Anda di halaman 1dari 36

1

PENGHARGAAN


Bismillahirahmanirahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian
bagi Allah, Tuhan sekalian alam, keluarga para sahabat serta para tabi`in. Syukur
kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan izinnya, akhirnya saya dapat menyiapkan
tugasan yang bertajuk semantik dalam peribahasa Melayu (Iokos kepada nilai
pertanian) dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam tugasan ini, saya membincangkan
secara lebih mendalam tentang pengertian dan peranan serta penggunaan semantik
dalam peribahasa Melayu, khususnya dalam bidang pertanian.
. Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada Dr.Zaitul Azma Zainon Hamzah selaku pensyarah bagi kursus Semantik
(BBM3406). Sesungguhnya beliau banyak membantu untuk menyiapkan penulisan yang
terbaik. Beliau juga memberi komitmen yang sepenuhnya tehadap penulisan ini dan
banyak memberi nasihat, bimbingan, tunjuk ajar serta teguran yang membina supaya saya
dapat menghasilkan kerja yang terbaik.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kerana memberi sokongan
secara langsung mahupun tidak langsung kepada saya ketika menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menyiapkan tugasan ini, kerana banyak membantu saya dari segi mendapatkan bahan-
bahan rujukan sepanjang kerja ini dijalankan.
Justeru itu, saya mendoakan agar kesemuanya memperolehi kejayaan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat. Terima kasih.

2
PENDAHULUAN
Latar Belakang Semantik
Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai
suatu unsur yang dinamik, bahasa digunakan dan didekati dengan menggunakan
pelbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan di
dalam bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semaktik sebenarnya
menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik iaitu suatu hal yang amat penting
memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jka tidak ada unsur makna.
Dalam ilmu linguistik, tatabahasa merupakan kajian tentang pembentukan kata
dan penyusunanya dalam ayat. Manakala semantik pula berhubung rapat dengan
pengkajian tentang makna. Semantik menurut istilah ialah merujuk tentang makna. Oleh
kerana makana itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik tergolong
sebahagian daripada ilmu linguistik.
Istilah semantik berasal daripada bahasa yunani sema yang menerbitkan kata
semainein yang bermaksud `menunjukkan`, `bererti` atau `bermakna`. Bidang semantik
sudah lama menarik perhatian ahli bahasa. Orang yang mula-mula menggunakan istilah
semantik ialah M.Breal (1990) dalam bukunya yang berjudul `Semantics: Studies in the
Science oI Meaning`.





3
Latar Belakang Peribahasa
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang
luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya Manakala
peribahasa tradisi pula merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan
seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula
merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada
bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu
peribahasa itu digunakan, yang membina minda.
Menurut kamus pelajar Cetakan Ke Dua Belas Terbitan Khas KBSM (1995) pula
mendeIinasikan peribahasa sebagai bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang
tetap susunanya dan mempunyai maksud tertentu.
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, makna peribahasa adalah ungkapan atau
kalimat-kalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip
hidup atau aturan tingkah laku.
Menurut Za`ba (1934) yang di petik daripada bukunya Ilmu Mengarang Melayu
Edisi Ejaan Rumi Baharu Zainal Abidin Ahmad, peribahasa diertikan sebagai segala
susunan cakap yang pendek dan yang telah melekat dimulut orang ramai semenjak
turun temurun kerana sedap didengar dan perkataannya bijak, ringkas, luas dan
mempuyai maksud yang mendalam-dipakai akan jadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai
bandingan, teladan dan pengajaran. Oleh sebab itu, apa yang dikatakan dengan bidalan,
pepatah, perbilangan dan perumpamaan itu ialah kerana tiap-tiap satu ini cakap yang
mengandungi segala siIat-siIat peribahasa yang telah di sebutkan. Walhal kesemua itu
ialah cakap-cakap bijaksana yang ringkas yang telah terbeku dari beberapa zaman dan
4
telah masyur terpakai pada mulut orang ramai, dan kadang kala di umunkan namanya
'perkataan orang tua-tua sahaja.
Selain itu, peribahasa juga diguna pakai untuk membuat dan menghiasi karangan
atau percakapan dan menguatkan tujuan karangan atau sesuatu percakapan. Di samping
itu, peribahasa juga boleh dijadikan pedoman hidup kerana maksud dan isinya yang
benar dan luas.
Peribahasa-peribahasa Melayu yang melibatkan nilai pertanian ini telah dipetik
daripada dua buah buku iaitu Himpunan Peribahasa dan Simpulan Bahasa KBSM` yang
telah ditulis oleh Mohd Tajudin Hashim yang berpendidikan B.A(HONS) Dip.
Ed.(UM) dan juga buku peribahasa Asas yang di hasilkan oleh Kamaruzzaman A.Kadir
dan Othman Puteh.
'Semantik dalam peribahasa Melayu-Nilai Pertanian pula ialah bidang linguistik
yang mengkaji perihal makna didalam kata-kata yang pendek dan dapat dijadikan
sebagai teladang, bandingan dan pengajaran kepada masyarakat (generasi) kini.
Peribahasa ini dianggap sebagai mutiara kata daripada kebijaksanaan orang yang
empunya bahasa itu.







5
Objektif Kajian
i. Menjelaskan pengertian, peranan dan aspek semantik khasnya di dalam
peribahasa Melayu.
ii. Mengenal pasti perkaitan antara bidang semantik dengan peribahasa
Melayu
iii. Mengetauhi dan memahami Peribahasa melayu dengan lebih mendalam
sebagai warisan yang ditinggalkan turun-temurun daripada nenek moyang
iv. Mengaplikasikan kedua-duanya (Semantik dan Peribahasa) sebagai
panduan dalam kehidupan seharian.

Kaedah Kajian
Dalam kertas kerja ini, terdapat pelbagai kaedah yang telah di gunakan sepanjang
proses tersebut. Antara kaedah utama yang telah di jalankan ialah kaedah mencari
bahan di perpustakaan. Selain itu, kaedah lain ialah dengan merujuk buku di Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kaedah merujuk kepada bahan bacaan yang bersiIat ilmiah ataupun
media massa serta melayari internet.

Batasan Kajian
Tugasan ini dibataskan hanya kepada bidang semantik dalam peribahasa Malayu
(nilai pertanian). Di samping itu tumpuan juga lebih mendalam tentang bidang semantik
dan peribahasa Melayu serta perhubungan (perkaitan) di antara satu sama lain.


