Anda di halaman 1dari 5

Revolusi Siam 1932

Revolusi Thai 1932 merupakan puncak kpd gerakan nasionalisme Negara Thailand. Berbeza dgn gerakan nasionalisme di negara2 Asia Tenggara yg lain, Revolusi Thai meletus bukan bertujuan utk menentang penjajah dan memperjuangkan kemerdekaan sebaliknya berhasrat untuk menentang sistem beraja mutlak ke arah pembentukan sebuah kerajaan raja berpelembagaan atau demokrasi berparlimen. Revolusi Thai dilancarkan oleh golongan nasionalis berpendidikan barat pada 24 Jun 1932. ia merupakan satu peristiwa penting kerana telah mengubah sistem politik Negara Thailand. Juga melambangkan kewujudan sentimen nasionalisme di kalangan rakyat meskipun tidak pernah dijajah. Pengaruh idea2 barat telah memberi inspirasi kepada masyarakat Thai untuk mengubah cara hidup mereka terutamanya dalam berpolitik. Pemimpin utama Revolusi Thai 1932 ialah Nai Pridi Phanomyong. Pya Manopakorn, Pya Bahol Polpayuhasena, Luang Pibul Songgram dan Khuang Aphaiwong merupakan pemimpin Kumpulan Tua. Mereka terdiri drpd pagawai2 tinggi yg mendapat pendidikan dari Jerman dan Perancis. Perjuangan mereka tidak berasaskan kpd ideologi politik. Sebaliknya hanya mahukan kuasa mutlak raja dihapuskan. Sementara Luang Pibul Songgram, dan Nai Pridi Phanomyong merupakan pemimpin kumpulan Muda yg paling berpengaruh. Mereka merupakan bekas pelajar yg berpendidikan barat dan pegawai2 muda tenteram yg mahukan perubahan dlm semua aspek.

Faktor-faktor yang mencetuskan Revolusi Thai 1932 Kebangkitan Golongan Intelektual yang Berpendidikan Barat Pemodenan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn dalam bidang pendidikan meninggalkan kesan yg amat penting dlm sejarah Negara Thailand. Muncul golongan elit berpendidikan barat yg kemudian telah menerajui gerakan nasionalisme di Thailand. Semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn terdapat ramai pelajar Thai yang berpeluang melanjutkan pelejaran ke luar negeri. Mereka terpengaruh dengan idea2 dan falsafah politik barat seperti demokrasi, komunisme, liberalisme yang diperjuangkan oleh ahli2 falsafah barat. Di samping itu gol. Intelektual juga tidak puas hati degan kehidupan rakyat Thai ketika itu yg rata2 masih hidup dlm kemiskinan dan hidup tertindas tanpa pembelaan pemerintah. Sehubungan itu timbul kesedaran untuk mereka membela nasib gol bawahan serta meningkatkan taraf hidup mereka. Tambahan pula ekonomi neg Thai telah dieksploitasi sepenuhnya oleh kuasa2 asing spt British dan China. Ternyata kemajuan ekonomi negara Thai tidak menguntungkan rakyat bawahan, sebaliknya hanya menambahkan kekayaan orang asing. Masalah politik dan ekonomi yg berlaku ini telah menyedarkan gol. Intelektual Thai utk melaksanakn pembaharuan dan mengubah struktur politik negara itu yg berpunca drpd kelemahan sistem beraja mutlak. Kelemahan Pemerintahan Raja Vajiravudh 1910-1925 Dasar pemerintahan baginda telah mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat terutamanya dlm kalangan rakyat pendidikan barat. Seamasa memerintah, Raja Vajiravudh bersikap pilih kasih dan berat sebelah dlm pelantikan pegawai kerajaan. Baginda menyerahkan jawatan2 penting utk disandang sahabatnya serta pegawai yg berpendidikan dlm negeri. Gol bangsawan dan pegawai2 yg berpendidikan barat tidak mendapat keistimewaan seperti disisihkan menjawat sebarang jawatan sama ada dlm kabinet atau kakitangan awam. Keadaan ini menyebabkan berlakunya ketidakcekapan pentadbiran dan merebaknya amalan rasuah dlm kalangan penjawat awam. Vajiravudh bukan sahaja pemerintah yg lemah malah baginda sering mengabaikan tanggungjawab dlm pemerintahan. Pelantikan baginda merupakan satu kesilapan kerana Vajiravudh tidak berminat dlm hal2 pentadbiran. Sebaliknya baginda lebih meminati bidang kesenian. Dengan itu banyak masa dan wang kerajaan dibelanjakan untk kegiatan kesenian. Raja Vajiravudh gemar hidup berfoya-foya dan menghabiskan wang kerajaan. Baginda sering melakukan lawatan peribadi ke luar negara. Banyak wang dibelanjakan utk kepentingan sndiri dan mengindahkan istananya. Vajiravudh telah menggaji seramai 3000 orang pekerja istana.

