Anda di halaman 1dari 5

Jonar Suatu Kepercayaan Syirik

Dr. Muhd Al-Aarifin Ismail

Jonar adalah suatu istilah yang biasa digunakan untuk menggambarkan seseorang atau sesuatu perkara itu membawa sial atau nasib buruk. Ada yang berpandangan perkataan jonar adalah berasal daripada perkataan Jonah merujuk kepada nama Nabi Yunus a.s, Kata mereka, asal usul kenapa nama Nabi Yunus sering disandarkan kepada orang yang dianggap sentiasa membawa sial adalah kerana satu peristiwa yang telah berlaku kepada baginda.

Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan


Sebagai seorang rasul, Nabi Yunus a.s. telah berdakwah kepada kaumnya yang telah tersesat jauh dari Tuhan mereka. Walaupun baginda berkali-kali mengingatkan kaumnya agar kembali kepada Tuhan yang Esa, namun mereka tetap berdegil. Kedegilan kaumnya itu membuatkan baginda sangat marah lantas baginda telah membuat keputusan untuk meninggalkan mereka. Dalam perjalanan meninggalkan kaumnya, Nabi Yunus telah menaiki sebuah kapal. Setelah beberapa lama berlayar, kapal tersebut menjadi tidak stabil sehingga hampir tenggelam. Mereka membuat keputusan untuk mengurangkan bebanan kapal tersebut termasuk mengurangkan bilangan penumpang. Lalu mereka membuat undian. Nabi Yunus yang turut mengundi pada ketika itu telah kalah. Ada riwayat menyatakan undian dilakukan sebanyak tiga kali, namun Nabi Yunus jugalah yang kalah, maka terpaksalah beliau terjun dari kapal itu. Di dalam lautan luas, Nabi Yunus telah ditelan oleh seekor ikan yang besar. Walaupun begitu, nabi Allah Yunus terus dipelihara Allah di dalam perut ikan tersebut. Baginda lantas menyedari kesalahannyakerana melarikan diri dari misi dakwah, lalu baginda berdoa dan berzikir kepada Allah dengan kalimah

Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.1

al-Ambiya 21 : 87

Secara ringkasnya, disebabkan nasib Nabi Yunus a.s. yang telah beberapa kali gagal dalam undian, maka disandarkan nama baginda dengan nasib buruk atau sial. Maka dari situlah timbulnya perkataan Jonar. Sejauh mana kebenaran perkara ini, masih tidak dapat dikenalpasti. Adalah sangat malang apabila ada sesetengah masyarakat kita mempunyai kepercayaan bahawa seseorang itu boleh membawa sial atau bernasib buruk. Malang lagi jika ia melibatkan mereka yang berpendidikan tinggi termasuk para doktor, jururawat dan sebagainya. Sesungguhnya kepercayaan ini adalah suatu kepercayaan yang khurafat lagi syirik.

Jonar Adalah Kepercayaan Syirik


Dalam pengajian aqidah, terdapat satu istilah yang dinamakan sebagai Tiyarah. Tiyarah adalah suatu perkataan yang berasal daripada perkataan at-Toir yang bermaksud burung. Dalam Islam, Tiyarah adalah merupakan suatu kepercayaan Syirik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w dalam satu hadis yang sahih:

Tiyarah itu syirik , tiyarah itu syirik

Tiyarah adalah suatu kepercayaan yang menjadi pegangan orang-orang arab sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Sebelum melakukan sesuatu atau mereka hendak bermusafir, mereka akan melepaskan seekor burung, lalu dilihat ke mana arah burung tersebut terbang. Jika ke arah kanan, mereka akan bergembira kerana mereka percaya yang mereka akan mendapat kebaikan daripada apa yang mereka hendak lakukan itu. Jika burung itu terbang ke arah kiri, maka mereka akan berduka cita, kerana mereka percaya yang mereka akan ditimpa musibah atau kesulitan. Kepercayaan ini jelas merupakan suatu perkara yang syirik, ini kerana mereka menyandarkan sesuatu perkara itu baik atau buruk berdasarkan kepada pilihan burung tersebut.bukan kepada Allah Taala. Sedangkan hanya Allah yang menentukan segala-galanya. Seekor burung tidaklah mempunyai apa-apa kuasa yang boleh memberi munafaat mahupun mudharat.

