka.
8. Kursus-kursus sambilan hujung minggu atau luar waktu kerja perlu diadakan
untuk tujuan meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja supaya sejajar dengan
perkembagan teknologi.
9. Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam pembangunan pendidikan
vokasional perlu diberi pendedahan mengenai perkembangan teknologi untuk
dihayati implikasi teknologi baru kepada sistem pendidikan.
Penutup
Sebagai kesimpulan, pendidikan vokasional haruslah berhadapan dengan beberapa
cabaran untuk menyahut seruan kerajaan menjelang tahun 2020. Sikap masyarakat
sendiri perlu diubah agar rakyat memberi pandangan yang lebih positif terhadap
pendidikan teknik dan vokasional. Walaupun perubahan dari segi sikap dan nilai
sesebuah masyarakat itu akan memakan masa yang lama, namun usaha-usaha
perlulah dijalankan mulai dari sekarang. Generasi muda perlulah ditanam dengan sikap
dan norma kehidupan yang baik agar mereka mampu menjadi pekerja-pekerja yang
berkemahiran tinggi.
Cabaran kepada pendidikan vokasional kita adalah besar sekiranya kita ingin mencapai
taraf negara maju dalam tahun 2020. Tidak dinafikan bahawa asas sudah ada dalam
pendidikan vokasional kita yang akan membolehkan kita merancang untuk menuju ke
arah cita-cita tersebut. Namun begitu, dengan persaingan yang akan kita hadapi pada
tahun-tahun akan datang khususnya dalam kegawatan ekonomi yang melanda negara
kini, tenaga manusia yang bakal dilahirkan oleh pendidikan vokasional kita haruslah
mempunyai daya saingan dan peka kepada perubahan yang berlaku sekelilingnya.
Mereka mestilah mempunyai kemahiran yang secukupnya dan menjadi pekerja yang
terpelajar. Penduduk yang terpelajar akan mengukuhkan ekonomi dan dari kekuatan
ekonomilah terbinanya negara yang kuat dan dihormati di peringkat antarabangsa.

33

Rujukan:
1. Haji Yahya Bin Emat (keluaran 78 jun 1993 jilid 37). Jurnal Pendidikan.
2. Yulpisman Asli. Utusan Malaysia (Khamis, 15 Januari 1998). Krisis Ekonomi
Graduan Menganggur Berulang Kembali.
3. Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969). Pemikiran dan Tujuan
Sistem Pendidikan di Awal Kemerdekaan. pp. 133-135.
4. Laporan Rahman Talib. Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969).pp.
135-141.
5. Artikel Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. pp.1-6.
6. alsafah Pendidikan Negara. Kurukulum abad ke 21(sembilan cabran ke arah
wawasan 2020).
7. Noraini Abdul Razak. Utusan Malaysia (Jumaat, 27hb ebruari 1998).
Pendidikan fleksibel -- Sistem Berorientasikan Peperiksaan Akan Diubah Najib.
8. Richard L. Lynch.Vokasional Education Journal, 1991.
9. Majalah Didacticum (No. 9). Magazine for Automation Training.
10. George R. Knight, ssues And Alternatives n Educational Philosophy (Michigan:
Andrews University Press, 1982). pp. 9.
11. mran Bin dris. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan. Perubahan Dunia
Vokasional - Satu Cabaran Kepada Sistem Pendidikan. (Kuala Lumpur:
Percetakan kerajaan), pp.10.
12. Heirich, Robert. "nstructional Media and Technology or Learning" (New Jersey:
Prentice-Hall, 1996), pp.20.
13. YB. Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak. Reforms n Education (1998).
The Next Stage. Kuala Lumpur.
14. Royal Prof. Ungku Aziz, The Star (20 Januari 1992). Human Resource
Development - The Key Towards A Developed and ndustrialised Society.
15. Uma Rudd, The Star (Khamis, 16 Januari 1997). Send PMR ailures or
Vocational Training, says NUTP.
16. The ederal Minister or Education and Science (1992). Vocational Training n
The Dual System n The Republic Of Germany, MES, Munich.

