Anda di halaman 1dari 12

UNIT 7: MENYATAKAN DAN MENULISKAN WAKTU

UNIT 7.1 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Menyatakan waktu dalam gandaan lima minit 2. Menuliskan waktu dalam gandaan lima minit LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. 2. Tunjukkan muka jam analog. Perkenalkan jarum jam dan jarum minit. 3. Uji pengetahuan sedia ada murid. Minta murid menyatakan waktu (dalam jam) yang ditunjukkan pada muka jam. 4. Seterusnya bimbing murid untuk melihat bahawa terdapat lima pergerakan jarum minit di antara dua nombor pada muka jam. Soal jawab: Jarum minit menunjukkan minit. Saya akan menggerakkan jarum minit dari nombor 12 hingga 1. Mari bilang berapa kali jarum minit itu bergerak. 5. Tunjukkan pergerakan jarum minit tersebut dan bilang bersama-sama seperti berikut:

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Muka jam analog Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Lembaran Aktiviti Pengukuhan (Rujuk BBM ms.) 2. Papan tulis individu 3. Pen marker 4. Pin butterfly 5. Gunting 6. Gam

l2

Berapa kali jarum minit itu bergerak dari nombor 12 hingga 1? Satu pergerakan sama dengan satu minit. Jadi, lima pergerakan sama dengan berapa minit? 6. Ulangi langkah 5 dengan menunjukkan pergerakan dari nombor 1 hingga 2, dan dari nombor 2 hingga 3. Bimbing murid untuk melihat bahawa terdapat lima minit di antara mana-mana dua nombor pada muka jam.

149

UNIT 7: MENYATAKAN DAN MENULISKAN WAKTU

7. Edarkan muka jam kepada setiap pasangan. Seterusnya bimbing murid menyatakan minit dalam gandaan lima dengan menggunakan muka jam tersebut. Soal jawab: Jika jarum minit bergerak dari nombor 12 hingga 3, berapa minitkah itu? Bagaimana kamu tahu? Tunjukkan saya. (Murid mungkin akan membilang jumlah pergerakan jarum minit dari nombor 12 hingga 3) Ada cara yang lebih mudah untuk membilang jumlah minit. Mari kita bilang lima-lima. (Bimbing murid membilang lima-lima sambil menunjukkan pergerakan jarum minit. Jarum minit itu hanya perlu berhenti pada nombor 1, 2 dan 3 sahaja) Dari nombor 12 hingga 3, berapa minit kesemuanya?

II I0 9 8 7

I2

10

I 2 3 4
15

8. Ulangi langkah 7 dengan memberikan contoh-contoh yang lain.

150

UNIT 7: MENYATAKAN DAN MENULISKAN WAKTU

9. Seterusnya bimbing murid untuk membaca waktu. Letakkan jarum jam pada nombor 12 dan jarum minit pada nombor 1. Soal jawab: Jarum jam menunjuk pada nombor berapa? (Murid akan menjawab Nombor 12) Pukul dua belas. Jarum minit menunjuk pada nombor berapa? Berapa minitkah itu? 10. Terangkan bagaimana waktu ditulis dalam nombor seperti berikut:

I2:05
1) Tuliskan jam di sebelah kiri. Dua belas. 2) Tuliskan minit di sebelah kanan. Sifar lima.

3) Kita baca pukul dua belas lima minit.

11. Ulangi langkah 9 dan 10 dengan memberikan contohcontoh yang lain. 12. Edarkan Lembaran Kerja 7.1.

PERBENDAHARAAN KATA Masa Waktu Jarum jam Jarum minit Jam Minit Pukul Muka jam Jam analog

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan lembaran aktiviti pengukuhan, pin butterfly, gunting dan gam kepada setiap pasangan. 2. Minta murid menggunting dan melengkapkan muka jam tersebut. Setelah selesai, edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap pasangan. 3. Kemudian sebutkan waktu. Minta murid menunjukkan waktu yang disebutkan menggunakan muka jam serta menuliskan waktunya pada papan tulis masing-masing. 4. Semak jawapan bersama-sama. 5. Simpan muka jam tersebut dengan cermat kegunaan pada sesi pengajaran akan datang. untuk