6
DEFINISI ISTILAH
Peribahasa
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1185) makna peribahasa
bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan
mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah :pegangan mereka yang teguh
kepada 'biar mati anak jangan mati adat, cukup menerangkan kebudayaan mereka.
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, makna peribahasa adalah ungkapan atau
kalimat-kalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip
hidup atau aturan tingkah laku. Meski terkesan konstruktiI, langsung terkait budi pekerti,
dengan kandungan nasihat, prinsip prinsip hidup atau aturan tingkah laku

Nilai
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1604) makna nilai di ertikan
sebagai taksiran harga sesuatu benda, bandingan harga barang, mutu atau taraI.
Selain itu, niali juga di ertikan sebagai siIat ketinggian (pemikiran,agama,
kemasyarakatan,dll): kemajuan yang kita kejar dan di perjuangkan bukanlah kemajuan
dalam kebendaan tetapi tetapi kemajuan dalam pergaulan dan kemasyarakatan.

Pertanian
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1604) makna petanian bermaksud
perihal bertani(tanam-tanaman). Perusahaan bercucuk tanam.


7
SEMANTIK
Konsep Semantik
Bahasa pada lahirnya merupakan ucapan yang terdiri daripada gelombang suara
dan dari suara, dan dari segi tulisan merupakan coretan dakwat, cat dan sebagainya,
yang semuanya merujuk kepada suatu makna tertentu yang bertindak untuk
menyampaikan maklumat atau hasrat. Bunyi ucapan dan coretan tulisan yang merujuk
hal tentang makna merupakan sejenis tanda atau sign (Hashim Hj.Musa,1994:44).
Tanda atau sign ialah suatu yang mewakili atau melambangkan suatu yang lain.
Kajian keatas sistem tanda di kenali sebagai semiotik atau semiologi. Kajian semiotik
pula dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu semantik tentang pemaknaan tanda,
sintaktik tentang kombinasi tanda-tanda, manakala pragmatik tentang asal usul,
penggunaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan tanda itu.
(Ullmann,1962:15). Semantik sebenarnya mempunyai dua pengertian (1) Bahagian
daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna ungkapan dan juga struktur
makna sesuatu pertuturan; dan (2) Satu sistem dan penyelidikan makna sesuatu bahasa.
Keterangan ini sesuai dengan kenyataan Pei dan Gaynor (1980:193) yang menerangkan
makna sesuatu bahasa.
' Science dealing with the relation between reIrents and reIerends-
lingguistics symbols (word, expressions,phrase) and objects or
concepts to which they reIer-and with the story and changes in the
meaning oI words.


8
Sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji makna, semantik boleh dilihat
dari sudut dari sudut erti yang luas dan sempit. Tarigan (1985:8) menggolongkannya
seperti rajah berikut:

SINTAKSIS
(Kajian ayat)
MAKNA LUAS
SEMANTIK PRAGMATIK
(Kajian makna)

TEORI REFERENSI
(Kajianperlakuan linguistik)
MAKNA SEMPIT TEORI REFERENSI

TEORI MAKNA


Berdasarkan rajah di atas, pengkajian makna pada peringkat semantik dalam erti
kata yang sempit hanya meliputi maklumat linguistik sahaja. Bagaimanapun dalam erti
yang luas, semantik itu juga meliputi sintaksis, malah pragmatik. Keadaan ini demikian
kerana menurut Nor Hashimah Jalaludin (1992:1) yang memetik pendapat Speber dan
Wilson (1980), pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat memberikan
makna sepenuhnya sebagaimana yang di hajati oleh penutur. Pengkajian makna
seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu penginterpretasian makna yang
melibatkan Iaktor linguistik dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua Iactor
linguistik dan bukan linguistik ini benar-benar dapat membantu pengkajian makna yang
lebih berkesan.
9
Dalam linguistik juga semantik dikaitkan dengan penyampaian makna oleh
sarana-sarana kenahuan dan leksikal suatu bahasa. Berdasarkan pandangan teoretis,
huraian dan sejarawi, maka masalah-masalah semantik yang harus di teliti adalah siIat-
siIatnya, sama ada sinkronik atau diakronik. Secara umun, semantik itu mengkaji
sesuatu bahasa pada peringkat perkataan dan peringkat ayat, kerana perkataan dan ayat
bukan sahaja mempunyai makna, tetapi makna tersebut berkait dengan makna
perkataan dan ayat yang lain. Sebagai contoh perkataan man, women, girl, child
mempunyai kaitan makna yang tidak di kongsi bersama oleh perkataan-perkataan
seperti man, mirror, enumeration. Begitu juga ayat-ayat John membunuh Mary, John
memyebabkan Mary mati, Mary meninggal mempunyai kaitan makna, manakala ayat-
ayat John membunuh Mary, John menegur Mary, Mary mengeluh tidak ada kaitan antara
satu sama lain. (Kempson, 1991:4)
Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelas bahawa makna perkataan dan ayat
merupakan ciri penting kepada makna dalam suatu bahasa keseluruhannya. Dengan itu
sebarang teori semantik juga harus memenuhi beberapa syarat. Pertama, mesti
mencirikan makna perkataan dan makna ayat bagi makna-makna bahasa, dan
menerangkan siIat hubungan antara kedua-dua unsur itu:
Kedua, teori semantik mesti memberikan penerangan tentang ketaksaan,
kesinoniman, penabiran, pertetangan, perangkuman logis dan sebagainya. Ketiga, teori
semantik mesti memberi percirian ini dalam bentuk seperangkap rumus terhad dan
mencerap keteraturan yang terdapat dalam beberapa peringkat ayat yang tidak terhad.
(Kempson,1991:11).