36

17. Haji Yahya Bin Emat. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan (Jilid 37,
Keluaran 78. Jun 1993). Cabaran Dan Strategi Pendidikan Teknik Dan
Vokasional Ke Arah Mencapai Wawasan 2020, Malaysia.
18. Prospektus nstitut Teknologi Tun Hussein Onn 1997.

















37

MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Dalam era pendidikan di Malaysia masa kini sudah banyak berubah berbanding 10 dan
20 tahun yang dahulu. Dasar pendidikan juga berubah. ni adalah kerana pendidikan
tidak dapat lari dengan kesan globalisasi. Apa yang saya ingin huraikan dan
bincangkan tentang Pendidikan Teknik dan Vokasional. Saya percaya ramai yang tidak
begitu faham dan tahu apa itu Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). PTV bukan
hanya sekadar sekolah teknik mahupun sekolah vokasional.a juga bukan sekadar
pusat-pusat latihan kemahiran sahaja tetapi meliputi keseluruhan aspek kehidupan kita.
Ada juga yang menganggap bahawa dunia PTV itu untuk orang yang tidak berjaya,
second class course dan tidak bermutu. Justeru itu, dalam memperkasakan PTV ini,
dasar telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia agar dapat mengubah
persepsi masyarakat terhadap bidang PTV.
Dasar Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di Kementerian Pelajaran Malaysia
adalah untuk memberikan akses, ekuiti dan Pendidikan yang berkualiti kepada pelajar
yang mempunyai kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat dalam bidang teknik,
vokasional dan kemahiran.Dalam program memperkasakan PTV, KPM berhasrat untuk
melonjakkan kecemerlangan pelajar dari kumpulan ini dari peringkat awal, guru dan
sekolah sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata
dunia.Adalah diharapkan program memperkasakan PTV ini akan dapat mengurangkan
kadar keciciran dari sistem persekolahan dan menambah modal insan yang
berkemahiran untuk membantu pembangunan negara. Bagi tujuan ini, KPM telah
menyusun enam strategi utama iaitu:

i. Memperkasakan Kurikulum PTV melalui lepasan sekolah yang mempunyai laluan
kerjaya yang jelas dan luas, mendapat pengiktirafan kemahiran dan mempunyai nilai
tambah melalui penerapan keusahawanan yang merentas kurikulum. Melalui
pemantapan kurikulum PTV, pelajar akan mempunyai pelbagai kemahiran (multi-
skiling). Kemahiran pelajar akan diiktiraf oleh badan professional dan Sijil Kemahiran

38

Malaysia. Disamping ini juga 2 buah Matrikulasi Teknikal akan diwujudkan pada
tahun 2009 bagi memberikan laluan ke PT dalam bidang Kejuruteraan.
ii. Penambahbaikan Sekolah Vokasional Baru dengan 5 buah sekolah vokasional baru
dibina di lima koridor ekonomi di samping 2 buah sekolah baru di bawah Rancangan
Malaysia ke 9. Penambahbaikan sekolah vokasional ini memberikan peluang yang
lebih ramai kepada pelajar untuk mengikuti aliran vokasional dan kemahiran.
Konsep sekolah vokasional baru ini berdasarkan kepada Production Based
Education atau Pendidikan Berasaskan Produksi.
iii. Aliran Asas Kemahiran diperkenalkan kepada pelajar-pelajar seawall tingkatan 1
bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan sahsiah dan instruksional mereka
disamping memberikan pendedahan awal asas kemahiran selama tiga tahun
sebelum mereka membuat kursus mengikut minat dan kebolehan masing-masing.
Aliran ini merupakan alternative kepada pelajar-pelajar yang bercenderungan tinggi
terhadap kemahiran. Minat dan potensi pelajar akan dibimbing serta disalurkan
kepada bidang-bidang yang dapat memenuhi keperluan negara. Oleh demikian,
menjadi dasar KPM untuk memberikan peluang dan ruang kepada semua pelajar
mendapat pendidikan dan kekal dalam sistem persekolahan. ni secara langsung
dapat membantu mengatasi keciciran pelajar di sekolah.
iv. KPM akan meningkatkan penglibatan industri dan badan professional dalam
membantu meningkatkan keberkesanan perlaksanaan PTV khususnya bagi
mencapai wawasan negara dan Misi Nasional yang memerlukan modal insan
berkemahiran tinggi. Antara program yang telah dirangka adalah termasuk Latihan
Sangkutan ndustri Guru PTV yang bertujuan mendedahkan guru kepada
persekitaran kerja sebenar, mendalami teknologi masa kini yang digunakan oleh
industri untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan guru.
v. Dengan adanya penglibatan industri dan badan professional, pelajar akan
didedahkan konsep perlaksanaan School Enterprise yang mengaplikasikan
pengetahuan pelajar dengan persekitaran sebenar supaya menjadikan mereka

