Anda di halaman 1dari 32

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG.
UNIT PENGAJIAN SOSIAL,JABATAN SAINS SOSIAL PSK 3103 (KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) SEMESTER : 6

Nama : RAHMAT B DAHMAN Kursus:PGSR-PJ (KDC-08) No. Kad Matrik: 670831095059 Nama Pensyarah: EN CHUA BOON KEAT.

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

Pengakuan hasil kerja (Declaration)

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

______________________ : Rahmat b Dahman : 18 November 2011

Nama Penulis Tarikh

I certify that the attached work is entirely my own, except where material quoted or paraphrased is acknowledged in the text. I also certify that it has not been submitted in any other unit or course.

Signed Name Date

____________________ : Rahmat b Dahman : 18 November 2011

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

Pengenalan.

Nama: Rahmat B Dahman. Kod Kursus : PGSR-PJ 08

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

Penghargaan. Syukur kehadrat Illahi di atas kesempatan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak Unit Pengajian Sosial ,Jabatan Saians Sosial IPG- KTB Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah pembimbing Encik Chua Boon Keat, diatas bimbingan yang berterusan, tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan telah memudahkan proses menyediakan tugasan yang telah diberikan. Tanpa bantuan sumber rujukan daripada En.Chua Boon Keat sudah pastinya saya akan mengalami kesukaran dalam menyiapkan kerja kursus ini. Kepada sahabat-sahabat Panitia Sivik di SK Utan Aji, teman-teman sekuliah, terima kasih atas perbincangan, bantuan buah fikiran serta wacana ilmu dari masa ke semasa ketika di sekolah mahupun di dewan kuliah pengajian.Tanpa anda semua sudah pasti saya tidak akan mampu menyiapkan semua ini. Sekian Terima Kasih

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

PENDAHULUAN. Pengenalan Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Mata pelajaran sivik telah diperkenalkan pada tahun .Penggubalan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraa ini, memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Diharapkan kurikulum ini dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatasi segala rintangan dan cabaran hidup. Mata pelajaran ini ialah mata pelajaran teras untuk semua murid tahap dua peringkat sekolah rendah. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merangkumi aspek-aspek pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik. Adalah diharapkan guru-guru menghayati dan melaksanakan kehendak kehendak sukatan pelajaran ini agar matlamat dan objektif yang telah ditetapkan akan tercapai. Petikan kata Pengantar TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Buku Kurikulum

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara. Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan diri dan hubungan dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran. Mata pelajaran ini juga adalah wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya masyarakat negara ini. Kandungan mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik bagi menghadapi cabaran masa depan. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan empat prinsip berdasarkan Four Pillar Of Education(rujuk lampiran) pendidikan yang penting iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know) belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Belajar untuk mengetahui membolehkan murid menguasai ilmu bagi membina perasaan dan tingkah laku sivik. Belajar untuk bertindak merujuk kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Belajar untuk membentuk peribadi membolehkan murid berkembang secara menyeluruh dari segi rohani intelek, fizikal, emosi dan sosial. Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyaraka berbilang kaum di Malaysia.

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

Melalui prinsip ini, perpaduan dalam keluarga komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah rendah Tahap II. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik. Murid juga perlu dipupuk dengan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Objektif Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan kemahiran dan nilai. Objektif Pengetahuan : i. Mengenal pasti tingkah laku yang boleh menyumbang terhadap pembangunan watak yang mulia. ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluarga yang bahagia.

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

iii. Menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni. iv. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. v. Menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpni negara. vi. Mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat. Objektif Kemahiran : i. Menguruskan diri dengan baik dan bertanggungjawab. ii. Mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku. iii. Berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan da masyarakat. iv. Menangani konflik diri, keluarga dan rakan. v. Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat. vi. Menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama. vii. Membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan di dan orang lain. Objektif Nilai : i. Mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri. ii. Menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga. iii. Menghormati kaum dan budaya lain. iv. Menyayangi alam sekitar. v. Menunjukkan semangat kekitaan. vi. Menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka. vii. Menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.