Selain itu Vajiravudh juga telah membentuk sebuah pasukan tentera peribadi utk melindungi dirinya yg dikenali sbg Pasukan Harimau Liar. Anggota pasukan Harimau Liar diberi layanan yg cukup istimewa dgn bayaran gaji yg lumayan. Tindakan baginda ini bukan sahaja membazir, malah mencetuskan rasa tidak puas hati golongan tentera awam.

Kelemahan Raja Prajadhipok 1925-1935 Baginda merupakan pemerintah Dinasti Chakri yg optimis dan berkaliber serta bersikap liberal dlm pemerintahan. Malangnya baginda mewarisi sebuah pemerintahan yg sedang menuju kehancuran oleh pemerintah sblmnya Raja Vajiravudh. Amalan rasuah dan ketidakcekapan pentadbiran telah menjatuhkan imej sistem autokrasi raja. Meskipun Prajadhipok tidak bersedia utk menjadi pemerintah namun baginda bertindak segera utk membaiki kelemahan pemerintahan sedia ada. Langkah awal yg dilakukan Raja Prajadhipok ialah menghidupkan kembali fungsi kabinet dan memulihkan kembali Majlis Tertinggi Kerajaan serta Majlis Privy. Baginda sering mengadakan rundingan dgn ahli2 kabinet utk sebarabg tindakan dan keputusan yg akan diambil berdasarkan konsep demokrasi. Akan tetapi pemerintahan Raja Prajadhipok sering diganggu oleh c/t gol diraja. Bagi mengurangkan ketidakcekapan pentadbiran dan monopoli kuasa oleh kelas Khun Nang, Raja Prajadhipok telah menyerahkan kembali 8 drpd 12 kementerian di bawah kuasa putera2 raja. Baginda seterusnya meluaskan peranan kerabat diraja dlm pentadbiran dgn memberi peluang mereka memegang jawatan tinggi dan penting dlm kerajaan. Ketika ini berlaku semula monopoli oleh kuasa diraja dan bangsawan menggantikan kelas Khun Nang atau kelas menengah. tindakan Prajadhipok telah membangkitkan kemarahan gol kelas menengah kerana mereka telah kehilangan kuasa pentadbiran dan tidak lagi berpeluang memegang jawatan tinggi serta menikmati gaji yg lumayan. Justeru, gol menengah mengkritik pemerintahann Raja Prajadhipok sbg tidak adil krn memberi lebih perhatian gol bangsawan sedangkan mereka diabaikan. Pembaharuan Prajadhipok telah membakar semangat gol berpendidikan barat utk menghapuskan kuasa golongan mutlak. Pemerintahan Prajadhipok akhirnya telah kembali kpd pemerintahan bercorak tradisional. Pentadbiran dijalankan secara sulit tanpa diketahui oleh rakyat biasa. Kebebasan berakhbar mula dihadkan. Perubahan ini telah membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat. Dari sini timbulnya kesedaran golongan berpendidikan barat untuk melancarkan pemberontakan bagi menamatkan ketidakadilan sistem beraja mutlak. Kesan kemelesetan Ekonomi Dunia 1929-1932 Semasa