39

pelajar yang kreatif, inovatif, proaktif, berdaya saing dan berdikari (self-employment).
Konsep School Enterprise akan meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam
mendalami pendidikan teknik dan vokasional. Gabungan pendidikan akademik dan
Latihan kemahiran juga merupakan kesepaduan ilmu yang dapat membantu pelajar
menjalinkan hubungan yang rapat dengan komuniti dan seterusnya membantu
komuniti menjana ekonomi setempat. Dalam hal ini, peningkatan kualiti, kerja,
menjana ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia.
vi. Bagi memastikan PTV terus releven, KPM akan meningkatkan hubungan dengan
institusi pengajian tinggi (PT) dalam dan luar negara. PT ini akan menjadi mentor
atau paying bagi melestarikan kecemerlangan PTV terutamanya dalam bidang
penyelidikan, pembangunan dan perlaksanaan. Hubungan ini juga akan membantu
mengembangkan potensi sekolah, guru dan murid dengan lebih optimum
terutamanya dalam aspek kebitaraan( niche areas) yang berupaya menyerlahkan
watak serta melonjakkan kecemerlangan sekolah yang menawarkan PTV.
Semoga dengan informasi yang diberikan, dapatlah kita memahami secara umum apa
itu bidang PTV. Jadi adalah satu peluang buat pelajar-pelajar di Malaysia agar faham
apa itu PTV. Jangan terlalu rendah diri. Anda seharusnya bangga dengan status anda.
Buktikan anda juga setaraf dengan pelajar-pelajar di sekolah berasrama penuh dan
MRSM. Kepada pelajar politeknik, kolej komuniti dan kolej-kolej kemahiran yang lain,
ingatlah bahawa anda juga ada peranan dalam pembangunan negara ini. Tingkatkan
kemahiran dan tambah ilmu pengetahuan anda, saya yakin anda akan berjaya.






40

Wawancara berita harian: Sumber tenaga mahir


2010/06/03

O
Prof Datuk Dr Noh DaIimin, Naib anseIor Universiti TeknoIogi Tun Hussein
Onn MaIaysia (UTHM).
O
PENDEKATAN pembeIajaran berasaskan pendidikan teknik dan vokasionaI
mampu menjamin keboIehpasaran graduan. - Gambar hiasan.