Rahmat Dahman Organisasi Kandungan

PGSR-PJ 670831095059 2011

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik. Pengetahuan sivik terdiri daripada maklumat dan idea asas yang murid harus tahu serta menggunakannya untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berkesan. Maklumat asas ini merangkumi aspek perkembangan diri, hubungan kekeluargaan interaksi dengan orang lain, masyarakat pelbagai kaum dan budaya di Malaysia pentadbiran negara dan cabaran masa depan. Kemahiran sivik terdiri daripada kemahiran melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Kemahiran ini membolehkan murid membuat keputusan, menyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivik dan memberi sumbangan terhadap pembangunan keluarga dan masyarakat. Komponen nilai sivik terdiri daripada nilai murni yang perlu untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia dan warganegara yang bertanggungjawab. Nilai sivik ini, antara lain merangkumi toleransi, menghormati hak orang lain, adil, saksama dan patriotisme. Nilai sivik juga menekankan penghargaan terhadap persamaan dan kelainan dalam masyarakat pelbagai budaya. 1. Kandungan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 1. Kandungan mata pelajaran ini digubal secara tematik. Tematik merujuk kepada satu koleksi idea mengenai sesuatu objek yang tertentu .Satusatu tema itu dipecahkan kepada komponen-komponen yang

kecil.Mempunyai tajuk umum yang boleh dikembangkan kepada topiktopik kecil dan semuanya berkait dengan tajuk umum. Penggabungjalinan

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

pelbagai kemahiran dalam pengajaran dan Pendekatan secara tema akan membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan

mengaplikasikan pengetahuan. Pengggabunggan pelbagai idea yang berkaitan membolehkan pelajar menyatukan fakta-fakta .Penggubalan tema ini mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya, bermula dari diri sendiri, hubungan dengan keluarga, masyarakat sekolah, komuniti luar sekolah, negara dan cabaran masa depan murid. Dalam konteks ini, murid didedahkan dengan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai yang menjadi ciri-ciri masyarakat Malaysia.

Tema yang ditetapkan adalah seperti berikut: i. Sayangi Diri Tema ini menghuraikan aspek perkembangan diri iaitu cara murid mengenal, mengurus dan mendisiplinkan diri serta mempelajari tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai kanak-kanak. Topik dalam tema ini ialah: Mengenali diri Keyakinan diri Pengurusan diri Disiplin diri Pengurusan masa Hak dan tanggungjawab kanak-kanak ii. Sayangi Keluarga

10

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

Tema ini menghuraikan peranan dan tanggungjawab anggota keluarg dan pembinaan keluarga bahagia mengikut perspektif pelbagai agama Topik dalam tema ini ialah: Mengenali keluarga sendiri Peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas Hubungan keluarga kembangan Keluarga yang harmoni mengikut ajaran pelbagai agama dan kepercayaan iii. Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat Tema ini menghuraikan aspek interaksi dan komunikasi dalam komuni sekolah, semangat kejiranan, tanggungjawab individu terhadap alam sekitar dan peranan agensi tempatan dalam memastikan kesejahteraa hidup bermasyarakat. Topik dalam tema ini ialah: Interaksi dan komunikasi dengan komuniti sekolah Semangat kejiranan Aktiviti kejiranan Tanggungjawab terhadap kawasan persekitaran Kebersihan dan keceriaan persekitaran Peranan agensi tempatan iv. Kenali Budaya Malaysia Tema ini menghuraikan kepelbagaian warisan budaya masyarakat da tanggungjawab individu untuk mengekalkan dan menghargai warisa

11

Rahmat Dahman budaya negara.

PGSR-PJ 670831095059 2011

Topik dalam tema ini ialah: Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malaysia Kenali adab sosial warisan budaya Malaysia Tanggungjawab mengekalkan kepelbagaian warisan buday Malaysia v. Malaysia Negaraku Tema ini menghuraikan aspek identiti negara, sistem kerajaan Malaysia kepemimpinan negara dan tanggungjawab rakyat untuk mengekalka kemerdekaan negara. Topik dalam tema ini ialah: Kenali Malaysia Bangga dengan identiti negara Kenali sistem kerajaan Malaysia Kenali dan hormati pemimpin negara Hargai perjuangan tokoh-tokoh Tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan vi. Sedia Hadapi Cabaran Tema ini menghuraikan aspek persediaan diri untuk masa depan, ci individu terpuji dan kehidupan remaja yang sihat dan cergas. Topik dalam tema ini ialah: Membina budaya cemerlang untuk masa depan Ciri-ciri peribadi terpuji 12

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

Remaja yang sihat dan cergas Tema dalam mata pelajaran ini tidak terikat dengan urutan dan guru boleh menyesuaikan tema-tema ini dengan aktiviti dan isu semasa yang berlaku dalam sekolah, masyarakat atau di peringkat kebangsaan. Misalnya, tema Malaysia Negaraku boleh diajar dalam konteks sambutan bulan kemerdekaan supaya murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegara dengan lebih berkesan dan bermakna.

