Anda di halaman 1dari 9

UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG

UNIT 8.1 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan panjang dalam konteks amalan LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Minta dua murid yang berbeza ketinggiannya ke hadapan kelas. Minta murid memperihalkan perbezaan antara dua orang kawan mereka. Bimbing murid untuk melihat perbezaan dari segi ukuran. Perkenalkan perkataan tinggi dan rendah. Contohnya: Nani rendah. Amin tinggi. 2. Seterusnya tunjukkan dua batang pembaris yang berbeza panjangnya. Minta murid memperihalkan perbezaan antara dua pembaris tersebut. Bimbing murid untuk melihat perbezaan dari segi ukuran. Perkenalkan perkataan panjang dan pendek. Contohnya: Pembaris kayu ini panjang. Pembaris plastik ini pendek. 3. Terangkan kepada murid objek yang menegak diukur tinggi atau rendah (contohnya bangunan, tangga dan burung yang sedang terbang tinggi atau terbang rendah) objek melintang diukur panjang atau pendek (contohnya pembaris, tali dan kenderaan). 4. Kemudian minta murid mencari objek maujud lain yang ada di dalam bilik darjah dan berbeza ukurannya. Minta murid memperihalkan ukuran panjang objek-objek tersebut dengan menggunakan perbendaharaan kata yang sesuai. 5. Edarkan Lembaran Kerja 8.1.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Murid 2. Pembaris 3. Objek maujud yang ada di dalam bilik darjah Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Radio/muzik 2. Objek maujud yang ada di dalam bilik darjah 3. Kertas mahjong 4. Pen marker 5. Pensel warna/krayon

161

UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG


PERBENDAHARAAN KATA Panjang Pendek Tinggi Rendah Aktiviti 1 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). 2. Permainan bermula apabila muzik dimainkan. 3. Sepanjang muzik dimainkan, setiap kumpulan perlu mencari suatu objek yang panjang dan suatu objek yang pendek. 4. Murid perlu berhenti mencari apabila muzik dihentikan. 5. Bincang dan bandingkan dapatan murid. 6. Kumpulan yang tidak sempat mencari objek yang sesuai diminta meniru bunyi binatang. Contohnya mengiau seperti kucing, mengembek seperti kambing dan sebagainya. 7. Teruskan permainan hingga selesai. Aktiviti 2 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). 2. Edarkan kertas mahjong, pen marker dan pensel warna atau krayon kepada setiap kumpulan. 3. Secara berkumpulan, minta murid mencari tiga objek yang panjang dan tiga objek yang pendek. 4. Kemudian minta murid melukis gambar objek tersebut pada kertas mahjong serta mewarnakannya. 5. Bincang dan bandingkan hasil kerja murid. 6. Pamerkan hasil kerja terbaik pada papan kenyataan. AKTIVITI PENGUKUHAN

162

UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG


UNIT 8.2 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Membandingkan panjang dua objek melalui perbandingan secara langsung LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. 2. Tunjukkan dua objek yang berbeza ketinggian atau panjangnya. Letakkan kedua-dua objek sebelahmenyebelah. Perkenalkan perkataan lebih tinggi dan lebih rendah, lebih panjang dan lebih pendek. Contohnya: ... lebih tinggi/panjang daripada ... ... lebih rendah/pendek daripada ... 3. Seterusnya edarkan gambar pemandangan kepada setiap pasangan. 4. Minta murid memperihalkan gambar tersebut mengikut pemerhatian mereka. Soal jawab: Antara ... dan ... yang mana lebih tinggi/lebih rendah? Yang mana lebih panjang/lebih pendek, ... atau ...? 5. Kemudian edarkan gunting, gam, lembaran aktiviti dan penyedut minuman yang mencukupi kepada setiap pasangan. 6. Minta murid menggunting penyedut minuman yang sama panjangnya dengan garisan-garisan pada lakaran tersebut dan melekatkannya pada garisan-garisan tadi. 7. Kemudian minta murid mewarnakan lakaran tersebut. 8. Bincang dan bandingkan hasil kerja murid. Minta murid membandingkan ukuran panjang garisan-garisan tersebut dengan menggunakan perbendaharaan kata yang sesuai seperti: Lebih tinggi/rendah/panjang/pendek Sama tinggi/rendah/panjang/pendek 9. Pamerkan hasil kerja terbaik pada papan kenyataan. 10. Edarkan Lembaran Kerja 8.2.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Objek maujud yang ada di dalam kelas 2. Gambar pemandangan (Rujuk BBM ms.) 3. Gunting 4. Gam 5. Lembaran Aktiviti (Rujuk BBM ms.) 6. Penyedut minuman 7. Pensel warna/krayon Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Murid 2. Kasut 3. Wisel