41

Pembnetukan universiti ke arah pendidikan teknik dan vokasionaI

TRANSORMAS ekonomi negara yang menjurus kepada industri teknologi dan
perkhidmatan menyaksikan permintaan tinggi terhadap sumber tenaga kerja separa
mahir dan mahir. Pendidikan berasaskan teknik teknik dan vokasional di universiti
menyumbang kepada usaha itu. kuti pandangan Naib Canselor, Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof Datuk Dr Noh Dalimin seperti disampaikan
kepada wartawan Varsiti, Khairina Yasin.
SoaIan (S): Perkembangan bidang pendidikan teknik dan vokasionaI semakin
menyerIah seIaras penekanan meIahirkan sumber tenaga mahir. Apakah peranan
universiti bagi memastikan pencapaian mencapai matIamatnya.
Jawapan (J): Pembangunan pendidikan teknik dan vokasional sudah lama wujud
dengan penubuhan sekolah menengah teknik dan vokasional yang menawarkan
pendidikan aliran berkenaan. Perkembangan diteruskan di peringkat institut kemahiran,
politeknik dan universiti apabila program berteraskan teknik dan vokasional ditawarkan
di peringkat sijil, diploma dan ijazah.

Setiap tahun kita berjaya melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan industri.
Jumlah mereka masih belum mencukupi berikutan permintaan tinggi. Perkembangan itu
menunjukkan perkembangan pesat bidang pendidikan teknik dan vokasional, kini
menjadi fokus pembangunan modal insan.

S: Langkah universiti meningkatkan keyakinan peIajar memiIih bidang pendidikan
teknik dan vokasionaI sebagai piIihan pengajian di universiti. Sejauh mana
pendedahan terhadap potensi kerjaya graduan daIam bidang berkenaan.

J: Statistik menunjukkan negara hanya mencapai anggaran 10 peratus `takeup rate'
bagi pendidikan teknik dan vokasional berbanding negara lain khususnya Jerman yang
kini mencecah 59 peratus.
Kadar itu rendah dan sekiranya tiada peningkatan, negara tidak mampu mencapai

42

sasaran Keluaran Kasar Dalam Negara (GDP) per kapita pada kadar AS$15,000
seperti terkandung dalam Model Baru Ekonomi. Justeru, universiti khususnya Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM) berusaha meningkatkan promosi berkaitan aspek
kebolehpasaran, persaingan, mobiliti, kesepaduan dan kemahiran sosial yang mampu
diperoleh dalam pendidikan teknik dan vokasional. Selain itu, persepsi ibu bapa dan
masyarakat perlu diubah. Aliran teknik dan vokasional tidak lagi dianggap pilihan
pengajian kedua di universiti.

Mereka sebaliknya perlu sedar bidang berkenaan menyediakan peluang pendidikan
lebih luas dan lulusannya mudah mendapat pekerjaan

S: Komitmen universiti daIam memperkasakan bidang pendidikan teknik dan
vokasionaI?

J: Sebagai universiti pertama mewujudkan akulti Pendidikan Teknikal (PTek), UTHM
meletakkan matlamat meningkatkan pertumbuhan k-workers bagi memenuhi keperluan
negara maju pada 2020. Berbekalkan kekuatan 90 warga fakulti, kepakaran, latihan dan
pengurusan pendidikan teknik dan vokasional digembleng secara bersama.

Kesungguhan ini diharap melahirkan kumpulan tenaga pengajar berkemahiran
khususnya di politeknik, kolej komuniti dan sekolah menengah teknik dan vokasional.
nisiatif terbaru adalah penubuhan Computer Technology ndustry Association
(Compita) bagi melatih pekerja mahir dalam industri teknologi maklumat. PTek turut
menjadi pusat rujukan bagi pembangunan sistem pendidikan dan latihan teknik dan
vokasional (TVET) negara menerusi nstitut Pendidikan dan Penyelidikan Teknik dan
Vokasional. Dalam pembangunan akademik dan kurikulum, kita bersedia menawarkan
infrastruktur dengan sekolah menerusi kerjasama Kementerian Pelajaran.

Hala tuju pendidikan teknik vokasional negara dibincang bersama termasuk kurikulum
program pendidikan vokasional yang akan digubal bersama.


43

S: Permintaan tinggi sektor industri terhadap keperIuan tenaga kerja mahir diIihat
begitu mendesak. Apakah perIu perubahan yang wajar daIam pengisian
kurikuIum program pengajian sedia ada di universiti?