2. Projek Kewarganegaraan Projek Kewarganegaraan merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Projek Kewarganegaraan ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Murid dikehendaki menjalankan satu Projek Kewarganegaraan sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan dalam bentuk portfolio. Melalui projek ini murid diharapkan dapat merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik Penyertaan murid dalam kerja projek ini juga dapat menyediakan warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan murid menjalankan kerja projek mengikut tema seperti dalam senarai cadangan di bawah.

13

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

Kenali Budaya Malaysia Projek Menceriakan Sekolah Projek Menghijaukan Sekolah Projek Haiwan Peliharaan Projek Membersihkan Jalan/Pantai/TempatRekreasi/Tempat Beribadat di Kawasan Setempat Sudut Maklumat Adat Resam Kaum Hari Kebudayaan Pelbagai Kaum Projek Mengenali Bahasa-bahasa di Malaysia 6 MalaysiaNegaraku Sedia HadapiCabaran Brosur Tempat-tempat Menarik di Malaysia Projek Bendera Sekolah/Negeri/JalurGemilang Kempen Sifar Ponteng Namun begitu, guru dan murid boleh memilih projek lain yang difikirkan sesuai dengan persekitaran, tahap dan pencapaian murid.

14

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

SOALAN Bincangkan SATU pendekatan, SATU strategi, SATU kaedah dan SATU teknik secara terperinci yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewargenegaraan.

Sebelum membincangkan tentang pendekatan ,strategi kaedah dan teknik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Sivik keempatempat perkara ini pelu difahami akan maksudnya .Secara ringkasnya keempatempat perkara ini boleh difahami seperti berikut:

Strategi, Kaedah & Teknik Dalam P&P PSK: Pendekatan


Cara sesuatu pelajaran disampaikan untuk mencapai hasil pembelajaran dalam jangka masa panjang. Dalam memilih pendekatan kita akan memilih satu atau lebih teori model, prinsip pembelajaran agar kefahaman, penghayatan dan perubahan tingkah laku berlaku. Melibatkan pelbagai strategi yang mengandungi kaedah, teknik dan aktiviti.

Strategi
Perancangan tindakan yang akan menjurus kepada pencapaian objektif. Merangkumi kaedah dan teknik mengajar. 15

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

Pengagihan masa disusun, penyediaan bahan mengikut kesesuaian dan kawalan kelas. Harus berdasarkan 3 unsur utama iaitu guru, murid dan bahan.

Kaedah
Menekankan penyusunan langkah untuk mengajar secara sistematik berdasarkan prinsip dan teori pembelajaran. Langkah pengajaran disusun rapi dan kesinambungan dikuti dengan teliti supaya ada urutan terarah.

Teknik
Aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi P&P. Dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang hendak dicapai oleh murid. Kejayaan bergantung kepada kebolehan guru.

Pendekatan - cara mengajar capai objektif pengajaran-pilih teori/prinsip/model. Strategi - kebijaksanaan pilih pendekatan, kaedah dan teknik,pemusatan guru, pemusatan pelajar, berasaskan bahan, berasaskan tugas (perancangan tindakan). Harus berasaskan guru, murid dan bahan P&P. - Siri tindakan guru cara sistematik capai objektif aktiviti pengajaran, prinsip pelaksanaan sumbangsaran, bercerita, demonstrasi, penyelesaian masalah, projek. - Aktiviti-aktiviti yang diatur. Dalam bentuk perlakuan murid.-perlu ambil kira latar belakang pelajar-menyoal, perbincangan.