pemerintahan Raja Prajadhipok, negara Thai dilanda krisis ekonomi yg teruk ekoran sikap boros raja sebelumnya. Masalah bertambah serius apabila berlaku kemelesetan ekonomi dunia sejak tahun 1929 hingga tahun 1932. Pada mulanya Prajadhipok cuba mendapatkan pinjaman drpd US dan Perancis, tetapi gagal. Justeru, baginda terpaksa melaksanakan operasi berjimat-cermat dlm pemerintahan utk mengurangkan-langkah yg diambil ialah o Memotong gaji pegawai awam dan tentera. o Memecat kakitangan kerajaan yg tidak menunjukkan kecekapan dlm pentadbiran. o Membekukan kenaikan pangkat, kenaikan gaji serta mengurangkan elaun2 kerabat diraja. o Mengurangkan bilangan pekerja istana o Membubarkan Pasukan Harimau Liar o Mempercepat tempoh persaraan di kalangan kakitangan awam. Langkah berjimat ini telah melahirkan satu gol yg anti kpd sistem beraja. Mereka kebanyakannya terdiri drpd gol terpelajar yg disisihkan dlm pentadbiran, pegawai2 awam yg menganggur serta gol tentera yg disingkirkan. Krisis ekonomi dan kelemahan pemerintahan telah dijadikan alasan oleh gol terpelajar utk melancarkn pemberontakan utk menamatkan kesengsaraan dan penindasan terhadap rakyat. Rasa tidak puas hati golongan tentera Gol tentera awam Thai adalah dikuasai oleh gol kelas menengah dan pegawai2 muda. Kebanyakan mereka mendapat pendidikan dan latihan ketenteraan di seberang laut terutamanya di Jerman. Rasa tidak puas hati wujud apabila Raja Vajiravudh menubuhkan pasukan tentera peribadi Pasukan Harimau Liar yg dilengkapi dgn pelbagai keistimewaan.

Gol tentera ini juga berasa kecewa apabila jawatan2 tinggi dlm perkhidmatan tentera dan awam diambil alih oleha gol bangsawan dan puter2 raja. Tambahan pula kerajaan menetapkan kenaikan pangkat tidak berdasarkan kebolehan dan kelayakan, akan tetapi berdasarkan keturunan. Keputusan ini mencetuskan kemarahan gol tentera terutamanya yg baru kembali dari luar begara kerana jawatan yg mereka perolehi tidak setaraf dgn kelulusan dan latihan yg mereka miliki. Gol tentera juga tidak berpuas hati dengan tindakan Raja Vajiravudh yg mengikut dasar pro-Pihak Berikat semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama. Sehubungan itu tentera2 negara Thai dihantar ke Perancis utk menentang Jerman. Tindakan ini tidak dipersetujui oleh gol tentera kerana kebanyakan mereka mendapat latihan ketenteraan di Jerman. Kemarahan terhadap Raja Vajiravudh tiba ke kemuncaknya apabila mereka cuba melakukan rampasan kuasa dan percubaan membunuh terhadap baginda pada tahun 1912 dan 1917. kegagalan itu menyemarakkan lagi hasrat mereka utk melancarkan revolusi.