10
Pengertian Semantik
Perkataan semantik (semantic) berasal daripada bahasa Yunani sema` yang
bererti tanda atau lambang (kata adjektiI bahasa Yunani semantickos iaitu bererti`).
Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang kajian yang mengkaji makna atau erti
dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umunnya dapat di teliti daripada pelbagai
sudut. Demikian juga, semantik dalam bahasa Melayu dapat dilihat dari aspek-aspek
seerti, rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa dan
semaktik dalam nahu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1433) makna semantik ialah kajian
tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
Bagi Abdullah Hassan pula, istilah semantik berasal dari sepatah kata Yunani
kuno sema yang bermaksud isyarat`. Seterusnya, kata itu menerbitkan kata semainein
yang bermaksud bererti`. Dari situ terbitlah istilah semantik yang menamai satu bidang
ilmu mengenai kaji atau analisa makna.(1980:224)
Raja Rahawani Raja Mamat, pentejemah buku Linguistik Untuk Bukan Ahli
Linguistik oleh Frank Parker (1994:42). Semantik merupakan suatu bidang pengkajian
tentang aspek makna dalam bidang pengkajian ilmu linguistik. Bidang semantik
merupakan sebahagian daripada bidang pengkajian tatabahasa secara khusus, iaitu
merujuk kepada pengkajian tentang struktur dalam sesuatu bahasa.
Semantik` ialah ilmu mengenai pengkajian makna ( Lyons,1979: Foder,1980).
Ilmu ini mulai mendapat tempat dalam linguistik moden pada awal tahun 60-an.
Beberapa pendapat telah di kemukakan mengenai ilmu ini dan batas-batas kajiannya.
11
Kini ilmu ini telah menjadi lebih hangat perbincanganya apabila ahli semantik mula
mempersoalkan batas bidang ini secara objektiI.
Perbincangan ilmu semantik bertambah hangat apabila ada ahli semantik seperti
Ruth Kempson, Speber dan Dierdre Wilson yang mencadangkan penggabungan kedua-
dua ilmu (Semantik dan Pragmatik) untuk menghasilkan satu interpretasi makna dengan
lebih berkesan. Cadangan mereka ini telah mendapat pujian dan sokongan sehingga
melahirkan beberapa orang pengikut. Namun, terdapat juga beberapa pihak yang
menentang. idea Speber dan wilson dinyatakan dengan jelas dalam teori semantik
mereka, iaitu 1ull system semantics.
Ilmu semantik telah lama di bincangkan , iaitu sejak zaman Yunani lagi. Terdapat
beberapa tahap perkembangan ilmu semantik. Tahap-tahap ini adalah tahap permulaan
(Semantik FalsaIah) dan tahap kedua (Semantik Linguistik). Tahap yang kedua boleh di
pecahkan kepada beberapa tahap iaitu tahap pertama (analisis komponen makana), tahap
kedua (Semantik InterpretiI dan GeneratiI), tahap ke tiga (Semantik Syarat Benar) dan
tahap akhir iaitu tahap ke empat (Semantik Sistem Penuh/ Full System Semantics).
Ilmu semantik lebih dianggap sebagai sebahagian daripada kajian IalsaIah pada
peringkat awal perkembanganya. Ilmu ini tidak mendapat di hati ahli linguistik
sebagaimana ilmu Ionologi dan tatabahasa dalam linguistik moden. Antara tokoh yang
terlibat dalam bidang semantik IalsaIah ini termasuklah Wittgenstein (1922), Ogden dan
Richards (1923).
Ogden dan Richard merupakan tokoh yang sangat terkenal dengan rajah segi tiga
mereka yang melibatkan pemikiran (thought), simbol (symbol) dan rujukan (re1erent).
Antara pemikiran dengan symbol, maka terbentuklah hubungan penyebab. Simbol yang
12
digunakan berasaskan setengahnya rujukan yang di buat sendiri dan setengah lagi
daripada Iaktor psikologi dan sosial.
Ogden dan Richard telah memberikan satu rajah rajah seperti dibawah ini yang
mengaitkan ketiga-tiga pemikiran, simbol dan rujukan:

PEMIKIRAN /RUJUKAN

BETUL CUKUP
Melambangkan Merujuk kepada
(hubungan penyebab) (hubungan penyebab lain)


BENAR
Mewakili
(hubungan siIat)

Pendapat Ogden dan Richard telah mendapat tentangan daripada Wittgenstein
(dalam bukunya Tractatus` yang mengatakan bahawa suatu perkataan itu hanya akan
mempunyai makna jika perkataan itu ada gunanya. Pendapat Wittgenstein ini telah
mendapat sokongan daripada Malinowski dan J.R.Firth yang mengatakan bahawa
Meaninguse. Beliau menegaskan bahawa makna haruslah dianggap sebagai entity yang
padu. Beliau menambah bahawa objek boleh binasa-makna tidak, manakala imej adalah
lambang-makna bukan.



13
Pengertian Makna
Dalam pembicaraan diatas, telah disinggung secara seiklas bahawa 'semantik
adalah telaah makna. Mengikut Ferdinard de Sassure, setiap tanda linguistik terdiri
daripada dua unsur, iaitu yang di ertikan (Inggeris: signiIied`) dan yang mengertikan
(signiIier`). Yang diertikan sebenarnya ialah konsep atau makna sesuatu tanda atau
lambang,. Sementara yang mengertikan bunyi-bunyi ialah bahasa yang terbentuk
daripada Ionem-Ionem bahasa berkenaan.
Dengan perkataan lain, setiap tanda linguistik terdiri daripada unsur bunyi dan
makna. Kedua-dua unsur ini merupakan unsur intrabahasa (dalam bahasa), yang
biasanya merujuk sesuatu reIeren yang bersiIat estrabahasa (luar bahasa). Perhatikan
Rajah berikut:


makna` yang di ertikan
Tanda Linguistik
| bunyi | yang mengertikan
Yang menandai bahasa Yang di tandai
(intrabahasa) (ekstrabahasa)



Selain istilah semantik, dalam sejarah ilmu linguistik terdapat beberapa istilah
yang digunakan seperti semiotik dan semiologi. Namun istilah semantik lebih digunakan
kerana istilah-istilah lain itu mempunyai cakupan yang lebih luas, sedangkan cakupan
14
semantik hanyalah makna atau erti yang berkenaan dengan bahasa sebagai alat
komunikasi verbal.