163

UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG


PERBENDAHARAAN KATA Tinggi Rendah Panjang Pendek Lebih tinggi Lebih rendah Lebih panjang Lebih pendek Sama tinggi Sama rendah Sama panjang Sama pendek Paling tinggi Paling rendah Paling panjang Paling pendek Banding Aktiviti 1 1. 2. 3. Adakan permainan Siapa Pasangan Saya? Permainan bermula apabila muzik dimainkan. Sepanjang muzik dimainkan, murid perlu mencari seorang pasangan. Contohnya: yang lebih rendah yang mempunyai ukuran kasut yang lebih panjang yang mempunyai rambut yang lebih lebih pendek yang boleh melompat lebih tinggi Murid perlu berhenti mencari apabila muzik dihentikan. Bincang dan bandingkan dapatan murid. Kemudian perkenalkan perkataan paling tinggi, paling rendah, paling panjang dan paling pendek. Contohnya: Ahmad paling tinggi dalam kelas ini. Siti paling rendah dalam kelas ini. Pembaris biru paling panjang berbanding dengan pembaris-pembaris lain. Tali kuning paling pendek berbanding dengan tali-tali lain. 6. Murid yang tidak sempat mencari rakan yang sesuai diminta meniru bunyi binatang. Contohnya mengiau seperti kucing, mengembek seperti kambing dan sebagainya. Aktiviti 2 1. Adakan pertandingan Pantas Susun. 2. Bentukkan kumpulan (lima hingga sepuluh orang). 3. Permainan bermula apabila wisel ditiup. 4. Dalam kumpulan masing-masing, murid perlu menyusun diri mereka sendiri di dalam satu barisan daripada murid yang paling rendah ke murid yang paling tinggi. 5. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dikira pemenang. 6. Bincang dan bandingkan dapatan murid. AKTIVITI PENGUKUHAN

4. 5.

164

UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG


UNIT 8.3 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Mengukur panjang objek menggunakan unit bukan piawai LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Tunjukkan sebatang pensel. Lukis pensel itu pada papan tulis. 3. Kemudian tunjukkan cara membuat ukuran pensel tersebut dengan menggunakan klip kertas. Tegaskan bahawa apabila mengukur sesuatu objek, ia perlulah bermula dari hujung ke hujung objek. Lukis pada papan tulis seperti berikut:

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Pensel 2. Klip kertas 3. Pen marker 4. Kertas mahjong 5. Chopstick 6. Objek maujud yang ada di dalam bilik darjah (contohnya tingkap, papan tulis, almari, meja guru, rak buku dsb.) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kertas mahjong 2. Pen marker 3. Pensel warna/krayon 4. Objek maujud yang ada di sekitar kawasan sekolah

4. Minta murid membilang jumlah klip kertas yang telah digunakan. Nyatakan bahawa panjang pensel tersebut sama panjang dengan bilangan klip kertas yang ada. 5. Seterusnya edarkan pen marker, kertas mahjong dan chopstick yang mencukupi kepada setiap kumpulan. 6. Secara berkumpulan, mencatatkan panjang atau tinggi suatu objek maujud yang ada di dalam bilik darjah dengan menggunakan chopstick. Objek maujud ditetapkan seperti berikut: Kumpulan A dan B - mengukur panjang tingkap dan panjang papan tulis Kumpulan C dan D - mengukur tinggi almari dan tinggi meja guru 7. Minta murid melukiskan objek tersebut dan mencatatkan dapatan mereka pada kertas mahjong. 8. Bincang dan bandingkan dapatan murid. Bimbing murid melihat bahawa lebih panjang atau lebih tinggi sesuatu objek, maka lebih banyaklah bilangan chopstick yang diperlukan untuk mengukur panjangnya. 9. Edarkan Lembaran Kerja 8.3. Nota: Objek lain yang sesuai seperti pensel dan penyedut minuman juga boleh digunakan sebagai alat pengukur bukan piawai. Ukuran dicatat berdasarkan ukuran penuh atau hampir penuh alat pengukur bukan piawai yang digunakan.

165

UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG


PERBENDAHARAAN KATA Tinggi Rendah Panjang Pendek Ukur AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan kertas mahjong, pen marker dan pensel warna atau krayon kepada setiap kumpulan. 2. Bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah. Minta murid mencari tiga objek yang berbeza dan melukis gambar objek tersebut pada kertas mahjong serta mewarnakannya. 3. Kemudian mereka hendaklah mengukur panjang atau tinggi objek tersebut dengan menggunakan panjang tapak kaki atau jengkal serta mencatatkan dapatan mereka. 4. Bincang dan bandingkan dapatan murid. Bincangkan juga tentang ukuran jengkal atau panjang tapak kaki yang berbeza, yang menghasilkan ukuran yang berbeza. 5. Pamerkan hasil kerja terbaik pada papan kenyataan.