J: Kebanyakan universiti akur dengan perkembangan itu dan masing-masing berusaha
melakukan penambahbaikan dari segi pengisian kurikulum yang lebih lestari bagi
menjana rantaian nilai ekonomi yang tinggi. Selain itu, graduan UTHM juga mampu
mendapat kemahiran dalam bidang teknik dan vokasional menerusi pensijilan Sijil
Kemahiran Malaysia sebagai nilai tambah kepada ijazah sedia ada.

Pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar serta berorientasikan praktikal juga
diyakini dapat menjamin kebolehpasaran graduan. Selain itu, satu program baru akan
diperkenalkan iaitu Sarjana Muda Pendidikan Vokasional mampu menghasilkan
graduan yang mempunyai daya saing yang tinggi.

S: Bagaimana perkembangan kerjasama antara universiti dan industri daIam
meIahirkan modaI insan berteraskan kemahiran khususnya daIam bidang teknik
dan vokasionaI?

J: Bidang pengajian teknik dan vokasional menyediakan keseimbangan antara
kemahiran umum dan khusus, latihan teori dan amali, skim latihan, pengajian
sepanjang hayat selain tumpuan kepada industri.

Kerjasama universiti dan industri bagi menjamin kualiti dan kesesuaian kurikulum
terhadap permintaan industri semasa. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah
perkongsian input dengan pihak industri menerusi Jawatankuasa Penasihat ndustri di
universiti, mobiliti mahasiswa, sangkutan industri bagi kakitangan akademik,
penyelidikan bersama industri dan peluang latihan industri kepada mahasiswa.



44



Kritikan ArtikeI
Oleh Aede Hatib Bin usta'amal
Tajuk : Cabaran Dan Strategi Pendidikan Teknik Dan Vokasional Ke Arah Mencapai
Wawasan 2020.
Penulis : Haji Yahya Bin Emat
Terbitan : Jurnal Pendidikan, Jilid 37 Keluaran 8 Jun 1993, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Sinopsis ArtikeI
Artikel ini membincangkan tentang beberapa cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani
oleh latihan teknik dan vokasional dalam mendokong usaha kerajaan untuk mencapai
status sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Penulis juga mengutarakan
langkah-langkah dan strategi yang diatur oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
melaksanakan suatu kurikulum latihan teknik dan vokasional yang mampu melahirkan
tenaga kerja mahir berdasarkan tiga faktor utama iaitu sikap, kualiti dan kuantiti.
Kritikan ArtikeI
Malaysia telah meletakkan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun
2020 di mana usaha ini telah dijelmakan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (RRJP 2) bagi tempoh tahun 1991-2000. RRJP 2 meletakkan sasaran
pertumbuhan sebanyak 7% setahun untuk ramalan pengeluaran yang akan
menyumbangkan sebanyak 37% daripada pengeluaran kasar tempatan bagi tahun
2000. Situasi ini pada pandangan penulis secara langsung menuntut kepada
penghasilan tenaga kerja yang mahir dalam memenuhi pasaran kerja tempatan. ni
telah dinyatakan dengan jelas di dalam Rancangan Malaysia ke Enam iaitu matlamat
pembangunan sumber tenaga manusia adalah merupakan teras utama di dalam