Peranan Semantik
Menurut Hashim Bin Musa dan Ong Chin Guan (1998:1) semantik atau kajian
makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakkan daripada struktur dan
Iungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, IalsaIah, dan antropologi. Istilah
semantik agak baru sahaja digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-bidang
ilmu yang lain, iaitu dicipta pada akhir abad kesembilan belas dengan berdasarkan
perkataan Yunani 'semantikos yang bererti signi1ikan. Semantik dalam peristilahan
moden digunakan dengan maksud 'kajian tentang hubungan antara item-item bahasa
seperti perkataan penamaan seperti nama am dan nama khas, ekspresi predikat, dan ayat
dengan item-item alam seperti benda, kejadian, keperihalan keadaan, nilai-nilai
kebenaran dan situasi-situasi.
Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji
makna. Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yang bererti 'tanda
(sign). Perkataan semantik telah diperkenalkan oleh seorang ahli Iilologi Perancis,
bernama Michel Breal pada tahun 1883 dalam majalah beliau yang bertajuk 'Les Lois
Intellectualles du Langage. Dalam majalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawa
semantik mempunyai kedudukan sendiri di luar bahasa, misalnya bentuk perubahan
makna, latar belakang perubahan makna, hubungan perubahan makna dengan logika dan,
hubungan makna dengan psikologi (Aminuddin,1985:16).
15
Dalam kajian yang telah di buat oleh ProI. Madya Arbak Othman dalam buku
MonograI Bahasa, Sastera dan Budaya melayu` (bertajuk Datin Bahasa Melayu: Kajian
Nahu Kasus Tentang Peranan Semantik Dalam Ayat`). Beliau mengatakan bahawa
semantik dalam peranan yang dimainkan oleh Irasa nama dengan kata kerja dalam
predikat ayat, yang dinamakan juga dengan istilah hubungan kasus` dalam ayat sudah
mencukupi untuk menyatakan kombinasi kasus yang di katakan dengan predikat
sebagai struktur kata`. Katanya, pengkaji tidak perlu pergi jauh daripada itu sebab
istilah-istilah yang di tentukan di dapati dengan mudah dalam sorotan teori kasus.
Istilah DatiI` lebih di kenali daripada istilah Experiencer` di kalangan
pengamal teori kasus sampai sekarang ini. Dalam pada masa itu juga, masih ada kasus
datiI yang tidak selamanya mendukung peranan semantik 'Experiencer` itu. Sampai
sekarang , masalah ini masih belum dapat di selesaikan dengan memuaskan.
Dalam kajian linguistik pula, bidang semantik dianggap sebagai bidang yang
paling sukar untuk diterokai. Hal ini kerana, untuk mengkaji makna, sama ada pada
peringkat perkataan atau ayat, pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspek-
aspek yang bukan linguistik, seperti kebudayaan konteks perkataan atau ayat itu
diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikologi penutur, alam pemikirannya, hubungan
soaial antara penutur dan pendengar, tajuk perbincangan dan sebagainya. Perkara-perkara
ini semuanya mempengaruhi makna. Oleh yang demikian, untuk memberikan makna
yang paling tepat bagi sesuatu perkataan, perkara-perkara di atas mestilah diambil
perhatian.
Semantik juga boleh di lihat dari dua sudut iaitu dari sudut pengertian sempit dan
luas. Menurut Tarigan (1985: 8) menggolongkan semantik dapat dilihat dari sudut
16
makna luas dan makna sempit. Semantik bagi makna luas terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu sintaksis (kajian ayat), semantik (kajian makna ), pragmatik (kajian perlakuan
linguistik). Manakala bagi makna sempit pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu teori
reIerensi dan teori makna. Hal ini menunjukkan bahawa pengkajian makna dalam erti
kata yang sempit hanya meliputi maklumat linguistik sahaja. Berbeza dengan makna
semantik dalam erti kata luas yang meliputi sintaksis, malah pragmatik. Hal ini berlaku
kerana menurut Nor Hasimah Jalaludin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan
Wilson (1980) bahawa pengkajian makna diperingkat semantik belum dapat memberikan
makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati oleh penutur. Pengkajian makna
seharusnya melibatkan ilmu pragmatik iaitu ilmu penginterpretasian makna yang
melibatkan Iaktor linguistik dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua Iaktor ini
sangat penting bagi mendapatkan pengkajian makna yang lebih berkesan.
Semantik juga selanjutnya telah dijadikan oleh ahli linguistik tradisional sebagai
dasar untuk penghuraian makna. Golongan linguistik transIormasi pula beranggapan
bahawa makna adalah satu aspek penting dalam bahasa, sama pentingnya dengan kajian
terhadap struktur bahasa.
Jadi dapatlah disimpulkan bahawa semantik ialah suatu bidang kajian tentang
lambang atau tanda yang mengatakan makna, hubungan antara satu makna dengan makna
yang lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Semantik lahir daripada IalsaIah
dan sehingga kini bahasa masih dibayangi turus oleh IalsaIah. Daripada perkembangan
semantik yang telah diperlihatkan, jelas bahawa antara bahasa dengan semantik tidak
dapat dipisahkan.

17
Persembahan Isi Tugasan
Dalam tugasan ini, pesembahan akan lebih tertumpu kepada nilai pertanian iaitu
bersesuaian dengan tajuk tugasan ini iaitu Semantik dalam peribasa Melayu- Nilai
Pertanian. Nilai pertanian merupakan nilai tentang perihal aktiviti pertanian (tanam-
tanaman) atau perusahaan bercucuk tanam tidak kira samaada secara moden atau
tradisional. Namun, untuk membincangkan skop tajuk ini memanglah luas kerana nilai
pertanian banyak berkait dengan nilai alam semulajadi. Untuk membincangkan hal ini,
teori yang di gunakan ialah teori imej.
Mengikut teori ini, makna dapat di huraikan berdasarkan gambaran atau imej
yang ada dalam Iikiran seseorang. Maksudnya apabila sesuatu perkataan itu di sebut, di
dengar atau di baca oleh seseorang maka mental atau Iikirannya akan mengambarkan
sesuatu yang berkaitan dengan makna atau maksud perkataan ini. Teri ini merupakan
pendekatan saintiIik dalam penghuraian makna yang di gunakan secara meluas oleh
pengkaji linguistik tradisional.









