melakukan penzinaan dan hamil. Bagi kebanyakan kes, perempuan yang dipersalahkan
dan terpaksa menanggung beban di atas perbuatan tersebut.
Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat. Tidak sekadar berlaku di Malaysia malah
di merata tempat. Di Brunei, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun
kerana menyebabkan kematian seorang bayi dengan meletakkannya di dalam karung
sampah yang mengakibatkan bayi berkenaan mati kelemasan. Di Indonesia, seorang
penduduk Bekasi melihat benda berwarna kuning disyaki bayi terapung-apung di tepi
sungai. Di China pula seorang bapa membuang anaknya yang berusia setahun ke
dalam sungai kerana menyangka anaknya itu mati setelah tidak sedarkan diri kerana
sakit perut. Manakala di Amerika Syarikat, seorang remaja perempuan berumur 19
tahun, Krystal 1ohnson dituduh membunuh setelah membuang bayinya ke kawasan
yang kotor.
Di Malaysia, gejala ini terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik.
Umpamanya pada tahun 1999, sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001,
ia meningkat kepada 97 kes. Peningkatan bilangan kes ini memerlukan langkah-
langkah penyelesaian dari akar umbi punca tersebut.
Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?
Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan
sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain
itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu
pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.
Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap
simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan
kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan
bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati
bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di
hadapan rumah orang yang berpengaruh.
Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentu kerana tidak tahu apa yang perlu
dibuat dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14
atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk
menerima kelahiran tersebut.
Pembuangan bayi melibatkan banyak faktor. Kita tidak boleh membuat tuduhan atau
menuding jari kepada satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang
bertambah, sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek. Kajian yang
dilakukan oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan
Malaysia, Dr. Khaidzir Ismail melalui ~Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi
terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah memberi
pendedahan betapa punca sebenar terletak pada keluarga yang bermasalah. Pengaruh
rumah tangga memberi kesan ke atas pembentukan personaliti anak-anak khususnya
apabila mereka meningkat remaja. Konflik dalam keluarga menendang keluar remaja
untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup dan
pada masa yang sama memenuhi keperluan kewangan, hiburan dan perkembangan
emosi mereka. Tanpa pengawasan, anak-anak menjadi liberal, bersikap kurang ajar
dan merencana kehidupan mengikut kehendak hati.
Masalah akan membiakkan masalah jika tidak disekat. Pembuangan bayi adalah satu
masalah yang wujud sebagai impak kepada masalah lain yang wujud lebih awal.
Pergaulan bebas, pengaruh dadah, capaian yang mudah terhadap bahan-bahan lucah
dan pengaruh kawan adalah antara punca yang sering kali diperkatakan. Namun,
jarang kita membuat analisis terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat
akibat daripada proses sosialisasi.
Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosiolisasi yang menunjuk ajar
bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga,
sekolah, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman kerja,
media massa dan kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari dan dinyatakan melalui
perlakuan dan komunikasi. Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh
dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik atau buruk, betul atau salah.
Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik
berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik
daripada merebak dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan
masyarakat.
Kemodenan menyebabkan perubahan yang sangat ketara dalam proses sosiolisasi.
Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi dan
bantu-membantu semakin luntur di dalam masyarakat moden. Gotong-royong
umpamanya, tidak lagi kedapatan secara meluas di bandar-bandar sebaliknya
digantikan dengan perkhidmatan berbayar. Peredaran masa menyebabkan nilai-nilai
tersebut merosot dengan teruknya dan digantikan dengan nilai kontemporari yang
disesuaikan dengan kehidupan moden. Sistem pendidikan adalah elemen yang sangat
mustahak untuk mengukuhkan nilai-nilai yang dikehendaki bagi menggantikan nilai-
nilai yang tidak menyumbang kepada kemajuan.
1usteru, dalam kes pembuangan bayi, negara-negara Barat mengambil pendekatan
memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. 1erman adalah di antara negara yang
berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, 1erman
memperkenalkan ~Baby`s Craddle untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak
membuang bayi yang baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya
hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran uatama
ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi
penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di ~Baby`s Craddle akan
diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi
tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk
menstabilkan emosi dan fizikalnya.
Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru
dilahirkan di tempat-tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan
swasta, agensi anak angkat dan gereja. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi
tersebut tidak perlu memberi butir terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh
kerajaan. 1ika ibu atau bapa tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan,
hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak tersebut boleh diberi kepada keluarga angkat.
Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang
boleh membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai. Dalam
kebanyakan kes, mayat bayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan.
Melalui undang-undang ~Safe Haven yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan
untuk meningggalkan bayi mereka tanpa dikenakan tuduhan jenayah. Pada masa yang
sama mendidik masyarakat untuk menghargai nyawa dan kehidupan tanpa mengira
siapa dan di mana. Kesedaran masyarakat terhadap undang-undang ~Safe Haven ini
turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari keperluan memberi bantuan dan
sokongan kepada remaja yang terlibat. Salah satu daripadanya ialah
www.robynsnest.com/.
Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat, hasil akhir yang
dijangka ialah bayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat.
Masyarakat Malaysia menentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana
dikhuatiri menggalakkan pembuangan bayi secara berleluasa. Namun apakah kita
mahu melihat adanya kes buang bayi di dalam longkang, pagar masjid atau di hadapan
rumah kita?
Penyelesaian yang terbaik ialah menutup punca kepada masalah ini. Pendidikan yang
menekankan kesucian hubungan lelaki dan perempuan perlu didedahkan sejak kecil di
samping pencegahan daripada institusi agama dan budaya masyarakat.
Penguatkuasaan sepatutnya diguna pakai untuk menjadi pengajaran kepada ahli
masyarakat tetapi peningkatan kes buang bayi dari setahun ke setahun menimbulkan
persoalan sejauh mana keberkesanan hukuman sedia ada ini?