43

pembangunan negara, kerana pencapaian matlamat sosio-ekonomi bergantung kepada
terdapatnya tenaga kerja yang berpendidikan, mahir dan boleh dilatih (Kerajaan
Malaysia, 1991). Sewajarnyalah pembangunan sumber manusia ditangani secara
bersungguh-sungguh kerana hanya dengan kebolehan, kemahiran dan daya usaha
rakyatnya sahaja sesebuah negara boleh menjadi maju. Oleh itu, apa yang perlu
ditekankan adalah menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembangunan sumber
manusia terutamanya dalam bidang teknik dan vokasional. ni selanjutnya meletakkan
sandaran yang besar terhadap latihan dan pendidikan teknik dan vokasional dalam
merealisasikan perkara tersebut. ni amat selari dengan pandangan penulis yang
berpendapat bahawa kepincangan di dalam sistem latihan atau pun pendidikan teknik
dan vokasional akan mengakibatkan kurangnya tenaga mahir yang seterusnya akan
menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam membincangkan aspek cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani
bidang pendidikan teknik dan vokasional, penulis cuba membahagikan kepada empat
aspek utama iaitu:
a) Sikap masyarakat terhadap pendidikan teknik dan vokasional.
Masyarakat dilihat oleh penulis sebagai masih mempunyai pandangan sebegini
apabila mereka menganggap pelajar-pelajar vokasional adalah hanya mereka yang
gagal dalam bidang akademik. enomena ini turut mendapat perhatian Siti Maspah dan
Nor Azizah (1995) yang dalam kertas kerja mereka mengatakan bahawa:
"Satu masalah yang besar ialah untuk menarik minat pelajar terhadap pendidikan
vokasional. bubapa lebih memberikan perhatian kepada pendidikan di sekolah
akademik. Pendidikan di sekolah vokasional dianggap sebagai "Second Class". Lulusan
dari sekolah vokasional juga dianggap rendah tarafnya walaupun sijil SPVM diiktiraf
sama dengan SPM. Sekolah vokasional adalah untuk pelajar yang lemah atau yang
tercicir."
Tanggapan masyarakat yang sebegini sememangnya tidak tepat kerana pendidikan
teknik dan vokasional memberikan masa depan yang cerah kepada para lulusannya
samada dalam peluang pekerjaan mahupun bidang pendidikan peringkat tinggi. Akhbar
melaporkan bahawa Malaysia hanya mampu melatih seramai 32,166 jurutera lagi dari

46

institusi pendidikan tinggi awam menjelang tahun 2020 (The Star, 10 ebruari 1993),
sedangkan menjelang tahun 2000 sahaja sektor industri memerlukan seramai 51,000
jurutera (Berita Harian, 31 Januari 1993).
Manakala daripada aspek peluang melanjutkan pendidikan pula, pengiktirafan sama
taraf bagi SPMV dengan SPM telah memberikan peluang yang sama bagi lepasan
SPMV untuk meneruskan pengajian di pusat-pusat pengajian tinggi seperti Politeknik,
TM, UTM dan sebagainya (Siti Maspah & Nor Azizah, 1995). Kerajaan yang
mempelopori Program Pandang ke Timur melalui agensi-agensinya seperti MARA telah
menghantar lepasan institut kemahirannya untuk mengikuti latihan sambil kerja di
Jepun. Kesemua usaha tersebut adalah bertujuan untuk mendorong masyarakat agar
berpandangan positif terhadap pendidikan teknik dan vokasional negara.
b) Pendidikan teknik dan vokasional untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang
mahir.
Dalam aspek pembangunan sumber manusia , penulis cuba mengutarakan tentang
kepentingan peranan pendidikan teknik dan vokasional dalam melahirkan tenaga mahir
yang relevan dengan permintaan pasaran. Mereka perlulah berkebolehan untuk bekerja
secara profesional di samping berupaya menerima dan menguasai pengetahuan baru
yang berkaitan dengan cepat. Menurut sahak Haron (1992), tenaga manusia yang
diperlukan di dalam masyarakat industri tentulah tenaga manusia yang cekap dan
profesional, berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu dan
dapat membuat penyesuaian dengan tepat. Bagi membentuk kurikulum yang
bersesuaian dengan keperluan industri semasa, maka kerjasama yang erat daripada
pihak swasta adalah diperlukan. Melalui kerjasama ini, program dan kandungan kursus
yang berkaitan dapat diawasi secara konsisten dan diubahsuai bagi memenuhi
permintaan pasaran pekerjaan yang berubah-ubah. Pandangan ini turut dikongsi oleh
Siti Maspah dan Nor Azizah (1995) yang mengatakan bahawa pendidikan teknik dan
vokasional perlu mengadakan hubungan dan kerjasama yang rapat dengan industri
bagi menjayakan program latihan dan menyusun kurikulumya. Sokongan industri
penting agar sistem sekolah dapat mengikuti perubahan teknologi dan memenuhi
keperluan permintaan serta keadaan kerja mereka. Program-program kerjasama yang