18
Contoh peribahasa Melayu yang memaparkan nilai pertanian seperti jenis
tanaman dan pokok

1- Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Ertinya: Perempuan bukan seorang sahaja di dunia ini, demikian juga lelaki
Contoh: Jika aminah menolak pinangan kamu, carilah yang lain kerana bunga
bukan sekuntum, kumbang bukan seekor
2-Ada batang, cendawan tumbuh
Ertinya: Tiap-tiap tempat atau negeri ada adat resam masing-masing.
Contoh: Kita mesti sedar bahawa adat resam di dunia ini berlainan, umpama
ada batang, cendawan tumbuh.
3- Daripada daun, kenalah pohonya
Ertinya: Daripada tingkah laku atau perbuatan seseorang itu dapatlah mengenali
peribadinya
Contoh: Daripada tingkah laku dan amal jariahnya kita dapat mengagak bahawa
dia seorang yang warak sebab daripada daun, kenalah pokoknya.
4-Bunga yang di sunting, perdunya diberaki (di tendang)
Ertinya: Suami yang hanya mengasihi isterinya sahaja tetapi membenci akan |
mertuanya.
Contoh: Setelah berkahwin, ahmad hanya membawa isterinya sahaja ke bandar dan
meninggalkan mertuanya di ampung ibarat bunga di sunting, perdunya di
beraki (ditendang)

19
- Bunga yang harun itu ada durinya
Ertinya: Seseorang yang cantik itu ada juga perangai yang tidak baik
Contoh: Suraya samalah seperti bunga yang harum itu ada durinya, walaupun dia
cantik tetapi perangainya amat buruk kerana gemar menghina rakan-
rakannya.
6- 1ika kasihkan padi, buangkanlah rumput
Ertinya: Jika kasihkan anak dan isteri,mestilah menjaga mereka dengan sempurna.
Contoh: Jika kasihkan padi, buangkanlah rumput jika kasihkan isteri dan anak
jagalah mereka.
7- 1angan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak
Ertinya: Jangan sombong apabila mendapat suatu kelebihan (seperti kekayaan dan
lain-lain).
Contoh: Ingatlah apabila sudah berpangkattinggi nanti, jangan bawa resmi jagung,
semakin berisi semakin tegak
8- Lalang yang di tanam tak kan padi yang tumbuh
Ertinya: Membuat kerja yang sia-sia tidak akan membuahkan hasil.
Contoh: Janganlah berangan-rangan hendak kaya sedangkan malas berusaha seperti
lalang yang di tanam tak kan padi yang tumbuh.
9- Cuba-cuba bertanam mumbang, jika tumbuh sunting negeri
Ertinya: Membuat pekerjaan yang rumit, hasilnya bergantung kepada nasib.
Contoh: Dia melabur di syarikat itu hanya cuba-cuba bertanam mumbang, jika
tumbuh sunting negeri, untung atau tidak bergantung kepadanasib sahaja.

20
10- Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak
Ertinya: Sementara menantikan pekerjaan tetap yang lebih baik, eloklah membuat
pekerjaan sambilan dahulu.
Contoh: Baiklah kamu menolong keluarga melakukan apa sahaja kerja sementara
mendapat jawatan tetap. Lagipun elok berjagung-jagung dahulu sementara
menantikan padi masak, kata bapanya.
11- Daunnya jatuh melayang , buahnya jatuh ke pangkal
Ertinya: Tentulah tidak sama kasih sayang terhadap anak sendiri dengan anak
saudara atau saudara mara yang jauh.
Contoh: Anak kandungnya telah di hantar belajar ke luar negeri, tetapi anak
saudaranya belajar di sini sahaja ibarat: daunnya jatuh melayang, buahnya
jatuh ke pangkal.
12- Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat
Ertinya: Diam seseorang yang berilmu tinggi itu adalah diam bermakna, tetapi diam
seseorang yang bodoh tidak mendatangkan sebarang hasil, sebaliknya
merugikan.
1- Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh
Ertinya: Anak sendiri lebih di kasihi daripada anak saudara.
Contoh: Apalah yang di risaukan. Bukankah dia hanya hanya anak kakakmu
sahaja? Sudah tentu getah meleleh ke pangkal . dIaun melayang jauh.
14- Ibarat bunga, sedap di pakai, layu di buang
Ertinya: Sesuatu benda itu ketika ia masih elok lagi sukalah orang yang
menggunakannya, tetapi apabila sudah buruk ia tidak di gunakan lagi.
21
Contoh: Ramli meninggalkan isterinya yang buruk dan miskin, ibarat bunga,
sedap di pakai , layu di buang setelah bertemu seorang gadis jelita.
15- Ibarat tebu, habis manis sepah di buang
Ertinya: Seorang isteri atau pasangan yang di ceraikan setelah kecantikanya atau
keistemewaanya hilang.
Contoh: Fikri telah menceraikan isterinya semata-mata kerana telah tua dan tidak
menarik perhatian hatinya, ibarat tebu , habis manis sepah di buang.
16- Memberi bunga kepada kera
Ertinya: Memberikan sesuatu benda kepada orang yang tidak tah menilai atau
menggunakannya.
Contoh: Dia memang tidak tahu menilai barang orang umpama memberi bunga
kepada kera.
17- Kelapa di tebuk tupai
Ertinya: Seorang gadis yang telah hilang kesuciannya (dara).
Contoh: Jamil menyesal berkahwin dengan gadis itu kerana gadis itu inbarat
Kelapa di tebuk tupai.
18- 1ika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang
Ertinya: jika tidak berlaku sesuatu perkara itu, masakan ada orang yang
memperkatakannya.
Contoh: Kalau kejadian semalam tidak berlaku masakan perkara itu di sebut-sebut
orang kerana jika kerana angin masakan pokok bergoyang.
19- Itik di air kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan
Ertinya: Orang yang menanggung penderitaan di tempat sendiri.
22
Contoh: Akibat malas berusaha dan bekerja, hidupnya menjadi melarat walaupun
terdapat banyak peluang pekerjaan untuknya umpama itik di air
kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan.
20- Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan
Ertinya: Seseorang yang malas akan terus menderita dalam negerinya sendiri
yang terkenal dengan kehidupan yang mewah dan makmur.
Contoh: Petani itu menderita kerana tidak mengusahakan ladangnya di ibaratkan
ayam bertelur di atas padi mati kelaparan.
21- Bagai pinang di belah dua
Ertinya: Pasangan yang sama cantik, sama padan.
Contoh: Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan bagai pinang di
belah dua.
22- Bengkok batang bengkoklah bayangnya
Ertinya: Kesalahan anak kerana mengikut ajaran ayah dan ibunya.
Contoh: Perangai budak itu sangat liar dan tidak menghormati orang tua sama
seperti perangai ibun bapanya, dia umpama bengkok batang bengkoklah
bayangnya.
23- Berputik dahulu baharu berbunga, buahnya jarang di makan beruk
Ertinya: Seseorang perempuan yang hamil dan melahirkan anak sebelum
berkahwin ,anaknya pula di hina oleh masyarakat
Contoh: Masyarakat kampung amat benci kepada Azrin dan anaknya kerana
mereka di anggap seperti berputik dahulu baharu berbunga, buahnya
jarang di makn beruk.
23
24- Bunga gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur
Ertinya: Setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua).
Contoh: Hidup di dunia ini biarlah berjasa kerana bunga gugur putik pun gugur,
tua gugur masak pun gugur.
25- Terang-terang tanah
Ertinya: Keadaan suasana yang samar-samar dan tdak berapa terang, biasanya
pada waktu subuh atau senja.
Contoh: Setiap pagi pada waktu terang-terang tanah ibu telah bersiap-siap untuk
pergi menoreh getah di ladang.
26-Patah di sambung hilang berganti
Patah kepala bertongkat, paruh patah paruh bertelankan
Patah sayap bertongkat paruh.
Ertinya: Seseorang yang berakal dan berilmu tidak mudah putus asa dan akan
beriktiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh: Pak Ali tetap gigih mengerjakan sawahnya walaupun tanamannya
musnah di landa banjir, bak kata pepatah kalau patah di sambung hilang di
ganti.
27- Dimana padi masak di situ terkukur jinak
Ertinya: Seseorang yang mengaku sahabat pada waktu senang etapi apabila kita
susah langsung tidak di pedulikan.
Contoh: Pak karim menyiIatkan anak-anak saudaranya sebagai di mana
padai masak di situ terkukur jinak kerana apabila dia mengalami
kesusahan tidak seorang pun di antara mereka datang ke rumahnya.
24
Contoh peribahasa Melayu yang memaparkan (nilai pertanian),
alam sekeliling yang berkaitan dengan aktiviti pertanian