166

UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG


UNIT 8.4 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Mengukur panjang objek menggunakan unit piawai meter LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Ceritakan bahawa pada zaman dahulu, manusia menggunakan ukuran anggota badan mereka, seperti jengkal dan depa, untuk mengukur. 3. Catatkan suatu penyataan masalah pada papan tulis. Contohnya: BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Gulungan tali 2. Pembaris satu meter 3. Objek yang ada di dalam bilik darjah Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Sampul surat 2. Pembaris satu meter 3. Lembaran Aktiviti Pengukuhan (Rujuk BBM ms.) 4. Pensel 5. Wisel Pakcik Amran mempunyai wang sebanyak RM5. Dia mahu membeli tiga depa tali untuk menambat lembunya. Penjual tali yang mana patut dipilihnya? 4. Minta tiga murid yang berbeza ukuran depa mereka untuk menjadi penjual tali tersebut. 5. Kemudian bimbing seorang demi seorang untuk mengukur tali sepanjang tiga depa dan kemudian menggunting tali tersebut. 6. Rentang dan lekatkan hujung ketiga-tiga tali tersebut pada papan tulis. Contohnya: Kevin Anand Dewi Soal jawab: Penjual tali mana patut dipilih oleh pakcik Amran? (Murid mungkin menjawab Kevin) Mengapa? (Murid mungkin menjawab Kerana tali yang dijualnya paling panjang) Sekarang, katakan ketiga-tiga penjual tali itu ada alat pengukur yang sama. 7. Tunjukkan pembaris satu meter dan tuliskan unitnya iaitu 'meter' pada papan tulis. 8. Kemudian tuliskan penyataan masalah yang serupa. Pakcik Amran mempunyai wang sebanyak RM5. Dia mahu membeli tiga meter tali untuk menambat lembunya. Penjual tali yang mana patut dipilihnya?

167

UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG


9. Bimbing seorang demi seorang mengukur tali sepanjang tiga meter dan kemudian menggunting tali tersebut. Tegaskan bahawa objek yang diukur mesti berada pada angka sifar sebelum diukur. Minta mereka menyebut dan mencatatkan bacaan dalam meter dan simbolnya m. 10. Rentang dan lekatkan hujung ketiga-tiga tali tersebut pada papan tulis. Contohnya: Kevin Anand Dewi Soal jawab: Penjual tali mana patut dipilih oleh pakcik Amran? (Murid mungkin menjawab Kevin, Anand atau Dewi) Mengapa? (Murid mungkin menjawab Kerana tali yang mereka jual sama panjangnya) 11. Nyatakan bahawa ukuran menggunakan pembaris adalah lebih tepat kerana ianya sama panjang. Maklumkan bahawa meter adalah suatu ukuran piawai (ukuran yang sama) di mana sahaja ianya digunakan. 12. Edarkan pembaris satu meter kepada setiap kumpulan. Bimbing murid menggunakan pembaris tersebut untuk mengukur ketinggian dan panjang objek yang sesuai di dalam bilik darjah. 13. Tegaskan bahawa ukuran mesti bermula pada angka sifar pada pembaris tersebut. Minta mereka menyebut dan mencatatkan bacaan dalam meter dan simbolnya m. 14. Edarkan Lembaran Kerja 8.4.

168

UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG


PERBENDAHARAAN KATA Tinggi Rendah Panjang Pendek Ukur Meter Banding Piawai AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan lima kumpulan. 2. Edarkan sebatang pembaris satu meter, lembaran aktiviti pengukuhan (mengikut nombor kumpulan) dan pensel kepada setiap kumpulan. 3. Sediakan lima stesen. Di setiap stesen terdapat objek yang perlu diukur panjangnya. Contohnya: Stesen Kantin Kantin Dewan Dewan Pagar Objek yang diukur panjangnya Meja kantin Bangku kantin Papan kenyataan sekolah Pentas Pintu pagar sekolah

4. Setiap kumpulan akan bermula di stesen pertama dalam jadual pada lembaran tersebut dan bergerak mengikut urutan stesen yang disenaraikan. 5. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Di setiap stesen, murid perlu mengukur panjang objek yang dinyatakan sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. 6. Teruskan aktiviti hingga kesemua stesen telah selesai. 7. Bincang dan bandingkan hasil dapatan murid. Nota: Ukuran dicatat berdasarkan ukuran penuh atau hampir penuh alat pengukur piawai yang digunakan. Contohnya:

1m

1m

Ukuran panjang papan tulis ini ialah dua meter.

169

Anda mungkin juga menyukai