47

dijalankan di antara institusi pendidikan teknik dan swasta berupaya mempertingkatkan
lagi kualiti pendidikan teknik dan vokasional.
c) Mempertingkatkan kualiti dalam latihan kemahiran.
Penulis berpendapat bahawa pengalaman dan pengetahuan tenaga pengajar di
institusi latihan teknikal dan vokasional merupakan faktor yang mempengaruhi kualiti
lulusan yang dikeluarkan. Siti Maspah dan Nor Azizah (1995) mengatakan bahawa
tenaga pengajar yang berkelayakan juga menjadi masalah utama. Mereka diambil terus
dari universiti tempatan dan Maktab Khas untuk latihan teknik atau vokasional.
Kebanyakan tenaga pengajar tiada pengalaman perindustrian dan kerja. enomena
tersebut wajar diambil perhatian kerana tenaga pengajar yang hanya mempunyai
kelayakan akademik tanpa memiliki pengalaman industri dan kerja akan menjadikan
pelaksanaan program latihan atau pendidikan teknik dan vokasional lebih bercorak teori
sahaja.
ni akan melahirkan lepasan institusi vokasional yang kurang terlatih bagi memenuhi
tuntutan yang diperlukan oleh bakal majikan mereka kelak. ni adalah berdasarkan
laporan berikut:
".that existing training institution in this country especially vocational schools, offer
very little practical content in their courses such that new graduate frequently lack the
practical skills required by the industry, and from findings of some tracer studies, it
appears that on average about 40% of the trainees are employed in jobs not related to
their training." (The Star, 10 ebruari 1993).
Sehubungan dengan itu, saranan penulis agar sistem pengambilan tenaga pengajar
dilakukan secara lebih terbuka di mana kelayakan akademik tidak dijadikan faktor
utama tetapi mengambil kira pengalaman industri dan kemahiran teknikal yang dimiliki
adalah suatu yang wajar. ni adalah kerana Kerajaan melalui Kementerian pendidikan
juga telah mewujudkan kelonggaran dalam pengambilan staf dan bekerja rapat dengan
industri untuk mendapatkan tenaga pengajar sebagai kakitangan sementara atau
pinjaman (Siti Maspah & Nor Azizah, 1995). Program berkembar dengan pusat-pusat
pengajian tempatan dan luar negara juga wajar dilaksanakan bagi melatih tenaga

48

pengajar politeknik dan Sekolah-sekolah Menengah Teknik/vokasional. ni dapat
meningkatkan lagi taraf kualiti pendidikan teknik dan vokasional melalui mutu
pengajaran yang tinggi dan lebih berkesan.