Krisis politik 1931 Pada bulan oktober 1931, berlaku satu krisis politik di negara Thailad di antara Menteri Pertahanan iaitu Putera Bowarade dengan Menteri perdagangan iaitu Putera Purachatra berpunca darpd soal kewangan menjadi persengketaan politik. Pertikaian ini berakhir setelah Putera Bowarade meletakkan jawatan. Peristiwa ini telah memberi gambaran negatif kpd rakyat dan merendahkan imej sistem beraja di negara Thai. Rakyat mula hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap sistem pemerintahan monarki yg diamalkan oleh negara Thai. D.G.E Hall berpendapat bahawa krisis politik ini telah menggoncangkan keyakinan org ramai terhadap kerajaan Thai yg dimonopoli oleh gol kerabat diraja. Kelemahan pemerintahan negara Thai telah memberi kesempatan kpd gol nasionalis utk menjatuhkan sistem beraja mutlak. Peristiwa Revolusi 1932 Revolusi Thai meletus pada 24 Jun 1932 di bawah pimpinan Nai Pridi Phannomyong yg juga dikenali sbg Luang Pradit Manudharam. Atas daya usahanya Parti Rakyat telah ditubuhkan. Beliau merupakan seorang peguam muda yg cekap dan terlatih setelah menerima pendidikan di Paris. Pemimpim-pemimpin lain yg terlibat dlm Revolusi Thai 1932 ialah Kolonel Pya Bahol Polpayuhasena, Pya Manopakom, Mejar Luang Pibul Songgram dan Khuang Aphaiwong. Mereka turut dibantu oleh pegawai2 tentera darat dan laut yg bersikap anti-monarki. Revolusi Thai telah berlaku secara aman tanpa melibatkan pertumpahan darah (coup detat) tetapi telah berjaya menamatkn kuasa mutlak raja. Revolusi Thai meletus ekoran wujudnya rasa tidak puas hati gol pegawai2 kerajaan yg hilang pekerjaan, pegawai2 yg tentera yg disisih serta didorong oleh perasaan benci terhadap gol diraja yg membolot semua jawatan2 menteri dan pegawai tinggi kerajaan Semasa revolusi ini meletus, Raja Prajadhipok sedang bercuti di luar negara. Ternyata revolusi dilancarkan tanpa pengetahuan baginda. Untuk meraih sokongan org org ramai, pemimpin2 revolusi telah menyebarkan manifesto menentang kerajaan dgn mengemukakan beberapa tuduhan iaitu o Kerajaan mengamalkan rasuah o Melakukan pembaziran wang o Mengabaikan kebajikan rakyat dan negara Rampasan kusa bermula di istana Raja Prajadhipok. Gol bangsawan yg menerajui jawatan2 tinggi dan penting di istana ditahan. Istana raja ditawan dan dijadikan markas revolusi. Ibu negara dan pusat pentadbiran Dinasti Chakri telah dikuasai oleh gol pemberontak. Kejayaan ini mendorong Parti Rakyat membentuk satu Perlembagaan Sementara Di negara Thai. Seterunya pemimpin2 revolusi menghantar satu perutusan kpd Raja Prajadhipok di luar negara yg memberi kata dua kpd baginda. Seandainya baginda enggan menjadi raja berpelembagaan maka seorang waris yg sah akan dilantik menggantikannya. Raja Prajadhipok menerima Perlembagaan Sementara yg telah dibentuk oleh Nai Pridi Phanom Phanomyong bagi mengelakkan sebarang tekanan dpd gol pemberontak dan campur tangan kuasa asing. Dengan itu tamatlah sistem pemerintahan beraja mutlak di negara Thai dan digantikan dgn sistem pentadbiran moden iaitu Raja Berpelembagaan. Kesan Revolusi Thai 1932

Penghapusan kuasa mutlak raja Revolusi Thai 1932 meninggalkan kesan yg penting dlm arena politik negara itu. Buat pertama kalinya sistem beraja mutlak dihapuskan dan digantikan dgn sistem raja berpelembagaan. Gol kerabat diraja mula menerima kedudukan dan hak-hak istimewa yg amat terhad dlm kerajaan. Berbeza dgn sebelumnya di mana mereka mempunyai keistimewaan yg tidak terbatas. Di bawah raja berpelembagaan, putera2 raja tidak lagi dibenarkan menyandang jawatan2 penting dlm pentadbiran awam dan tentera. Walau bagaimanapun mereka dibolehkan menjadi penasihat dan diplomat. Kekayaan yg dimiliki oleh gol diraja spt harta benda dan istana akan diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan dan dijadikan harta awam. Perlembagaan Thai Selepas revolusi, Parti Rakyat telah mengambil alih kerajaan. Sebuah Perlembagaan Sementara dibentuk dan diketuai oleh Nai Pridi Phanomyong. o Raja kehilangan semua kuasa kecuali hak pengampun o Kerabat diraja tidak dibenarkan menyandang jawatan tinggi dlm perkhidmatan awam dan tentera o Nai Pridi Phanomyong dan Parti Rakyat akan memerintah dgn bantuan sebuah Dewan Senat yg terdiri drpd 70 org ahli o Dewan Senat membentuk sebuah Majlis Mesyuarat Kerja yg berkuasa meluluskan undang2 dan mengawal menteri2. o Pilihan raya akan diadakan 10 tahun kemudian o Semua orang dewasa diberi hak mengundi Walaupun Pridi mengetuai Revolusi Thai 1932, namun utk memuaskan hati semua pihak dan dlm usaha mendapatkan sokongan semua pihak maka Pridi melantik Pya Manopakorn daro gol konservatif sbg presiden Majlis Mensyuarat Kerja kerana kebanyakan tentera merupakan gol kenservatif. Sbg sebuah parti baru. Sokongan tentera amat penting utk mengukuhkan kerajaan. Sementara itu, sebuah jawatankuasa dibentuk utk merangka perlembagaan Tetap bagi negara Thai. Akhirnya pada 10 Disember 1932, Perlembagaan Thai dibentuk dgn Pya Manopakorn dilantik sbg Perdana Menteri yg pertama. Perlembagaan Thai telah menetapkan beberapa cirri o Sebuah kerajaan berparlimen ditubuhkan yg mengandungi sebuah Dewan Perhimpunan dan sebuah kabinet. o Dewan Perhimpunan mempunyai 156 org ahli. Separuh drpd ahlinya dilantik oleh raja manakala separuh lagi dipilih secara pengundian. o Dewan Perhimpunan diberi kuasa membuat indang2. mengawal kewangan negara dan kuasa menteri o Pilihan raya akan diadakan empat tahun sekali o Raja Thai kekal sbg Raja Berpelembagaan o Raja bertanggungjawab melantik menteri2 kabinet dgn bantuan Dewan Perhimpunan. o Raja boleh membubarkan Dewan Perhimpunan tanpa persetujuan kabinet tetapi pilihan raya baru mesti diadakan dlm masa tiga bulan. o Raja berkuasa mengisytiharkan darurat dgn persetujuan salah seorang menteri. o Raja juga berkuasa menyetujui atau menolak sebarang undang2 yg diluluskan. Akan tetapi Dewan Perhimpunan berkuasa menolak kuasa veto raja. o Kuasa putera2 raja dihadkan. Mereka tidak dibenarkan menjadi menteri atau ahli Dewan Perhimpunan dan ahli Majlis Mesyuarat Negara. Perlembagaan baru yg dibentuk mengggambarkan negara Thai mula mengamalkan sistem demikrasi berparlimen. Dengan itu tamatlah sistem raja berkuasa mutlak di negara Thai. Konflik dalam kalangan golongan Revolusiner Secara umumnya gol revolusi berpecah kpd dua kumpulan berdasarkn ideologi yg berlainan iaitu: Gol Progresif dan revolusioner diketuai oleh Nai Pridi Phanomyong. Gol ini inginkan pembaharuan di negara Thai dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, gol progresif berusaha membentuk sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. Pada masa yg sama gol ini mengemukakan cadangan utk membaik

pulih ekonomi negara Thai dgn memiliknegarakan semua tanah dan sumber2 semula jadi. Sebagai ganti rugi pemilik tanah akan diberikan bon kerajaan. Gol konservatif yg terdiri drpd pemimpin2 tentera diketuai oleh Pya Manopakorn. Gol ini ingin mengekalkan sistem pemerintahan monarki. Perubahan yg cuba mereka lakukan ialah menamatkan eksploitasi kuasa oleh gol kerabat diraja dan bangsawan dlm menjawat jawatan penting. Reformasi ekonomi yg dicadangkan oleh wakil gol progresif iaitu Nai Pridi Phanomyong telah menjadi puncak pertikaian antara kedua-dua gol. Pridi telah dikecam hebat oleh Pya Manopakorn yg secara lantang menuduh Pridi sbg pro-komunis. Pd bulan Jun 1933, Pridi dibuang negeri. Empat org pemimpin tentera diketuai Pya Bahol Polpayuhasena telah meletakkan jawatan krn tidak bersetuju dgn tindakan Pya Manopakorn.