151

UNIT 7: MENYATAKAN DAN MENULISKAN WAKTU


UNIT 7.2 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menggunakan unit bagi waktu dan mengetahui hubungan di antara a) jam dan minit LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Tunjukkan muka jam analog. Imbas kembali apa yang telah dipelajari. 2. Seterusnya tunjukkan muka jam dengan jarum jam pada nombor 9 dan jarum minit pada nombor 12. Soal jawab: Pukul berapa sekarang? Lihat pada jarum jam apabila jarum minit bergerak sebanyak satu pusingan? (Gerakkan jarum minit sebanyak satu pusingan penuh) Apa yang berlaku? Pukul berapa sekarang? Dari pukul sembilan hingga pukul sepuluh adalah satu jam. Apabila jarum minit bergerak satu pusingan, ia menjadi satu jam. Berapa minit dalam satu pusingan? Mari kita bilang lima-lima. (Bimbing murid membilang lima-lima sambil menunjukkan pergerakan jarum minit. Jarum minit itu hanya perlu berhenti pada nombor 1, 2, ..., dan 12 sahaja) Berapa minit dalam satu jam?

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Muka jam analog Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Sampul surat 2. Kad soalan (Rujuk BBM ms.) 3. Pensel

3. Ulangi langkah 2 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. Bimbing murid untuk melihat bahawa satu jam bersamaan dengan enam puluh minit. 4. Edarkan Lembaran Kerja 7.2.

152

UNIT 7: MENYATAKAN DAN MENULISKAN WAKTU

PERBENDAHARAAN KATA Masa Waktu Jarum jam Jarum minit Jam Minit Pukul Muka jam Jam analog

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). 2. Sediakan empat stesen. Di setiap stesen, letakkan satu kad soalan dalam sampul surat bagi setiap kumpulan. 3. Kumpulan 1 akan bermula di stesen A, kumpulan 2 akan bermula di stesen B, dan seterusnya. 4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Di setiap stesen, mereka perlu melukiskan jarum jam dan jarum minit dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. 5. Pada akhir permainan menyerahkan jawapan. kesemua kumpulan perlu

6. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dengan jawapan betul terbanyak, dikira pemenang.

153

UNIT 7: MENYATAKAN DAN MENULISKAN WAKTU


UNIT 7.3 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menggunakan unit bagi waktu dan mengetahui hubungan di antara b) hari dan jam LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Tunjukkan kad bergambar. Minta murid memperihalkan tentang gambar tersebut berdasarkan pemerhatian mereka. Soal jawab: Apa yang kamu nampak pada gambar ini? Bilakah waktunya? Apa yang berbeza pada kedua-dua gambar? (Aktiviti pertama berlangsung pada malam hari tetapi aktiviti kedua berlangsung pada siang hari) Apa yang sama pada kedua-dua gambar? (Waktu yang ditunjukkan pada muka jam adalah sama) Pukul dua belas pada waktu malam kita panggil dua belas tengah malam. (Tuliskan 12 tengah malam pada papan tulis) Pukul dua belas pada waktu siang kita panggil dua belas tengah hari. (Tuliskan 12 tengah hari pada papan tulis) 2. Seterusnya lukiskan garis nombor waktu seperti Garis Nombor Waktu pada papan tulis. Soal jawab: Dalam sehari ada berapa jam? Mari kita bilang. 3. Berikan penerangan seperti Penerangan Garis Nombor Waktu dan tekankan tentang peralihan waktunya. Soal jawab: Dari dua belas tengah malam hingga dua belas tengah hari ada dua belas jam. Dari dua belas tengah hari hingga dua belas tengah malam ada dua belas jam. Dua belas tambah dua belas, berapa jumlahnya? (Murid akan menjawab Dua puluh empat jam) Jadi dalam sehari ada dua puluh empat jam.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad bergambar dan waktunya (Rujuk BBM ms.) 2. Jam analog 3. Muka jam yang telah disediakan dalam Unit 7.1 Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Lembaran Garis Nombor Waktu (Rujuk BBM ms.) (Garis Nombor Waktu tersebut perlu disambungkan terlebih dahulu pada petak 12:00 tengah hari) 2. Kad aktiviti dalam sehari (Rujuk BBM ms.) 3. Kertas mahjong 4. Gunting 5. Gam

154

UNIT 7: MENYATAKAN DAN MENULISKAN WAKTU

4. Edarkan muka jam yang telah disediakan dalam Unit 7.1 kepada setiap pasangan. Ulangi langkah 2 dengan menunjukkan pergerakan jarum jam pada muka jam analog (jarum minit perlu dipusing satu pusingan penuh setiap kali) seperti berikut: 12 tengah malam 1 pagi 2 pagi

Teruskan sehingga ...

12 tengah hari 1 petang 2 petang

Teruskan sehingga ...