Kaedah Teknik

16

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

*Hubungan antara pendekatan, kaedah, teknik dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran. Pendekatan Teori Pembelajaran Kaedah Teknik Strategi Pembelajaran

Pendekatan Induktif

(khusus umum)

Deduktif (umum khusus) Elektif (umum + khusus) Tematik (tema)

Strategi Pemusatan guru Pemusatan murid Pemusatan bahan Pemusatan tugas

Teknik Sumbangsaran Bercerita Demonstratsi Penyelesaian masalah

Pendekatan
17

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

1. Induktif- contoh baru buat rumusan / prinsip 2. Deduktif- rumus/prinsip-dengan contoh-setiap murid berbeza 3. Elektif- gabungan induktif & deduktif, ajar ikut kemampuan banyak dalam matematik dan sains. pelajar,

4. Tematik tema-kumpulan kecil menganalisis, generalisasi dan aplikasi, menyatakan fakta, 3 cara i) sub topic dalam kumpulan lemah-sederhana dan cerdas, ii) tema sama dalam pelbagai kumpulan, iii) tema berbeza saling melengkapi kumpulan pelbagai kebolehan.

Strategi P&P
1. Berpusatkan Guru Bercerita Penerangan Demonstrasi Tunjuk cara Syarahan Kuliah

2. Berpusatkan Murid Bersoal jawab Berlakon Temu bual

18

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

Membuat projek Bercerita Amali Perbincangan

3. Berpusatkan bahan Rangsangan / penggunaan pelbagai deria Kefahaman dan interpretasi maklumat Pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media Peningkatan daya ingatan Kemahiran berfikir Peningkatan motivasi Peningkatan kreativiti Keseronokan dalam pembelajaran Kemahiran intrapersonal dan interpersonal Kemahiran psikomotor

19

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sivik perlbagai strategi boleh digunakan oleh guru dan disesuaikan dengan tema yang dipilih dan tahap murid.Misalnya bagi

Tema 2 Sayangi Keluarga Tajuk Unit 3 Mengenali keluarga Kembangan Hasil Pembelajaran ii) Menunjukkan kasih sayang terhadapibu bapa dan anggota keluarga iii) Menghormati dan menghargai ibu bapa dan anggota keluarga

20

Rahmat Dahman Cadangan Aktiviti Tayangan video.

PGSR-PJ 670831095059 2011

Membincangkan kepentingan keluarga bahagia.

Pendekatan: Satu pendekatan dipilih penulis ialah pendekatan Elektif. .Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur, ini bermakna pendekatan ini adalah campuran diantara pendekatan induktif dan deduktif.Gabungan pendekatan digunakan dan guru boleh mengajar dengan lebih bebas bergantung kepada

21

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

tindakbalas atau reaksi murid terhadap tajuk.Guru tidak terikat dengan satu pendekatan semata-mata. Melalui pendekatan ini murid-murid diilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada dalam tugas mengasas rumusan ataupun memberikan contoh.Guru memberikan input terlebih dahulu-. Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan tema yang hendak diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh murid-murid. seperti tayangan video yang berkaitan dengan tajuk Murid-murid dipandu untuk sampai kepada tajuk. Murid-murid kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama . .Ini akan memudahkan murid bertindak balas sama ada dalam memberikan contoh ,memberikan pendapat ataupun membuat rumusan .Penulis gemar menggunakan pendekatan ini kerana guru boleh menggunakan kreativiti sendiri dengan tidak terikat kepada mana-mana pendekatan yang khusus .Selain daripada itu pendekatan ini banyak menggunakan latihan dan ini akan merangsang murid untuk terlibat secara aktif di dalam kelas.Pendekatan ini juga membolehkan guru mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-

kanak disamping sesuai untuk murid pelbagai kebolehan .