1- Air setitik dilautkan, tanah sekepal di gunungkan
Ertinya: Membesar-besarkan perkara yang kecil.
Contoh: Cerita tongkat ajaib itu sengaja di besar-besarkan, ibarat air setitik
dilautkan, tanah sekepal di gunungkan.
- Bukan tanah menjadi padi
Ertinya: Orang yang bodoh dan malas tidak akan menjadi pandai dan senang.
Contoh: Janganlah cuba mengajar dan melatih pekerja malas itu kerana bukan
tanah menjadi padi .
3- Ada bukit, ada paya
Ertinya: Tiap-tiap sesuatu keadaan tentu ada lawannya, ada miskin ada kaya dan
ada susah ada senang.
Contoh: Kita harus menerima hakikat bahawa kehidupan manusia tidaklah sama,
umpama ada bukit, ada paya.
4- Bumi mana tidak timpa hujan
Ertinya: Hasrat yang terlalu besar tetapi tidak berupaya membuatnya.
Contoh: Faizal ingin meminang anak Pak Jusuh, tetapi wangnya masih belum
mencukupi, seperti hasrat hati nak peluk gunung apakan daya tangan tak
sampai.


25
5- Bakar air hendakkan abu
Ertinya: Membuat pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan cemuhan.
Contoh: Mustahil engkau akan berjaya sekarang, sedangkan engkau baru berlatih,
umpama bakar air hendakkan abu.
6- Air dicincang (ditetak) tidak akan putus
Ertinya: Sesuatu perbalahan yang berlaku dalam suatu keluarga itu tidaklah sampai
memutuskan pertalian darah atau persaudaraan mereka.
Contoh: Perselisihan Iaham di antara Pak jusoh dengan adiknya dapat di selesaikan
dengan mudah, umpama air dicincang tidak akan putus.
7- Air mudik sungai, semua teluk diranai
Ertinya: Orang yang boros berbelanja : apa yang terlintas di hati , smuanya di beli.
Contoh: Anak muda itu membeli apa sahaja yang ada di kedai itu seperti air mudik
sungai, semua teluk diranai.
8- Air pun ada pasang surutnya, tak kan pasang selalu dan surut sentiasa
Ertinya: Perjalanan hidup seseorang itu tidaklah tetap, adakalanya senang dan
adakalanya susah.
Contoh: Kita patut sedar bahawa sudah lumrah alam, air pun ada pasang surutnya
tak kan pasang selalu dan surut sentiasa.
10- Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga
Ertinya: Jika kita mencampuri pergaduhan antara dua beradik, apabila mereka
berbaik semula, kita akan tersisih daripada mereka.
Contoh: Ahmad menasihati adiknya supaya jangan mencampuri pertelingkahan
pergaduhan antara Hassan dan abangnya.
26

- Garam jatuh ke air
Ertinya: Orang yang cepat menerima sesuatu pengajaran atau nasihat yang di
berikan kepadanya
Contoh: ajaran cikgu Azlan dengan mudah sahaja dapat di Iahami oleh murid-
muridnya, seperti garam jatuh ke air.
- Air yang penuh di dalam tempayan itu tidak akan berkocak
Ertinya: Orang yang banyak ilmu pengetauhuan tidak suka bercakap besar atau
membanggakan diri.
Contoh: Pemuda yang baru balik dari luar negeri itu peragainya tetap seperti
dulu juga, dia tidak sombong dan tidak membanggakan diri walaupun
bekerja sebagai pengurus, umpama air yang penuh di dalam tempayan
itu tidak akan berkocak.
- Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya
Ertinya: seseorang yang pemdiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Contoh: Budak-budak nakal di kampung itu suka mengusik Dahlan yang cacat
tangannya, tetapi apabila dia melawan semuanya takut dan lari, kata
orang air yang tenang jangan di sangka tiada buaya.
- Bumi mana tidak di timpa hujan,lautan mana tidak bergelora
Ertinya: Setiap orang tidak sunyi dari membuat salah dan silap.
Contoh: Amin telah meminta maaI kepada ayahnya dan dia berjanji tidak akan
buat jahat lagi seperti katanya. Bumi mana tidak di timpa hujan, lautan
mana tidak bergelora.
27
- Harapkan guruh di langit air di tempayan di curahkan
Ertinya: Melakukan sesuatu pekerjaan yang tergesa-gesa maka rugi akibatnya
(kehilangan barang yang sudah di miliki)
Contoh: Kerana terlalu yakin mendapt pekerjaan yang bergaji lumayan, Rosli
sanggup meletakkan jawatannya sebagai kerani rendah akhirnya kedua-
duanya melepas, umpama harapkan guruh di langit air di tempayan di
curahkan.
















