Anda di halaman 1dari 1

Rujukan kami Tarikh

: :

JEA 1060/03/03/2011 - (9) 31 Disember 2010

YB EN. TAN CHER PUK AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR JAYA MCA BAHAGIAN PASIR GUDANG 62, JLN ROS MERAH 3/2 TMN JOHOR JAYA 81100 JOHOR BAHRU Tuan, MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENAIKTARAF SEKOLAH Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Seri Kota Puteri ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan bagi menaiktaraf sekolah. 1. Pihak kami ingin memohon sumbangan tuan untuk membeli 50 papan putih untuk dipasang di dalam setiap kelas menggantikan papan hitam yang dipakai ketika ini. Habuk dari kapur yang digunakan sering menyebabkan simptom batuk dan sesak nafas dikalangan guru dan pelajar. Justeru, penggunaan papan hitam secara berterusan dikhuatiri akan mengancam kesihatan para pelajar dan guru. 2. Selain itu, pihak kami juga ingin memohon sumbangan tuan untuk menaiktaraf lantai perpustakaan dengan memasang mozek dan karpet di dalam perpustakaan sekolah demi keselesaan pelajar. Ini diharap akan menggalakkan pelajar mengunjungi perpustakaan dan meningkatkan lagi minat mereka untuk membaca. 3. Untuk makluman pihak tuan, sekolah kami juga memerlukan komputer untuk kegunaan guru. Oleh itu, kami ingin memohon sumbangan 5 buah komputer yang diharapkan akan dapat melancarkan lagi tugas-tugas guru yang selama ini dibebani kekurangan kemudahan tersebut. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan sudi memberi sumbangan bagi membantu menaiktaraf sekolah kami. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian,terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Disahkan oleh, . (En Sharuddin Bin Abu Bakar) Naib Pengerusi UMNO Caw. Megah Ria Yang Dipertua PIBG SMK Seri Kota Puteri, Johor Bahru

Anda mungkin juga menyukai