Kebangkitan golongan tentera Pihak tentera diketuai oleh Pya Manapakorn telah menguasai kerajaan dgn membentuk kerajaan bercorak diktator. Melalui kerajaan yg baru ini, Dewan perhimpunan tidak lagi dibenarkan bermesyuarat dan kebebasan akhbar ditamatkan. Akhbar2 yg banyak mengecam kerajaan diharamkan. Pembentukan parti2 bercorak komunis turut diharamkan. Penubuhan kerajaan diktator oleh pemimpin radikal Pya Manapakorn telah membangkitkan keresahan masyarakat Thai. Akhirnya pada 20 Jun 1933, Pya Bahol telah berjaya melancarkan satu rampasan kuasa untuk menggulingkan dan mengambil alih kerajaan Thai. Dengan itu pucuk pimpinan negara bertuka kpd Pya Bahol yg menggantikan Pya Manapakorn. Kerajaan baru ini telah mengisytiharkan perubahan dasar yg bercorak anti-komunis dan membenarkan Dewan Perhimpunan bersidang. Di bwh pimpinan Pya Bahol, pergolakan politik negara Thai masih terus berlaku. Ketika ini beliau menghadapi tekanan drpd Putera Bowaradej iaitu sepupu kpd Raja Prajadhipok yg juga merupakan bekas Menteri Pertahanan. Pada bulan Oktober 1933, Putera Bowaradej telah memimpin gol kerabat diraja Thai melancarkan satu rampasan kuasa utk memulihkan kembali kuasa autokratik raja. Rampasan kuasa pimpinan Putera Bowaradej berjaya ditumpaskan. Rampasan kuasa Putera Bowaradej telah memberi kesan iaitu:o Maruah kerabat diraja terjejas teruk. Rakyat sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Raja Prajadhipok kerana bersubahat dgn pemberontakan tersebut. Pada Mac 1935, baginda telah mengambil keputusan utk turun takhta dan digantikan dgn puterannya Ananda Mahidol o Telah berjaya mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri Pya Bahol. Beliau turut dibantu oleh Pridi Phanomyong dan Luang Pibul Songgram dlm pemerintahan. Pd bulan November 1933, Pya Bahol telah mengadakan pilihan raya yg pertama di negara Thai. o Masih wujud rasa tidak puas hati dlm kalangan rakyat krn kerajaan dikendalikan oleh sekumpulan kecil pegawai tentera dan awam. Pertentangan pendapat antara kedua-dua kumpulan tentera dan awam antara Pridi dan Luang Pibul Songgram. Akibatnya ahli-ahli kabinet yg pro-Pridi telah meletakkan jawatan. Situasi ini memberi peluang kpd gol tentera menguasai kabinet yg baru dibentuk. Antara pembaharuan yg dilakukan Pya Bahol Polpayuhasena Pentadbiran negeri disusun semula dgn membahagikannya kpd unit2 kecil spt pentadbiran pusat, wilayah dan tempatan. Pendidikan sekolah dilanjutkan kpd empat tahun. Untuk meningkatkan kemajuan pendidikan serta menyediakan pelbagai kemahiran untuk rakyat Thai, maka pendidikan vikasional mula diperluas. Disember 1938, Majlis Pemangku Raja telah melantik Luang Pibul Songgram sbg Perdana Menteri yg baru menggantikan Pya Bahol. Perlantikan Luang Pibul Songgram sbg Perdana Menteri membawa perkembangan baru dlm gerakan nasionalisme negara Thai.