28
Perbincangan Tajuk Tugasan
Melalui pesembahan kertas kerja yang telah dipaparkan, maka seterusnya kita
perlu mengupas dan tetang keperluan, hubungan dan kepentingan semantik khususnya
dalam peribahasa Melayu (Nilai Pertanian). Perbincangan ini juga akan menghurai
makna yang tersurat mahupun yang tersirat di dalam sesuatu ayat, atau perkataan di
dalam peribahasa melayu. Nilai pertanian yang di bincangkan terbahagi kepada dua
bahagian iaitu berkaitan dengan jenis tanaman dan berkaitan dengan alam semulajadi
yang berkaitan atau aktiviti pertanian.

Peribahasa Melayu yang memaparkan nilai tumbuh-tumbuhan dan jenis
tanamam
Yang pertama, adalah untuk melihat peranan semantik (yang mengkaji makna)
didalam peribahasa melayu yang memaparkan nilai pertanian. Contoh bagi peribahasa
Melayu yang memaparkan nilai pertanian seperti tumbuh-tumbuhan dan jenis
tamanaman ialah:
1-
- Bunganya di sunting, perdunya diberaki (ditendang)
- Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
- Bunga yang harum itu ada durinya.
- Ibarat bunga, sedap di pakai , layu di buang.

Bagi peribahasa ini, kita dapat digambarkan dengan jelas bahawa perkataan
`bunga` itu sememangnya telah lama digunakan oleh generasi terdahulu untuk
29
mengambarkan perihal seorang gadis ataupun wanita. Ini kerana perkataan `bunga` itu
adalah sesuatu yang di sukai oleh setiap orang tidak mengira sama ada orang dewesa
ataupun orang tua. Di samping itu, bunga juga banyak mempunyai tarikan yang tersendiri
iaitu seperti mekar, ayu, harum, cantik dan berseri yang sesuai untuk mengambarkan
ciri-ciri seorang gadis atau wanita. Selain itu juga, ciri-ciri bunga juga banyak kesamaan
dengan siIat manusia. Dengan ini, orang terdahulu banyak membandingan siIat atau
perangai manusia terutama orang perempuan dengan perkataan bunga. Sebagai contoh,
Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, Iaitu membawa maksud,
perempuan bukannya seorang sahaja di dunia ini, demikian juga lelaki. Jika aminah
menolak pinangan kamu, carilah yang lain sebagai penganti. Selain itu, contoh lain ialah
seperti seseorang yang cantik itu ada juga perangai yang tidak baik Suraya samalah
seperti bunga yang harum itu ada durinya, walaupun dia cantik tetapi perangainya
amat buruk kerana gemar menghina rakan-rakannya. Kedua-dua peribahasa ini amat jelas
mengambarkan perkataan bunga itu menyamai watak sebagai seorang perempuan.

2-
- Ikut resmi padi, padi berisi semakin tunduk.
- Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak

Manakala bagi peribahasa ini pula, perkataan resmi menggambarkan akan hal
sebenar tentang kehidupan manusia yang boleh digambarkan dengan menggunakan
kata `resmi padi ` dan `resmi jagung`. Iaitu jika kita melihat perkataan resmi padi itu
sendiri, apabila semakin masak akan semakin menunduklah padi itu. Sebaliknya jika
30
manusia ikut resnmi jagung, semakin masak semakin tegak. Maka manusia seperti itu
merupakan manusia yang apabila semakin berilmu atau kaya akan menjadi lebih
sombong dan bongkak.

3-
- Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak
- Jika kasihkan padi, buangkanlah rumput.
- Itik di air kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan.
- Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan.

Bagi peribahasa ini pula, kita dapat lihat dengan jelas bahawa perkataan `padi`
penting dan sememangnya juga telah lama digunakan oleh generasi terdahulu untuk
mengambarkan nilai pekerjaan. Ini kerana perkataan `padi` itu sendiri merupakan
tanaman/ pertanian yang utama yang di jalankan ketika dahulu. Peribahasa ini juga
banyak di kaitkan atau mengambarkan sesuatu pekerjaan atau perbuatan, contohnya
seperti, Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak Peribahasa ini amat jelas
mengambarkan kepada kita bahawa supaya sentiasa rajin bekerja walaupun bekerja
sambilan sementara menunggu pekerjaan tetap/ menungu hasilnya kemudian hari nanti.
Contoh lain ialah itik di air kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan dan
ayam bertelur di atas padi mati kelaparan. Kedua-dua peribahasa ini membawa erti
yang hampir sama iaitu membawa maksud yang mendalam terhadap petani, ini kerana
seseorang itu akan menanggung penderitaan di tempat sendiri. Akibat malas melakukan
pekerjaan, berusaha dan bekerja, hidupnya menjadi melarat walaupun terdapat banyak
31
peluang pekerjaan. Seseorang yang malas juga akan terus menderita dalam negerinya
sendiri yang terkenal dengan kehidupan yang mewah dan makmur.

4-
- Bengkok batang bengkoklah bayangnya
- Ada batang, cendawan tumbuh

Bagi peribahasa ini pula, bengkok batang bengkoklah bayangnya iaitu
melambangkan kesalahan anak kerana mengikut ajaran ayah dan ibunya. Dalam
peribahasa ini, jika kita sebagai ibu bapa perlulah memberi contoh atau teladan yang
baik untuk mendidik anak-anak Perangai budak itu sangat liar dan tidak menghormati
orang tua sama seperti perangai ibu bapanya.
Manakala peribahasa ada batang, cendawan tumbuh melambangkan tiap-tiap
tempat atau negeri itu ada adat resam masing-masing. Jika kita pergi di sesebuah
penempatan baru, perlulah kita mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan dan kita
mesti sedar bahawa adat resam di dunia ini berlainan.