d) Peningkatan kuantiti pendidikan teknik dan vokasional.
Penulis melihat penambahan jumlah institusi pendidikan teknik dan vokasional adalah
perlu bagi memenuhi keperluan tenaga kerja tempatan. Peratusan pelajar yang
berpeluang melanjutkan pengajian di bidang ini masih terlalu kurang berbanding jumlah
peluang yang sepatutnya dibuka. ni adalah selari dengan pernyataan yang
mengatakan bahawa hanya sebanyak 7% pelajar-pelajar dapat memasuki sekolah
vokasional dan teknik berbanding dengan di negara perindustrian lain, di mana lebih
40% pelajar di sekolah vokasional atau teknologi, misalnya di Jerman (Shahril Marzuki,
1993). Jumlah kemasukan yang kecil adalah berpunca daripada kuantiti institusi teknik
dan vokasional yang masih tidak mencukupi berbanding dengan permohonan
kemasukan. Berdasarkan data yang dikemukakan bagi tahun 1992, didapati hanya
terdapat 70 buah sekolah vokasional yang hanya boleh menempatkan 46,980 pelajar
sahaja (Berita Harian, 1 Disember 1992). Manakala politeknik pula terdapat 7 buah
dengan hanya mampu menempatkan 9,404 pelajar sahaja (Shahril Marzuki, 1993).
Sewajarnyalah pihak kerajaan dengan dibantu oleh swasta memperluaskan lagi
penubuhan institusi teknik dan vokasional samada di bawah peruntukan kerajaan
mahupun pembiayaan swasta. Pandangan ini telah turut dikemukakan oleh Timbalan
Perdana Menteri yang menyebut bahawa:
"sektor swasta membuat pelaburan dengan menubuhkan lebih banyak sekolah
vokasional atau politeknik untuk menampung keperluan tenaga mahir, sejajar hasrat
kerajaan menjadikan negara ini maju pada tahun 2020." (Berita Harian, 17 ebruari
1993).

Oleh itu, penubuhan kolej-kolej swasta dilihat sebagai usaha untuk melahirkan tenaga
mahir dalam pertumbuhan ekonomi negara bagi menampung had jumlah tenaga terlatih
yang dikeluarkan oleh pusat-pusat pengajian awam tempatan.

49


KesimpuIan
Dalam kesimpulannya, penulis menegaskan semula tentang cabaran-cabaran yang
perlu dihadapi oleh pendidikan teknik dan vokasional dalam menyahut hasrat kerajaan
menjelang tahun 2020. Masyarakat diseru agar mengubah pandangan mereka
terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Namun begitu, usaha-usaha yang
berterusan perlulah dilakukan bagi mengubah semula sikap dan nilai masyarakat ke
arah yang lebih positif. ni termasuklah menanamkan sikap dan norma yang baik di
kalangan mereka agar mampu menjadi tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Di
samping itu, kerajaan dan swasta disarankan mengeratkan lagi kerjasama bagi
menangani masalah guna tenaga di dalam bidang teknik dan vokasional ini. Akhirnya,
penulis merasa yakin bahawa sekiranya tiga aspek utama cabaran iaitu sikap, kualiti
dan kuantiti dapat di atasi, maka kejayaan untuk mencapai wawasan 2020 adalah
cerah.


BibIiografi
1) Kerajaan Malaysia, (1991). "Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)". Kuala
Lumpur: Percetakan Negara.
2) Siti Maspah Hassan; Nor Azizah Mohd.Salleh, (1995). Kertas Kerja Bertajuk:
Pendidikan Vokasional- ormal Dan Non ormal Ke Arah Wawasan 2020. Dalam
Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Abad Ke 21 di UKM, Bangi pada 9 November
1995.
3) __________The Star, 10 ebruari 1993.
4) __________ Berita Harian, 31 Januari 1993.
5) sahak Haron (1992). "Aliran perkembangan Pendidikan dan Pembentukan Malaysia
Sebagai Negara ndustri Abad Ke 21". Dalam Pidato Umum Aminuddin Baki Kali Ke 4 di
UPM, Serdang pada 4 Januari 1992.
6) ___________The Star, 10 ebruari 1993.
7) ___________ Berita Harian, 1 Disember 1992.

30

8) Shahril Marzuki, (1993). "Peranan Pendidikan Vokasional Dalam Pembangunan
Sumber Manusia Bagi Mencapai Matlamat Wawasan 2020". Jurnal Pendidikan Jilid 37
Kementerian Pendidikan Malaysia keluaran 8 Jun 1993.
9) ___________ Berita Harian, 17 ebruari 1993.

Anda mungkin juga menyukai