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. Penulis memilih strategi Pemusatan Murid. Dalam strategi ini murid akan memainkan peranan penting.Komunikasi akan berlaku secara 22

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

dua hala .Guru akan menjana soalan dan membimbing murid berdasarkan bahan bantuan mengajar yang digunakan atau tema tersebut.Guru akan bersikap demokratik dengan menggalakan perbincangan dan luahan

pendapat .Guru akan melayan pendapat murid dan memberikan motovasi sepanjang masa untuk menggalakan murid menjadi aktif ketika

pengajaran dan pembelajaran berlangsung agar objektif pencapaian murid akan tercapai. Melalui strategi ini guru mudah mengesan keberkesanan proses pembelajaran melalui soalan yang dikemukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Salah satu ciri strategi pemusatan murid ini ialah dengan adanya ujian formatif di mana guru dapat mengesan sejauh mana keberkesanan pengajarannya pada masa tersebut.Ini akan dapat mengelakan daripada berlakunya pengajaran yang

membosankan.Disamping itu strategi ini juga dapat memberi peluang positif untuk interaksi sesama murid ,seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong- menolong.Murid akan menjadi lebih kreatif dalam memberikan pendapat,melakonkan watak dan berinitiatif.Daripada pengalaman penulis sebagai seorang guru sivik strategi berpusatkan murid ini menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran begitu menyeronokan dan iklim kelas akan sentiasa ceria.

Kaedah Pengajaran Sivik

23

Rahmat Dahman Kaedah

PGSR-PJ 670831095059 2011 pembelajaran kontekstual membantu pelajar mengaitkan

kandungan pembelajaran kepada situasi sebenar dan mencari makna tentang apa yang dipelajari. Kaedah ini difikirkan sesuai dan mudah untuk dikendalikan oleh guru mata pelajaran sivik ketika Pengajaran dan Pembelaran . Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on. Secara ringkasnya kaedah ini boleh disimpulkan sebagai satu proses pertalian hubung- kait di antara alam persekolah murid, pengalaman harian individu ,kehidupan masyarakat dan alam pekerjaan.Pembelajaran akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau

pengetahuan

baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda

mereka,di mana pengetahuan baru akan dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada.Pembelajaran dengan menggunakan kaedah ini sangat berkesan sekiranya disampaikan dengan pelbagai konteks dan bermakna dalam kehidupan murid.Konteks yang pelbagai merangkumi psikologi ,budaya ,sosial dan fizikal. Di antara langkah langkah pengajaran yang perlu diikuti oleh guru ketika menggunakan kaedah ini ialah : 1.Motivasi iaitu melibatkan aktiviti pengenalan,perbincangan isu dan alat bantu mengajar.

24

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

2.Pemahaman iaitu penerangan konsep dan perbincangan. 3.Kemahiran aplikasi melibatkan aktiviti hands on dan penyelesaian masalah. 4.Imbasan kembali fakta utama dan penilaian kemajuan. Kaedah ini adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran sivik kerana sesuatu tema atau tajuk akan dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid.Namun begitu ia juga bergantung kepada sejauh mana kreatif seseorang guru itu mengaitkan tajuk dengan kehidupan murid.Sebagai contoh dalam Sivik Tahun 4

KENALI KELUARGA PSK TAHUN 4, TEMA 2 (SAYANGI KELUARGA) TAJUK : Salasilah Keluarga TUJUAN: Untuk mengenali salasilah keluarga AKTIVITI: Pelajar bekerja secara individu untuk membina rajah

salasilah keluarga asas dan keluarga kembangan mereka. Kemudian, berdasarkan rajah tersebut, pelajar diminta menyatakan hubungan antara anggota keluarga di sebelah ibu dan bapa .

25

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

Dalam aktiviti ini pelajar akan mengaitkan tajuk tersebut dengan situasi sebenar kehidupan keluarganya.Pelajar akan mencuba sedaya upaya untuk

menterjemahkan salasilah sebenar keluarganya untuk memenuhi kehendak tajuk.Apa bila situasi ini berlaku proses pembelajaran telah berlaku tanpa disedari oleh murid tersebut.

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Salah satu teknik yang kerap kali digunakan bahkan seakan-akan sudah menjadi satu kemestian ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam apa juga mata pelajaran ialah teknik bersoal jawab.Teknik ini memainkan peranan penting kepada guru sebagai bahan ujian formatif bagi menilai sejauh mana keberkesanan strategi yang telah digunakan ataupun sebagai pengukur tahap pengetahuan sedia ada murid. Guru perlulah menguasai kaedah dan juga teknik bersoal jawab. Kemahiran ini bukanlah sesuatu yang dibuat secara spontan, malah untuk mencapai tujuan dan matlamat yang dikehendaki, maka ia hendaklah dirancang dengan sebaikbaiknya.

26

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

KEMAHIRAN TEKNIK MENYOAL.