32
Peribahasa Melayu yang memaparkan nilai alam yang berkaitan dengan aktiviti
pertanian
Bagi peribahasa Melayu yang membawa nilai alam yang berkaitan dengan
pertanian seperti tanaman,tanah, air, bukit, air dan tingkah laku binatang amat penting
untuk pertanian. Hubungan manusia dengan alam melalui peribahasa nilai pertanian ini
menyatakan makna yang dapat di bandingkan dengan gambaran binatang atau benda-
benda alam yang menjad sasaran perbuatan. Ini dapat dilihat seperti contoh di bawah,
iaitu sesuatu perkara ataupun hal yang besar seperti yang di gambarkan sebagai bukit,
laut, gunung dan sebagainya tidak boleh di capai atau di perbesarkan .

-
- Air setitik dilautkan, tanah sekepal di gunungkan.
- Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.
- Bakar air hendakkan abu.
- Air mudik sungai, semua teluk diranai.

Bagi peribahasa ini pula, kita dapat digambarkan dengan jelas bahawa perkataan
`air` penting dalam aktiviti pertanian. Peribahasa ini juga mengaitkan hubungan
manusia dengan alam ini melalui aktiviti manusia yang di gambarkan dengan keadaan
atau bentuk tanaman. Ini kerana perkataan `air` itu sendiri merupakan sumber utama
bagi menjalankan aktiviti pertanian. Selain itu, peribahasa ini juga mengambarkan akan
sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang di lakukan dengan bersungguh-sungguh namun
hasilnya ialah sesuatu yang sia-sia, contonhya seperti bakar air hendakkan abu,
33
Pekerjaan atau perbuatan ini akan menimbulkan kekecewaan (sia-sia) pada akhirnya dan
banyak mendatangkan cemuhan.
Harapkan guruh di langit air di tempayan di curahkan Peribahasa ini telah
menberi maksud yang luas dan penting. Jika kita melakukan sesuatu pekerjaan yang
tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yang sudah di miliki) Sebagai
contoh, kerana terlalu yakin mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan, Rosli sanggup
meletakkan jawatannya sebagai kerani rendah akhirnya kedua-duanya melepas.

-
- Terang-terang tanah
- Patah di sambung hilang berganti
Patah kepala bertongkat, paruh patah paruh bertelankan
Patah sayap bertongkat paruh.

Daripada peribahasa di atas ini, kita dapat lihat dengan jelas hubungan manusia
dengan alam ini melalui aktiviti manusia yang di gambarkan dengan keadaan atau
bentuk tanaman. Contohnya terang-terang tanah, peribahasa ini mengambarkan
keadaan suasana yang samar-samar dan tidak berapa terang, biasanya pada waktu subuh
atau senja. Peribahasa ini selalu digunakan dan boleh dikatakan setiap hari orang
menggunakannya. Ini kerana, peribahasa ini melambangkan kerajinan atau kesungguhan
seseorang melakukan itu sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh, setiap pagi pada waktu
terang-terang tanah ibu telah bersiap-siap untuk pergi menoreh getah di ladang.
34
Patah di sambung hilang berganti, Patah kepala bertongkat, paruh patah paruh
bertelankan, Patah sayap bertongkat paruh. Peribahasa ini pula melambangkan
seseorang yang berakal dan berilmu tidak mudah putus asa, cekal dalam sesuatu
pekerjaan yang di buat dan akan beriktiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara Yang di
lakukan. Sebagai contoh, Pak Ali tetap gigih mengerjakan sawahnya walaupun
tanamannya musnah di landa banjir.
-

- Bumi mana tidak timpa hujan.
- Bumi mana tidak di timpa hujan,lautan mana tidak bergelora

Bumi mana tidak di timpa hujan,lautan mana tidak bergelora. Peribahasa ini
menyatakan bahawa setiap individu itu tidak lari daripada membuat kesilapan. Amin
telah meminta maaI kepada ayahnya dan dia berjanji tidak akan buat jahat lagi. Air
pun ada pasang surutnya, tak kan pasang selalu dan surut sentiasa Perjalanan
hidup seseorang itu tidaklah tetap, adakalanya senang dan adakalanya susah. Kita patut
sedar bahawa sudah lumrah alam, air pun ada pasang surutnya tak kan pasang selalu dan
surut sentiasa.





35
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semantik merupakan kajian mengenai perihal makna dan makna
itu boleh dikaitkan atau dihubungkan pula dengan kata, ayat, Irasa, dan sebagainya
(termasuk semantik dalam peribahasa melayu. Peribahasa melayu pula ialah satu warisan
daripada nenek moyang atau generasi yang terdahulu yang patut diamalkan ataupun
sekurang-kurangnya di Iahami oleh generasi baru agar tidak luput dari kehidupan.
Dalam mengkaji peranan semantik yang terdapat didalam peribahasa Melayu
Khasnya nilai Pertanian, skopnya amat luas kerana meliputi permukaan alam semulajadi,
seperti tanah, air, udara, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
Selain itu, didalam tugasan ini juga telah membincang/menerangkan akan
pengertian dan deIinisi sebenar peribahasa ataupun semantik, pengertian makna,
peranan semantik dalam kehidupan (contoh dalam ayat) dan sebagainya. Ini termasuklah
pesembahan tugasan dan perbincangan sama ada secara kreatiI mahupun secara kritis.










36

BIBLIOGRAFI

----------------2001. MonograI 2 Bahasa, sastera, dan Budaya Melayu Bahasa wahana
Ilmu 'DatiI Bahasa Melayu: Kajian Nahu Kasus tentang peranan Semantik dalam ayat.
Selangor darul Ehsan: FBMK, UPM.

Nik SaIiah Karim, et al, 2004. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan pustaka.

Nik SaIiah Karim, Norliza Jamaluddin 2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 1&2 ),
Selangor Darul ehsan :Penerbit Iajar Bakti.

Nor Hashimah Jalaluddin 2003. Bahasa Dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik dan
Pragmatik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.

Amdun Hussain 1995. Kamus Pelajar: Cetakan Kedua Belas. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

ProI. DR.Henry Guntar Tarigan 1995. Pengafaran Semantik: Bandung: Penerbit
ANGKASA Anggota IKAPI.

Asmah Haji Omar 2002. Ilmu Mengarang Melayu: Edisi Ejaan Rumi Baharu (Za`ba),
Kuala Lumpur.
Kamaruzzaman A.Kadir, Othman Puteh 1990. Peribahasa Asas, Selangor Darul Ehsan:
Penerbit Fajar Bakti
.