12 tengah malam

5. Edarkan Lembaran Kerja 7.3. 155

UNIT 7: MENYATAKAN DAN MENULISKAN WAKTU

PERBENDAHARAAN KATA Masa Waktu Jarum jam Jarum minit Jam Minit Pukul Muka jam Jam analog Hari

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan Garis Nombor Waktu, kad aktiviti dalam sehari, kertas mahjong, gunting dan gam kepada setiap kumpulan. 2. Minta murid melekatkan garis nombor waktu pada kertas mahjong. Kemudian minta murid menggunting kad aktiviti dalam sehari dan melekatkannya bersebelahan waktu yang sesuai pada garis nombor waktu tersebut. 3. Bincang dan bandingkan dapatan murid.

156

UNIT 7: MENYATAKAN DAN MENULISKAN WAKTU Garis Nombor Waktu


I2:00 tengah malam
I:00 pagi 2:00 pagi 3:00 pagi 4:00 pagi 5:00 pagi 6:00 pagi 7:00 pagi 8:00 pagi 9:00 pagi I0:00 pagi I I:00 pagi

I2:00 tengah hari


I:00 petang 2:00 petang 3:00 petang 4:00 petang 5:00 petang 6:00 petang 7:00 petang 8:00 petang 9:00 petang I0:00 petang I I:00 petang

I2:00 tengah malam


157

UNIT 7: MENYATAKAN DAN MENULISKAN WAKTU Penerangan Garis Nombor Waktu


I2:00 tengah malam
I:00 pagi 2:00 pagi Dari dua belas tengah malam hingga dua belas tengah hari ada dua belas jam. 3:00 pagi 4:00 pagi 5:00 pagi 6:00 pagi 7:00 pagi 8:00 pagi 9:00 pagi I0:00 pagi I I:00 pagi

I2:00 tengah hari


I:00 petang 2:00 petang Dari dua belas tengah hari hingga dua belas tengah malam ada dua belas jam. 3:00 petang 4:00 petang 5:00 petang 6:00 petang 7:00 petang 8:00 petang 9:00 petang I0:00 petang I I:00 petang

I2:00 tengah malam


158

UNIT 7: MENYATAKAN DAN MENULISKAN WAKTU


UNIT 7.4 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyelesaikan masalah yang melibatkan waktu dalam situasi harian LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan muka jam yang telah disediakan dalam Unit 7.1 kepada setiap pasangan. Lekatkan kad bergambar dan kad waktu secara rawak pada papan tulis. Minta murid memperihalkan gambar-gambar pada kad tersebut. Soal jawab: Gambar apa ini? Bila kamu melakukan aktiviti ini? Pukul berapa? 2. Kemudian minta murid memadankan dan melekatkan kad waktu yang sesuai pada gambar-gambar tersebut. 3. Seterusnya gunakan kad bergambar dan kad waktu tadi dalam penyataan masalah. Contohnya: Alia naik bas pukul tujuh pagi. Dia sampai ke sekolah pukul tujuh tiga puluh pagi. Berapa tempoh masa perjalanan Alia ke sekolah? 4. Minta murid menyelesaikan permasalahan tersebut dengan menggunakan muka jam masing-masing. 5. Bincang dan bandingkan dapatan murid. 6. Ulangi langkah 3 dan 4 dengan memberikan contohcontoh yang lain. Murid juga boleh diminta untuk mereka sendiri cerita atau penyataan masalah tersebut. 7. Edarkan Lembaran Kerja 7.4.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad bergambar (Rujuk BBM ms.) 2. Kad waktu (Rujuk BBM ms.) 3. Pelekat 4. Muka jam yang telah disediakan dalam Unit 7.1 Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Sampul surat 2. Kad soalan (Rujuk BBM ms.) 3. Pensel

159

UNIT 7: MENYATAKAN DAN MENULISKAN WAKTU

PERBENDAHARAAN KATA Masa Waktu Jarum jam Jarum minit Jam Minit Pukul Muka jam Jam analog Pukul berapa Tempoh masa

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). 2. Sediakan empat stesen. Di setiap stesen, letakkan satu kad soalan dalam sampul surat bagi setiap kumpulan. 3. Kumpulan 1 akan bermula di stesen A, kumpulan 2 akan bermula di stesen B, dan seterusnya. 4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Di setiap stesen, mereka perlu melukiskan jarum jam dan jarum minit dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. 5. Pada akhir permainan menyerahkan jawapan. kesemua kumpulan perlu

6. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dengan jawapan betul terbanyak, dikira pemenang.

160

Anda mungkin juga menyukai