1. Pembentukan soalan yang jelas, tepat dan ringkas. 2. Fokus kepada satu idea/ atau lebih daripada satu idea. 3. Sebaran ke seluruh kelas. Kurang digalakkan kepada individu tertentu bagi mengelakkan yang lain-lain berasa 'selamat'.

4. Melakukan hentian di tempat yang sepatutnya. 5. Melayan semua jawapan pelajar dengan baik tanpa membuatkan pelajar terasa didiskriminasi/ pilih kasih.

6. Memberi petua/ petunjuk dan peluang yang secukupnya kepada pelajar yang tidak dapat menjawab.

7. Mencungkil pemikiran pelajar di dalam memberi pendapat dan idea baru.

8. Jangan sesekali memarahi pelajar dengan kata-kata negatif apabila 27

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

mereka gagal menjawab soalan. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik , berkesan dan aktif.

Kesimpulan. Tugas sebagai guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan bukanlah mudah seperti yang kerap kali disangkakan oleh sesetengah pihak kerana ia bukan saja menyampaikan isi pengajaran dengan berkesan tetapi memikul tanggung jawab untuk menyemai dan memupuk nilai nilai murni dalan jiwa setiap pelajar.Guru adalah pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa hadapan. Dalam menyebarkan ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi perhatian murid dan ikutan murid ,justeru itu guru semestinya mempunyai sifat dan kualiti peribadi ,professional dan sosial yang baik dan murni.Oleh sebab itu hanya guru yang memmpunyai iltizam dan tekad yang kukuh sahaja mampu menjadi guru cemerlang dan mampu menjana

kecemerlangan pelajarnya.

28

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

Refleksi Kerja kursus ini amat bererti kerana saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang subjek yang sebelum ini saya menganggapnya sebagai kurang penting. Setelah melalui proses pembacaan bahan mengenai PSK, pemerhatian dan temubual, barulah saya dapat menghayati matlamat serta objektifnya .Mata pelajaran Sivik adalah satu mata pelajaran yang bermatlamat membina masarakat Malaysia yang bersatu padu ,saling menghormati di antara berbilang kaum. Saling memahami perbezaan budaya tetapi menerima sebagai budaya bersama di dalama satu Negara. Namun begitu, mata pelajaran ini tidak dipandang sebagai sesuatu yang penting di sekolah,dilabel sebagai mata pelajaran kelas dua juga dianggap sebagai pelengkap jumlah waktu mengajar seseorang guru.Kerap kali 29

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

juga mata pelajaran ini menjadi hak milik mutlak pihak pentadbir sekolah, lebih malang ia diajar Bagaikan Melepaskan Batok Di Tangga kerana bukan subjek UPSR.Setelah saya berpeluang menyiapkan kerja kursus ini saya telah dapat melihat akan peri pentingnya mata pelajaran ini untuk membina generasi muda yang berkualiti.Semoga apa yang saya rasai tentang terpinggirnya subjek ini akan turut dirasai bersama oleh warga pendidik yang lain.

Bibiliografi Sumber Rujukan Buku.

1.Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8

2.Kementerian Pelajaran Malaysia ,Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4. Dewan Bahasa dan Pustaka. 3.Kementerian Pelajaran Malaysia, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5 Dewan Bahasa dan Pustaka. 30

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

4.Kementerian Pelajaran Malaysia Kurikulum Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan.

Sumber Rujukan Internet.

1.BLOG SUMBER GURU PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH RENDAH.

31

Rahmat Dahman

PGSR-PJ 670831095059 2011

2.PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


akses.skseriampang.net/...Pendidikan_Sivik_Kewarganegaraan/sp_ps... 3.

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN ...


sekolah.mmu.edu.my/skserkamdarat/download/.../sivik/rtsivikthn5.p...

4.PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


www.siviks.smkrajaperempuanipoh.com/sp_psk_kbsm.pdf

5. PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6 akses.skseriampang.net/...Pendidikan_Sivik_Kewarganegaraan/hsp_p... 6. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5 SK - Dawama www.dawama.com/Pendidikan-Sivik-dan-Kewarganegaraan.../q?... 7. PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN www.teknikmelaka.com/index.php?...pendidikan-sivik-dan-kewarga...

32