Jonar itu Tiyarah


Kepercayaan samada seseorang itu boleh membawa nasib buruk atau sial adalah sama dengan perbuatan Tiyarah. Mempercayai bahawa dengan kehadiran seseorang itu, keadaan akan menjadi sukar atau banyak masalah yang akan timbul adalah suatu kepercayaan yang karut lagi syirik.
2

(H.R. Abu Daud dan Tirmizi Menurut Imam Tirmizi : Sahih)

Sesungguhnya Allah telah menetapkan segala takdir yang akan berlaku, bukan disebabkan oleh kehadiran atau ketiadaan mana-mana makhluk. Hanya Allah yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.3

Ust Zaharuddin Abd rahman4 dalam satu tulisannya mengulas berkenaan dengan isu ini, katanya: Tiyarah dihukumkan syirik kerana mengaitkan musibah yang menimpa kepada selain Allah dan meyakini musibah berpunca dari makhluk yang tidak sedikitpun memiliki kuasa mendatangkan manfa'at atau mudharat. Sebenarnya tiyarah berpunca daripada was-was syaitan yang menimbulkan perasaan takut. Jika hal ini terjadi maka ia dapat merosakkan tawakkal seseorang kepada Allah Azza Wa Jalla.

Jauhi Itiqad Jonar


Sebagaimana yang telah disebutkan, adalah sangat menyedihkan apabila ada di kalangan kita yang sering mengucapkan ayat-ayat yang berunsur tiyarah ini. Pasti pernah anda mendengar ungkapan-ungkapan seperti ini: Doktor X tu jonar latime dia oncall mesti busy Kalau saya oncall dengan si A, mesti ada patient collapse... Atau sekurang-kurangnya ayat begini, Siapa yang tak mandi ni?... (biasanya diungkapkan apabila sesuatu perkara buruk berlaku)

Apabila anda mendengar seseorang mengungkapkan ayat seumpama ini, di sana ada 2 kemungkinan. Pertama, jika sekiranya dia mengungkapkan kata-kata tersebut tanpa disusuli dengan itiqad dalam hatinya, maka aqidahnya masih selamat, walaubagaimanapun kata-katanya itu tetap menyeleweng & mesti dijauhi.

3 4

al-Baqarah 2 : 20 Pensyarah Kanan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kedua, jika sekiranya kata-katanya itu disusuli dengan Itiqad dalam hati, sesungguhnya ia telah syirik kepada Allah Jalla Wa Ala. Nauzubillah. Dia wajib bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar. Ingatlah sesungguhnya Nabi Musa a.s. dan para pendakwah kepada jalan Tuhan seringkali dianggap sebagai pembawa sial oleh kaumnya sendiri sebagaimana yang diceritakan oleh Allah Taala:

Kemudian apabila datang kepada mereka kemakmuran, mereka berkata: "Itu adalah karena (usaha) kami." Dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka lemparkan sebab kesialan itu kepada Musa dan orang-orang yang besertanya. Ketahuilah, sesungguhnya kesialan mereka itu adalah ketetapan dari Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.5

Mereka menjawab : " Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merejam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami ". Utusan-utusan itu berkata: " Kemalangan kamu itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebinarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas ".6

Kesimpulan
Sebagai ummat yang bertamadun, kita hendaklah membersihkan iman kita dari dikotori dengan unsure-unsur syirik dengan menjauhi kepercayaankepercayaan yang sesat ini. Jika sekiranya dalam ilmu perubatan moden kita sentiasa didoktrinkan dengan fahaman Evidence Based Medicine, kenapa dalam bab melibatkan aqidah kita tidak mementingkan evidence? Kenapa masih mempercayai perkara-perkara yang khurafat lagi sesat?.

5 6

al-Araf 7 : 131 Yaasiin 36 : 18-19

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar7

Wallahualam.

-al181111/Jumaat/1100

an-Nisa 4 : 48